Sunday, 19 April 2015

Milk Replacer dan Supplement

Terima kasih kepada Wan Khairul dari JDT kerana memberi idea kepada aku untuk memasukkan pemberian supplement dan milk replacer ke dalam SOP bagi anak kambing yang baru lahir. Kalau dulu aku tak endah sangat sebab bagi aku, cara natural adalah cara yang terbaik. Maksud aku jika ada kelahiran, maka aku hanya gunakan susu awal dan susu dari induk lain untuk support pembesaran anak tersebut. Polisi sedemikian bagi aku lebih senang dan menjimatkan. Tapi outcome nya tidaklah secantik mana.

Aku tak tahu prestasi kandang lain, tapi di kandang aku, mortality rate bagi anak kambing aku tetapkan maximum 10%. Ya, agak tinggi. Memang tinggi. Kandang lain mungkin 0% atau 5% maximum.

Atas cadangan Wan, aku memasukkan produk Maminune dan Milk replacer ke salam senarai barangan wajib ada dalam kabinet ubat aku. Takpelah, spend lebih sikit bab ni, lagipun kos dedak aku sekarang ialah 0. Jadi masih banyak ruang untuk aku spend ke atas ubatan dan supplement ni.

Cakap pasal milk replacer, dulu aku dah pernah pakai milk replacer brand Kamilac masa ternak lembu tenusu dulu. Performance wise ok lah. Anak lembu besar la juga dengan replacer brand ni. Harga pun tak mahal. Tapi takde lah superb. Baru-baru ni ada orang (terpaksa dirahsiakan) bagitahu aku, otai kambing susu di Kelantan iaitu Abe Mat Daud tak pakai replacer Kamilac ni. Dia pakai brand Fonterra NZMP. Powderized whole milk.

Cari punya cari,siasat punya siasat, last sekali aku jumpa dah kedai yang ada jual NZMP ni. Ni hairan ni kenapa otai berbisa pakai replacer yang ni. NZMP ni powderized whole milk untuk kegunaan industry bakery, campuran balik ke dalam resipi makanan dan lain-lain. Utamanya untuk kegunaan manusia. Bukan replacer khas yang diformulakan untuk anak lembu/kambing. Aku cuba cari analisis nutrisi tapi tak jumpa. Pada pandangan aku, mungkin NZMP ni lebih berkhasiat dari Kamilac. Tak tau dengan pasti, kena tanya otai berbisa.

Dalam website tu juga aku jumpa product whey protein powder. Macam menarik. Setahu aku, whey protein ni, abang gym dan abang sado yang banyak telan benda ni. Mungkin ke bila kita incorporate whey ni dalam concentrate kambing, ianya akan buat kambing kita lebih perform dari segi kenaikan otot dan berat badan.

Mengkaji lagi sekali aku pasal whey protein. Too bad, protein dan lactose dalam whey powder  ni hanya sesuai untuk monogastric dan bukan untuk ruminant. Boleh diberi tapi berkemungkinan risiko acidosis dari penyerapan lactose yang kurang berkesan. Dalam article yang aku study tu juga, pemberian whey protein dalam makana ruminan membantu menaikkan selera makan ternakan,selagi ianya tidak melebihi 14% dari berat dry matter dalam ration seharian. Yang aku faham, directly ianya tiada kesan untuk improve ADWG. Tetapi jika digunakan dalam perimeter yang disyorkan, berat ternakan akan bertambah disebabkan selera makan yang bagus. Untuk babi tiada masalah, yang tu pasti sebab babi adalah ternakan monogastric.

Aku baru berkira nak include whey dalam diet kambing aku, sekali banyak pula saranan yang mengatakan whey ni tak berapa bagus untuk ruminan. Boleh increase feed intake, tapi tak memberi kesan sangat dalam weight gain. Kalau untuk ternakan monogastric the whey protein works magnificently. Whey protein sangat mujarab untuk menaikkan berat badan babi.

Ok, jumpa lain kali.

Salam hormat!!

5 comments:

  1. ECH,..eden maseh 100 persen gunakan susu ibu, from day one to 1 bulan. Bulan ke 2 dan 3, nyusu hanya masa gembala. Sebelah malam dipisahkan untuk perah susu ibu pagi esoknya!! Setakat ini,Alhamdulillah..mortality rate almost nil (for the last round of birthings for months Jan to this April). Hope situation remains favourable to susu ibu!! (Es Emdi)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.saya sebelum ni pun. Tapi bila buat merging hari tu..dengan cuaca panas..kambing stress..ibu tak hasilkan susu yg cukup. Itunyg resort kepada replacer. Lagipun saya punya operation tak pakai dedak langsung. Jadi spend lebih kepada susu tak jadi masalah sangat. Asalkan mortality bawah anticipation.

      Delete
  2. ECH,.aku rasa yang kembar je kot perlu beri milk replacer ni. Sbb pemerhatian yang aku buat, kambing kembar ni mmg pembesarannya agak terbantut. Kekurangan susu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul dah tu. Berbalik kepada persoalan asal. Sekiranya induk takde susu,perkara paling logik adalah dgn beri susu gantian. induk menyusu juga skrg aku tak beri langsung konsentrat.

      Delete
  3. ECH...dimana ada jual maminune@fontera.....ada masalah tak dengan kembung bila guna milk replacement ni..tq

    ReplyDelete