Tajuk macam lagu dari kumpulan Postal Service. Hahaha!
Telah diberitakan sebelum ini, aku dalam proses untuk set up satu lagi colony baru kambing di dalam sebuah ladang kelapa sawit. Saiz kawanan adalah 25 ekor induk dengan 1 pejantan. Cara pemeliharaan: gembala sepenuhnya!
Aku tak tahu nak panggil semi intensif atau tidak kerana tiada langsung penggunaan dedak bagi colony baru ini from day 1 till now. Diet utama adalah meragut, browsing, makan buah sawit dan minum air sungai yang keruh serta lopak air. Betul-betul gaya hidup spartan (pinjam dari prof Alwi)
And surprisingly kawanan baru ini menunjukkan prestasi yang sangat memuaskan. Setakat ini tiada lagi mortality dan pertambahan berat juga amat memberansangkan. Aku tak dapat selalu hadir untuk lakukan pemerhatian. Tetapi aku melakukan pemantauan dan khidmat nasihat melalui telefon. Setakat ini syukur kepada Tuhan usaha ternak yang baru ini masih lagi tidak menghadapi sebarang masalah baik dari segi kesihatan kawanan, ancaman binatang liar, serangan parasit dan sebagainya.
Oh ya, gambar kambing jantan dalam post sebelum ini adalah pejantan primer bagi colony baru ini. Aku kira seekor pejangan yang hebat, darah katjang mungkin ada sedikit kacukan, tapi aku tak dapat pastikan. Tiada kacukan pedaging seperti Boer atau Kalahari di dalam darahnya, itu aku pasti!
Boleh dianggap satu eksperimentasi. Aku mendapat ilham untuk memulakan projek ini bila timbul peluang untuk melawat ladang sawit + getah di Kuala Krai ini. Di dalam ladang itu telah tersedia sebuah kandang kambing usang lengkap dengan 3 rumah pekerja. Setelah worked out deal yang aku kira beneficial to all parties involved(no rental; is it fair?), aku menghantar staff no. 2 paling dipercayai untuk menjadi extensions of my limbs, eyes and ears.
Kandang usang ini dibaiki dengan minimal cost. Extremely minimal. Total saving. Hanya paku, gergaji, tukul dan 10 batang kayu bersaiz 2x5 yang dibeli. Other materials were derived from the surrounding area. Buluh, batang kayu dari pokok, kayu saiz terbuang dan zink terpakai.
Terrain kawasan browsing pula amat mencabar. Steep climb in excess of 45°. Parit yang dalam dan tidak ubah seperti sebuah gaung. Aku pasti ianya memberi suatu bentuk cabaran dan senaman yang 'menyeronokkan" kepada kawanan baru ini termasuklah pengembalanya. Hehe.
Dikelilingi oleh hutan tropikal yang tebal, tahap kelembapan yang tinggi dan cuaca yang panas. Perkara ini sahaja mampu buat semua makhluk lemas dan rimas. Itu belum masuk aksi tampar menampar berbillion nyamuk sebesar ibu ayam (exaggeration! Jumlah dan saiz).
Setakat ini dahulu.
Salam hormat!!
Syabas,somoga cawangan baru dapat berkembang seperti yang di Rantau panjang.
ReplyDeleteYang banyak sawit di Kuala Krai ialah di antara Pahi dengan Pria. Dimana kah agaknya kandang baru ni?
Pak Lah mmg familiar ni dengan kawasan kuala krai...saya berada di mukim sungai kamal..atas sikit pada kg Lata Rek.
Deleteperghh..dh bkak cwgn bru..mcm lebah plak ber koloni.hehe..tp mmg laju expansion bro ni..jeles pun yer ni.tahniah bro..
ReplyDeleteTerpaksa buat ni..sbb nak elak overcrowding..juga sebab nak bereksperimentasi..dan juga sebab dapat good deal..tanpa sewaan dan beberapa benefit lain...terima kasih!!
Delete