Sunday 27 April 2014

Iron Supplement

Iron amat diperlukan oleh kambing untuk membina otot dan juga penghasilan darah. Bagi yang lepas meragut/browsing. Risiko parasit juga amat tinggi dan bila kambing dah dijangkiti parasit selalunya akan berlaku anemia. Iron diperlukan untuk merawat anemia. Hanya tahap seriousness yang berbeza. Bila keadaan macam ni berlaku, terpaksa buat treatment course of 5 consecutive days. 1 injection per day and the dosage is based on body weight as per recommendation by the vet or manufacturer/supplier. Repetitive treatment might be required.

Anak kambing yang baru dilahirkan juga kadang kala perlukan suntikan iron. Bagi yang menghidapi jaundice lah. Tapi ada pembiak yang aku kenal jadikan suntikan iron kepada newborn kids sebagai satu SOP. Mostly yang buat SOP sebegini adalah geng fully intensive.

Aku sentiasa ada sebotol injectable iron solution dalam arsenal ubat aku. Ianya antara ubat yang worth having on site. More often than not you will be in a situation where you require this preparation.

Tapi lately aku nak jimat lagi. Kedekut punya manusia. Haha. Jadi aku dah tak inject dah iron ni. Sebab membazir needles and syringes. Jadi aku bagi iron tablet kat kambing aku. Tablets ni aku "pow"  dari isteri aku punya medicine cabinet. Ini stok yang hospital bagi kat dia masa buat pregnancy check up dulu. Masih banyak lagi yang dia tak pakai.

Aku bagi 2 biji sekali telan sehari sekali untuk kambing yang anemic. Sama juga dengan kambing yang bunting. They work just as good.



Dan kalau aku kehabisan stok. Aku hanya perlu pergi ke klinik 1Malaysia. Bayar sehengget dan boleh minta 3 atau 4 kotak iron supplement ni. After all kalau ubat tu tak habis, kakitangan akan buang juga dalam tong sampah bila dah lebih expiry date. Sama macam vaccine FMD kat JPV lah. Bila dah expired, toreh botol dan curah dalam longkang. Padahal belanja lebih dari RM1,000,000 setahun nak beli vaccine tu. Tapi program vaccination tak jalankan 100%. Jadi tak habis lah vaccine tu. Atau terlebih order sebab nak untungkan sesuatu pihak? Atau terlebih order sebab takde bancian setepatnya mengenai bilangan ternakan yang ada dalam Malaysia. Ntah..dah merapu kot aku ni. Karang tak pasal-pasal ada orang JPV sms aku nanti. Hehe.

Air Minuman

Tadi ber'whatsapp' dengan Zhafran. Bincang pasal air minuman kambing. Dia bercadang nak pakai air perigi sebagai sumber utama.

Bagi aku, as long as air tu bersih tidak beracun, tidak dicemari secara biological(E. Coli etc), air itu sudah cukup sempurna untuk diminum. Tidak perlu air yang jernih. I need to reiterate, framework pemeliharaan kambing aku adalah untuk mimic kambing jalanan. Jadi jika kambing jalanan hanya minum air di lopak berlumpur dan boleh perform. Maka, kambing aku juga mesti boleh melakukannya.

Di ladang aku, sumber utama air minuman adalah kolam air yang bersambung dengan paya dan sungai. Buat masa sekarang, paya tersebut telah kering dan sumber utama adalah mata air yang ada di dasar kolam itu. Selain itu juga aku ada beberapa kolam tadahan hujan. Tapi sekarang panas sangat. Kolam tadahan pun kering. Sumber lain juga adalah lopak air yang terbentuk selepas hujan lebat. Seperti di jalanan.

Zhafran juga bertanya tentang kegunaan EM di dalam air minuman. Bagi aku, kambing jalanan tak perlukan EM untuk thrive. Jadi kambing aku juga akan ikut sama. Dan aku tak gunakan langsung EM ni. Baik dalam makanan ataupun air minuman. Bagi aku EM ni hanya menaikkan kos. This defeat the purpose of running a low cost operation. Ada yang berkata EM ni banyak gunanya. 1000 guna. Bagi aku EM ni susah nak guna. Kena biakkan la, kena buat semburan la, kena gaulkan la. Paling senang, tak payah guna langsung.

Kalau ada yang kata EM boleh wujudkan fauna dan suasana yang optimum di dalam rumen kambing. Aku kata dedaun dan rumput juga mampu lakukan benda yang sama dengan kos yang minimal. Kalau ada yang kata EM boleh hilangkan bau busuk tinja. Aku kata kalau takut busuk tahi kambing, jangan ternak kambing. Ternak aje kambing plastik. Confirm takde tahi.

OK and good night.




Thursday 24 April 2014

Untuk Di Jual

Aku belek-belek Mudah. One of my pass time favorite things to do. Came across an advertisement. Sebuah ladang kambing susu baka Saanen untuk dijual secara lock, stock and barrel. RM 1,500,000 for the whole shebang. Wow!!

Aku pernah baca blog ladang ni; Happy Goat. Located in Balik Pulau, Penang. Memang mantap. High tech habis. Closed house system for goats. I would assume that it's the first of its kind in Malaysia. Baka Saanen dibawa terus dari Australia sinun dan di bela di dalam barn yang obviously climate controlled.

Dah nama closed house system. Mestilah fully intensive. Makanannya pula berasaskan Napier dan Rosie (merujuk kepada iklan). Kalau mengikut blog dia dulu, pellet pun ada bagi.

Persoalannya kenapa ianya nak dijual. Business ini diiklan sebagai menguntungkan. Terus sahaja boleh generate income sebab dah ada kambing yang matang dan bunting mengeluarkan susu. ROI within 3 years time. Terdapat juga produk downstream yang dah established. First and foremost, goat milk lah. Second, ada goat milk yoghurt. Lagi ada sabun berasaskan goat milk. Good enough. Tapi kenapa masih nak jual?

Kalau ada rakan-rakan yang nak beli business ni aku nasihatkan kena betul-betul buat due diligence audit. Betul-betul check cashflow, current debts, fixed and movable assets, livestocks (quality), pastures(if any). Takut indah khabar dari rupa. Aku dapat fikir 2 alasan je untuk dijual. Sama ada management issues; owner no longer interested/fit to run the business, authority matters bersabit tanah etc. Atau satu lagi yang berkemungkinan besar, business is not doing good, so better cash out before it bleeds more money.

Teringat kepada perusahaan dairy goat LRGF, Cikgu Mat Pulau Kundur. Begs the question..Apa yang beza antara LRGF dan Cikgu Mat? Apa yang boleh buat mereka jadi sustainable? Sebab technology? Biasa-biasa je. Happy Goat ada air conditioned barn.  Baka? Happy Goat ada Saanen original from down under. Product lines? Happy goat ada a few. Orang lain hanya fresh milk. Hmm.. sembelit juga otak aku nak mikirkan ni.

I guess when you're too big..you'll become a monster and you're just gonna eat up yourself inside out. Begs another question..berapa ekor induk yang aku mahu ada sebelum aku bertukar jadi monster?



Cause of Death

Pening dah aku baca segala macam article pasal paru, jantung dan cecair di dalam paru.. Tapi aku tak boleh pastikan sebab sebenar anak kambing tadi mati. Aku cuma boleh narrow down possible C.O.D.

1. Pneumonia - disebabkan kehadiran cecair yang luar biasa banyak di dalam paru-paru. Tapi pneumonia sahaja tidak menjelaskan tentang cyst-like substance yang ada dalam paru tu.

2. Anak kambing ni dilahirkan dengan jantung yang abnormal. Seterusnya menyebabkan aliran darah yang tidak optimal ke paru-paru. Lalu menyebabkan pengumpulan cecair di dalam paru. Sel darah putih cuba nak pulihkan keadaan ini dan lama-kelamaan menyebabkan kemunculan cyst memenuhi rongga di dalam paru. Benda yang aku cakap seakan lemak berwarna putih.

Penjelasan kedua adalah yang paling munasabah bagi aku. Anak kambing ini mempunyai jantung yang abnormal. Mungkin disebabkan ianya dari kelahiran kembar tiga. Tuntutan nutrisi yang tinggi dari ibunya semasa kehamilan mungkin menjadi penyebab kepada pembentukan jantunf yang kurang sempurna.  Tapi ada juga contraindication nya. Anak kambing ini mempunyai tumbesaran yang above average. Untuk pesakit jantung biasanya pertumbuhan agak slow disebabkan ketidakcekapan sistem tubuh badan.

Aku bukan vet pun. Tapi nak tahu juga apa yang sebenar nya menjadi penyebab kematian anak kambing aku tu.

An Eventful Day

Hari ni bermula seperti biasa. Aku start mengembala dan membimbing kawanan kambing aku sehingga ke sempadan ladang.

Tiba-tiba terdengar bunyi pejantan. Bukan bunyi biasa. Macam dalam kesusahan. Berlari aku ke arah diam tengok-tengok dah tersekat dalam paya. Aku terpaksa masuk sama dan tarik ia keluar. Berat weih..dah la taknak bekerjasama langsung.



Bila dah dapat keluar, terus je jalan ke depan mengejar betina-betina; as if nothing happened. Heh.

Lepas 15 minit sambung kerja mengembala, adik aku sampai ke tempat aku dengan motosikal. Katanya ada anak kambing yang sakit. Terus naik motosikal dengan dia balik ke kandang. Kawanan aku biarkan dalam mode autopilot.

Sampai kat kandang ada seekor anak kambing betina duduk terjelepuk kat bawah. Kambing ni baru berumur 2 bulan. Dah ada sakit puru kat mulut. Tapi yang ni sakitnya lain macam. Aku buat basic check up. Bukan dehydrated. Bukan anemic. Short of breath sebab mendengus. Keluar air dari mulut. Perut sedikit kembung dan berisi air yang lebih dari biasa. Aku agak indigestion. Terus capai jarum dan buat suntikan untuk melegakan angin. Memang keluar angin bersama air.

Aku pindahkan anak kambing ni ke atas kandang. Ada improvement selepas buang angin tadi. Tapi lepas 10 minit jatuh terduduk balik. Memang kambing ni kandungan air dalam perutnya lebih dari normal. Jarum bersaiz 16G tak mampu nak keluarkan air tu. Aku berkira dengan adik aku dan staff. Nak belah perut anak kambing. Kami cukur bulu dia kat perut tu dan aku mulakan untuk belah perut kambing. Halfway aku jadi gerun, jadi aku minta staff aku toreh dinding perut yang lapisan dalam. Laceration was only 1cm long. Kambing masih lagi mendengus macam tak dapat bernafas. Aku cucuk make shift trokar from needle cap ke perut anak kambing tu. Tembus dan keluar cecair dan angin. Tapi kambing dah terlampau sakit. Mata terbeliak. Not a good sign. At that instant, aku minta pekerja untuk menyembelih dari mati sia-sia.

Terus sembelih dan dari observation, darah merah pekat mengalir, bukan merah terang. A sign of poor oxygenation. Lagi musykil. So bawak carcass anak kambing tu pergi kabin dan aku start melapah. Everything was ok, except the extra water content inside the rumen. Then lepas keluarkan perut dan usus. Aku terus belah diaphragm untuk access kepada organ yang lain. Sini jadi satu benda pelik. Bila tembus je diaphragm tu, mencurah air keluar, beserta bau hanyir/busuk. Pelik ni, sepatutnya tak ada air dalam tempat ni. So aku tarik keluar senua paru dan jantung. Jantung ok. Paru ada masalah.

Paru sebelah kiri dah mengeras. Biru dan lebam. Further inspection aku  cuba palpate paru tu. Memang dah keras. Dah jadi macam fibrosis. Cubaan sistem tubuh badan untuk membaiki sel yang rosak. Aku ambil pisau dan belah dua. Keluar macam ketulan berwarna putih susu. Seakan lemak. Memenuhi rongga di dalam paru. Juga berisi air yang aku tak tahu dari mana datangnya. Kalau liver yang mengeras macam ni aku boleh agak macam cirrhosis. Tapi belum pernah jumpa lungs yang macam ni. Kena buat reference malam ni dengan lebai google.



Carcass tu tak dibazirkan. Aku hiris daging peha belakang. Goreng untuk makan tengahari dengan sup ikan haruan yang adik aku masak. Sedap sungguh!



Lepas makan tengahari masuk shift mengembala sebelah petang pulak. Belum hilang cemas pasal anak kambing tadi kena pulak sambut kelahiran triplets dari seekor induk yang bersaiz agak kecil. Pure katjang. Beranak tiga. Susah tu. Dah la anaknya besar-besar sebab dah cross breed. Lepas suapkan colostrum dan letak iodine etc., belum sempat duduk amik angin, kena sambut pulak kelahiran kembar seekor lagi induk. Cemas yang berkali-kali. Sebenarnya takde la cemas sangat. Saje je. Hehe. Alhamdulillah. Dapat 4 ekor anak jantan dan seekor betina. Triplets tu semuanya jantan. That's a first for House of Goats.

All in all hari yang meletihkan dari biasa. Malam ni kena study pasal paru anak kambing tu pulak. Hmmm




Tuesday 22 April 2014

Rumput Sebagai Sajian Utama

Buat masa sekarang, aku tidak menghadapi sebarang masalah. Alhamdulillah.

Kuncinya adalah kambing binatang yang senang beradaptasi. Beri mereka makan apa sahaja dan mereka akan cuba sebaik mungkin untuk memanfaatkan apa yang dimakan.

Kuncinya adalah kambing binatang yang sangat efisien dalam menukarkan bahan yang dimakannya kepada nutrien penting untuk tumbesaran dan pembiakan.

Mengikut pemerhatian aku, kawanan kambing aku tidak menghadapi masalah untuk meningkatkan berat badan mereka walaupun lebih 80% diet mereka adalah rumput. Bukan Napier. Tetapi rumput biasa.

Kuncinya juga adalah garam jilat. Mesti dan harus mengandungi copper untuk kambing yang 100% meragut/browsing. Ini adalah tersangat penting untuk menambahkan lagi kecekapan ruminan dan pertumbuhan otot.

Kerana objektif aku adalah untuk mimic kehidupan kambing jalanan. Betul-betul low cost dengan minimal intervention. Intervention yang dimaksudkan adalah seperti pemberian garam jilat tadi, dewormer, ubatan hanya jika perlu.




Sunday 13 April 2014

Jaminan Tiada Kenaikan Harga Daging Tempatan

Hahahaha...hahahaha..hahahahah..hahahaha

Ok habis gelak..hahaha..eh tak habis lagi.

Siapa-siapa yang tengok berita TV1 jam 8pm tadi ada laporan mengenai KPDNKK memberi jaminan tiada kenaikan harga daging tempatan menjelang Ramadhan dan Syawal nanti. Hahahaha..

Lawak kot nak cakap macam tu. Mungkin justification nya adalah penetapan harga siling daging tempatan pada musim perayaan. Maka dengan itu tiada kenaikan harga daging. Bijak memang bijak!

Makcik yang di pasar ditemuramah. Diminta pendapat berkenaan rumors harga daging tempatan akan naik sehingga RM40 per kg. Mengeluh. Sempat juga salahkan penjual.

Pakcik penjual daging juga ditemuramah. Ditanyakan pendapat tentang rumors harga lembu mungkin akan mencecah RM4,000 seekor. Mengeluh. Sempat juga salahkan pemborong.

Aku simpati kepada kedua-dua mereka. Malah aku simpati kepada semua rakyat Malaysia penggemar daging tempatan. Mungkin lepas ni dah tak dapat nak makan daging tempatan.

Apa jadi kepada dasar sekurit makanan negara 2010. Jaminan bahawa pengeluaran makanan asas negara akan meningkat menjelang tahun 2020.

Persatuan Pengguna Negeri Kedah (CAKE) juga dah syorkan kepada kerajaan supaya jangan hanya bergantung kepada lembu import Australia sahaja dalam menangani demand terhadap daging lembu ni. CAKE tak tau ke yang sekarang ni pun memang dah ada import lembu dari Thailand etc selain Australia. Cuma import Thailand lebih mahal berbanding Australia. Australia pula banyak restrictions dari segi penyembelihan dan pergerakan ternakan. Importer yang ada sekarang ni hanyalah satu pihak. Perfectly monopolistic market.

Jumaat malam yang lepas, sempat makan malam bersama salah seorang penting dalam JPV dari Putrajaya, katanya sekarang dah ada cubaan oleh taiko-taiko korporat Malaysia untuk bawa masuk lembu dari Brazil. Baguslah. Pecahkan monopoli Australia, tapi aku kurang yakin ianya doable atas beberapa sebab. Pertama perjalanan jauh, kos sewaan livestock vessel yang tinggi. Dalam dunia ni hanya ada sebilangan vessel yang besar dan mampu harungi gelora lautan dan kapal-kapal ini sangat sibuk kerana jadual charter yang padat. Kapal yang bawa lembu dari Australia sekarang ni masih dikategorikan kecil. Kalau nak dapat economic value from it, kena kapal yang besar, aku kira paling kurang boleh bawa 15,000 ekor baru berbaloi untuk perjalanan sehala. Ya, demand daging negara kita memang tinggi, 120,000-150,000 tan metrik setahun. Tapi kalau daging India masih ada di pasaran, aku rasa susah nak habiskan 15,000 ekor tadi. Lagipun mana nak simpan 15,000 ekor. Semua 59 ladang satelit di bawah skim NFC dah kaput. Ada yang dah bertukar jadi ladang kambing pun. Hmm

Yang kedua, harga. Boleh ke harga lembu dari Brazil menyaingi harga lembu dari Australia. Berbalik kepada perjalanan tadi. Australia punyai kelebihan geografi kerana terletak lebih dekat iaitu kira-kira 8 hari pelayaran. Brazil ni mau makan masa sebulan. Bila total up harga seekor lembu, kos penghantaran, handling, makanan dalam perjalanan (walaupun akan ada advantage dari segi weight gain) masihkan economically viable untuk bersaing dengan lembu Australia.

Yang ketiga, kualiti. Memang tak dinafikan, lembu Australia pun bukannya berkualiti sangat yang paling bagus ialah lembu tempatan, kedua Thailand, seterusnya Australia etc. Kualiti yang aku maksudkan adalah dari segi carcass yield, dressing weight, grading of beef and fat etc. Lembu tempatan paling sedap, hands down. Grass fed since weaning. Thailand dikira OK sebab masih lagi ada unsur grass fed sehinggalah dibawa ke Malaysia bila masuk sistem intensif diperkenalkan kepada concentrate and all. Aussie's, mostly grain fed. Tu pasal fat lining warna kuning, stress factor pun ya jugak, daging dark red, keras, pejal sebab mostly lembu tua, bulls and cows, 400kg average. Heifers and steers jarang orang beli dan sembelih sebab lebih mahal dan kecil sedikit. 380kg average.

Berbalik kepada isu short in supply ni, macam yang aku bincangkan dengan prof Alwi tempoh hari, it's a matter of time before the bubble bursts. Now the thing that we fear the most is about to happen. Inilah bahana tak ambil cakna pasal food security. Tak endahkan nak increase our own SSL. Bila semuanya nakkan yang murah (daging India), bila kita tak breed animals secara betul. Suatu hari lembu akan pupus di negara kita. Jangan cakap pasal Bera nak jadi pengeluar daging negara laa. Tu mainan politik sahaja, mentang-mentang Menteri MOA asal Bera terus nak buat lembah pedaging kat situ. Apple polishing at its best. Baik dari GLC atau dari Kementerian dan Jabatan. Kalau nak jadi..tu haa.. Gemas..it should have been just that long time ago. But 'they' screwed us up.

This is why I told myself to only look after my own food security. Bukan nak jadi sombong dan individualistic. Tapi kerajaan melalui jabatan tak bersungguh nak laksanakan program dalam meningkatlan SSL. Ramai orang kampung nak bela lembu, tapi diberinya lembu pawah dari Australia. Tak ke tercabut otak orang kampung nak bela lembu Australia, dah la liar, makan nak pellet and grain and dried hay, rumput segar taknak makan. Stress factor tinggi, breeding lambat. Last-last sembelih dan jual sebab tak mampu nak jaga. It should have been lembu kampung or LID or Thai Brahman or Myanmar breed. Bukan sebab aku pengimport lembu Thailand/Myanmar Tapi sebab aku tahu these breeds are better suited in our climate. Better than the Aussie counterparts. Sebab aku nak tengok negara kita mampu untuk menyuapkan makanan ke mulut rakyat sendiri tanpa perlu import dari mana-mana pihak. We are talking about cattle here. Bukannya cakap pasal gandum, pasal salmon atau trout.

Takpela, biakkan je mana kambing yang ada. Look after pur own SSL, paling kurang kita tak payah nak keluar duit untuk red meat. Ataupun boleh barter dengan benda lain macam sayur, ikan and all. Biarlah bubble tu pecah, biar orang atasan yang pikir, selama ni pun bukan orang tu pikirkan pasal kita bila took up that cool 250mil.

Biarkan kita dengan kambing-kambing kita.

Saturday 12 April 2014

Juvenile Herd

The most crucial. The first 3 months. Time ni lah kena jaga betul-betul parasite burden. Kena berhabisan sedikit untuk deworm. At least in my case. Di ladang aku. Itulah yang harus dibuat.

Untuk juvenile herd aku tak buat creep feeding etc. Solely meragut, browsing and just a handful of goat pellets as reward to them when they get back to the barn. Aku buat macam ni sebab nak biasakan diorang supaya thrive on what is available to them. Jangan nak mengharapkan pellet sangat. Kambing tepi jalan ok je..semua gemuk je..makan sampah je pun..mana ada pellet..jangan nak manja sangat la.



Harapan aku supaya kawanan kambing superior akan mempunyai sistem penghadaman yang sangat efisien dalam menukarkan makanan kepada muscle mass atau fat content. Dengan kata lain FCR yang above average dengan hanya basic forages. Tanpa concentrate. Tumbesaran dalam masa singkat dengan dirt cheap punya development cost. Negro, Goldie dan Jenny telah membuktikan ianya bukanlah mustahil dan boleh dilakukan. Hanya perlu unlock the superior gene.

Tapi juvenile group ni memang mengada. Keluar meragut dalam setengah jam. Balik minum air. Pastu lepak-lepak atas kandang. Lambat nak turun balik. Malam nanti lapar la. Jadi kerja mengembala juvnile herd ni leceh sedikit. Banyak berjalan. Diorang pun fussy eater. Sikit-sikit je makan. Terus blah tempat lain. Tapi tu pun mungkin sebab group pagi dah sebat semua pucuk-pucuk yang sedap. Tinggal "kerak nasi" je kat diorang. Ini buatkan mereka menjadi adventurous, terpaksa ke dalam kawasan paya yang aku sendiri pun tak berapa berani nak masuk. Takut ada naga maa. Anaconda ke..

Oh ya. Cuaca hari ni masih panas. Panas seperti biasa. 35°C max temperature. Scarce cloud. Sparse wind around 10km/h.


Friday 11 April 2014

Bodohnya Aku

Sebab aku rasakan bahawa Ivermectin tiada lagi kesan ke atas kawanan aku. Sebab aku rasa parasit di ladang aku dah jadi kebal dan immune terhadap Ivermectin.

Sebelum ini aku dah ceritakan, kawasan browsing bagi kawanan kambing aku majority nya adalah berpaya, berkelembapan tinggi, sangat dipenuhi oleh flukes. Cacing ada..tapi tak serious. Flukes ni boleh buat anak kambing bantut. Tak besar-besar. Miniature. Dan flukes tidak alah kepada racun Ivermectin. Zzzzzzz.

Sebab tu bila aku beralih kepada Albendazole, telah nampak keberkesanannya. Levmisole pun kurang menjadi actually. Hanya Albendazole boleh diharap buat masa sekarang sehinggalah aku temukan dewormer jenih baharu nanti.

Aku terpaksa buat mass deworming untuk anak-anak kambing bagi 5 bulan pertama untuk membenarkan mereka mempunyai fighting chance. Mengikut pemerhatian aku, flukes ni lagi sadistic dari parasit jenis lain. Lagi ganas. Nak-nak kalau musim hujan. Lagi mengganas. Assault by assault ke atas kawanan kambing aku. Albendazole juga tidak membunuh telur flukes. Hanya akan menjadi effective ke atas adult flukes. Jadi harus deworm antara 10 ke 14 hari selama 3 sela masa. Very crucial. Kalau tak..sia-sia sahaja. Have to start over.

Keep in mind..

Thursday 10 April 2014

Normal Day

Balik dari Myanmar dan Nepal hari tu sebenarnya aku tak betul-betul lagi fokus menjadi pengembala. Terlalu banyak kerja yang tertunggak kerana cuti tersebut. Ini yang kadang-kadang malas nak amik cuti. Sebab balik kena hadap kerja bertimbun.

Jadi baru semalam berkesempatan nak tukar uniform mengembala dan mengeluarkan peluh. Fuhh..panas betul semalam. Dah laa aku selsema. Water intake terpaksa double than usual. Aku rasa lebih 7 liter aku minum semalam. Dalam 6 botol mineral besar tu. Nasib baik tak kena electrolytes poisoning. Hehehe.

Sekarang aku dah buat 2 shift meragut. Shift pertama dari jam 10:30am hingga jam 3:00pm. Shift kedua 3:00pm sampai 5:30pm atau 6:00pm. Masa menjadi semakin singkat. Bagi kambing yanh suka main-main. Laparlah mereka. Adjustment period ni aku observe dalam 2 minggu je..tops..lepas tu tiada lagi main-main. Semua serious cari makan. Aku prefer untuk mereka meragut lebih lama. Makan+exercise. Tapi disebabkan ada 2 kumpulan, iaitu breeders dan jantan untuk jualan. Maka kena buat macam ni lah dulu. Mungkin bakal pindahkan satu kumpulan ke suatu tempat baru. TBA.

Semalam tiada apa-apa menarik. Ada kambing yang cirit. Tapi tak serious. Sebab utama cirit..rumput sekarang menghijau. Seminggu dua lepas ada laa hujan 2 hari. Water reserve dalam tanah mungkin dah replenished balik tu pasal rumput menghijau. Kambing ni makan tak ingat dunia. Took in too much of greens. Tu jadi cirit. Don't need any intervention. So aku biarkan saja.

Semalam juga aku buat retag 2 ekor kambing yang tercabut. Ni dah 5 kali kena ganti tag over all. Ke kena tukar tag yang lagi kualiti? Nak pakai yang dah numbered atau kena tulis sendiri. Tulis sendiri leceh la.



Jumaat hari ni malas nak masuk ladang. Ada kenduri sebelah petang. Kawan seperkambingan juga. Maybe boleh lawat kandang dia petang nanti. Esok lah aku masuk ladang. Hari ni hari untuk anak aku dan diri sendiri. Hari bermalasan.

Thank you prof Alwi sebab terima lawatan aku walaupun timing sampai ke ladang tu maybe kelaut. Thank you sebab belanja dinner. I owe you one. Sila jemput ke Kelantan untuk pulut mangga. Tiada gambar aku bersama prof Alwi. Dah cakap kan aku tak suka bergambar..hahaha.





Tuesday 8 April 2014

Melawat Alwi Goat Farm

Bercakap dengan prof Alwi semalam. Banyak topik tapi yang paling aku fokus ialah pasal dewormer. Masa mula-mula kidding dulu. Aku masih ingat dapat lebih kurang 40 ekor kambing. Yang survive first 3 months hanyalah 20 ekor. Yang 20 ekor tu pun dah jadi macam ayam serama..kenit-kenit, katik-katik, comel-comel. Serious aku tak tahu kenapa. Masa tu memang tak ada clue. Aku tak buat deworm pun. Sebab terus aje nak get into selective. Kononnya.

Tak boleh..tak boleh..itu yang discuss dengan prof Alwi semalam tu. Sebab parasite concentration tempat aku teramat tinggi. Part of pasture adalah septic pond dari operation lembu fidlot yang dah bertahun. Satu part lagi adalah paya. Satu part lagi adalah kolam sumber air. Sikit sangat yang betul-betul kering. Semuanya lembap dan menjadi lubuk parasite. Flukes and roundworms. Setakat ni takde lagi tanda-tanda tapeworm.

So anak kambing aku walaupun tak keluar meragut lagi, aku dah start deworm pada umur 3 hingga 4 minggu. This is when they are most curious.  Semua benda nak masuk mulut. Termasuklah pelet najis dari mak dia yang mungkin dipenuhi telur flukes dan worms. Jadi first defence aku adalah Albendazole dan Levmisole. Heck even I myself take some pills to deworm myself every 6 months.

Aku jarang guna Ivermectin sekarang sebab tak berapa nampak kesan. Hanya baik untuk kutu dan kurap. Cacing kurang berkesan. Prof Alwi pun hairan sebab dewormer ni jenis new generation. Takkan dah ada resistance. Sebetulnya, aku dah mula menggunakan Ivermectin ni dari awal operation lembu lagi. Semua lembu pun aku cucuk Ivermectin. Mungkin sebab excessive treatment dengan dewormer jenis ni parasites dekat ladang dah jadi sort of immune. Salah aku. Dulu susah nak administer oral anthelmintics kat lembu. Bagi aku lagi senang cucuk je.

So sekarang hanya boleh berharap kepada Albendazole dan Lavimasole. Depends on which parasites aku nak target.

Sebagai pembiak, aku rasa ini adalah hurdle paling besar. Nak acclimatize kambing-kambing dengan parasites yang sedia ada. Bukan tak ada top performers. Ada je kambing aku yang tak pernah deworm sejak lahir. Tak pernah selsema. Tak pernah inject antibiotik. Tak pernah kena puru. Tak pernah demam. Cumanya tak ramai yang perfect goats macam ni. Kena ramaikan lagi bloodline mereka yang tahan lasak ni supaya akhirnya kawanan kambing aku menjadi kawanan superkambing yang tahan parasites dan boleh terbang. Ok, maybe not. For that flying part. But that my friends, takes time...and money can't buy that. This is the organically slow and sluggish part of building the superior herd. Nonetheless, it is worth every bit of effort put into.




Monday 7 April 2014

Lawatan ke kandang Cikgu Mat

Cikgu Mat..nama pun dah cikgu..mestilah cikgu kan..cumanya beliau ni dah pencen lebih 20 tahun lepas. Masih sihat walaupun ada sound problem sikit. Masih mampu perah susu kambing seorang diri dan bottle em up. Production per day 10kg.

Method of farming; semi intensive. Head counts dalam 70 ekor. Baka dairy (saanen, british alpine) cross boer, jamnapari dan katjang. Beliau juga merekod setiap kelahiran, jualan, dan lain-lain walaupun kambing beliau tidak bertag.

Lokasi adalah di Pulau Kundur, area PCB bagi yang kurang arif. Beliau juga ada bela biri-biri dan lembu. Ini otai lama, aku bertanya pernah tak alami masalah bengkak susu dan beliau kata tak pernah. Hairan..dengan tiada tit dip, antiseptic spray and all beliau tak pernah alami mastitis. He must be doing something the right way.

Tujuan aku ke sana nak tengok kot-kot ada anak betina yang nak dijual. Aku dalam fasa expansion sekarang ni. Nak wujudkan colony baru di suatu daerah lain. Jadi amat memerlukan kambing betina. Susah nak cari wei..menunjukkan shortage of supply. Tak ramai yang nak jual..dan ramai juga kandang yang telah kosong. Kadang-kadang orang bertanya kat aku pulak ada nak jual kambing tak.

Balik kepada cikgu mat..beliau melepaskan kambing meragut di atas sebuah private island bersebelahan kandang kambingnya. Beliau bina sendiri jambatan bagi kambingnya menyeberangi sungai paya nipah untuk menuju ke atas pulau tersebut. Sehingga hari ini jambatan usang itu dikenali sebagai jambatan kambing.



Cuma aku sedih sebab tiada anak dan cucu beliau yang berminat untuk turut sama menjaga ternakan beliau. Walhal revenue dari susu sahaja dah mencapai RM160 sehari.

Satu aspek yang aku kagum ialah Cikgu Mat tak pakai handphone, internet, banner, poster dll untuk market produknya. Solely depends on words of mouth. Ini memang satu marketing tool yang paling power dan lebib convincing dari kaedah yang lain. Kambing dia habis dijual. Susunya habis dijual. Tak perlu call orang untuk promote. Sehingga kena gantung signage depan rumah untuk.makluman waktu urusniaga bagi mengelakkan pelanggan adhoc kecewa.

Kambing Cikgu Mat memang hardy, jarang sangat deworm dan dia juga buat selective deworming cuma mungkin dia tak sedar la sebab otai lama mana nak kisah technical term macam penternak baru ni. Dia buat apa yang dia rasa betul, true and tested punya method.

Seingat aku dulu dia punyai lebih ramai kambing, mungkin faktor usia buatkan dia scale down sikit.

Apa-apa pun tak susah nak bertanya hal kambing kepada Cikgu Mat. Suka berkongsi orangnya. Semoga Cikgu Mat terus diberikan kesihatan. Aku agak umur dia dah dekat 80 tahun lah. Bab tu tak berani nak tanya. Takut kita yang muda ni nampak lembik sebab bagi aku dia memang iron man.

Saturday 5 April 2014

Cuti Lama

Cuti sekolah baru ni..aku planning untuk  mengembara secara solo ke negara Myanmar dan Nepal. Myanmar ni aku dah biasa. Biasa sangat. Tak gelabah sangat kat negara Myanmar. 2010 aku dihantar untuk sourcing lembu disana selama setahun. Dah pandai bertutur bahasa rasmi Myanmar pun.

Trip aku ke Myanmar kali ini untuk melawat Bagan. Bandar purba. Mode pengangkutan adalah keretapi tanpa penghawa dingin dengan masa perjalanan 20 jam. Ini first time aku try naik keretapi. Dulu ke Bagan aku menaiki kereta dan bas. Cabarannya agak berlainan. Letih, sakit badan, panas, berhabuk, debu, asap, tak cukup tidur, dehydration etc. Tapi worth every bit sebab dapat interact dengan locals dan juga observed culture mereka. Paling penting aku revisit perkampungan yang bela lembu dan kambing. Antara tujuan lain aku ke sana untuk experience balik sunset over the mighty Irrawaddy berlatarbelakangkan gunung-ganang di wilayah Sagaing. Subhanallah..cantik..kalah sunset di mana-mana tempat yang aku pernah lawati sebelum ini. Sunset nya juga tidak pernah berubah, tetap sama sebagaimana ianya 2 tahun lepas. Aku suka negara Myanmar sebab orangnya friendly, baik-baik, peramah, ringan tulang, hard working. Tapi ada juga kaki tipu, kaki songlap tapi itu cerita lain.



Sesudahnya hal di Myanmar aku menuju ke Nepal. Negara ini belum pernah aku jejaki lagi. Tak tahu nak expect macam mana. Yang nyata ialah perubahan cuaca. Di Myanmar cuaca pada siang hari adalah panas dan kering. Suhu mencecah 35°C. Di Nepal pula, setibanya aku di airport Thribuvan, suhu serendah 15°C. Terpaksa keluarkan windbreaker. Aku bermalam di daerah Thamel, Kathmandu. Malam pertama aku berjalan melawat sekitar bandar Thamel. Berjumpa dengan pelancong dan juga pendaki gunung. Rata-rata dari Amerika, Kanada dan Perancis. Di bar/kelab masing-masing menceritakan pengalaman mendaki Fishtail Mountain di Pokhara, ada yang trekking ke Annapurna basecamp. Yang lebih extreme pergi ke Everest base camp dan cuba untuk mendaki ke puncak. Aku dan lain-lain yang baru tiba hanya mampu mendengar pengalaman mereka yang baru selesai melakukan trekking.

Tapi misi aku di sini adalah nak mencari matahari terbit merentasi banjaran himalaya. Aku bukanlah seorang hardcore mountaineer. Jadi aku pergi ke Nagarkot untuk tujuan ini. Bangun seawal jam 5 pagi untuk menonton persembahan dari sang pencipta. Memang menakjubkan. Aku pasti tak akan jemu dengan pemandangan sebegini. Aku berada lebih kurang 180km dari puncak everest. Tingginya melebihi expectation aku. Setinggi awan. Lebih tinggi. Sangat worthwhile. Nepali di Nagarkot juga mengamalkan ekonomi pertanian dan penternakan. Tanaman utama adalah gandum. Ternakan utama pula adalah kambing dan lembu. Kambing disini digembala sepenuhnya di lereng bukit. Extreme gila diorang punya pasture. Gaung sedalam 200 kaki tu adalah biasa. Kambing di sini bersaiz lebih besar dari katjang di kampung halaman. Berbulu lebat (tahan sejuk mungkin). Dual purpose. Meat and milk. Dan buat pertama kali juga aku merasa cheese dari susu Yak di sini. Not bad. Panjang lagi, tapi aku malas nak cerita. I am not a good writer



p/s: terima kasih kepada isteri kerana memahami kehendak aku yang kadang kala impulsive.