Kambing aku jarang sangat mengalami masalah kembung, pernah ada hanya dua kali selama aku menternak ni. Senang je nak tahu bila kambing ni kembung. Biasanya ia akan menyendiri dan menjauhi kawanannya, kurang responsif terhadap persekitarannya, kurang selera makan, perut atau abdomen sebelah kiri yang kembung dan juga mulut berbuih, okay, mulut berbuih ni jarang-jarang berlaku, tapi kalau kronik sangat akan berlaku.
Banyak cara yang diamalkan oleh penternak untuk menyelesaikan masalah kembung ni, ada yang pakai minyak masak, ada yang pakai Bikarbonat, ada yang pakai minyak tanah untuk urut, ada yang sumbat paip getah ke dalam mulut kambing dan ada juga yang pakai alat penebuk atau trokar. Kesemua kaedah yang disebut adalah berkesan untuk memulihkan kambing yang kembung. No arguments there. Tapi cara yang aku guna adalah derivative daripada penggunaan trokar.
Penggunaan minyak masak, bikarbonat yang di suap terus ke dalam mulut kambing mungkin akan menyebabkan perut kambing jadi upset dan menganggu koloni bakteria baik yang hidup di dalam rumen kambing. Dengan ketiadaan bakteria baik ini akan menyebabkan penyakit lain pulak yang datang seperti diarrhea dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga risiko dimana owner kambing tersalah memberi minum minyak masak dan bikarbonat menyebabkan bahan tadi memasuki saluran pernafasan instead of ruang rumen. Minyak tanah juga mungkin akan menyebabkan keracunan kepada kambing jika ianya menjilat kesan minyak tanah tersebut. Mungkin ada risiko terbakar juga kalau owner seorang perokok. Tapi yang ini kena panggil aku, aku pun nak makan kambing bakar. Hahaha. Penggunaan getah paip pula, walaupun agak berkesan datang dengan risiko yang tersendiri. Sekiranya owner kambing tidak berpengalaman seperti aku, menyumbat paip getah ke dalam mulut kambing sehingga ke ruang rumennya adalah satu tugas yang sangat merbahaya kerana dengan cara yang salah owner kambing mungkin akan menyebabkan luka di bahagian esofagus kambing dan juga dinding usus kambing. Lebih teruk lagi jika owner tersalah sumbat paip getah memasuki saluran pernafasan kambing. Yang ini lagi haru.
Trokar sedia ada dijual biasanya agak besar untuk anak kambing dan kambing dewasa bersaiz kecil. Kecederaan yang dialami dari penggunaan trokar juga agak substantial kerana lubang yang dihasilkan adalah agak besar dan mungkin mengambil masa yang sedikit lama untuk sembuh. Kecuaian owner di dalam memastikan kebersihan trokar juga mungkin akan menyebabkan infection terhadap kambing. Jadi, cara yang paling mudah, senang dan cepat yang aku gunakan adalah dengan menggunakan jarum pakai buang 16G dan ke bawah (lebih besar) sepanjang 1 setengah inci atau 2 inci. Jarum pakai buang ini datang di dalam keadaan yang sterilized. Contamination factor, out of its packaging, is almost zero. Saiz jarum yang pelbagai juga akan memudahkan owner untuk memilih jarum bersaiz apa yang paling sesuai untuk kambing yang mengalami sakit kembung. Peratusan infection untuk berlaku rendah kerana kesan luka dari jarum yang sangat minima. Tempoh masa yag diambil untuk kambing sembuh sepenuhnya juga biasanya hanya satu hari, seperti
larutan iodine pada kawasan yang akan ditebuk untuk memastikan sebarang infection tidak berlaku.
Rujuk gambar di bawah untuk bahagian yang sesuai ditebuk dengan jarum, perhatikan abdomen sebelah kiri kambing dan ruang segitiga yang dilakar. Tebukan boleh dilakukan di dalam kawasan segitiga ini. Cuma perlu ingat hanya tebuk pada sebelah kiri perut kambing, jangan sekali-kali
tebuk dibahagian kanan. Jarum yang telah digunakan juga hendaklah dibuang dengan cara yang betul.
Detail ni emergency treatment untuk kembung.
ReplyDeleteYou are very technical.
Good!
Thank u prof.pengalaman mengajar kita.the best teacher of all.
DeleteTapi sebaik ubat utk mengelak kembung hamba rasa adalah dengan melepaskan kambing meragut. Kes hamba ni terjadi bila banyak sangat makan dedak. Twice.