Sunday, 26 April 2015

Antara Rezeki

Kalau dulu selalu aku katakan rezeki tu hak aku. Aku berikhtiar untuk mencari rezeki demi menyara isteri dan anak-anak aku.

Baru-baru ni ada dengar kuliah maghrib. Ustaz tu kata sebenarnya ibu bapa ni bukan mencari rezeki untuk anak-anak. Bahkan ibu bapa hanya menumpang rezeki yang Allah swt berikan kepada anak-anak. Tanggungjawab ibu bapa untuk menguruskan kurniaan Allah swt. Amat besar tanggungjawab tu. Dari memastikan ianya dari sumber yang halal sehinggalah kepada tugasan mengagihkan sebaiknya rezeki tadi kepada ahli unit keluarga itu.

Kenyataan ini buat aku berfikir panjang; kalau ikutkan saranan ustaz tu, konsep aku selama ni adalah salah. Tapi penjelasan yang diberikan memang masuk akal. Paling utama ialah niat seharian kita keluar mencari rezeki itu. Adakah untuk diri sendiri, walaupun kerja makan gaji. Adakah untuk anak-anak dirumah?; jikalau pekerjaan kita adalah berniaga.




Niat harus dibetulkan terlebih dahulu. Semua yang dilakukan adalah untuk anak-anak kita, isteri kita, orang tua kita, orang lain yang berada dalam kesusahan. Dalam pendapatan seharian kita, ada bahagian untuk mereka tadi.

Buat aku berfikir lagi, aku tidak harus claim kambing yang aku bela ini adalah hak aku. Kerana jika aku mencari rezeki melalui binatang ternakan ini ternyata ianya sepatutnya kepunyaan anak-anak aku. Segala hasil-mahsul, rezeki yang keluar dari kambing ini baik anaknya, baik susunya, baik dagingnya semua adalah kepunyaan anak-anak aku. Aku hanya watak yang menjadi penyebab kepada perkara yang berlaku.

Mulai hari ini, aku niatkan bahawa semua kambing yang ada di ladang, yang bakal di beli untuk penambahan induk adalah milik anak-anak aku. Aku hanyalah penjaga amanah mereka. Aku hanyala penyebab kepada apa segala yang berlaku dan jika tiada aku sekalipun rezeki itu tetap datang kerana sudah tertulis bagi mereka.

Salam hormat!!

3 comments:

  1. tu rezeki anak-anak dan isteri..belum rezeki isteri-isteri dan anak-anak lagi..mungkin lebih kot bro ECH..kihkih

    ReplyDelete
  2. Uh oh betul cakap feral kk tuh.... hehehe

    ReplyDelete
  3. Salam n SANSAW.bagus-bagus.apa yg kita ushakan perlu ada "Niat".Sahabat yg dikasihi sekelian perlu perbetulkan niat.Tentang kambing dlm kandang yg membiak dan sehat tu..Bukan kita punya.Yang Maha Esa punya.Habis tu Tuan-tuan punya apa?.
    Rezki?.. Rezki TUHAN punya DIA CEO mutlak nak bagi pada siapa-siapa saja.

    Janji jangan lupa janji padaNYA.Mendapat REZKI melimpah ruah kita kena syukur jangan kufur...
    tq.dari SPPHR.

    ReplyDelete