Thursday 30 January 2014

Swap-Meet

Aku dah mula initiate contact dengan saudara Azim ni sejak beberapa hari yang lalu. Dia ada seekor pejantan Boer yang nak dijual. Harga buka RM1,850. Ehemm..lembu sekor dah tu. Boleh makan 500 orang kalau buat kenduri. Tapi saudara Azim juga bersetuju untuk swap pejantan Boer dia dengan induk pure Saanen. Jadi aku buat keputusan untuk swap kambing aku dengan kambing saudara Azim.  Pagi Jumaat yang mulia setelah mandi sunat. Bergegas lah aku dengan adik aku ke daerah Bachok dengan induk dara Saanen kat belakang kereta.Tak sempat beli nasi berlauk untuk anak isteri aku pun. Punya laa awal turun rumah.

Beberapa hari lepas aku dah MMS gambar induk dara Saanen aku tu. Dia bersetuju. Dalam perjalan aku dah cakap dalam hati, kalau tak jadi swap pun takpe. Aku bawak balik kambing ke ladang. Drive dalam sejam, sampai lah ke kandang saudara Azim. Borak-borak dengan dia baru dapat tau rupanya dia dah nak give up bela kambing Boer dan kacukan local. Alasan utamanya ialah poor return. On further investigation baru tau rupanya dia pakai sistem fully intensive untuk operation Boer dan kacukan local. Target jualan pula adalah aqiqah dan baka. Memang tak tahan laa sebab opex nya tinggi. Revenue pulak tak akan menandingi opex tadi sebab output value yang rendah. Jadi dia amik konar jaun untuk tukar semua breeding stock Boer dan local cross kepada pure Saanen. Of course market susu dan baka sangat menggila sekarang ni. I hope saudara Azim will produce as many kids as possible in the shortest amount of time. Senang sangat nak jual Saanen ni. Harga tu kalau dapat tolak murah sikit pada imported stocks memang cantik aahh.

Bila sampai kat kandang saudara Azim, aku terus unload kambing aku. Dia tengok-tengok. Agak dah puas hati dia bawak aku masuk kandang untuk jumpa dengan pejantan Boer tu. Condition wise..a bit poor sebab selsema lepas tu kat kaki dan ekor ada macam mites infestation. Not too visible though but it is there. Kalau lambat treatment boleh jadi haru ni. Tapi alang dah sampai aku setuju je untuk tukar. As long as body condition ok, ruminating normally, testicle balance, libido tinggi, ok lah. Oh ya kuku kaki dah ala-ala aladdin juga. Umurnya kalau ikut dentition dalam 2 tahun setengah ke 3 tahun. Jadi banyak juga nak kena kerja dengan Boer ni..

Aku punya kambing ok je. Belum breakfast je lagi masa swap tu. Kuku ok sebab free grazing kan. Health condition 10 out of 10. Docile, body condition standard for a Saanen. Siap bunting lagi. Semalam aku dah siap mandikan kambing aku dengan sabun Daia, putih bersih jadi. Sebelum ni tak pernah pun, kuning je warnanya. Selepas borak-borak maka bersalaman lah tuan punya kambing dan berlakulah penukaran yang tak dirancang.

Ini adalah pejantan Boer pertama aku. Aku sanggup tukar pun sebab it is about time to improve the genetic pool of my herd. Mulanya aku plan nak jadi strictly oldskool untuk bela katjang sahaja. Tapi tak bolehlah. Growth rate slow sangat. Umur setahun baru boleh jual. Tu pun takleh nak optimize price. aku fikir kena ada juga selitkan sedikit attribute sang pedaging.

Perjalanan pulang takde incident sangat. Nampak ada cubaan untuk terjun dari kereta, tapi dah ikat kemas-kemas, duduk je la situ.

Sampai rumah je adik aku capai gunting, potong bulu kat peha, maine, hocks and neck. Janggut pun potong juga. Ini janggut panjang bukan lebai pun. Hahaha. Actually aku suka kambing bulu pendek sebab less irritating kepada kambing. Kalau berak melekat tak berpintal pada bulu. Paling penting nampak kemas dan cuci. Same as other goats, this buck will go into our system and be processed accordingly. That haircut was just a preliminary to bigger things that are coming on its way. Deworming, reconditioning, disciplining etc.

All in all, it was a successful swap meet. It was a win-win swap meet for both of us. Aku dapat apa yang aku mahu, saudara Azim pula dapat induk dara Saanen yang hardy, very resistant to parasites dan kalau ikut maternal lineage, akan produce susu on average 1.5 liters per day. I wish saudara Azim  many lucks in his endeavor of becoming a full fledge dairy goat farmer.




Kandang Baharu

Jadi kapasiti kandang yang ada sekarang ni dah menghampiri tahap kritikal dari segi square foot per animal. Aku dah nampak kegelisahan kambing aku. Anak-anak kambing sudah mula melompat dari petak masing-masing. Ambil jalan mudah untuk tidur di tengah lorong ataupun didalam palung makanan. Induk pula saling menanduk dan cuba claim territory masing-masing dalam kandang. Induk yang lemah terpaksa berhimpit sesama mereka dan tidur dalam keadaan yang tidak selesa.

Di persimpangan inilah yang menjadi permasalahan bagi ramai penternak. Aku termasuk. Jualan kambing masih secara kecil-kecilan. Product output masih tidak consistent. Aku masih lagi melakukan trading untuk menampung perbelanjaan operasi. Datang pulak masalah expansion macam ni. Nak kena pikir mana nak cekau duit. Nak cari tukang. Nak design kandang. Nak beli bahan binaan. Paling penting nak dapatkan penjimatan maksimum dalam setiap perkara tadi.

So, hari ni aku dan adik aku dah jumpa tukang. Dah strike a deal dengan harga yang masyuk. Kayu pun dah beli dengan harga termurah diantara sawmill yang ada di sekitar kawasan aku. InsyaAllah Sabtu ni akan mulalah projek baru.

Kandang yang baru ni akan direka untuk memuatkan anak kambing yang akan difidlot dan juga menambah petak kelahiran. In anticipation of 1st generation of does that will give birth to the 2nd generation in 2 months time from now. Jadi kerja pembinaan ni kena lakukan dengan kadar yang cepat. Tak boleh delay-delay macam LCCT 2. Dan juga tak boleh ada cost inflation and additional expenses macam Projek MRT.

Aku juga dah ada plan untuk salvage atap dan kayu yang masih boleh digunapakai di dalam kawasan ladang. Kandang akan dibina like only 10 feet away from the current one. Senang dari segi logistics dan perkongsian sumber air. Oh ya, proposed size is 20' by 80'. Tak besar laa..Takde modal..pastu tak boleh nak buat lebar sebab tanah tak luas. Takut makan jalan nanti.

Periodically aku maybe akan update on the progress of the construction. Mana tau boleh kongsi masalah dalam pembinaan dan juga nak uruskan projek mega ni. Hahaha..






Wednesday 29 January 2014

Kurap-kurapan

Kurap ni agak memeningkan sebenarnya. Faktor utama ialah sebab ianya sangat senang berjangkit. Kalau silap gaya memang pecah kurap satu kandang. I learned my lesson the hard way. Aku kumpulkan kambing dari pelbagai sumber. Dari pelbagai sumber datangnya pelbagai penyakit dan kurap tidak terkecuali.

Suntikan 3 dalam satu ivermectin tidak berkesan sangat...atau terlalu lambat bagi aku. Jadi aku study dulu apa penyebab kurap ni. Ada dua sebenarnya tuan-tuan. Yang pertama adalah kulat..macam yis..macam kulat lah..taktau nak cakap macam apa dah..dan yang kedua adalah mites..jenis pepijat, makhluk halus (bukan penunggu) tak nampak dek mata kasar. Macam tungau gitu.

Kurap yang disebabkan oleh kulat ni biasanya non-invasive. Topical treatment dah cukup untuk sembuhkan kambing kita. Kurap jenis ni hanya sebabkan bulu jadi luruh, kulit jadi berkeruping. Macam kelemumur gitu. Jadi untuk merawat kurap jenis ini kita kena wujudkan suasana yang tidak conducive untuk kuat tadi. Ada orang guna cuka, ada juga guna syampu kutu. Ada guna garam. Semuanya berkesan. Lambat dan cepat je.

Ok masuk bab kurap yang invasive pula. Juga dikenali sebagai Mange. Kurap jenis ni yang memeningkan kepala sikit sebab ada makhluk hidup yang sebabkan buluh luruh, kulit keruping, luka kecil, kulit jadi keraz. Nak pulihkan kurap jenis ni kita kena bunuh makhluk halus tu..tak boleh panggil bomoh atau pawang..dulu aku cuba pelbagai jenis compound..lindane, malathion dan permethrin. Tapi aku paling suka permethrin sebab sangat berkesan. Sekali application dah cukup untuk penyembuhan maksima. Hahaha. Dulu juga aku selalu beli ubat scabies jenama A-Scab. Botol kecik je tapi mahal oii..RM13 sebotol. Jadi aku gi kedai input pertanian dan beli racun serangga yang bahan aktifnya ialah permethrin atau cypermethrin. Kedua-duanya adalah dari kumpulan pyrethoid. Cara bertindaknya adalah sama. Jadi masih boleh digunapakai. Tapi kena ingat, permethrin ni boleh sebabkan resistance. Akan tiba suatu masa racun ni tak akan berkesan lagi dah. Time tu kena cari bahan aktif lain dah laa..oh ya, racun serangga ni juga berkesan untuk kutu dan juga boleh digunakan untuk membasmi hama seluruh kandang. Dilution formula kena rujuk botol laa..takpun tanya brader kat kedai input pertanian.



Cara aku apply racun permethrin ni adalah dengan menggaulkannya dengan sedikit petroleum jelly untul memekatkannnya supaya bila apply kat kulit tu lama sikit melekatnya. Kambing aku tak pernah jilat lagi campuran ini sebab petroleum jelly tu baunya kuat sangat bila bercampur dengan permethrin. Jadi belum pernah ada keracunan setakat ini. InsyaAllah selamat.

Cara ini lebih mudah dan menjimatkan. Harga sebotol racun permethrin baru RM6.50. Petroleum jelly tu RM5.50. Jadi baru RM12.00. Boleh pakai beratus kali.

Cuma perlu berhati-hati bila handle racun ni. Jangan sampai terkena mata atau kulit.




Tuesday 28 January 2014

Nostalgia

Adapun aku ni baru menternak kambing secara official, usaha ternak ni boleh dikatakan telah aku ceburi sejak dari kecil. Kisahnya bermula sejak aku masih kecil, umur lebih kurang 7 ke 8 tahun. Dulu aku selalu temankan ibu aku ke pasar tani di Wakaf Che Yeh. Bukan pasar yang ada sekarang ni. Dulu oldskool punya. Tok Ba mesti tau pasar tani Wakaf Che Yeh era awal 90-an dulu. Bila sampai di pasar tersebut aku akan terus pergi ke bahagian hulu pasar ke satu gerai pakcik ni yang menjual pelbagai binatang hidup. Dari ayam kampung sehinggalah burung merak. Dari arnab sehinggalah kucing parsi. Dari ikan laga sehinggalah kura-kura. Aku masih ingat pakcik ni. Gendut orangnya, berkopiah dan tak pernah butang baju sampai atas. Setakat perut je. Macho mungkin. Panas pun mungkin jugak. Hampir setiap minggu aku hadir di gerai pakcik tu sehingga suatu masa orang ramai ingat aku ni anak dia sebab selalu tolong bagi makan ayam dan burung yang dalam sangkar tu.

Ibu aku pula bila dah siap shopping barang basah akan beri upah kerana sabar menunggu dia. Upahnya ialah ibu akan belikan binatang yang pakcik tu jual lah..kadang ayam hutan..kadang ayam serama..kadang itik serati..kadang ayam api(mutiara)..Kadang dapat ikan..Sampai satu tahap dah jadi macam zoo rumah kita orang.

Selain ayam dan burung aku juga bela beruk dan kera sehinggalah umur aku 15 tahun. Naik tingkatan 4 aku kena sambung belajar kat sekolah berasrama penuh. Terpaksalah give away Mek Bunga (beruk) tu. Kera(Ella) pulak aku lepaskan kat hutan. Ayam semua jual. Ikan kelisa yang aku bela disimpan. Aku balik sebulan sekali untuk tukarkan air dalam aquarium sehinggalah dekat-dekat SPM aku tak dapat nak balik kerap. Jadi takde orang nak tukarkan air. Last-last ikan kelisa tu pun mati. Bayangkan dari panjang 2 inci aku bela sampai panjang 2 kaki. Sedih woooo.... Aku simpan ikan kelisa yang dah mati tu dekat 2 tahun dalam peti sejuk. Sebab terlalu sayang nak tanam ikan tu.

Lepas tu terus sambung pelajar peringkat tertiary. Time tu dah mula slow aktiviti membela ni. Seingat aku, aku hanya bela seekor ikan laga dalam balang semasa belajar. Senang nak manage dan pihak management apartment pun tak consider that small fish as pet. Sehinggalah graduate dan masuk kerja dan kahwin. Aku tak pernah bela apa-apa dah.

Masa mula-mula kahwin, semangat nak membela datang lagi. Aku construct sendiri kandang kambing pertama aku. Dengan sedikit bantuan dari adik aku. Dia pitched in last minute. Modal paku je. Kayu aku rembat mana yang ada belakang rumah. Zink pun rembat dekat contruction site, diorang dah tak pakai pun,kemek-kemek dah semua. Ukuran lebih kurang 6' X 4'. Aku beli kambing Boer F4 kata si penjualnya. Harga RM450. Tahun 2008. Aku beri nama Toby. Mahal sungguh aku rasa time tu. Time tu tak kenal pun ape benda F4 jadah. Aku tahu F1 yang lumba kereta tu je.

 Ini pakcik aku, dia yang jaga kambing ni part time bila aku outstation pergi hantar lembu luar Kelantan. Kalau tengok betul-betul boleh nampak kandang kambing kat background tu. Asal boleh je kandang tu.

Aku bela kambing tu sehinggalah dapat anak pertama. Aku sembelih buat aqiqah untuk anak aku kambing tu. Mulai saat itu aku dapat rasa suatu perubahan dalam diri aku...suatu perasaan yang sangat best..dapat buat aqiqah anak sendiri dengan sembelih kambing yang aku bela sendiri...indescribable feeling..but a good feeling nonetheless...Alhamdulillah..anak kedua pun dapat sembelih kambing yang dibela sendiri untuk aqiqah.

Dari situlah terus tangkap cinta sama kambing. Sangat best bela kambing ni. Lagi best kalau dapat sembelih kambing yang kita bela sendiri untuk aqiqah anak kita. Haaa...






Monday 27 January 2014

Peringatan

Peringatan 1:

Daging kambing import tu bukannya daging kambing. Ianya daging biri-biri yang dah 5 kali kena cukur bulu untuk dibuat fleece. In short, daging biri-biri tua yang dah tak layak untuk produce fleece. Lalu disembelih dan dijual kepada orang kita sebagai makanan. Banyak lemak, daging keras, kehidupannya stress. Aussies dan New Zelanders hanya makan succulent lamb with an average age of 8 months. Sedap, berkhasiat, lembut, juicy, mostly free ranging dan macam-macam lagi.

Peringatan 2:

Kambing feral tu kambing liar, makannya tidak dikawal. Even considered as pests. Sama taraf macam kanggaru di negara Australia sana. Aussies tak makan kambing feral ni. Mungkin aboriginals makan la kot..sambil menonton bush telly. Kambing dihantar ke Malaysia dalam kuantiti besar sebagai ternakan aqiqah dan korban. Dibawa masuk bersama dengan parasit di dalam perut. Seolah membawa masuk penyakit sekaligus.

Peringatan 3:

Daging india tu bukan daging lembu. Tetapi daging kerbau. Termasuk juga daging lain mengikut orang yang bercakap dengan aku. Stok buffaloes yang dah tak laku untuk tarik pembajak, yang dah tua ganyut. Disembelih dan di pack sebagai makanan untuk rakyat kita. Kalau campur daging kuda dan keldai pun takde sape yang tahu. Annual audit oleh pihak berwajib Malaysia dilakukan sebulan dari tarikh surat notis pemeriksaan audit. Takde spot check.Ample time to clean up the mess, straighten the act.



Sunday 26 January 2014

1st Deworming

Bila agaknya nak deworm anak kambing ni untuk pertama kali? Pada umur berapa bulan? Atau bila nampak tanda-tanda kecacingan? Nak buat scheduled atau selective?

Penternak baru macam aku memang dilema sikit bab ni. Sebolehnya nak buat selective supaya cacing semua tidak jadi resistant terhadap komponen ubat cacing tadi. Tapi kalau nak amalkan kaedah selective dari awal, bahaya pula kepada anak kambing. Mortality akan menjadi tinggi. Tumbesaran boleh terbantut.

S.O.P. ladang aku ialah deworm apabila anak kambing dah berumur sebulan. Ya, memang awal. Belum meragut dah deworm. Kalau tak meragut mana nak ada risiko exposure kepada cacing, kan?
Not necessarily. Disinilah perbezaan antara operasi akan menentukan bilakah pusingan pertama ubat cacing harus diberikan kepada anak kambing.

Merujuk post sebelum ini, aku tidak mengamalkan tempoh berpantang kepada induk yang beranak. Hari ni beranak. Esok terus turun meragut. Aku galakkan anak untuk ikut ibu keluar meragut sebab nak bagi diorang cukup exercise supaya muscle dan urat semua berkembang, berjalan. Sendi-sendi semua bergerak. Anak kambing aku biasanya akan ikut ibu meragut pada umur seawal 1 minggu. Anak kambing ini tak makan pun sebenarnya. Lebih kepada beriadah dan belajar mengenai persekitaran mereka. Tahu mana lopak air, mana lumpur, kayu, batu, siapa kawan, siapa lawan, lembu tu bahaya dan sebagainya. Dalam sibuk belajar tentang persekitaran, anak kambing ini terdedah kepada serangan cacing juga. Terutamanya indirect contact dengan tanah, rumput dan lain-lain. Diorang jalan-jalan atas tanah lembap, pastu sampai kat tempat kering jilat-jilat kuku, jilat bulu mak dia, member sepermainan. Dari sinilah adanya risiko expoaure terhadap cacing.

Jadi pada umur 1 bulan aku akan bagi ubat cacing untuk deworm melalui oral route. Dosage berikutnya berselang 2 bulan dengan dosage yang pertama. Kenapa 2 bulan? Untuk make sure cacing berada di tahap paling rendah. Supaya anak kambing akan punyai better fighting chance untuk lawan cacing-cacing ni. Kalau tak, cacing akan sebabkan perubahan dalam tubuh anak kambing, robbing them from precious nutrients that they need to grow. Tubuh juga akan mengalami stress dan menyebabkan perubahan fisiologi dimana anak kambing cease to grow larger in size. The body sends a signal that the parasites are overpowering the whole body. In order to curb the infestation and survive the infestation, the kids will cease to grow in size. Maka jadilah kambing kerdil.

Bila dah umur 6 ke 8 bulan. Kebanyakan anak kambing dah mula weaned off. Masa ni lah baru aku amalkan selective kerana anak kambing dah punyai better fighting chance to survive the war against the worms.

Bagi anak kambing yang outstanding dari segi growth, aku longgarkan sikit S.O.P. ni. Mungkin lebih lenient dari amalan deworming sebab aku tau anak kambing ini tidak akan mengalami masalah pembesaran. Penting untuk berjimat, jika anak kambing tidak perlukan treatment jangan lakukan treatment.

Thursday 23 January 2014

Puru or so I thought

Pattern anak kambing yang baru lahir di ladang aku ni kira dah boleh diagak. Dari lahirnya, Alhamdulillah sihat. Bila dah masuk umur 3 bulan lebih kurang 60% dari semua kids untuk satu pusingan kelahiran akan diserang puru. Setiap 30 ekor anak kambing yang diserang puru biasa akan ada satu atau dua ekor yang akan alami puru yang jenis acute and very persistent. Bila puru kat mulut dah sembuh, di bahagian kaki terutamanya masih merebak. Puru ini akan menyebabkan hoof anak kambing pecah, bahagian celah hoof juga akan pecah dan terdedah kepada infection. Serious aku tak ada idea nak buat treatment untuk case yang serious macam ni.



Aku cuba bagi topical treatment, cuba pastikan outbreak site sentiasa kering dan tidak dihinggapi lalat. Biasa amoxycillin 15% akan increase antibody untuk buat virus tadi jadi dormant. Tapi ada jugak yang tak menjadi. Pernah juga pekerja aku letak ubat tradisional. Ada yang jadi. Yang kes kat atas ni dah ada tunjuk sedikit perkembangan positif. Tapi masih belum boleh kata berjaya sepenuhnya.

Atau mungkin ke ini bukan puru sebenarnya. Aku pun taktau. Tapi outbreak pada kaki dan mulut ini seolah datang serentak. Tapi biasanya pada mulut terlebih dahulu. Harap rakan-rakan penternak diluar sana yang pernah alami masalah seperti ini dapat berkongsi pengalaman dan kaedah rawatan yang terbaik dalam ruangan komen di bawah.

Wednesday 22 January 2014

Selepas balik dari JB

Dari hari Ahad aku tak masuk ladang sebab nak uruskan penempatan isteri di negeri orang. Travel pelbagai mode pengangkutan barulah sampai ke final destination.

Sampai dah lewat petang semalam. Dapat call dari ladang kata ada anak kambing yang kena puru kat kaki tu tak sembuh-sembuh. Adik aku minta permission nak sembelih. End its misery. Aku kata bagi kat pekerja asing. Biar diorang try rawatan tradisional. Kalau menjadi rawatan tu. Aku share ubatan yang digunakan.

Hari ni pagi-pagi juga dapat call dari customer lembu kat kampung. Minta buat farm call sebab ada lembu jantan (muda) tak lalu makan dan kena maggot infestation kat kaki. Aku biasa buat rawatan free of charge je untuk customer dan kawan-kawan. Aku faham perasaan penternak yang kecewa bila call JPV untuk buat rawatan kena tunggu sampai ada ternakan yang mati baru terhegeh-hegeh pegawai nak sampai. Kalau datang pun setakat cucuk Vitamin B comp dan antibiotic. Kalau ivermectin kena bayar sampai 10 ringgit seekor. Kira jihad akulah untuk industry penternakan ni. Membantu fellow breeders, keepers. Bagi rawatan percuma sambil kongsi ilmu, sambil belajar, sambil gain confidence. Lembu, kambing, biri-biri je yang aku buat rawatan. Kuda dan small pets lain aku tak reti.

Takde celong, lorong..main ikat jerut dan rebahkan atas tanah. Gaya macam dah nak sembelih.


Oh yeah special mention untuk Tok Ba. Aku pernah jumpa dia dulu kat kedai basikal di Kota Bharu. Time tu aku gi beli saddle bag untuk aku punya mountain bike. Avid rider dia ni. Masih ingat cerita dia..kayuh basikal sorang-sorang, malam-malam. Steady!! Semua alat cukup, pam basikal, puncture kit semua bawa. Eveready lah katakan. Tok Ba mari kito main enduro pulok dale ladang sawit.

Hari ni petang baru nak masuk ladang. Tengok kambing. Ok, nanti update lagi.







Tuesday 21 January 2014

Kucar Lana

Currently am going through a pivotal moment in my life..and the family as a whole.

I see the light of hope..like one would see at the end of a tunnel of sort. Hopefully it's not a false one.

Need to re-organize, re-prioritize, relocate, recharge and re-think so many issues at hand.

Do I look like a guy with a plan?

I doubt.

To me,

Short term plan means next week

And

Long term plan means the week after.





Monday 20 January 2014

Mortality Rate

Conception rate, kidding rate tu semua senang nak capai industry average. Conception rate up to 100% is almost as common as twin birth in goats. Kidding rate sampai 400% pun tak mustahil untuk dicapai. Aku agak sceptical bila ada orang cakap boleh capai sampai 400%, tapi bila dah alami sendiri, I am a believer now. Tapi let's not get our hope too high. 175% for the whole herd is good enough for small to intermediate scale operation.

Yang masalah sikit ialah mortality rate. Ada operation yang amik cut off period semasa weaning. Ada yang amik masa umur 6 bulan, ada juga yang amik masa umur anak kambing dah setahun. Ladang aku, amik kira mortality rate semasa umur 6 bulan. Kenapa 6 bulan? Entah..aku pun tak ada reason yang kuat. Tetapi pada masa umur 6 bulan kebanyakan anak kambing dah mula weaned off dan survive dengan 100% meragut. Pada umur 6 bulan threshold bagi coccidiosis, gastrointestinal parasite and other risks of infection dah lepas. Kalau aku amik kira masa umur kambing setahun maka mortality rate is expected to be higher(accidental death mostly-jatuh kolam, hilang).

Acceptable industry level? I have no idea, but in order to be profitable, an operation needs to have a mortality rate of 5% or lower. The figure is derived from a journal from the Internet. Seems legit. But again it depends on the operation type. 5% is acceptable for a fully intensive,closed style system. For a more liberal operation such as semi intensive where input is lower, the acceptable mortality rate should be between 10% to 15%. The higher rate of tolerance is due to lower input required to raise the kids to certain age. Tapi aku punya masalah sekarang, mortality rate untuk kid crop bagi musim hujan dah burst through the ceiling. Around 20%. This is due mostly to the inclement weather. Tapi seperti yang aku kata dulu, this is a challenging period. I have already expected the increase in mortality rate in kids. Hoping for the best.

Thursday 16 January 2014

Oxytocin in reply to LRGF

First sekali nak jawab pertanyaan Tuan Adil dulu. Saya bukan seorang vet dan juga bukan seorang pembantu vet. Just a fellow breeder like yourself. But I have been involved in livestock business since 2006. So this would be my 8th year that I am involved in this field. During that period I have traveled a lot, met so many people (vets, breeders, exporters, shepherds, importers etc.), read numerous literatures, and handled various species of livestock, namely cattle, buffaloes, dairy cattle, camels, sheeps and goats. Wahh..dah macam CV nak mintak kerja pulak. Hahaha..I guess dari exposure yang macam tu lah that I have gained the knowledge. But it is an ongoing process. We never stop learning after all.

Ok..oxytocin..apa oxytocin ni? Ianya adalah salah satu hormone yang naturally occuring dalam tubuh badan living creatures, humans included. Kalau tak salah ianya dihasilkan di pituitary gland. But I have to check back on that. Lupa dah. Penting ke nak ada sebotol Oxytocin ni dalam senarai ubatan basic kat ladang kita? Depends, if you ask me..depends on the scale of your operation and the breed that you keep. Pengalaman aku, kalau breed yang tuan-tuan ada tu bukan native breed, it is worth spending a few bucks to include this hormone in your preparation cabinet. You will find yourself in need of this hormone more often than not.

Kegunaan? Several usage actually. Untuk memulakan labor, untuk promote penghasilan susu, dan juga untuk mengecut salur peranakan supaya semua ketulan darah, baki uri boleh dikeluarkan secara naturally. Aku dulu biasa gunakan Oxytocin semasa menjaga lembu tenusu. Biasa suntikan dilakukan semasa lembu tu nak beranak. Bila dah "terbuka jalan" (dilate) untuk beranak, suntikan dilakukan, maknanya kalau agak-agak nampak kaki depan nak keluar, aku akan suntik Oxytocin ni untuk assist birth supaya akan ada contraction pada lembu tadi. Suntikan hanya dilakukan bila dah ada dilation dan juga bila dan confirm kedudukan anak yang bakal dilahirkan adalah dalam keadaan normal, bukan in breach position(kaki belakang dulu). Sama jugalah perihalnya dengan kambing. Cuma kambing yang aku bela sekarang dari baka katjang. Jarang perlukan assistance in giving birth except abnormal cases. Jadi aku pakai hormone bila diperlukan je. Kalau kambing keguguran juga aku akan suntik hormone ni untuk make sure takde apa yang tertinggal kat dalam uterus kambing tu. Important note untuk Tuan Adil, milk let down hanya akan berlaku jika udder berada dalam keadaan baik. Oxytocin juga tidak akan menambah kuantiti susu but rather to trigger a signal in the goat's body to start producing milk in anticipation of the birth of a kid.

Brand? Yang available kat Malaysia setahu aku adalah Oxytokel by KELA(Australia) dan juga Oxytocin by Vemedim (Vietnam). Masa jaga lembu dulu aku pakai Oxytokel. Ok je. JPV pun pakai Oxytokel. Tapi untuk kambing aku pakai Vemedim. Saje nak try. Result so far is not bad. Semalam ada kambing yang keguguran, tak habis uri keluar, aku buat post partum injection, petang tadi induk tu was doing fine. Semua uri dah keluar. Susu tak keluar sebab halfway pregnancy, mammary gland belum betul-betul ready for milk production.

Ada satu lagi hormone yang relatable to Oxytocin ni dari segi biological function. Prostaglandin. Lagi menarik kegunaanya. But that will be in another post.

Note: Thank you for your kind words on House of Goats Tuan Adil. You are being too nice. I am still a novice breeder. Tak cukup lagi 10,000 jam. I learn new stuff from my goats on daily basis.



.





Tuesday 14 January 2014

Jarum Suntikan

Ok..before anything else..elakkan perkongsian jarum suntikan untuk ternakan kita tuan-tuan. Habis pesanan penaja. Masuk ke tajuk utama hari ini.

Setelah bosan menunggu doktor JPV datang ke ladang untuk membuat suntikan kepada kambing aku bila ada kambing sakit aku membuat keputusan untuk menyuntik sendiri kambing yang ada. Pelbagai saiz jarum telah aku gunakan sepanjang career menyuntik kambing sendiri ni. Hahaha. Dan aku dapati jarum yang paling sesuai untuk menyuntik kambing ni adalah jarum yang bersaiz 20G X 1". Perlu diingat semakin besar gauge(G) sesuatu jarum tu, semakin kecil saiznya. Ini bermakna jarum 23G lebih kecil dari jarum 20G. Dan jarum 16G lebih besar dari jarum 20G. Panjang nya ada yang berukuran seinci dan lebih.

Aku lebih gemar gunakan jarum 20G X 1" kerana ianya lebih versatile dari jarum bersaiz lain. Sebab utama ialah kerana ianya menepati jenis ubat yang aku gunakan. Ubat jenis emulsi seperti kebanyakan antibiotic adalah lebih pekat. Jadi jarum yang mempunyai gauge yang besar sesuai untuk "tarik" ubat yang lebih pekat. Tapi bila besar sangat dah jadi kejam pulak kepada kambing bila nak cucuk. 20G adalah yang paling sesuai.

Harga?...harga sekotak 100 pieces adalah RM10.00. Beli dari ibu pejabat JPV. Works out to be 10 cent each. Cheap? You tell me.



Ubat yang kurang likat seperti vitamin, ivermectin, oxytocin, iron dan sebagainya juga sesuai digunakan jarum 20G untuk tarik ubat. Walaupun yang bersaiz lebih kecil seperti 21G atau 23G boleh juga digunakan. Tapi aku taknak bazirkan duit dan resource nak simpan pelbagai jenis jarum.

Panjang jarum 1 inci juga memberikan keselesaan kepada aku untuk suntikan subcutaneous ataupun intramuscular. Kalau jarum panjang sangat biasanya akan terbabas, subcutaneous jadi intramuscular, yang intramuscular jadi tulangcutaneous pulak. Ok yang last tu aku main cakap je. Apa-apa pun seperti kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak jarum mati kambing. Jarum dengan panjang yang sesuai ini memberikan kawalan dan keyakinan terbaik semasa melakukan suntikan. Ini penting kerana jika tersalah cucuk maka secara tidak langsung keberkesanan ubat akan terjejas.

Aku juga ada meyimpan jarum yang lebih besar dalam arsenal aku. Biasanya yang bersaiz 18G atau 16G. Kegunaan utama adalah untuk meredakan kembung perut dengan menggunakan kaedah seperti alat trokar (refer post terdahulu) dan juga untuk "drain" nanah dan drench luka dengan ubatan.

Paling penting jangan berkongsi jarum suntikan.

Sekian, terima kasih.

Monday 13 January 2014

Kedamaian

Kalau masa bela lembu dulu sebulan sekali aku mesti demam atau demam selsema. Ayah aku bisinhg suruh buat blood test kot2 ada penyakit pelik bin ajaib. Aku tak buat pun sebab aku rasa sakit demam aku tu lebih menjurus kepada stress. Aku tak ramai kawan. Aku bukan kaki tunggu kedai kopi. Aku tak punya banyak minat pada satu-satu masa. Jadi outlet untuk aku release stress tu takde sangat. Dulu suka main playstation, tapi game yang latest sekarang sangat mencabar. Lagi tambah stress adalah. Dulu aku scuba diving. Tapi aku belajar diving sekadar nak overcome phobia aku dengan air sebab aku pernah lemas dulu. Near death experience. Ini betul ni.

Tapi sejak bela kambing aku dah jarang demam. Isteri pun perasan. Aku dah stop merokok. Sebab kalau merokok nanti semput nak kejar kambing. Ya aku telah menemukan kedamaian yang aku cari. Tapi tu lah, ada juga yang cakap usaha ni sia-sia sebab dah belajar tinggi-tinggi nak bela kambing pulak. Ehh vet pun sama laa kalau camtu. Tak kisahlah. Yang penting aku happy. Aku tak demam setiap bulan. Aku tak stress.

Hari ni hujan juga. Aku lepaskan juga kambing. Seronok diorang makan rumput basah. Nun jauh dalam gambar yang berbaju merah tu adik aku. Tengah casting ikan haruan/toman. Dia selalu bernasib baik kalau bab memancing. Aku? Tak sangat. Pernah laa dapat ikan, udang galah. Tapi tu nasib baik kot. Hehehe


Sunday 12 January 2014

Musim Hujan III

2 hari berturut dah hujan turun tak henti-henti. Paras air di Sungai Kelantan dan Sungai Golok meningkat mendadak. Kawasan tadahan dan flood plain dipenuhi air.

Begitu juga dengan kawasan ladang aku. Air naik sehingga berbaki 2 kaki je lagi nak cecah lantai kandang. Takde kawasan meragut untuk 2 atau 3 hari ni sehinggalah air surut. Kawasan ragut dah bertukar jadi tasik. Kitaran alam saban tahun. Replenish balik kawasan ragutan dengan baja semula jadi yang dibawa air. Ini kelebihan kawasan ragutan aku.





Walaupun hujan masih lebat aku masih lepaskan kambing. Tak larat nak bagi makan dedak je. Lagipun tak bagus juga bagi makan dedak memanjang. They have to get some greens inside. Hujan pun hujanlah. Basah pun basahlah. Duduk dalam kandang lama-lama pun boleh selsema. Boleh demam lagi. Kalau lepaskan, hilanglah selsema tu. Kalau yang demam macam sekor induk tadi kena bagi injection antibiotic dan vitamin tambah selera makan. Kena selalu monitor fluid intake. Drench if possible.

Status anak kambing setakat ni Alhamdulillah. Anak-anak yang umur 2 minggu pun di ajak keluar oleh ibunya untuk berjalan (main hujan).

Musim hujan..a blessing in disguise. Sebab anak kambing yang mati musim ni adalah pembawa gene yang lemah. Yang betul-betul survive akan carry the hardy trait and will pass down the superior genes to the future generation. So friends, don't fret if a kid or two die during this monsoon season. It's a nature's way of improving your herd.

Saturday 11 January 2014

Cuaca Terkini

Hujan...dan sangat lebat...berserta angin.

Hari ni aku tak lepaskan kambing meragut. Langit hitam sejak dari pagi dan hujan intermittent yang tak nampak akan reda.

Sepatutnya boleh je lepaskan. Tetapi pekerja nasihatkan aku supaya tak lepaskan. Kadang-kadang kena bagi empowerment juga dekat employees dengan mendengar nasihat mereka, jarang-jarang...kadang-kadang.

Aku lebih suka lepaskan kambing waktu hujan sebenarnya dari biarkan mereka di dalam kandang. Risiko selsema lebih rendah bila dilepaskan. Kalau berada di dalam kandang, draft akan sebabkan kambing kesejukan tanpa sebarang aktiviti fizikal untuk panaskan badan. Aku pulak not a big fan nak menyalakan api pendiang.

Makanan pula, antara rumput basah dan dedak basah. Aku lagi selesa bagi makan rumput basah yang kena air hujan daripada bagi makan dedak basah yang kena air hujan. Telah terbukti dedak basah ni lebih senang sebabkan kembung. Rumput basah ni paling tidak pun hanya sebabkan diarrhea..normal lah tu.

Lagipun aku suka tengok kambing aku melarikan diri apabila hujan turun. Kelam kabut. Hahaha.




Thursday 9 January 2014

Di Depan Atau Di Belakang?

Sahabat...

Dari pembacaan aku, kaum arab badwi adalah antara yang terhebat di dalam membiak dan mengembala ternakan. Mereka boleh berjalan sambil mengembala berbatu-batu jauhnya, hanya dalam masa sehari.

Di padang pasir yang begitu luas tiada natural barier seperti pokok, paya, batuan ianya agak mencabar untuk mengawal pergerakan kumpulan ternakan supaya berada dalam kelompoknya sendiri. Tetapi kaum arab badwi berjaya 'menundukkan' binatang ternakan dengan hanya menggunakan sebatang kayu gembala.

Disiplin yang diterapkan adalah dengan sentiasa mendahului ternakan semasa keluar mengembala dan sentiasa pula berada di belakang ternakan semasa pulang dari meragut. Perbuatan yang simple ini lah menjadi kunci kepada ketaatan ternakan kepada si arab badwi tadi.

Dari pengalaman aku sendiri, amalan kaum badwi ini amat berkesan. Ternakan seperti kambing dan biri-biri sememangnya mahu 'ditundukkan' cuma mereka perlu kepada manusia untuk mengepalai mereka. Ternakan akan lebih berdisiplin setelah diajar bahawa sebelum turun dari kandang mereka mesti menunggu pengembala memulakan langkah yang pertama dan pengembala jugalah yang akan mengambil langkah terakhir untuk balik memasuki kandang.

Logiknya apabila mengepalai kawanan haiwannya pengembala akan dapat melihat dengan lebih mudah kawasan manakah yang mempunyai rumput dan pohon yang boleh dijadikan makanan kepada kawanan. Pengembala yang sentiasa membawa kawanan ke kawasan tanah subur menghijau akan memperoleh kepercayaan dari kawanannya. Kepercayaan akan membawa kepada ketaatan.

Pengembala yang mengekori kawanannya dari belakang semasa pulang pula akan mengetahui jika ada ternakan dari kawanannya yang tertinggal atau menghadapi masalah dalam perjalanan pulang. Pengembala yang peka terhadap kawanannya juga akan beroleh kepercayaan dari kawanannya.  Seterusnya membawa kepada ketaatan.

Peranan aku sebagai pengembala adalah amat memuaskan (rewarding) apabila aku mendapat kepercayaan daripada ternakan aku.

Jadi sahabat sekalian, berjalanlah dihadapan kawanan semasa start mengembala dan berjalanlah di belakang kawanan semasa pulang dari gembala. Anda akan beroleh kepercayaan.


Wednesday 8 January 2014

5 Hari Hilang Arah

5 hari tak masuk ladang. Berada di Kuala Lumpur dan Tanjung Malim atas urusan syarikat dan hal keluarga. Seronok bila dapat berjumpa dengan adik-adik aku yang kecil tu. Tapi bila lama sangat tak masuk ladang pun boleh jadi angau juga.

Alhamdulillah tiada sebarang masalah sepanjang 5 hari ketiadaan aku. Adik aku yang menjenguk ternakan diladang. Ada juga dapat call dari adik aku untuk dapatkan nasihat nak buat treatment anak-anak kambing. He's growing a fondness towards the animal which is a good thing when one plans to get involved in animal husbandry. Kena ada minat yang tinggi. Kena always go the extra mile. Kena ada kesabaran yang tinggi. Kena ada isteri yang memahami. Ehh..

Tak boleh update panjang sangat sebab nak kemaskan rumah. Aisey, rumah tinggal 5 hari takde orang sepah pun kena kemas ke? Habuk kot..kena cuci habuk..cuci baju etc.



Friday 3 January 2014

Benda Paling Penting

Penimbang? Bukan..Syringe dan jarum?..Salah..Ubat-ubatan?..Cuba lagi..

Jawapannya adalah thermometer! Ya tuan-tuan, alat paling penting bagi aku adalah thermometer. Kalau takde thermometer ni aku taktau nak start diagnose penyakit dan macam mana nak start rawatan kambing aku.

Aku punya thermometer aku kebas anak aku punya. Sekali dah cucuk dalam bontot kbing tak sampai hati nak hantar balik ke isteri aku. Jadi terpaksa gantikanlah. Aku gantikan yang digital, canggih sikit jadi aku tak payah explain panjang lebar kat isteri macam mana thermometer analog tu boleh "hilang".

Satu-satunya kegunaan thermometer ni ialah untuk menyukat suhu badan kambing. Biasanya aku akan observe dulu simtom yang present dekat kambing tu. Selsema, diarrhea, sakit mata, murung (monyok), dan lain-lain. Kemudian baru masukkan thermometer kat dalam bontot. Ada bagusnya juga simpan sikit baby oil ke ape ke sebagai lube untuk kurangkan irritation kat kambing semasa temperature reading in progress.

Bila dah tau kambing tu demam atau tidak baru senang nak start antibiotik regime atau sebaliknya. Kalau demam biasanya baru bagi antibiotic, kalau bawah suhu badan normal aku akan cuba naikkan suhu badannya. Biasa akan beri minum air campuran molasses bicarb dan balut dengan kain gebar untuk tingkatkan suhu badan. Kalau sejuk terlampau organ seperti kidney boleh shut down dan rosak.

Apa-apa pun it was the most worthwhile investment of RM5 I've ever done. You don't need a fancy digital thermometer. Choose the one with the most visible readouts. Not to small. Not too big either.




Tempoh Berpantang Ibu Kambing

TIADA!!!

At least that's the kind of policy that is being implemented in my farm.

Dulu masa mula-mula start kidding aku kurung ibu sehingga sebulan sebelum lepaskan mereka keluar meragut. Performance dari segi health dan juga tahap kesihatan anak tidak memuaskan.

I shortened the confinement period to two weeks. I was still unsatisfied with the health condition of both the does and kids. Jadi aku pendekkan lagi sehingga seminggu. Ada improvement tapi aku terfikir alang-alang dah seminggu baik tak payah kurung langsung. Sekarang hari kedua aku dah lepaskan ibu meragut bersama kawanan yang lain. The best thing about this is, ibu yang punyai anak akan balik ke kandang pada waktu tengahari, approximately after two hours of browsing to nurse their kids. Ada yang cuba ajar anak turun ke pastur seawal seminggu. Bukan makan pun. Nibbling je. But it is still a good exercise for the kids.

Ya, aku tau. Memang ada risiko kecacingan kepada ibu yang turun meragut awal. Tapi kalau dah buat persediaan awal, maksud aku prepartum deworming, takkan ada masalah. Aku tak pernah lagi hadapi masalah. Aku amalkan selective sebenarnya. Jadi hanya ibu yang benar-benar memerlukan aku akan buat deworming. Yang tak perlu, aku tak buat. Dalam 20 ekor induk mungkin akan ada hanya seekor yang menghadapi masalah cacing.

Kelebihan turun meragut awal; ini dari pemerhatian aku. Induk kembali rejuvenated dalam jangka waktu yang singkat. Maksud aku period ibu itu hilang berat, bulu kusut (orang Kelantan cakap serah/seroh) kerana stress melahirkan anak menjadi singkat. This might be due to adequate exercise and proper forage of choice. Induk akan kembali on heat dalam waktu tersingkat. Ini adalah penting untuk memendekkan interval. Penghasilan susu untuk anak pun meningkat. Jadi kes anak bantut ni sekaligus dapat dielakkan. Selain itu, bila dah cukup exercise, body kambing boleh capai metabolisme rate yang optimal thus promoting good health for the goats. See!! Banyak benefits yang boleh kita dapat dengan cut off the confinement period. How do you think all those feral goats thrive in the wild? Atau pun kambing-kambing yang scavenge tong sampah majlis perbandaran? Diorang ni takde confinement period pun sebenarnya. But they're doing better than most of their intensive and semi intensive buddies.

Jangan kurung kambing anda. Lepaskan mereka.

Thursday 2 January 2014

Import Thailand

Kalau diluar negeri mungkin pembiak terpaksa bersaing dengan kambing yang diimport dari Australia, kambing feral lah senang cerita.

Kalau di Kelantan, pembiak terpaksa bersaing dengan kehadiran kambing import dari Thailand. Secara rasminya tiada kambing yang diimport melalui pintu masuk Rantau Panjang, tetapi disebabkan kawalan yang kureng di sepanjang sempadan negara, kambing import (seludup) berjaya juga menerobos masuk ke dalam negara.

Baka kambing dari Thailand biasanya kacukan Anglo dan native breed Thailand. Frame agak besar, tinggi macam Jamnapari. Telinga separa panjang. Hidung cembung separa (Roman Nose). Kalau yang jantan kebanyakannya dikasi. Yang betina jarang-jarang masuk. Aku sendiri pernah melawat kandang transit kambing import (seludup) ni di sekitar daerah sempadan. Dari segi size ianya impressive. Tapi agak kurus. Tak boleh buat pejantan. Aroma jantan dah kurang disebabkan kasi. Itu belum masuk bab penyakit. Biasanya pneumonia, pink eye, foot rot dan lain-lain.

Harga? Ada dua kategori, jualan per ekor dan mengikut berat timbangan. Kalau ikut maklumat Jebon (nak jugakkk!!) harga semasa adalah RM13.00 hingga RM16.00 per kg. Harga per ekor sekitar RM600 hingga RM850 per ekor. Menarik harga tu. Untuk traders boleh la buat untung, bukan takde margin, tapi kalau mati seekor alamat kena jual 10 ekor baru boleh cover yang mati tu.

Setahu aku, kambing-kambing ni ada yang dihantar sehingga ke luar negeri seperti Selangor,  Terengganu dan Pahang. Tapi takde la banyak macam feral Australia. Agaknya sebab kambing Import (seludup) ni jinak sikit dan makannya lebih mudah berbanding feral Australia. Jadi adalah peminatnya tersendiri, mungkin.

Walaupun begitu, aku tak lihat kehadiran kambing import (seludup) ni sebagai satu persaingan kepada pembiak yang sedia ada, khususnya di Kelantan. Rata-rata pelanggan yang ada amat memilih bila nak membeli kambing. Taknak yang import, yang telinga lembik, yang kurus, yang dikasi dan macam-macam lagilah. Jadi secara tidak langsung pilihan pelanggan adalah kambing yang dibiak lokal. Pun begitu ramai juga pembeli yang termakan sales pitch importer (penyeludup) ni. Kata mereka kambing import (seludup) ni dagingnya banyak, tak bau hamis, tulangnya halus, murah berbanding kambing lokal. Apa-apa jelah. Kita tahu kelebihan produk kita.

Yang penting harga asas kambing kita sentiasa dalam kawalan kita. Bukannya bergantung kepada exporters atau exchange rate semasa. Satu dinar kata prof Alwi. Dan aku percaya boleh jual at profit pada harga murah lagi.

Wednesday 1 January 2014

Tahun Baru 2014

Pada pandangan aku, tahun baru 2014 akan membawa penuh cabaran. Terutamanya kos sara diri yang semakin meningkat. Semalam aku pergi Tesco Kota Bharu, barangan rumah yang biasa dibeli ada yang meningkat sehingga 50 sen. Isk, tak patut. Tapi tu lah, nak buat laporan bagitau KPDNKK, pak menteri suruh berjimat cermat, kalau mahal tak payah beli. Tanam atau produce sendiri. Akai ada ka??

Bila dah ada kerunsingan macam ni aku rasakan orang-orang yang dalam rancangan Doomsday Preppers tu sebenarnya phobia mereka tu berasas. Bukan sekadar phobia yang dimomok. Siapa lagi yang nak bantu kita kalau dalam kesusahan. Duit BR1M (bagi yang layak) tak banyak membantu. Itu ikan, bukan joran pancing. Usaha kita berternak selama ini pun tak mengharapkan bantuan kerajaan. Memang tak nak pun.

Nak cakap pasal azam pun cliche sangat. Cuma aku berharap agar dapat mencapai tahap sara diri paling setidaknya 80%. Aku meletakkan aras penanda bukan pada production of food items in my own capacity tetapi dari segi ketidakbergantungan terhadap wang. I shall trade(barter) my goats for other goods to provide enough sustenance to my family. Aku mahu hilang kepercayaan dan ketaksuban terhadap wang.

Aku mungkin akan berpindah ke ladang, kerana isteri bakal ditugaskan berjauhan dari aku. Jadi aku akan punya lebih banyak masa untuk ternakan aku dan juga diri aku. Banyak masa untuk improve diri sebagai hamba dan umat. Tapi berjauhan dengan isteri ni satu masalah juga, kata orang alah bisa tegal biasa. Kami sudah selalu berjauhan. Sejak dari mula-mula kenal dulu. Ada hikmahnya walau apa jua ketentuan Allah swt.

Buat isteri, jutaan tahniah!! Aku akan terus menyokong. Cuma minta bersabar dengan keadaan sekarang. InsyaAllah keadaan akan jadi lebih baik. Mana ada gunung yang asyik kena daki je..ada juga yang menurun nanti. Hahaha. Nasihat kat diri sendiri juga tu.

2014..2014..apa sajalah!