Bila dah lama sangat tinggal ladang, rasa rindu kat kambing memang ada. Yelah, few pregnant does that are about to give birth anytime soon. Rosak program mengembala. Treatment untuk kambing yang sakit pun dah lari jadual. Susu pun dah berapa hari tak perah. But then again, a man's gotta do a what a man's gotta do. Time raya korban la nak cari duit lebih sikit. Orang kata kerja sekali makan setahun.
Esok dah janji dengan diri sendiri nak inject kambing induk yang anemic. Maybe bagi double injection iron dengan B12 untuk tambah selera. Bebanan cacing dah tak nampak sangat. Bulu dah cantik, selera makan dah bertambah. InsyaAllah akan selamat. Seekor je pun. Tapi asset juga walaupun seekor.
Berbalik kepada Thailand, kandang yang aku dengan adik aku pergi ni kira dekat je, dalam 5 jam perjalanan. Nama tempat Ratthapum. 30km dari Hatyai. Best jugak kandang ni sebab banyak binatang ada kat dalam. Ayam, biri-biri, rusa, kerbau Murrah dan Cherokee (bahasa Thai) atau buaya.
Maybe trip yang ke depan ni aku hantar adik aku seorang je pegi. Banyak kerja kat ladang ni. Biar la dia, belum kahwin lagi. Lepas tu dia speaking Thai lagi terer dari aku. Tapi aku lagi terer speaking Myanmar dari dia..hahaha. Lagipun dia lagi pandai pilih lembu dari aku. Satu Thailand dia dah travel. Season korban lepas dia pegi sana selama 21 hari. 8000km distance traveled. Driving. Perghh..tak larat aku. He's seen more of Thailand than the Thai natives I presume.
Koloni kambing macam biasa sihat walafiat. Alhamdulillah. Cuaca sekarang amat panas. Tapi ribut petir sebelah petang. So waktu lepas meragut kena awal sikit lah. Kambing pun dah pandai untuk maximize waktu meragut. Balik kandang semua perut boyot-boyot. Ngeri jugak tengok. I need to do an observation on the kidding rate of the does where the body weight of the does are above normal to obese. Kalau lembu susu, too fat is not a good thing. Hard to conceive. But I don't know if it is the same with domestic goats. Kalau induk Prof Alwi nampak dalam gambar slim-melim, athletic with excellent kidding rate (for me at least). Mungkin the abundance of Napier, rumput bulu, rumput sarang burung tempua (aku taktau nama), pokok petai belalang, pokok senduduk and few other vegetation that make them really fat. Aku tak bagi dedak pun, tapi memang kambing ni meragut tak ingat dunia. Makan sampai nak pecah perut, sebab malam dah takde dedak. Hanya air sahaja dan salt lick.
Few pictures from my trip. Aku suka dengan biri-biri tu. Comel. Tapi hati jahat/kejam aku buat fikiran aku imagine macam mana kalau aku campak biri-biri tu dalam kolam buaya. Mahu tuan dia campak aku pulak dalam kolam tu. Semua sekali ada 15 ekor. Yang paling besar kat bawah ni goes on sale for Baht 40,000 lebih kurang RM4000 la. Tapi aku rasa dia bela buaya bukan nak jual la. Aku rasa dia bela ni kalau ada any customers yang tak bayar hutang lembu, I think you know what the owner will do to those people. Hehehe.
Border crossing dengan feri.
Gambar kambing aku hampir semuanya diambil sebelum pergi makan. Nampak slim sikit, maybe slim banyak hehe..
ReplyDeleteAnyway, masa kambing aku 70-80 ekor dulu, memang lebih bulat, lebih cantik daripada masa 300 ekor sekarang.
N I don't think your goat is obese, they are vey happy with the abundance of available forage.
I agree. Maybe not to the point of being obese.they couldn't possibly get morbidly fat only on the available forage.
DeleteTapi dia punya perut especially few does yang dah agak berumur is nothing short of scary. Few of my friends tell me that the goats are bloated. I assure them that they are not. They just eat a lot.
sawatdee khrab..puk thai dai mei?
ReplyDeleteItu gmbar kt Nittachai Cattle Farm ka kat Rattaphum?xprasan plak ada boya.den dh 2 kali g ctu.saja jlan2 tgk lembu n tanya2 harga.tp bila pikir psal AP,dokumen apa suma leceh la pulak.Pusat kuarantin pun dh g kat Bkit Kayu Hitam.hehe..bro amik lmbu brapa hrga?den ada cdang nk bkak feedlot lembu nnti.tp cmpur lmbu jntan kt ldang la nk simpan utk raya korban.n kalu boleh mmg nk cari lmbu siam cket2.tp still on paper planning lg.thun dpan blehla start kot.hehe..
Kambing ok tu slagi ckup mkn.tuan dia xda sbulan pun xpa.sng bela kmbg kacukn kmpg ni.xbyk pnyakit n ragam..:-)
Sawadde tuan isal..pud thau dai..nik noi kap..
DeleteYa memang kandang nittachai.dulu nama udom sinchoke.tukar management.masa pegi ni tuan kandang pun takde.pilih2 lembu timbang2 isi lori terus hantar pergi border.
Harga sekrg base in per kilogram lagi.lebih kurang 94baht.ini memang utk tujuan korban lah.bukan utk fidlot.kat tempat saya dah tak viable utk fidlot.
Banyakbtambah stok bebiri ye.hehe.bagus2
haha..
Deleteokla tu,nnti bleh den amik skali dgn bro utk raya korban laa.utk feedlot pkai brg sndiri jer..
ayah shbat den pnya tu.nak g haji tahun ni xda org jga.den beli jela..tahun2 sdah ayah dia g umrah,kambing dari 100ekor tinggal 30ekor je.tu yg dia amik kputusn jual dlu.blik nnti beli smula la..
kambing bulat sihat takpa, jangan orang bulat tak sihat je. hahaha.
ReplyDeletebestnya dapat pergi siam. hehe. nanti boleh la kirim beli lembu kalo nak buat projek lembu di kedah. kan amigos kan? Selit2 kambing sekali tak boleh ke? hahaha.
Salam ust don
DeleteKalau orang bulat senang je.mengembala lah jawabnya.boleh jadi kurus kan?
Pegi thailand ni best bab makan je, bab perjalanan takut jugak, hamba dah beberapa kali jumpa tayar terbakar kat tengah 2 jalan, bom baru meletup, kereta accident dll. Kerja lembu ni kira first love lah.kena buat jugak mcm mana pun.cuma skrg slow sikit la.skrg ingat nak buat sekali setahun je.khas utk korban shj.saya ingat harga kat kedah lagi murah kot.