Ok..before anything else..elakkan perkongsian jarum suntikan untuk ternakan kita tuan-tuan. Habis pesanan penaja. Masuk ke tajuk utama hari ini.
Setelah bosan menunggu doktor JPV datang ke ladang untuk membuat suntikan kepada kambing aku bila ada kambing sakit aku membuat keputusan untuk menyuntik sendiri kambing yang ada. Pelbagai saiz jarum telah aku gunakan sepanjang career menyuntik kambing sendiri ni. Hahaha. Dan aku dapati jarum yang paling sesuai untuk menyuntik kambing ni adalah jarum yang bersaiz 20G X 1". Perlu diingat semakin besar gauge(G) sesuatu jarum tu, semakin kecil saiznya. Ini bermakna jarum 23G lebih kecil dari jarum 20G. Dan jarum 16G lebih besar dari jarum 20G. Panjang nya ada yang berukuran seinci dan lebih.
Aku lebih gemar gunakan jarum 20G X 1" kerana ianya lebih versatile dari jarum bersaiz lain. Sebab utama ialah kerana ianya menepati jenis ubat yang aku gunakan. Ubat jenis emulsi seperti kebanyakan antibiotic adalah lebih pekat. Jadi jarum yang mempunyai gauge yang besar sesuai untuk "tarik" ubat yang lebih pekat. Tapi bila besar sangat dah jadi kejam pulak kepada kambing bila nak cucuk. 20G adalah yang paling sesuai.
Harga?...harga sekotak 100 pieces adalah RM10.00. Beli dari ibu pejabat JPV. Works out to be 10 cent each. Cheap? You tell me.
Ubat yang kurang likat seperti vitamin, ivermectin, oxytocin, iron dan sebagainya juga sesuai digunakan jarum 20G untuk tarik ubat. Walaupun yang bersaiz lebih kecil seperti 21G atau 23G boleh juga digunakan. Tapi aku taknak bazirkan duit dan resource nak simpan pelbagai jenis jarum.
Panjang jarum 1 inci juga memberikan keselesaan kepada aku untuk suntikan subcutaneous ataupun intramuscular. Kalau jarum panjang sangat biasanya akan terbabas, subcutaneous jadi intramuscular, yang intramuscular jadi tulangcutaneous pulak. Ok yang last tu aku main cakap je. Apa-apa pun seperti kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak jarum mati kambing. Jarum dengan panjang yang sesuai ini memberikan kawalan dan keyakinan terbaik semasa melakukan suntikan. Ini penting kerana jika tersalah cucuk maka secara tidak langsung keberkesanan ubat akan terjejas.
Aku juga ada meyimpan jarum yang lebih besar dalam arsenal aku. Biasanya yang bersaiz 18G atau 16G. Kegunaan utama adalah untuk meredakan kembung perut dengan menggunakan kaedah seperti alat trokar (refer post terdahulu) dan juga untuk "drain" nanah dan drench luka dengan ubatan.
Paling penting jangan berkongsi jarum suntikan.
Sekian, terima kasih.
Tuesday, 14 January 2014
Monday, 13 January 2014
Kedamaian
Kalau masa bela lembu dulu sebulan sekali aku mesti demam atau demam selsema. Ayah aku bisinhg suruh buat blood test kot2 ada penyakit pelik bin ajaib. Aku tak buat pun sebab aku rasa sakit demam aku tu lebih menjurus kepada stress. Aku tak ramai kawan. Aku bukan kaki tunggu kedai kopi. Aku tak punya banyak minat pada satu-satu masa. Jadi outlet untuk aku release stress tu takde sangat. Dulu suka main playstation, tapi game yang latest sekarang sangat mencabar. Lagi tambah stress adalah. Dulu aku scuba diving. Tapi aku belajar diving sekadar nak overcome phobia aku dengan air sebab aku pernah lemas dulu. Near death experience. Ini betul ni.
Tapi sejak bela kambing aku dah jarang demam. Isteri pun perasan. Aku dah stop merokok. Sebab kalau merokok nanti semput nak kejar kambing. Ya aku telah menemukan kedamaian yang aku cari. Tapi tu lah, ada juga yang cakap usaha ni sia-sia sebab dah belajar tinggi-tinggi nak bela kambing pulak. Ehh vet pun sama laa kalau camtu. Tak kisahlah. Yang penting aku happy. Aku tak demam setiap bulan. Aku tak stress.
Hari ni hujan juga. Aku lepaskan juga kambing. Seronok diorang makan rumput basah. Nun jauh dalam gambar yang berbaju merah tu adik aku. Tengah casting ikan haruan/toman. Dia selalu bernasib baik kalau bab memancing. Aku? Tak sangat. Pernah laa dapat ikan, udang galah. Tapi tu nasib baik kot. Hehehe

Sunday, 12 January 2014
Musim Hujan III
2 hari berturut dah hujan turun tak henti-henti. Paras air di Sungai Kelantan dan Sungai Golok meningkat mendadak. Kawasan tadahan dan flood plain dipenuhi air.
Begitu juga dengan kawasan ladang aku. Air naik sehingga berbaki 2 kaki je lagi nak cecah lantai kandang. Takde kawasan meragut untuk 2 atau 3 hari ni sehinggalah air surut. Kawasan ragut dah bertukar jadi tasik. Kitaran alam saban tahun. Replenish balik kawasan ragutan dengan baja semula jadi yang dibawa air. Ini kelebihan kawasan ragutan aku.
Walaupun hujan masih lebat aku masih lepaskan kambing. Tak larat nak bagi makan dedak je. Lagipun tak bagus juga bagi makan dedak memanjang. They have to get some greens inside. Hujan pun hujanlah. Basah pun basahlah. Duduk dalam kandang lama-lama pun boleh selsema. Boleh demam lagi. Kalau lepaskan, hilanglah selsema tu. Kalau yang demam macam sekor induk tadi kena bagi injection antibiotic dan vitamin tambah selera makan. Kena selalu monitor fluid intake. Drench if possible.
Status anak kambing setakat ni Alhamdulillah. Anak-anak yang umur 2 minggu pun di ajak keluar oleh ibunya untuk berjalan (main hujan).
Musim hujan..a blessing in disguise. Sebab anak kambing yang mati musim ni adalah pembawa gene yang lemah. Yang betul-betul survive akan carry the hardy trait and will pass down the superior genes to the future generation. So friends, don't fret if a kid or two die during this monsoon season. It's a nature's way of improving your herd.

Saturday, 11 January 2014
Cuaca Terkini
Hujan...dan sangat lebat...berserta angin.
Hari ni aku tak lepaskan kambing meragut. Langit hitam sejak dari pagi dan hujan intermittent yang tak nampak akan reda.
Sepatutnya boleh je lepaskan. Tetapi pekerja nasihatkan aku supaya tak lepaskan. Kadang-kadang kena bagi empowerment juga dekat employees dengan mendengar nasihat mereka, jarang-jarang...kadang-kadang.
Aku lebih suka lepaskan kambing waktu hujan sebenarnya dari biarkan mereka di dalam kandang. Risiko selsema lebih rendah bila dilepaskan. Kalau berada di dalam kandang, draft akan sebabkan kambing kesejukan tanpa sebarang aktiviti fizikal untuk panaskan badan. Aku pulak not a big fan nak menyalakan api pendiang.
Makanan pula, antara rumput basah dan dedak basah. Aku lagi selesa bagi makan rumput basah yang kena air hujan daripada bagi makan dedak basah yang kena air hujan. Telah terbukti dedak basah ni lebih senang sebabkan kembung. Rumput basah ni paling tidak pun hanya sebabkan diarrhea..normal lah tu.
Lagipun aku suka tengok kambing aku melarikan diri apabila hujan turun. Kelam kabut. Hahaha.

Thursday, 9 January 2014
Di Depan Atau Di Belakang?
Sahabat...
Dari pembacaan aku, kaum arab badwi adalah antara yang terhebat di dalam membiak dan mengembala ternakan. Mereka boleh berjalan sambil mengembala berbatu-batu jauhnya, hanya dalam masa sehari.
Di padang pasir yang begitu luas tiada natural barier seperti pokok, paya, batuan ianya agak mencabar untuk mengawal pergerakan kumpulan ternakan supaya berada dalam kelompoknya sendiri. Tetapi kaum arab badwi berjaya 'menundukkan' binatang ternakan dengan hanya menggunakan sebatang kayu gembala.
Disiplin yang diterapkan adalah dengan sentiasa mendahului ternakan semasa keluar mengembala dan sentiasa pula berada di belakang ternakan semasa pulang dari meragut. Perbuatan yang simple ini lah menjadi kunci kepada ketaatan ternakan kepada si arab badwi tadi.
Dari pengalaman aku sendiri, amalan kaum badwi ini amat berkesan. Ternakan seperti kambing dan biri-biri sememangnya mahu 'ditundukkan' cuma mereka perlu kepada manusia untuk mengepalai mereka. Ternakan akan lebih berdisiplin setelah diajar bahawa sebelum turun dari kandang mereka mesti menunggu pengembala memulakan langkah yang pertama dan pengembala jugalah yang akan mengambil langkah terakhir untuk balik memasuki kandang.
Logiknya apabila mengepalai kawanan haiwannya pengembala akan dapat melihat dengan lebih mudah kawasan manakah yang mempunyai rumput dan pohon yang boleh dijadikan makanan kepada kawanan. Pengembala yang sentiasa membawa kawanan ke kawasan tanah subur menghijau akan memperoleh kepercayaan dari kawanannya. Kepercayaan akan membawa kepada ketaatan.
Pengembala yang mengekori kawanannya dari belakang semasa pulang pula akan mengetahui jika ada ternakan dari kawanannya yang tertinggal atau menghadapi masalah dalam perjalanan pulang. Pengembala yang peka terhadap kawanannya juga akan beroleh kepercayaan dari kawanannya. Seterusnya membawa kepada ketaatan.
Peranan aku sebagai pengembala adalah amat memuaskan (rewarding) apabila aku mendapat kepercayaan daripada ternakan aku.
Jadi sahabat sekalian, berjalanlah dihadapan kawanan semasa start mengembala dan berjalanlah di belakang kawanan semasa pulang dari gembala. Anda akan beroleh kepercayaan.

Wednesday, 8 January 2014
5 Hari Hilang Arah
5 hari tak masuk ladang. Berada di Kuala Lumpur dan Tanjung Malim atas urusan syarikat dan hal keluarga. Seronok bila dapat berjumpa dengan adik-adik aku yang kecil tu. Tapi bila lama sangat tak masuk ladang pun boleh jadi angau juga.
Alhamdulillah tiada sebarang masalah sepanjang 5 hari ketiadaan aku. Adik aku yang menjenguk ternakan diladang. Ada juga dapat call dari adik aku untuk dapatkan nasihat nak buat treatment anak-anak kambing. He's growing a fondness towards the animal which is a good thing when one plans to get involved in animal husbandry. Kena ada minat yang tinggi. Kena always go the extra mile. Kena ada kesabaran yang tinggi. Kena ada isteri yang memahami. Ehh..
Tak boleh update panjang sangat sebab nak kemaskan rumah. Aisey, rumah tinggal 5 hari takde orang sepah pun kena kemas ke? Habuk kot..kena cuci habuk..cuci baju etc.

Friday, 3 January 2014
Benda Paling Penting
Penimbang? Bukan..Syringe dan jarum?..Salah..Ubat-ubatan?..Cuba lagi..
Jawapannya adalah thermometer! Ya tuan-tuan, alat paling penting bagi aku adalah thermometer. Kalau takde thermometer ni aku taktau nak start diagnose penyakit dan macam mana nak start rawatan kambing aku.
Aku punya thermometer aku kebas anak aku punya. Sekali dah cucuk dalam bontot kbing tak sampai hati nak hantar balik ke isteri aku. Jadi terpaksa gantikanlah. Aku gantikan yang digital, canggih sikit jadi aku tak payah explain panjang lebar kat isteri macam mana thermometer analog tu boleh "hilang".
Satu-satunya kegunaan thermometer ni ialah untuk menyukat suhu badan kambing. Biasanya aku akan observe dulu simtom yang present dekat kambing tu. Selsema, diarrhea, sakit mata, murung (monyok), dan lain-lain. Kemudian baru masukkan thermometer kat dalam bontot. Ada bagusnya juga simpan sikit baby oil ke ape ke sebagai lube untuk kurangkan irritation kat kambing semasa temperature reading in progress.
Bila dah tau kambing tu demam atau tidak baru senang nak start antibiotik regime atau sebaliknya. Kalau demam biasanya baru bagi antibiotic, kalau bawah suhu badan normal aku akan cuba naikkan suhu badannya. Biasa akan beri minum air campuran molasses bicarb dan balut dengan kain gebar untuk tingkatkan suhu badan. Kalau sejuk terlampau organ seperti kidney boleh shut down dan rosak.
Apa-apa pun it was the most worthwhile investment of RM5 I've ever done. You don't need a fancy digital thermometer. Choose the one with the most visible readouts. Not to small. Not too big either.

Tempoh Berpantang Ibu Kambing
TIADA!!!
At least that's the kind of policy that is being implemented in my farm.
Dulu masa mula-mula start kidding aku kurung ibu sehingga sebulan sebelum lepaskan mereka keluar meragut. Performance dari segi health dan juga tahap kesihatan anak tidak memuaskan.
I shortened the confinement period to two weeks. I was still unsatisfied with the health condition of both the does and kids. Jadi aku pendekkan lagi sehingga seminggu. Ada improvement tapi aku terfikir alang-alang dah seminggu baik tak payah kurung langsung. Sekarang hari kedua aku dah lepaskan ibu meragut bersama kawanan yang lain. The best thing about this is, ibu yang punyai anak akan balik ke kandang pada waktu tengahari, approximately after two hours of browsing to nurse their kids. Ada yang cuba ajar anak turun ke pastur seawal seminggu. Bukan makan pun. Nibbling je. But it is still a good exercise for the kids.
Ya, aku tau. Memang ada risiko kecacingan kepada ibu yang turun meragut awal. Tapi kalau dah buat persediaan awal, maksud aku prepartum deworming, takkan ada masalah. Aku tak pernah lagi hadapi masalah. Aku amalkan selective sebenarnya. Jadi hanya ibu yang benar-benar memerlukan aku akan buat deworming. Yang tak perlu, aku tak buat. Dalam 20 ekor induk mungkin akan ada hanya seekor yang menghadapi masalah cacing.
Kelebihan turun meragut awal; ini dari pemerhatian aku. Induk kembali rejuvenated dalam jangka waktu yang singkat. Maksud aku period ibu itu hilang berat, bulu kusut (orang Kelantan cakap serah/seroh) kerana stress melahirkan anak menjadi singkat. This might be due to adequate exercise and proper forage of choice. Induk akan kembali on heat dalam waktu tersingkat. Ini adalah penting untuk memendekkan interval. Penghasilan susu untuk anak pun meningkat. Jadi kes anak bantut ni sekaligus dapat dielakkan. Selain itu, bila dah cukup exercise, body kambing boleh capai metabolisme rate yang optimal thus promoting good health for the goats. See!! Banyak benefits yang boleh kita dapat dengan cut off the confinement period. How do you think all those feral goats thrive in the wild? Atau pun kambing-kambing yang scavenge tong sampah majlis perbandaran? Diorang ni takde confinement period pun sebenarnya. But they're doing better than most of their intensive and semi intensive buddies.
Jangan kurung kambing anda. Lepaskan mereka.

Thursday, 2 January 2014
Import Thailand
Kalau diluar negeri mungkin pembiak terpaksa bersaing dengan kambing yang diimport dari Australia, kambing feral lah senang cerita.
Kalau di Kelantan, pembiak terpaksa bersaing dengan kehadiran kambing import dari Thailand. Secara rasminya tiada kambing yang diimport melalui pintu masuk Rantau Panjang, tetapi disebabkan kawalan yang kureng di sepanjang sempadan negara, kambing import (seludup) berjaya juga menerobos masuk ke dalam negara.
Baka kambing dari Thailand biasanya kacukan Anglo dan native breed Thailand. Frame agak besar, tinggi macam Jamnapari. Telinga separa panjang. Hidung cembung separa (Roman Nose). Kalau yang jantan kebanyakannya dikasi. Yang betina jarang-jarang masuk. Aku sendiri pernah melawat kandang transit kambing import (seludup) ni di sekitar daerah sempadan. Dari segi size ianya impressive. Tapi agak kurus. Tak boleh buat pejantan. Aroma jantan dah kurang disebabkan kasi. Itu belum masuk bab penyakit. Biasanya pneumonia, pink eye, foot rot dan lain-lain.
Harga? Ada dua kategori, jualan per ekor dan mengikut berat timbangan. Kalau ikut maklumat Jebon (nak jugakkk!!) harga semasa adalah RM13.00 hingga RM16.00 per kg. Harga per ekor sekitar RM600 hingga RM850 per ekor. Menarik harga tu. Untuk traders boleh la buat untung, bukan takde margin, tapi kalau mati seekor alamat kena jual 10 ekor baru boleh cover yang mati tu.
Setahu aku, kambing-kambing ni ada yang dihantar sehingga ke luar negeri seperti Selangor, Terengganu dan Pahang. Tapi takde la banyak macam feral Australia. Agaknya sebab kambing Import (seludup) ni jinak sikit dan makannya lebih mudah berbanding feral Australia. Jadi adalah peminatnya tersendiri, mungkin.
Walaupun begitu, aku tak lihat kehadiran kambing import (seludup) ni sebagai satu persaingan kepada pembiak yang sedia ada, khususnya di Kelantan. Rata-rata pelanggan yang ada amat memilih bila nak membeli kambing. Taknak yang import, yang telinga lembik, yang kurus, yang dikasi dan macam-macam lagilah. Jadi secara tidak langsung pilihan pelanggan adalah kambing yang dibiak lokal. Pun begitu ramai juga pembeli yang termakan sales pitch importer (penyeludup) ni. Kata mereka kambing import (seludup) ni dagingnya banyak, tak bau hamis, tulangnya halus, murah berbanding kambing lokal. Apa-apa jelah. Kita tahu kelebihan produk kita.
Yang penting harga asas kambing kita sentiasa dalam kawalan kita. Bukannya bergantung kepada exporters atau exchange rate semasa. Satu dinar kata prof Alwi. Dan aku percaya boleh jual at profit pada harga murah lagi.

Wednesday, 1 January 2014
Tahun Baru 2014
Pada pandangan aku, tahun baru 2014 akan membawa penuh cabaran. Terutamanya kos sara diri yang semakin meningkat. Semalam aku pergi Tesco Kota Bharu, barangan rumah yang biasa dibeli ada yang meningkat sehingga 50 sen. Isk, tak patut. Tapi tu lah, nak buat laporan bagitau KPDNKK, pak menteri suruh berjimat cermat, kalau mahal tak payah beli. Tanam atau produce sendiri. Akai ada ka??
Bila dah ada kerunsingan macam ni aku rasakan orang-orang yang dalam rancangan Doomsday Preppers tu sebenarnya phobia mereka tu berasas. Bukan sekadar phobia yang dimomok. Siapa lagi yang nak bantu kita kalau dalam kesusahan. Duit BR1M (bagi yang layak) tak banyak membantu. Itu ikan, bukan joran pancing. Usaha kita berternak selama ini pun tak mengharapkan bantuan kerajaan. Memang tak nak pun.
Nak cakap pasal azam pun cliche sangat. Cuma aku berharap agar dapat mencapai tahap sara diri paling setidaknya 80%. Aku meletakkan aras penanda bukan pada production of food items in my own capacity tetapi dari segi ketidakbergantungan terhadap wang. I shall trade(barter) my goats for other goods to provide enough sustenance to my family. Aku mahu hilang kepercayaan dan ketaksuban terhadap wang.
Aku mungkin akan berpindah ke ladang, kerana isteri bakal ditugaskan berjauhan dari aku. Jadi aku akan punya lebih banyak masa untuk ternakan aku dan juga diri aku. Banyak masa untuk improve diri sebagai hamba dan umat. Tapi berjauhan dengan isteri ni satu masalah juga, kata orang alah bisa tegal biasa. Kami sudah selalu berjauhan. Sejak dari mula-mula kenal dulu. Ada hikmahnya walau apa jua ketentuan Allah swt.
Buat isteri, jutaan tahniah!! Aku akan terus menyokong. Cuma minta bersabar dengan keadaan sekarang. InsyaAllah keadaan akan jadi lebih baik. Mana ada gunung yang asyik kena daki je..ada juga yang menurun nanti. Hahaha. Nasihat kat diri sendiri juga tu.
2014..2014..apa sajalah!

Subscribe to:
Posts (Atom)