Aku tak sempat mengembala hari ni. Ada hal di Kota Bharu dan masuk ke ladang selepas zohor.
Cuaca panas hari ni, sangat panas. Kambing pun tak larat nak berpanas meragut.
Seekor anak kambing berumur 2 bulan mati dibaham ular sawa. Lagi sekali. Staff aku sempat menetak badan ular sawa tersebut sebanyak dua kali. Katanya isi perut terburai. Dia pasti ular itu akan mati sebab kehilangan darah. Tak sempat nampak kepala ular itu. Saiz besar. Sebesar peha orang dewasa. Ukur lilit lebih 12 inci, aku kira. Uar ini menyerang anak kambing dari bawah lapisan rumput tebal yang menutupi air paya. Maksud aku, di bawah lapisan rumput ini terdapat takungan air yang berselirat bersambung dengan paya. Ular ini menggunakan jalan air bawa lapisan rumput ini untuk stalk anak kambing. Hebat! Aku tak tahu pun ada air di bawah lapisan rumput ini sebab ianya sangat tebal dan boleh menampung berat badan seorang lelaki dewasa dengan mudah.
Walaupun ular tidak ditemui, aku tetap berpuas hati sebab ular tu dapat ditetak. Lesson learned!
Lepas kejadian tu, semua kambing digembala pulang. Aku buat rawatan mana yang patut. Perah susu induk untuk anak yang kekurangan susu dan sebagainya.
Kambing jantan yang dalam fasa penggemukan pula mula di gembala. Lebih kurang 3 jam meragut aku gembala pulang kesemuanya. Hari ni terpaksa masuk awal sebab ada orang order kambing 5 ekor untuk sembelihan. Jadi kena pilih dan loading dalam kereta.
Hari juga trouble shoot pam air baru tu. Cemerlang! Pam dibuka selama 2 jam dan tiada tanda air kekeringan. Pembetulan pada hal semalam, 2 tangki 5000 gelen, besar tu nak isi penuh dengan air. Berapa lama nak ambil masa pun tak tahu.
Esok akan siaplah dapur yang baru tu. Tapi esok juga aku harus berangkat ke Kuala Lumpur untuk menziarahi ayahnda yang gering.
Ya Allah, kau sembuhkanlah penyakit ayah ku. Ampunilah dosa kedua ibu bapa ku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sejak kecil.
No comments:
Post a Comment