Sunday 16 March 2014

Fasa Penggemukan

Kandang baru dah siap. Maka dengan ini aku secara rasmi dah boleh mulakan proses penggemukan kambing secara sistematik. Kalau dulu main campur aduk je. Gemuk juga. Tapi bab recording dan organization hancuss..sekarang harus lebih serious lagi.

Ya, kalau nak menggemukkan diri-sendiri aku langsung tak bermasalah. Nak menggemukkan kambing ni yang kena ada knowledge and hands-on experience. Aku dulu terlibat dalam feedlot lembu. Memang susah nak feedlot lembu. Merantau dari Thailand sehingga ke Indonesia nak belajar pasal pemakanan lembu. Bila dah tau trade secret diorang pun masih tak boleh buat kat tempat sendiri sebab feed component tu banyak yang tak ada kat megara kita. Kalau ada pun dah jadi terlampau mahal dan tak lagi feasible dari segi economic. As of now, berbekalkan lembu yang umur within good age range, good breed, non fussy eater, boleh dapat sekitar 1.2kg per day in ADG. Conversion ratio of 10:1 dan kos around 30% of selling price per kilogram. Masih untung. Masih viable eventhough FCR not so impressive.

Ok masuk bab penggemukan kambing. Satu yang aku tahu, ilmu gemukkan lembu langsung tak boleh apply untuk kambing. Jauh beza. Macam nak gemukkan tikus dengan nak gemukkan ikan paus. Jauh lari. Jadi aku kena langkau segala mental block yang aku ada dalam kepala hasil dari bela lembu feedlot bertahun. Ok mungkin satu boleh pakai, bab rumput. They both need lotsa green. Rumput, daun, pucuk whatever. Lain-lain hal bab feedlot lembu tak boleh. Seriously. Tak boleh.

First and foremost, living creatures need protein, energy, minerals, vitamin bagi kelangsungan hidup. Protein untuk cell building, muscle etc. Energy untuk maintenance of bodily functions, minerals and vitamins for the upkeeping at cellular levels.

Secondly, perlu ingat kambing ni sangat efficient at converting food into energy, meaning metabolism rate sangat tinggi. Boleh squeeze the juice to the very last drop. Kambing juga tak reserve energy in fat form. At least not in large amount. Pernah bezakan carcass biri-biri dengan kambing? Mana yang lebih berlemak? Tentu sekali biri-biri yang punyai lebih banyak subcutaneous fat (macam lembu). Subcutaneous fat ni senang accumulate. Adds volume and weight. Biri-biri atau lembu instantly nampak gemuk. Akan tetapi, physiology kambing tak membenarkan tubuhnya kumpul lemak macam biri-biri dan lembu tadi. Jadi try as you might, you would never succeed at fattening(with fat) your goats. Jadi, ke mana arah kita? How do we get our goats to put on weight? Protein tuan-tuan. High protein diet. Energy level tak perlu tinggi sebab excess protein can be converted into energy. Masih boleh maintain bodily function. Vitamins and minerals boleh dapat dari salt licks, sunshine and forages. Tak ada masalah. Cuma aku lebih suka include copper dalam salt licks kambing aku. Dalam post yang lepas, banyak pihak kata kambing langsung tak boleh proses copper. Nope. Not true. At certain stage, kambing boleh tolerate copper even better than lembu. Aku beri salt licks yang mengandungi copper  sebab nya aku kurang bagi concentrate. Kambing aku gemuk dengan forage. Jadi copper sangat penting untuk dipadankan dengan forage tadi. Juga penting untuk protein conversion, blood cell production and muscle gain. Dengar sini, diulang, copper sangat penting!! (Jika nak gemukkan dengan forage sebagai diet utama)

Aku tak kisah sangat dengan concentrate tapi forage mesti pelbagai. Aku juga tak suka sangat grain based, sebab energy tinggi, tak banyak yang ditukarkan kepada muscle mass, grain juga buat daging jadi kurang pejal dan tak padat. Aku taknkata daging liat, sebab dengan exercise secukupnya daging kambing malah jadi lembut. Ini experience aku sendiri bila aku sembelih pejantam utama tempoh hari untuk akikah anak aku. Lebihan energy juga buat kambing jadi hyperactive. Macam budak-budak high on sugar. Risiko untuk mencederakan diri sendiri atau kawanan meningkat. Harga juga adalah satu isu walaupun masa penggemukan jadi singkat. But I am not in a hurry. Jadi aku boleh tanggung lagi hanya dengan forage.

Di pantai timur dedak soon soon, felda dan seangkatannya sangat mahal due to logistics. Tak viable. Nope. Kami hanya ada dedak dari Sri Edaran Hong Enterprise. Murah..padan dengan kualiti which is not really that impressive in actuality. Bukan soya based. Ada lah letak jagung dalam tu but I bet it's less than 10%. Sekadar alas perut kambing boleh lah. CP as per stated on the sack 16% to 18%.

Forage; murah, available in abundance, berkesan, tak affected by price speculation, hedging etc. Just make sure kambing browse secukupnya.


Monday 10 March 2014

Rumput; Flukes; Growth

Rumput sebagai makanan utama? Tak ada masalah..walaupun secara alaminya kambing lebih menggemari dedaun dari rumput. Tetapi kambing adalah binatang yang tinggi level of adaptability. This is why goats are found all over the world. Even in places where there are hardly any trees around..let alone a fresh green patch of grass.

Kawanan aku telah fully adapted dengan sajian rumput setiap hari. Memang mereka sukakan dedaun. Tetapi aku terlalu malas nak pegi menutuh dahan pokok untuk diberi makan kepada kambing. Parang dah beli, tapi sifat rajin tak boleh dibeli..adoi.

I run a risk of parasite infestation greater than any breeders that I know. Nak-nak kalau musim hujan. Liver flukes adalah ancaman utama selain cacing. But I believe with proper deworming program for younglings, masalah ini boleh diatasi. Adult goats dah punya ketahanan tersendiri. Jadi tak perlu risau.

Aku mungkin akan ubah procedure deworming ladang aku. Untuk anak kambing yang berumur 3-4 minggu aku akan mula deworm. Deworm round kedua akan dilakukan 10 hari atau 2 minggu selepas yang pertama. Kali ketiga akan dilakukan dengan sela masa yang sama. Setelah itu barulah akan buat sebulan sekali sehingga cerai susu. Bila cerai susu dah boleh buat selective. Ini kerana nak membantu anak kambing supaya ada fighting chance melawan parasites. Juga supaya tumbesaran tak terbantut oleh parasites tadi. Ya, aku tahu akan bertambah development cost bagi seekor kambing. Tapi berbaloi untuk develop seekor pure katjang dari lahir sehingga berumur 4 bulan 2 minggu dan telah mencapai berat 15kg. On average. 20kg in 9 months seems appropriate. Not bad for pure katjang. Fully free ranging, free grazing goats. Dedak less than 50grams a day for a goat. Aku tak ration anyways. Belanja dedak aku adalah RM100 per month@125kg for 140 heads. Jadi development cost aku tersangatlah rendah. Profit margin meningkat dan savings ini aku boleh pass kepada customers.

Prestasi sebegini untuk pure katjang hanya boleh dicapai jika faktor bebanan cacing, fluke dijaga sejak dari kecil. The first 3 months are very crucial in determining the well being and future performance of my goats. Masa ni lah kena berhabisan dan berbelanja lebih sedikit supaya bila dah besar takde kena belanja besar sangat untuk merawat penyakit.

That's about it..mengantuk yang amat sangat. Good night.



Saturday 8 March 2014

Cuci Kandang...baru

Panas betul hari ni..sesuai untuk cuci kandang baru. Jadi aku, adik aku dan pekerja siapkan water jet, tong biru, air, dan racun serta disinfectant untuk kerja mencuci kandang ni. Masa nak start enjin..petrol pulak takde. Aku volunteer untuk pegi beli petrol kat station. Ada laa dalam 2km dari ladang. Sampai kat station, sekali dah kena sita dan sealed oleh KPDNKK sebab jual kepada penyeludup. Baru je kena sita. Panas-panas lagi. Terpaksa laa aku beli dari kedai runcit kampung. Mahal woo..RM4 untuk 1.5 liter. Terpaksa beli jugak sebab nak siapkan kerja. Station lain jauh sangat, lebih 5km kot. Ulang-alik dah 10km. Plus, kena keluar ke jalan utama menuju pekan Rantau Panjang.

Aku syorkan kepada semua penternak supaya jangan skip proses cuci kandang baru. Sangat-sangat penting. It will take some time. But it is worth the time, money and effort spent. Tujuan utama adalah untuk bunuh hama, pepijat, kutu yang ada pada kayu supaya tak menjangkiti kambing nanti. Tujuan lain juga untuk disinfect kandang dari kuman atau virus, bakteria berbahaya dan sebagainya.

Aku gunakan racun serangga Malathion sebagai pembasmi kutu, hama dan pepijat. Aku lebihkan kepekatan racun dari yang disyorkan. At least aku tak perlu repeat semburan dengan cara ini. Aku juga gunakan Lindores sebagai pembasmi kuman dan virus. Kenapa Lindores? Sebab itu je yang aku ada dalam stok. Lama dah beli tapi tak pakai. Jadi sebelum expired lebih baik pakai. Takde masalah kalau nak gunakan brand yang lain.




Masa semburan dilakukan tu kena make sure semua bahagian kandang basah. Atas, bawah, kiri, kanan, depan, belakang, celah dan tepi. Untuk semburan racun aku tak gunakan mist setting, atau semburan kabus. Tapi aku gunakan semburan yang tajam tu supaya betul-betul basah. Betul-betul meresap ke dalam celahan kayu. Tapi untuk disinfectant lebih sesuai gunakan setting untuk mist. Sebab penyakit bawaan angin, airborne pun boleh dibasmi sekali.

Kira proses cuci kandang berjalan lancar la hari ni. Cuma nak start kerja tu yang agak lambat sebab hal minyak dan nak alih tong dan enjin tu. Make sure pakai protective gears. Goggle, mask atau tutup dengan baju. Wap dan bauan dari racun Malathion boleh sesakkan nafas. Jangan spend lama sangat mencuci kandang. Kalau rasa sesak nafas, berhenti dulu, pergi tempat open air, recover dan baru resume semula.

Oh ya..semalam Zhafran datang melawat ke kandang. Kira official visitor yang pertama from this blog. Sorry bro Zhafran, ambo terlewat pagi tu. Sebabnya menghadiri majlis cukur jambul anak jiran, lepas tu kena ambil kambing dari rumah kawan. Terima kasih kerana sudi mari ke tempat ambo di pagi hari Jumaat. Harap-harap tidak indah khabar dari rupa keadaan kandang ambo nih. Hehehe. Nanti senang-senang jupo lagi.

Dan juga doa dan ingatan tulus kepada keluarga mangsa dan mangsa flight MH370. Sewaktu entry ni ditulis masih belum confirm pesawat tu terhempas atau selamat. Aku pun tak tahu kenapa tak dapat nak confirm. Baca online news from different sources (not Malaysia) dah confirm terhempas. I don't know. But I'm hoping for the best (though it is hard) and planning for the worst. Must be really scary to be involved in an airplane crash. I'd imagined that it would be a very quick and painless death. The g-force and spiraling out of control while falling from the sky that make the whole experience even worse. But I wouldn't know. One thing for sure, mati tu sangat sakit. Slow or quick.







Thursday 6 March 2014

Mesyuarat Bekalan Lembu Hidup dan Daging Segar

Pada 4 Mac 2014 lepas berlangsung laa mesyuarat seperti yang di atas. Macam yang aku cakap sebelum ni. Aku tak letak harapan tinggi pada mesyuarat ni untuk bawa sebarang perubahan drastik terhadap industri ruminan negara, khususnya lembu.

Berapa kali mesyuarat pun, outcome nya tetaplah sama. Jadi mesyuarat bermula dengan ucapan pendahuluan oleh pengerusi, iaitu Ketua Pengarah JPV Dato Dr. Abdul Aziz Jamaluddin. Secara ringkasnya beliau menerangkan bilangan lembu di negara kita semakin berkurangan. Secara serius. Keperluan negara adalah antara 120,000 hingga 150,000 metrik tan setahun. Buat masa sekarang SSL level hanyalah 10%. Seingat aku pada tahun 2010 SSL untuk daging lembu/kerbau adalah 24%. Bagus; semakin menurun, ptuih!!.

Banyak pihak complain kekurangan sumber daging tempatan. Pihak yang dimaksudkan ialah kem tentera, kem PLKN, pasaraya, pasaraya hyper, pasar basah. Tapi takde pulak complain dari households.

Jadi beralih kepada agenda utama, Dato pengerusi meminta cadangan dari ahli mesyuarat untuk memberi pandangan, idea, saranan bagi meningkatkan bilangan lembu di Malaysia dan juga bagi memenuhi permintaan pasaran tempatan. Sebelum itu Dato pengerusi juga ada menyatakan bahawa projek-projek EPP kerajaan seperti ladang satelit NFC masih belum matang untuk menunjukkan sebarang hasil. Begitu juga dengan skim pawah Trust dan Pintaf. Sugar coat much? Totes ma goats!!

Mula lah sesi memberi pandangan masing-masing. Seperti kata daredevil kegemaran aku Steve O. Opinions are like asshole..everybody's got one. Ada yang cadang bawa lembu dari Myanmar, ada yang cadang bawa dari Australia, dari India, dari Bangladesh. Aku setuju dengan En. Samad selaku pengerusi persatuan ruminan negeri selangor, beliau cadang supaya lembu yang akan diberi pawah biarlah dari baka LID atau KK. Kecil pun kecil lah. Tak ada masalah. Kenapa nak agungkan Australian Brahman sangat. Bila beliau cadangkan yang sedemikian, berbunyilah importer lembu Australia dengan nada masam kelat menyuruh En. Samad berhenti berucap. Aku bangun dan menyatakan aku bersetuju supaya diberikan keutamaan kepada baka yang sesuai dibela di negara kita. Sekali lagi aku disuruh berhenti dan menghabiskan ucapan aku oleh importer lembu Australia. Hahaha..lepas habis ucapan aku, terus aku blah dari bilik mesyuarat. Ini kerana mesyuarat yang nak membincangkan hala tuju industri dah jadi kaunter aduan bila masing-masing pakat luah masalah. Ada yang bawa masuk lembu tenusu masih belum dapat clearance keluar dari kuarantin. Ada yang mengadu selalu kena kacau dengan penguatkuasa kerana jual daging yang takde chop abattoir JPV. Ada yang luah masalah kenaikan cost of doing business bila JPV unload scope kerja kepada agensi baru iaitu MAQIS. Haih..selalu sangat mesyuarat geng lembu ni jadi macam ni. Setengah jam pertama je yang betul..lepas tu dah ke laut semuanya.

Semua tekun mendengar ucapan melobi importer lembu Australia

Bagi aku lah, kegagalan sistem pawah sebab banyaknya yang supply lembu brahman Australia. Makannya banyak, nak dedak lebih, tak suka meragut rumput hijau, nakkan dried hay sahaja. Mana laa penternak kampung larat nak bela. Lepas 2, 3 bulan jual atau sembelih lembu tu dan beli lembu KK sebagai gantian. Ini realiti yang banyak berlaku. Bila pegawai Veterinar Daerah datang, penternak bagi tahu masalah sebenar, lembu yang diberi dah ditukar ganti. PVD tak boleh buat apa selain declare lembu mati. Sebab tukar ganti tak termasuk dalam syarat pawah. Lembu KK yang diganti pula membiak. Importer dah dapat duit. JPV ada masalah reporting tentang prestasi. Lalu everything pun nak sugar coated lebih dari donat. Hahahaha...

I doubt that any of the offered solutions would be taken into consideration. Terlalu banyak tekanan political yang akan menghalang usaha murni untuk membangunkan industri ruminan negara. Dari meningkatkan SSL negara, baik aku tingkatkan SSL diri sendiri.





Wednesday 5 March 2014

Panas Menyengat

Aku setuju dengan entry terbaru prof alwi. Memang sekarang ni musim. Panas yang melampau. Cabaran lagi hebat dari musim hujan. Haa..sekarang terbukti memang tak ada period senang-lenang sebagai pembiak ni. Cuma ada happy moments bila kambing beranak dan time terima duit jualan kambing. Hahaha.

Musim hujan datang dengan issue yang tersendiri. Cirit birit, selsema, demam, sakit mata. Musim panas pula tak cukup rumput, air perigi kering, kambing kurang perform etc.

Tapi bagi aku kena sentiasa tengok from the bright side. After all; He taketh what he giveth, He giveth what He taketh. At least penyakit kurang sikit period panas ni. Kambing pun sihat-sihat. Di tempat aku, bahang panas ni takde masalah sangat. Rumput dan daun yang tumbuh atas kolam kumbahan masih segar dan mendapat bekalan air dan baja secara constant. Kawasan ragut dalam paya gelang pun masih mampu lagi nak tampung keperluan kawanan aku. Cuma sekarang ni kena provide watering hole lebih sikit. Aku letak culvert di beberapa lokasi strategic di sekitar ladang. Isi dengan air dan sambutan dari kawanan kambing memang tak menghampakan. They're always thirsty.

Anak-anak yang lahir dalam seminggu dua ni pun Alhamdulillah sihat semua. Tak macam yang lahir musim hujan. Performance kurang sikit. Jadi itu perkara positive musim panas ni. Tapi itulah..dah dekat 2 minggu tak ada hujan langsung. Hmm.

Kalau ada kambing yang mati musim panas ni harap jangan bersedih. That's the nature's way of improving our herd. Hanya yang gagah mampu mengharungi bahang panas ini. Dan hanya yang gagah layak untuk dibiakkan.

Ok, signing out. Update pasal mesyuarat tu next entry.







Tuesday 4 March 2014

Terima Kasih Adil LRGF

Heartiest gratitude to Tuan Adil and his wife for hosting my daughter, my sister and I at his beautiful home. Thank you for the dinner and also 3 bottles of goat milk.

Tak plan pun nak jumpa sebenarnya, dia yang text aku dulu. Then kebetulan his house is like 5 minutes from my family house in Damansara Utama. Ingatkan nak gi beli susu kambing macam customers dia yang lain-lain. Sekali wife dia siap masak dinner semua. Terbaik lah..spiral pasta, masak alfredo ke carbonara pakai goat milk. Sangat cheesy dan creamy dan silky dan fulfilling.  Kalah Master chef Malaysia. That's the first for me. Aku kalau bab makan tak payah suruh, cuma kena suruh berhenti je. Suruh mula tak payah. Automatik kalau yang tu.

Balik dari mesyuarat kat JPV, aku buntu nak bawak anak aku pusing-pusing. Nak bawak gi 7E dah selalu sangat. Nak gi playground, jerebu. So called Tuan Adil cakap nak gi beli susu umah dia. Itu kisah awalnya. Sampai rumah dia pun dah 7 lebih. Borak-borak sampai masa kecederaan untuk waktu maghrib. Alhamdulillah sempat balik berjemaah dengan anak dan adik aku. Wish could stay and talk more. Tapi flight balik ke KB jam 10pm. I hope we'll meet again soon. So many things to talk about.

Heh..aku lupa nak ambil gambar, sebenarnya bukan lupa..Tuan Adil ambik je gambar aku ngan adik dan anak aku. Time tu aku boleh je counter attack Tuan Adil dengan camera phone aku. Tapi aku ni jenis tak suka bergambar dan tak suka mengambil gambar. Gambar kambing boleh lah. Tapi sebab nak jadi popular, nak masuk blog LRGF, aku gagahi jua..hahahahaha.

Anak aku dah habiskan sebotol susu sebelum sempat sampai rumah..sedap sangat kata dia..kesian dia..dulu selalu dapat minum..since pindah KL ni susah pulak nak dapat. Aku nak bawak dari Kota Bharu macam leceh je. Takpe, now dah tahu mana nak dapat susu sedap kat KL ni.

Thank you again Tuan Adil and wife for your warm hospitality. Please come to Kelantan so that we could return the favor, it's about time bro. More than 3 decades of living tak pernah jejak kaki ke Kelantan ni..apa ni?? Hahaha.

Monday 3 March 2014

Tak Cukup Lembu

Hari ni dapat SMS dari JPV Putrajaya. Katanya nak panggil untuk bermesyuarat tentang kekurangan bekalan lembu hidup di Malaysia.

Ini panggil mesyuarat tergempar ni sebab latest post-cab meeting dapati memang lembu hidup kurang di Malaysia.

Aku sebenarnya malas betul nak involve dalam mesyuarat macam ni. Sebab macam dah tau outcome macam mana. Same old, same old. Import lagi banyak..dan import dari Australia. Tapi bila pikir ada antara kawan-kawan doktor di JPV yang invite aku untuk pergi..pergi je lah..dengar apa yang nak di cakap. Nak suggest benda-benda ni malas dah aku..dah habis steam.

Post-cab meeting terkejut sebab laporan PEMANDU menunjukkan program Pintaf dan Trust tak menjadi. Lembu yang diberi kebanyakan dah disembelih. Nak menjadi apanya..lembu aussie..darah aussie..makanan aussie..budaya aussie..mana sesuai nak biak kat sini. Makan dedak, rumput segar taknak makan, nak dried hay, dah tu liar pulak, tak tahan panas lembap cuaca Malaysia. Inilah bahana mengikut sangat suggestion importer lembu aussie ni. Ternakan yang di supply pula sub-standard.

Kalau aku bersuara kata aku ada conflict of interest, cakap nak jual lembu siam..at least lembu siam jinak, tahan lasak, tahan penyakit, tahan panas, membiak cepat, senang nak jual sebab saiz yang kecil, makan tak cerewet etc.

Entahlah, malas dah, tapi dah orang suruh pergi, ikut je lah. Tengoklah esok macam mana. Nanti aku update lagi outcome mesyuarat tu.

Isk, lagi baik aku spend time dengan kambing aku, mikirkan nak improve SSL aku sendiri. Haihh..