Tuesday, 12 May 2015

Pusing 5, 6 negeri

Road trip selama 6 hari, seorang diri, melalui 6 negeri dan tak tahu berapa banyak bilangan partikel karbon dioksida yang dibebaskan, telah pun berakhir. Alhamdulillah semuanya selamat. Perjalanan pergi dan balik, makanan yang dihidangkan pun selamat dimakan.

Tujuan utama adalah untuk berjumpa dengan rakan-rakan pembiak dan tenusu yang berada dalam group whatsapp. Bertemu muka untuk membincangkan hala tuju seterusnya pergerakan kerdil lagi tak sempurna kumpulan kami ni.

Aku bertolak dari rumah pada petang Rabu minggu lepas, bermalam di ladang Kuala Krai semalaman sebelum menyambung perjalanan ke Kuala Lumpur untuk bertemu anak dan isteri. Sempat buat treatment, buat observation dan mengembala barang seketul dua di ladang sana. Sekarang cuaca agak sejuk di Kuala Krai, tapi kambing masih perform macam biasa, tiada yang selsema, demam dan sebagainya. Segala pujian bagi Allah swt.

Suasana pagi sebelum turun mengembala. Semua dah ready.


Sesampai di Kuala Lumpur, aku habiskan masa bersama anak dan isteri, tak pegi mana pun, shopping pun tak, makan-makan je. Hiburkan hati barang seketul dua.

Isteri dan anak pulang ke Johor pada hari Sabtu sebelah malam. Aku pulak meneruskan perjalanan pada keesokan harinya ke Napoh, kilang Oblong. Sampai pun dah lewat. Jemaah semua dah makan, nasib baik tuan rumah ( Kak Ta dan Pak Usop) simpankan lauk. Hahaha. bawa kereta lama-lama lapar dia lain macam sikit. Lepas acara mencekik terus masuk bilik mesyuarat untuk membincangkan agenda utama. Takde pulak aku tengok yang mengantuk masa meeting tu. Semangat betul. Yang muka lapar adalah. Termasuk aku. Eh bukan dah makan ke tadi. Habis mesyuarat teruskan makan lagi. Gila makan betul. Kambing bakar, pulut mangga, serunding, nasi ulam, burger oblong (semestinya!) Macam-macam ado.


sebab terlalu serious berbincang,semua dah jadi lapar balik

gambar kenangan selepas mencekik

udang betina dan juga udang jantan

370,000km masa dekat RnR Sungai Perak

air mineral tidaklah mengenyangkan

surpruse dari anak-anak Kak Ta untuk ibu mereka

tabung uji...bukanlah ni botol sebelum masuk molding machine

bottling plant

RO filtration system

bottling plant dari angel berlainan

chef Aman al-Jordani bertungkus lumu menyiapkan order dari peminat tegar Oblong. Special satu ya ostad!!


Aku menaruh harapan besar atas perkara yang dibincangkan di dalam mesyuarat. Aku harap rakan-rakan semua akan dapat sama-sama membantu merealisasikan perencanaan yang telah dipersetujui oleh semua ahli mesyuarat. Semoga scene pembiakan akan lebih berkembang seiringan dengan pengenalan suatu platform baru yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Semoga ianya menjadi panduan untuk bakal penternak dan penternak yang sedia ada.

Malam tu pula sempat la melawat kolam udang Pak Usop. Menarik juga cabang bisnes ni. Aku suka hidupan akuatik ni tapi banyak benar nak kena belajar bab udang ni dan aku cukup setuju bila Pak Usop cakap pelihara udang ni adalah satu seni. Kena ada kesenian tersendiri, cara pengolahan yang betul supaya boleh maximize keuntungan. Menarik, amat menarik kerja ni. Bela kambing pun ada seni sebenarnya, tapi bela udang ni macam fine arts. Lagi halus seninya.

Esoknya aku meneruskan perjalan pulang melalui Kuala Kangsar dan Grik. Fuh. Lama dah tak bawa keta road trip macam ni. Total mileage traveled dalam 1400km.

Ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada Kak Ta and family(Oblong),Pak Usop(Oblong), Alwi(alwigoatfarm), Don Jenal(projekkambingmuda), Doc Zul(Ladang Kambing Kita), Aman(Al-Jordani), Abang Zul(Kambing Golek Perantau), Cik Isa(Keratong Agrofarm), Hafiz,(Fizgrow Goats Milk) ahli keluarga Oblong, abang stesen minyak, toll gate girl dan si tua Hilux hitam.

Salam hormat!!

4 comments: