Sunday, 30 June 2013

Patah Kaki

Pagi ini bila aku masuk kandang nak check kambing aku tengok seekor induk duduk bersimpuh tak nak bangun. Bila dekat sikit baru aku perasan yang kaki belakangnya telah patah. Atas sikit buku lali. Patah terus, bukan retak atau patah separuh. Tempat patah tu pun dah membengkak. Aku rasa agak lama juga dah ia mengalami kecederaan. Kecederaan ini berpunca dari ruang lantai yang agak besar. Sepatutnya tak ada masalah. Mungkin dah nasib. Sebab sebelum ni tak pernah berlaku. Ini kali yang pertama. Salah satu tanduknya juga patah. Mungkin dari struggle nak melepaskan dirinya.


Aku terus keluar pergi ke kedai beli apa yang patut. Apa yang patut maksud aku ialah lengkuas, halia dan kunyit. Ini petua orang lama. Kalau ikut modern method sepatutnya aku cast saja kaki kambing tu. Tapi aku tak dapat beli plaster of Paris. Hari ni cuti sebab Kelantan menang bola. Satu cuti yang tak patut aku rasa. Reduced productivity.




Aku cincang ketiga-tiga bahan tadi. Takde blender dan lesung. Kemudian aku baringkan kambing tu dan cuba pulas kakinya yang terkehel kembali ke kedudukan asal. Aku gunakan kayu yang doktor guna untuk jolok tekak kita masa kita demam tu sebagai support/splint. Tampal plaster untuk mengekalkan kedudukan kayu supaya ianya betul-betul straight. Letak bahan yang tiga tadi tu dan balut guna bandage. Agak dah kemas. Aku bagi sebiji aspirin 100mg untuk hilangkan kesakitan. Aku taktau sama ada ianya berkesan. Tapi aku sanggup lakukan apa sahaja supaya kambing itu mendapat sedikit keselesaan. Aku ingat nak suntik penicillin.  Tapi kambing dalan keadaan bunting lewat. Takut pula affect anak dalam kandungan. Aku kena refer balik kat google tentang penggunaan bahan tadi.



Mungkin esok aku akan dapatkan plaster dan simen kaki kambing tu. Kalau ia tak bunting. Aku memang sembelih dah. Kambing ni pun dah dalam tempoh bunting lewat dan akan melahirkan anak tak lama lagi. Aku masih nak cuba selamatkan kandungannya. Mungkin kalau ia melahirkan anak dalam masa terdekat aku akan sembelih juga setelah anaknya mendapat susu awal. Kesian ianya mengalami sakit yang sangat.

Untuk masa sekarang, aku bagi sedikit dedak dan rumput segar. Letak ia dalam petak berasingan dan bagi sedikit anti stress. Harap esok lebih baik.

Monday, 24 June 2013

Apa Benda Merepek

2-3 hari ini banyak artikel dalam surat khabar bercerita tentang kelesuan industri ruminan daging kambing dan tenusu negara. Semuanya berkisarkan kekurangan SSL negara dalam membekalkan hasil tani tersebut kepada rakyat.

Bagi aku senang saja perkara ini. JPV dan MOA selaku badan yang meluluskan permit import daging dari negara luar perlu memikirkan satu mekanisme bagi mengurangkan kebergantungan kepada produk import. Aku melihat Indonesia dan Thailand sebagai contoh yang terbaik. Kedua-dua negara mengenakan sekatan ke atas daging dari luar negara, kecuali high end products untuk niche market yang mana mereka tak boleh nak produce dengan kualiti yang sama.

Indonesia berjaya mengurangkan eksport dari 500,000 ekor lembu setahun kepada 150,000 lembu ekor setahun. Malah Santori sudahpun memasuki fasa kedua dalam program pembiakan di mana mereka sekarang menjual anak lembu hasil pembiakan kepada negara China untuk program pembiakan di sana.

Sama halnya juga dengan produk tenusu, aku pernah ke Thailand dan pergi ke pasaraya di sana. Hampir keseluruhan produk tenusu diasaskan di dalam negara. Dan pengecualian sekali lagi hanya diberi kepada niche products yang tidak dapat dihasilkan oleh mereka.

Jadi kunci disini adalah mengurangkan atau menghentikan import supaya pengusaha mendapat insentif dari segi ekonomi. Malas dah aku nak cerita panjang-panjang. Cerita panjang-panjang pun tak guna , bukan ada pihak yang nak dengar pun. Sebab kekurangan macam inilah yang menjadi lubuk duit bagi sesetengah pihak kerana apabila ada kekurangan ternakan kerajaan akan terus melaksanakan projek mega bagi memperkasakan kembali industri. Dan setiap kali projek sebegini dilaksanakan,kita semua tahu  apa kesudahannya. Hanya pihak yang membekalkan ternakan yang buat untung. Cukup.


Bloat atau Kembung


Kambing aku jarang sangat mengalami masalah kembung, pernah ada hanya dua kali selama aku menternak ni. Senang je nak tahu bila kambing ni kembung. Biasanya ia akan menyendiri dan menjauhi kawanannya, kurang responsif terhadap persekitarannya, kurang selera makan, perut atau abdomen sebelah kiri yang kembung dan juga mulut berbuih, okay, mulut berbuih ni jarang-jarang berlaku, tapi kalau kronik sangat akan berlaku.

Banyak cara yang diamalkan oleh penternak untuk menyelesaikan masalah kembung ni, ada yang pakai minyak masak, ada yang pakai Bikarbonat, ada yang pakai minyak tanah untuk urut, ada yang sumbat paip getah ke dalam mulut kambing dan ada juga yang pakai alat penebuk atau trokar. Kesemua kaedah yang disebut adalah berkesan untuk memulihkan kambing yang kembung. No arguments there. Tapi cara yang aku guna adalah derivative daripada penggunaan trokar.

Penggunaan minyak masak, bikarbonat yang di suap terus ke dalam mulut kambing mungkin akan menyebabkan perut kambing jadi upset dan menganggu koloni bakteria baik yang hidup di dalam rumen kambing. Dengan ketiadaan bakteria baik ini akan menyebabkan penyakit lain pulak yang datang seperti diarrhea dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga risiko dimana owner kambing tersalah memberi minum minyak masak dan bikarbonat menyebabkan bahan tadi memasuki saluran pernafasan instead of ruang rumen. Minyak tanah juga mungkin akan menyebabkan keracunan kepada kambing jika ianya menjilat kesan minyak tanah  tersebut. Mungkin ada risiko terbakar juga kalau owner seorang perokok. Tapi yang ini kena panggil aku, aku pun nak makan kambing bakar. Hahaha. Penggunaan getah paip pula, walaupun agak berkesan datang dengan risiko yang tersendiri. Sekiranya owner kambing tidak berpengalaman seperti aku, menyumbat paip getah ke dalam mulut kambing sehingga ke ruang rumennya adalah satu tugas yang sangat merbahaya kerana dengan cara yang salah owner kambing mungkin akan menyebabkan luka di bahagian esofagus kambing dan juga dinding usus kambing. Lebih teruk lagi jika owner tersalah sumbat paip getah memasuki saluran pernafasan kambing. Yang ini lagi haru.

Trokar sedia ada dijual biasanya agak besar untuk anak kambing dan kambing dewasa bersaiz kecil. Kecederaan yang dialami dari penggunaan trokar juga agak substantial kerana lubang yang dihasilkan adalah agak besar dan mungkin mengambil masa yang sedikit lama untuk sembuh. Kecuaian owner di dalam memastikan kebersihan trokar juga mungkin akan menyebabkan infection terhadap kambing. Jadi, cara yang paling mudah, senang dan cepat yang aku gunakan adalah dengan menggunakan jarum pakai buang 16G dan ke bawah (lebih besar) sepanjang 1 setengah inci atau 2 inci. Jarum pakai buang ini datang di dalam keadaan yang sterilized. Contamination factor, out of its packaging, is almost zero. Saiz jarum yang pelbagai juga akan memudahkan owner untuk memilih jarum bersaiz apa yang paling sesuai untuk kambing yang mengalami sakit kembung. Peratusan infection untuk berlaku rendah kerana kesan luka dari jarum yang sangat minima. Tempoh masa yag diambil untuk kambing sembuh sepenuhnya juga biasanya hanya satu hari, seperti


juga suntikan yang lain. Penggunaan jarum sebagai trokar juga boleh dilakukan sehingga 2 atau 3 kali kerana kesan luka yang dihasilkan adalah kecil. Kambing biasanya tidak bertindak balas dengan agresif kerana kesakitan yang minimum. Hanya satu drawback penggunaan jarum ini, iaitu kita perlu menekan atau mengurut perut kambing untuk mengeluarkan gas yang terperangkap melalui lubang jarum yang kecil ini dan ini mungkin mengambil sedikit masa. Cuma peringatan untuk penggunaan jarum ini, sebaiknya sapukan
larutan iodine pada kawasan yang akan ditebuk untuk memastikan sebarang infection tidak berlaku.

Rujuk gambar di bawah untuk bahagian yang sesuai ditebuk dengan jarum, perhatikan abdomen sebelah kiri kambing dan ruang segitiga yang dilakar. Tebukan boleh dilakukan di dalam kawasan segitiga ini. Cuma perlu ingat hanya tebuk pada sebelah kiri perut kambing, jangan sekali-kali
tebuk dibahagian kanan. Jarum yang telah digunakan juga hendaklah dibuang dengan cara yang betul.


Friday, 21 June 2013

Sesi Gembala Lembu




Selain dari mengembala kambing, aku juga suka mengembala lembu. Ini adalah lebihan lembu dari keseluruhan 9 tahun operasi kandang kami. Terdapat 112 ekor buat masa sekarang. Lebihan lembu bermaksud lembu yang kami bawa masuk dari Thailand tetapi tidak dapat dijual kerana cedera, sakit, cacat dan sebagainya. Setelah melalui rawatan, lembu ini kembali normal dan membiak. Ada juga beberapa ekor lembu yang buta kerana tidak diberikan secukupnya susu awal oleh ibu mereka. Lembu ni hidupnya cuma dengan meragut. Kebanyakan baka dari Brahman Thai, Charolais, Thai Black, Angus, Brangus, Draughtmaster, Jersey, Holstein, Myanmar Zebu dan juga K-K. Senang cakap lembu company la. Anak-anak dari lembu ni ada yang dibuat bayar zakat, korban, diberi percuma untuk kenduri sedara-mara, bonus kakitangan, sembelih untuk dibahagikan daging dan lain-lain. Senang cakap lembu untuk welfare la.

Bulan lepas sahaja ada 8 kelahiran. Alhamdulillah semuanya hidup sihat. Rutin harian lembu ni pukul 8am dah bergerak ke pasture. Sampai la pukul 7pm baru balik ke kandang. Kadang-kadang je aku gembala lembu ni. Kalau takde kerja sangat. Sebab gembala lembu ni boring sikit. Kurang aksi mereka berbanding kambing. Takde kelincahan melompat atas busut anai-anai, memanjat pokok,  melompat lincah. Lembu dia makan sahaja, menunduk tawadduk menghadap rumput. Pergerakan pun kurang. Kalau dah panas sangat ia mula mencari tempat berteduh, especially baka-baka tenusu.

Apa-apa pun, gembala kambing lebih interesting dan memenatkan. Aku lagi suka yang tu. Hari ni kat kandang kambing tidak eventful sangat. Aku rawat mana yang patut sahaja. Bagi makan sedikit. Bagi susu pada anak yang kematian ibu dan terus lepaskan mereka ke padang.

Thursday, 20 June 2013

Misi Menyelamat

Petang tadi masa nak halau semua kambing masuk kandang tiba-tiba ada seekor kambing sedang struggle. Rupanya dah tenggelam separuh badan dalan kolam najis. Terlalu fokus dengan aktiviti meragut sehingga tak sedar ia sudah berada dalam situasi bahaya. Rumput sedap sangat kot. Memang rumput kat situ segar-segar pun. Hijaunya lain macam walaupun cuaca sangat panas kebelakangan ini. Itu yang buatkan ianya irresistible buat kambing-kambing aku.

Aku nekad tak akan biarkan kambing ni terus tenggelam dalam kolam najis. Kolam najis ini ibarat pasir jerlus/quicksand macam dalam cerita Indiana Jones tu. Lagi kita bergerak sebab panik, lagi ke bawah kita jatuh. Samalah halnya dengan kambing ni. Bila saja ia melihat rakan yang lain berlari-lari nak naik kandang sedangkan dia pulak terlekat dalam bubur najis yang pekat tu, bertambahlah panik. Lagi cepatlah ia tenggelam.

Cepat-cepat aku pergi ke stor peralatan, ambil satu kayu panjang dan satu tali. Kembali ke kolam najis bukak baju dan seluar terus berjalan di atas rumput tebal di dalam kolam. Tak sangka rumput ini mampu menahan berat badan unggul aku ini. Unggul laa sangat kan..kambing dah bertempik dari tadi lagi. Aku tak boleh nak rapat lagi dah sebab kaki dah makin tenggelam. Kolam tu dah la dalam. Aku ingat lagi masa gali dulu, satu excavator gali sebanyak satu level. Selesai satu level, excavator masuk ke dalam kolam yang baru digali tu dan gali satu level lagi dari dalam kolam. Dalam tu woo..

Apa-apa pun aku berjaya lasso kepala kambing dengan menggunakan tali dan kayu yang aku bawa. Terus tarik tanpa belas kasihan. Melayang kambing tu keluar dari kolam najis. Alhamdulillah, selamat. Aku pun dapat keluar dengan selamat.

Tapi dia punya panik si kambing ni sekejap je. Terus dia lari ke atas kandang, siap gi masuk stor curi dedak lagi (aku lupa tutup pintu stor masa ambil tali dengan kayu sebab panik sangat). Cilakak punya kambing. Hehehe.

Aku happy sangat sebab dapat selamatkan satu nyawa. Walaupun hanya nyawa seekor kambing. Sorry takde gambar sebab panik dan penat.

Tuesday, 11 June 2013

Been away for a few days

Not that I got lazy or anything..but I was away for a few days, in Thailand to be exact.  Today we received the first shipment of cattle for Qurban purpose. 110 heads altogether. Few hundred more might be coming in within this few weeks up until the start of Ramadhan. I'm trying my best to keep the farm afloat and busy with activity.

Bila dah lama sangat tinggal ladang, rasa rindu kat kambing memang ada. Yelah, few pregnant does that are about to give birth anytime soon. Rosak program mengembala. Treatment untuk kambing yang sakit pun dah lari jadual. Susu pun dah berapa hari tak perah. But then again, a man's gotta do a what a man's gotta do. Time raya korban la nak cari duit lebih sikit. Orang kata kerja sekali makan setahun.

Esok dah janji dengan diri sendiri nak inject kambing induk yang anemic. Maybe bagi double injection iron dengan B12 untuk tambah selera. Bebanan cacing dah tak nampak sangat. Bulu dah cantik, selera makan dah bertambah. InsyaAllah akan selamat. Seekor je pun. Tapi asset juga walaupun seekor.

Berbalik kepada Thailand,  kandang yang aku dengan adik aku pergi ni kira dekat je, dalam 5 jam perjalanan. Nama tempat Ratthapum. 30km dari Hatyai. Best jugak kandang ni sebab banyak binatang ada kat dalam. Ayam, biri-biri, rusa, kerbau Murrah dan Cherokee (bahasa Thai) atau buaya.

Maybe trip yang ke depan ni aku hantar adik aku seorang je pegi. Banyak kerja kat ladang ni. Biar la dia, belum kahwin lagi. Lepas tu dia speaking Thai lagi terer dari aku. Tapi aku lagi terer speaking Myanmar dari dia..hahaha. Lagipun dia lagi pandai pilih lembu dari aku. Satu Thailand dia dah travel. Season korban lepas dia pegi sana selama 21 hari. 8000km distance traveled.  Driving.  Perghh..tak larat aku. He's seen more of Thailand than the Thai natives I presume.

Koloni kambing macam biasa sihat walafiat. Alhamdulillah.  Cuaca sekarang amat panas. Tapi ribut petir sebelah petang. So waktu lepas meragut kena awal sikit lah. Kambing pun dah pandai untuk maximize waktu meragut. Balik kandang semua perut boyot-boyot. Ngeri jugak tengok. I need to do an observation on the kidding rate of the does where the body weight of the does are above normal to obese. Kalau lembu susu, too fat is not a good thing. Hard to conceive. But I don't know if it is the same with domestic goats. Kalau induk Prof Alwi nampak dalam gambar slim-melim, athletic with excellent kidding rate (for me at least). Mungkin the abundance of Napier, rumput bulu, rumput sarang burung tempua (aku taktau nama), pokok petai belalang, pokok senduduk and few other vegetation that make them really fat. Aku tak bagi dedak pun, tapi memang kambing ni meragut tak ingat dunia. Makan sampai nak pecah perut, sebab malam dah takde dedak. Hanya air sahaja dan salt lick.

Few pictures from my trip. Aku suka dengan biri-biri tu. Comel. Tapi hati jahat/kejam aku buat fikiran aku imagine macam mana kalau aku campak biri-biri tu dalam kolam buaya. Mahu tuan dia campak aku pulak dalam kolam tu. Semua sekali ada 15 ekor. Yang paling besar kat bawah ni goes on sale for Baht 40,000 lebih kurang RM4000 la. Tapi aku rasa dia bela buaya bukan nak jual la. Aku rasa dia bela ni kalau ada any customers yang tak bayar hutang lembu, I think you know what the owner will do to those people. Hehehe.


 Ini biri-biri aku taktau baka apa. Siamese Long Tail kot.



 Lembu kat dalam kandang

Border crossing dengan feri.


Saturday, 1 June 2013

Cukup Setahun

Alhamdulillah. Hari ni 1 hb. Jun 2013, genaplah setahun aku jadi penternak kambing. Pelbagai kisah aku lalui sepanjang setahun ni. Kadar kematian anak kambing yang tinggi ada jugak kadang-kadang buat aku patah hati dan bersedih. Tapi bila minum susu kambing terus jadi happy. Ada euphoric effect juga ke susu kambing ni?

Kidding rate aku stays the same at 1.6, ada 6 ekor dara yang sedang sarat bunting sedang dalam pemerhatian nak melahirkan anak. But they have past the threshold. Paling awal aku rasa dalam dua minggu lagi. Aku tak expect twin birth sebab semuanya dara dan nampak gaya tubuh badan pun kecil.

Sebagaimana dalam post sebelum ini, kambing-kambing yang ada di ladang semuanya datang dari pelbagai kawasan dan dalam pelbagai keadaan semasa ketibaan di kandang. Ada yang sehat, ada yang kecacingan, ada yang berkutu, ada yang tak pandai meragut, ada yang anemic, ada yang bunting dan lain-lain lagi. Satu cabaran juga bila berhadapan dengan keadaan macam ni. Padan muka aku, siapa suruh beli kambing borong.

Yang paling seronok bila dapat anak. Paling tak seronok bila ada kematian dan tambah lagi bila aku tak dapat buat apa-apa sebelum kematian berlaku i.e. rawatan, prevention dan sebagainya. Ya, masalah ular sawa masih belum selesai lagi.

Cuaca hari ni sangat redup, seronok tengok kandang kosong, semua kambing dengan anak-anak sekali turun meragut. Suka betul kambing-kambing ni. Siap guling-guling, lompat-lompat bagai. Harapnya esok pun cuaca macam hari ni. Gambar kat bawah ni group terbaru yang masuk ladang aku, tak berapa nak kenal dengan kambing lama. Meragut sama-sama mereka



Tadi masa keluar ke pekan,  aku tengok ramai orang kahwin, tak cukup jari kaki tangan nak kira. Jalan jem teruk. Nanti tunggu lah lagi 9 - 12 bulan. Hospital pulak jem. Ok time tu memang market kambing akan melambung naik. Wahaha..capitalizing on  breeding factors of others..hahaha..macam apa daa..

Step seterusnya untuk kemajuan kambing ni aku ingat nak incorporate darah boer. Am gonna try out as what other breeders do. Aku dah ada sekor induk boer, adik aku punya. Dia beli sepasang dulu, tapi yang jantan hilang entah ke mana. Aku suspect jatuh dalam kolam najis masa meragut. Adik aku rasa kena baham dengan ular. Whatever it is, boer jantan tu agak slow,  I dont think he'd make a good sire anyways. Jadi target aku nak dapatkan seekor pejantan boer, tak kisahlah gred apa pun, janji ada darah boer. Adat penternak kecil-kecilan, macam ni lah.

Hari ni jugak pejantan primer aku kembali ke dalam rut. Habis induk dia kejar. Habis induk dia kerjakan. Harap-harap by October or November akan dapat sambut anak-anak kambing lagi lah. Tapi time tu hujan, kidding dalam musim hujan bukanlah favorite aku sangat sebab banyak masalah nak kena hadapi.

Apa-apa pun syukur Alhamdulillah setahun yang amat bermakna untuk diri aku..

Adios..


Friday, 31 May 2013

XXL XL L M S XS

Makhluk ciptaan Allah s.w.t. yang kita panggil kambing ni wujud dalam pelbagai bentuk dan saiz. Perkara ini sahaja menunjukkan ilmu penciptaan Allah s.w.t. yang tidak terbatas dalam mempelbagaikan satu spesis.

Aku tak tahu banyak baka kambing, yang aku tahu yang ada kat Malaysia dan adalah beberapa spesis yang hanya pernah tengok gambar melalui internet dan TV. Kambing yang biasa dibela di Malaysia pula ada la aku ingat dalam 6 atau 7 varieties. Pelbagai saiz jugak, dari yang sebesar lembu sehingga sebesar kucing (sebab inbreeding).

Sebagai pembiak/penternak, sebolehnya aku nak pelbagaikan saiz kambing yang ada diladang.  Biar senua saiz ada XXL, XL, L, M , S, XS dan seterusnya. Mesti meriah suasana kat ladang. Sebab utama aku nak pelbagaikan saiz kambing ini kerana aku mahu cuba sebolehnya untuk penuhi permintaan pelanggan yang berbeza-beza dari seorang ke seorang.

Cuba bayangkan tuan-tuan sebagai operator sebuah warung/kedai kopi. Kita tak boleh nak hidang Milo Ais je. Mesti kena ada menu yang sarat dengan pelbagai minuman. Teh O Ais, Horlicks, Sirap, Asam Boi, Kopi, Air Berkabonat, Nescafe, Tongkat Ali even ais kosong pun kena hidang jugak. Kita harus ingat bahawa tak semua yang datang ke kedai kita mempunyai kemampuan nak beli air yang mahal-mahal je, kan? Begitu jugalah halnya dengan pelanggan yang datang ke kandang kita tuan-tuan. Dari analogi inilah aku nak pelbagaikan menu diladang aku ni. Kita tahu, semua orang nak makan kambing, tapi tak semua orang boleh bayar RM600-RM700 untuk seekor kambing. Ada orang yang budgetnya mungkin dalam lingkungan RM400-RM500 untuk seekor kambing. Jadi kalau takde kambing yang 'berik' atau kecil ini, pelanggan berpotensi mungkin tidak dapat menunaikan hajat nak beli kambing dan hilanglah peluang urusniaga. Jadi ada insentifnya juga menyimpan anak-anak kambing yang underperform ni.

Satu lagi kelebihan mempunyai kambing pelbagai saiz ni bila mana ada pelanggan yang nak menunaikan aqiqah untuk anak lelaki. Diorang nak pakai 2 ekor kambing tapi dengan budget yang limited. Dengan adanya kepelbagaian produk di ladang aku, aku dapat memenuhi permintaan mereka dengan menggabungkan seekor kambing yang besar dan seekor lagi yang kecil dengan satu harga yang menarik. Harga kedua-dua kambing ini berlainan tetapi masih di dalam lingkungan budget pembeli tadi.

Dari segi kos pembangungan untuk seekor kambing, aku belum lagi menghadapi masalah kerana ladang aku secara prinsipnya mengamalkan sistem semi-intensif. Tambahan pula sejak 3 bulan yang lalu dengan kurniaan-Nya, cuaca panas terik, matahari terbenam lewat maka kambing-kambing aku dibiarkan meragut sebarapa banyak dan seberapa lama yang boleh. Biasanya kambing-kambing aku pulang dengan perut macam tong dram sekor-sekor. Alhamdulillah. Sebelum mausk kandang minum kat kolah dulu. Bila dah kat dalam kandang, semua terus duduk keletihan dan kekenyangan. Kambing-kambing semua buat tempoh sekarang tak diberi makan dedak langsung kecuali jika hari hujan. Buat masa ni, seminggu pun tak habis seguni 25kg. Jadi kos untuk menternak hanya pada kudrat pengembala, air minuman serta pembersihan kandang. Aku tahu weight gain kambing-kambing agak slow sikit sebab kurangnya sumber protein yang tinggi dalam diet mereka, tapi I am not in a hurry. Asalkan kambing-kambing sihat dan ceria, aku pun turut sama sihat dan ceria. Kalau nak gemukkan rasanya InsyaAllah boleh buat dalam masa 1 bulan. Atau 1 bulan setengah paling lama. Ini pun aku dah cuba dengan menggunakan secret feed mix yang aku guna semasa fidlot lembu dulu tetapi of course lah sudah disesuaikan untuk kegunaan kambing. But then again, it all depends on the animals. Kalau trait bagus, cepatlah naik berat badannya. Itu dari pengalaman aku lah.

Jadi tuan-tuan, harap janganlah cull atau buang atau lupus anak-anak kambing yang kita rasa tak boleh perform sebab kecil sangat atau langsung tak ada harapan. Simpan lah mereka. Didik dan asuh mereka supaya menjadi kawanan kambing yang boleh memberi pulangan kepada kita.

Wednesday, 29 May 2013

DIY Goat Milker

Assalamualaikum...

Entry kali ini bertujuan nak bagi simple instruction macam mana nak convert pam basikal kepada vacuum pump supaya boleh digunakan untuk memerah susu kambing kita semua.

Bahan atau alat yang diperlukan ialah sebuah pam basikal. Model lama yang old school lagi bagus sebab aku tak sure pam model baru ni boleh convert atau tak. High pressure hose sepanjang satu meter. Inner diameter at 1/2 inch. Hos dapur gas pun boleh. Saje nak kasi bunyi fancy sikit. Satu check valve. Check valve ni lah benda yang paking mahal aku rasa. Aku beli dalam RM15.00 sebiji. Stainless steel. Check valve ni fungsi dia untuk menjadikan pergerakan bendalir sehala. Try cari kat kedai spare part kereta atau traktor atau kedai hardware. Kalau ada yang plastik lagi bagus. Beberapa klip hos dapur gas. Sebiji balang kaca dengan penutup plastik kedap udara. Saiz balang bergantung kepada tuan-tuan. Besar sangat pun tak guna jugak sebab lambat nak create vacuum nanti. Satu valve tiub motor. Syringe 20cc. Cari yang belum karat la sebolehnya. Hos udara untuk aquarium lebih kurang 1 meter panjang. Connector 1 to 1 untuk hos udara aquarium. Power drill dengan bit bersaiz sama dengan connector 1 to 1 dan valve tiub motor. Pita putih untuk kerja paip. Sedikit ketekunan dan banyak kesabaran. Ok, nampak macam banyak je barang yang nak kena beli. Tak pun. Tak sampai RM50.00 semuanya.

Sekarang cara nak membuatnya. Ambil pam basikal dan buka bahagian batang pam. Tarik keluar batang pam dan tuan-tuan akan dapat lihat assembly asal pam tersebut seperti gambar di bawah ni.


Sekarang buka nat, injap dan washer yang ada pada batang pam tersebut. Pasang semula item-item tadi seperti gambar di bawah ini. Tujuannya adalah untuk menterbalikkan fungsi pam ini supaya menjadi sebuah pam vacuum. Pasang kembali batang pam tadi ke dalam batang pam.



Perhatikan betul-betul gambar kat bawah ini, yang saya bulatkan ini adalah check valve asal(bukan yang kita beli yer) yang ada pada pam ini. Funsginya adalah untuk menyekat angin yang telah di pam ke dalam tayar dari masuk semula ke dalam pam. Guna spanar untuk buka check valve ini dan guna drill untuk tebuk melalui check valve ini. Tujuannya adalah supaya kita merosakkan fungsi check valve ini. Buang bebola besi dan juga pemegang bebola besi yang terdapat di dalam check valve ini. Tuan-tuan boleh besarkan diameter lubang dalam check valve ini untuk memberi laluan kepada angin supaya lebih lancar. Setelah selesai, pasang kembali check valve ini pada pam dan proceed kepada step seterusnya iaitu memasang check valve.



Rujuk gambar di bawah ini untuk cara-cara pasang check valve. Pastikan check valve menghalakan aliran angin ke dalam batang pam, ini bertujuan supaya aliran angin dapat mengalir keluar semasa di pam. Potong hos gas dapur kepada 2 bahagian. satu bahagian sepanjang lebih kurang 2 setengah inci dan satu lagi panjang ikut suka tuan-tuan. Gunakan klip untuk mengemaskan lagi sambungan antara check valve dan hos. Juga tuan-tuan boleh gunakan pita putih untuk paip bagi mengelakkan kebocoran.



Balang kaca ini aku beli dari pasaraya dengan harga RM5.90. Macam-macam saiz ada, pilihlah yang mana berkenan di hati. Tujuan aku pakai kaca ini kerana ianya dapat menahan tekanan vacuum yang lebih tinggi. Aku dah guna 2 balang plastik. Dua-dua failed sebab tak dapat tahan tekanan yang kuat dari pam ini. Drill 2 lubang untuk lekatkan valve dari tiub motor dan juga 1 to 1 connector untuk hos aquarium. Dihujung hos aquarium ni tuan-tuan boleh sambung terus kepada syringe 20cc.



Ok itu sahajalah rasanya cara-cara nak buat mende alah ni. Tak susah pun. Tapi hasilnya sangat memuaskan hati. Kalau ada sebarang pertanyaan dan idea untuk penambaikan boleh tinggalkan komen kat ruangan komen..kat mana lagi ye dak??

Oh ya, semasa mengepam, eloklah kiranya tuan-tuan mengepam sedikit demi sedikit dan setelah susu mengalir berhenti mengepam dan sambung semula apabila aliran semakin perlahan. Bukan apa, kalau kuat sangat nanti tercabut pulak tetek kambing tu..hahaha..

Saturday, 25 May 2013

Susu Kambing

Aku memang peminat susu kambing. Isteri aku dari tak suka, kena paksa jadi suka. Anak aku pulak dari kecil dah diajar minum susu kambing. Dia lagi prefer susu kambing dari susu lembu atau formula yang kami beli untuk dia.

Minum memang sedap tapi nak memerah tu agak memenatkan juga. Tapi taklah sepenat perah susu lembu. Lambat nak habis woo. Susu kambing pulak disebabkan kambing ni kecik jadi  kena mencangkung, mau tercabut jugakla skru pinggang. Dah la aku mengalami back injury tahun 90-an dulu masa terbabit dengan gejala BMX extreme. Lompat longkang bagai.

Jadi bagi mengatasi masalah bercangkung dalam tempoh yang panjang dan jugak menghilangkan lenguh jari nak memicit susu kambing ni, I have come up with my own milking machine. I don't think it's an original concept or design. I am sure some one out there must have been in a desperate situation like I am now and come up with the same solution. Aku ambil inspirasi design ini pun dari sukan BMX yang aku pernah ceburi dengan menggunakan pam basikal sebagai penggerak utama.

Aku convert pam basikal ni jadi manual vacuum pump. Sambung dengan satu check valve. Then sambung dengan satu bekas yang boleh act as a pressure vessel as well as a container to hold the milk. Bagi suction cup pulak aku gunakan syring 20cc. Aku try guna 50cc at first but it proved to be too big.

Aku dah beberapa kali gunakan pam ini untuk memerah susu induk kambing yang dah tak menyusu anak tapi masih lagi produce susu. Dalam gambar kat bawah ni induk ini masih lagi produce susu at a rate of approximately a liter a day. Last kidding was on 23rd January this year.  Bagus jugak lactation period induk ni.



Design pam ni banyak jugak flaw awal-awal percubaan. Mostly getting it to be airtight. But with some silicone adhesive everything has been fixed.

Sekarang kalau nak perah susu akan ambil masa tak sampai 5 minit untuk seekor kambing on average. Kalau dulu more than 10 minutes per animal. Bagi dia dedak, ikat leher sikit dan mulakan aktiviti memerah susu. Kambing tu terlalu happy dapat dedak. Tak kisah pun orang buat apa kat dia.

My next step would be to construct a stanchion. Alat ini dwi guna. Boleh guna untuk perah susu dan juga untuk keep the animal stationary for treatment purposes. Plan untuk build this stanchion ada kat internet. Boleh google je.

Oh ya, bila dah dapat banyak susu, aku selalu juga buat cheese. Makan dengan biskut tawar cap ping-pong. Perghh..sarapan yang sangat mengenyangkan atau snack sambil mengadap komputer/tv malam-malam. Banyak tutorial yang ada kat youtube. Tapi biasanya soft cheese je la. Kalau nak buat mozzarella etc. kena pakai rennet dan kat Malaysia ni aku tak tahu mana nak cari yang halal. Mungkin kena sembelih anak kambing seekor untuk dapatkan rennet halal.

Got milk?