Sunday 30 June 2013

Patah Kaki

Pagi ini bila aku masuk kandang nak check kambing aku tengok seekor induk duduk bersimpuh tak nak bangun. Bila dekat sikit baru aku perasan yang kaki belakangnya telah patah. Atas sikit buku lali. Patah terus, bukan retak atau patah separuh. Tempat patah tu pun dah membengkak. Aku rasa agak lama juga dah ia mengalami kecederaan. Kecederaan ini berpunca dari ruang lantai yang agak besar. Sepatutnya tak ada masalah. Mungkin dah nasib. Sebab sebelum ni tak pernah berlaku. Ini kali yang pertama. Salah satu tanduknya juga patah. Mungkin dari struggle nak melepaskan dirinya.


Aku terus keluar pergi ke kedai beli apa yang patut. Apa yang patut maksud aku ialah lengkuas, halia dan kunyit. Ini petua orang lama. Kalau ikut modern method sepatutnya aku cast saja kaki kambing tu. Tapi aku tak dapat beli plaster of Paris. Hari ni cuti sebab Kelantan menang bola. Satu cuti yang tak patut aku rasa. Reduced productivity.




Aku cincang ketiga-tiga bahan tadi. Takde blender dan lesung. Kemudian aku baringkan kambing tu dan cuba pulas kakinya yang terkehel kembali ke kedudukan asal. Aku gunakan kayu yang doktor guna untuk jolok tekak kita masa kita demam tu sebagai support/splint. Tampal plaster untuk mengekalkan kedudukan kayu supaya ianya betul-betul straight. Letak bahan yang tiga tadi tu dan balut guna bandage. Agak dah kemas. Aku bagi sebiji aspirin 100mg untuk hilangkan kesakitan. Aku taktau sama ada ianya berkesan. Tapi aku sanggup lakukan apa sahaja supaya kambing itu mendapat sedikit keselesaan. Aku ingat nak suntik penicillin.  Tapi kambing dalan keadaan bunting lewat. Takut pula affect anak dalam kandungan. Aku kena refer balik kat google tentang penggunaan bahan tadi.



Mungkin esok aku akan dapatkan plaster dan simen kaki kambing tu. Kalau ia tak bunting. Aku memang sembelih dah. Kambing ni pun dah dalam tempoh bunting lewat dan akan melahirkan anak tak lama lagi. Aku masih nak cuba selamatkan kandungannya. Mungkin kalau ia melahirkan anak dalam masa terdekat aku akan sembelih juga setelah anaknya mendapat susu awal. Kesian ianya mengalami sakit yang sangat.

Untuk masa sekarang, aku bagi sedikit dedak dan rumput segar. Letak ia dalam petak berasingan dan bagi sedikit anti stress. Harap esok lebih baik.

Monday 24 June 2013

Apa Benda Merepek

2-3 hari ini banyak artikel dalam surat khabar bercerita tentang kelesuan industri ruminan daging kambing dan tenusu negara. Semuanya berkisarkan kekurangan SSL negara dalam membekalkan hasil tani tersebut kepada rakyat.

Bagi aku senang saja perkara ini. JPV dan MOA selaku badan yang meluluskan permit import daging dari negara luar perlu memikirkan satu mekanisme bagi mengurangkan kebergantungan kepada produk import. Aku melihat Indonesia dan Thailand sebagai contoh yang terbaik. Kedua-dua negara mengenakan sekatan ke atas daging dari luar negara, kecuali high end products untuk niche market yang mana mereka tak boleh nak produce dengan kualiti yang sama.

Indonesia berjaya mengurangkan eksport dari 500,000 ekor lembu setahun kepada 150,000 lembu ekor setahun. Malah Santori sudahpun memasuki fasa kedua dalam program pembiakan di mana mereka sekarang menjual anak lembu hasil pembiakan kepada negara China untuk program pembiakan di sana.

Sama halnya juga dengan produk tenusu, aku pernah ke Thailand dan pergi ke pasaraya di sana. Hampir keseluruhan produk tenusu diasaskan di dalam negara. Dan pengecualian sekali lagi hanya diberi kepada niche products yang tidak dapat dihasilkan oleh mereka.

Jadi kunci disini adalah mengurangkan atau menghentikan import supaya pengusaha mendapat insentif dari segi ekonomi. Malas dah aku nak cerita panjang-panjang. Cerita panjang-panjang pun tak guna , bukan ada pihak yang nak dengar pun. Sebab kekurangan macam inilah yang menjadi lubuk duit bagi sesetengah pihak kerana apabila ada kekurangan ternakan kerajaan akan terus melaksanakan projek mega bagi memperkasakan kembali industri. Dan setiap kali projek sebegini dilaksanakan,kita semua tahu  apa kesudahannya. Hanya pihak yang membekalkan ternakan yang buat untung. Cukup.


Bloat atau Kembung


Kambing aku jarang sangat mengalami masalah kembung, pernah ada hanya dua kali selama aku menternak ni. Senang je nak tahu bila kambing ni kembung. Biasanya ia akan menyendiri dan menjauhi kawanannya, kurang responsif terhadap persekitarannya, kurang selera makan, perut atau abdomen sebelah kiri yang kembung dan juga mulut berbuih, okay, mulut berbuih ni jarang-jarang berlaku, tapi kalau kronik sangat akan berlaku.

Banyak cara yang diamalkan oleh penternak untuk menyelesaikan masalah kembung ni, ada yang pakai minyak masak, ada yang pakai Bikarbonat, ada yang pakai minyak tanah untuk urut, ada yang sumbat paip getah ke dalam mulut kambing dan ada juga yang pakai alat penebuk atau trokar. Kesemua kaedah yang disebut adalah berkesan untuk memulihkan kambing yang kembung. No arguments there. Tapi cara yang aku guna adalah derivative daripada penggunaan trokar.

Penggunaan minyak masak, bikarbonat yang di suap terus ke dalam mulut kambing mungkin akan menyebabkan perut kambing jadi upset dan menganggu koloni bakteria baik yang hidup di dalam rumen kambing. Dengan ketiadaan bakteria baik ini akan menyebabkan penyakit lain pulak yang datang seperti diarrhea dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga risiko dimana owner kambing tersalah memberi minum minyak masak dan bikarbonat menyebabkan bahan tadi memasuki saluran pernafasan instead of ruang rumen. Minyak tanah juga mungkin akan menyebabkan keracunan kepada kambing jika ianya menjilat kesan minyak tanah  tersebut. Mungkin ada risiko terbakar juga kalau owner seorang perokok. Tapi yang ini kena panggil aku, aku pun nak makan kambing bakar. Hahaha. Penggunaan getah paip pula, walaupun agak berkesan datang dengan risiko yang tersendiri. Sekiranya owner kambing tidak berpengalaman seperti aku, menyumbat paip getah ke dalam mulut kambing sehingga ke ruang rumennya adalah satu tugas yang sangat merbahaya kerana dengan cara yang salah owner kambing mungkin akan menyebabkan luka di bahagian esofagus kambing dan juga dinding usus kambing. Lebih teruk lagi jika owner tersalah sumbat paip getah memasuki saluran pernafasan kambing. Yang ini lagi haru.

Trokar sedia ada dijual biasanya agak besar untuk anak kambing dan kambing dewasa bersaiz kecil. Kecederaan yang dialami dari penggunaan trokar juga agak substantial kerana lubang yang dihasilkan adalah agak besar dan mungkin mengambil masa yang sedikit lama untuk sembuh. Kecuaian owner di dalam memastikan kebersihan trokar juga mungkin akan menyebabkan infection terhadap kambing. Jadi, cara yang paling mudah, senang dan cepat yang aku gunakan adalah dengan menggunakan jarum pakai buang 16G dan ke bawah (lebih besar) sepanjang 1 setengah inci atau 2 inci. Jarum pakai buang ini datang di dalam keadaan yang sterilized. Contamination factor, out of its packaging, is almost zero. Saiz jarum yang pelbagai juga akan memudahkan owner untuk memilih jarum bersaiz apa yang paling sesuai untuk kambing yang mengalami sakit kembung. Peratusan infection untuk berlaku rendah kerana kesan luka dari jarum yang sangat minima. Tempoh masa yag diambil untuk kambing sembuh sepenuhnya juga biasanya hanya satu hari, seperti


juga suntikan yang lain. Penggunaan jarum sebagai trokar juga boleh dilakukan sehingga 2 atau 3 kali kerana kesan luka yang dihasilkan adalah kecil. Kambing biasanya tidak bertindak balas dengan agresif kerana kesakitan yang minimum. Hanya satu drawback penggunaan jarum ini, iaitu kita perlu menekan atau mengurut perut kambing untuk mengeluarkan gas yang terperangkap melalui lubang jarum yang kecil ini dan ini mungkin mengambil sedikit masa. Cuma peringatan untuk penggunaan jarum ini, sebaiknya sapukan
larutan iodine pada kawasan yang akan ditebuk untuk memastikan sebarang infection tidak berlaku.

Rujuk gambar di bawah untuk bahagian yang sesuai ditebuk dengan jarum, perhatikan abdomen sebelah kiri kambing dan ruang segitiga yang dilakar. Tebukan boleh dilakukan di dalam kawasan segitiga ini. Cuma perlu ingat hanya tebuk pada sebelah kiri perut kambing, jangan sekali-kali
tebuk dibahagian kanan. Jarum yang telah digunakan juga hendaklah dibuang dengan cara yang betul.


Friday 21 June 2013

Sesi Gembala Lembu




Selain dari mengembala kambing, aku juga suka mengembala lembu. Ini adalah lebihan lembu dari keseluruhan 9 tahun operasi kandang kami. Terdapat 112 ekor buat masa sekarang. Lebihan lembu bermaksud lembu yang kami bawa masuk dari Thailand tetapi tidak dapat dijual kerana cedera, sakit, cacat dan sebagainya. Setelah melalui rawatan, lembu ini kembali normal dan membiak. Ada juga beberapa ekor lembu yang buta kerana tidak diberikan secukupnya susu awal oleh ibu mereka. Lembu ni hidupnya cuma dengan meragut. Kebanyakan baka dari Brahman Thai, Charolais, Thai Black, Angus, Brangus, Draughtmaster, Jersey, Holstein, Myanmar Zebu dan juga K-K. Senang cakap lembu company la. Anak-anak dari lembu ni ada yang dibuat bayar zakat, korban, diberi percuma untuk kenduri sedara-mara, bonus kakitangan, sembelih untuk dibahagikan daging dan lain-lain. Senang cakap lembu untuk welfare la.

Bulan lepas sahaja ada 8 kelahiran. Alhamdulillah semuanya hidup sihat. Rutin harian lembu ni pukul 8am dah bergerak ke pasture. Sampai la pukul 7pm baru balik ke kandang. Kadang-kadang je aku gembala lembu ni. Kalau takde kerja sangat. Sebab gembala lembu ni boring sikit. Kurang aksi mereka berbanding kambing. Takde kelincahan melompat atas busut anai-anai, memanjat pokok,  melompat lincah. Lembu dia makan sahaja, menunduk tawadduk menghadap rumput. Pergerakan pun kurang. Kalau dah panas sangat ia mula mencari tempat berteduh, especially baka-baka tenusu.

Apa-apa pun, gembala kambing lebih interesting dan memenatkan. Aku lagi suka yang tu. Hari ni kat kandang kambing tidak eventful sangat. Aku rawat mana yang patut sahaja. Bagi makan sedikit. Bagi susu pada anak yang kematian ibu dan terus lepaskan mereka ke padang.

Thursday 20 June 2013

Misi Menyelamat

Petang tadi masa nak halau semua kambing masuk kandang tiba-tiba ada seekor kambing sedang struggle. Rupanya dah tenggelam separuh badan dalan kolam najis. Terlalu fokus dengan aktiviti meragut sehingga tak sedar ia sudah berada dalam situasi bahaya. Rumput sedap sangat kot. Memang rumput kat situ segar-segar pun. Hijaunya lain macam walaupun cuaca sangat panas kebelakangan ini. Itu yang buatkan ianya irresistible buat kambing-kambing aku.

Aku nekad tak akan biarkan kambing ni terus tenggelam dalam kolam najis. Kolam najis ini ibarat pasir jerlus/quicksand macam dalam cerita Indiana Jones tu. Lagi kita bergerak sebab panik, lagi ke bawah kita jatuh. Samalah halnya dengan kambing ni. Bila saja ia melihat rakan yang lain berlari-lari nak naik kandang sedangkan dia pulak terlekat dalam bubur najis yang pekat tu, bertambahlah panik. Lagi cepatlah ia tenggelam.

Cepat-cepat aku pergi ke stor peralatan, ambil satu kayu panjang dan satu tali. Kembali ke kolam najis bukak baju dan seluar terus berjalan di atas rumput tebal di dalam kolam. Tak sangka rumput ini mampu menahan berat badan unggul aku ini. Unggul laa sangat kan..kambing dah bertempik dari tadi lagi. Aku tak boleh nak rapat lagi dah sebab kaki dah makin tenggelam. Kolam tu dah la dalam. Aku ingat lagi masa gali dulu, satu excavator gali sebanyak satu level. Selesai satu level, excavator masuk ke dalam kolam yang baru digali tu dan gali satu level lagi dari dalam kolam. Dalam tu woo..

Apa-apa pun aku berjaya lasso kepala kambing dengan menggunakan tali dan kayu yang aku bawa. Terus tarik tanpa belas kasihan. Melayang kambing tu keluar dari kolam najis. Alhamdulillah, selamat. Aku pun dapat keluar dengan selamat.

Tapi dia punya panik si kambing ni sekejap je. Terus dia lari ke atas kandang, siap gi masuk stor curi dedak lagi (aku lupa tutup pintu stor masa ambil tali dengan kayu sebab panik sangat). Cilakak punya kambing. Hehehe.

Aku happy sangat sebab dapat selamatkan satu nyawa. Walaupun hanya nyawa seekor kambing. Sorry takde gambar sebab panik dan penat.

Tuesday 11 June 2013

Been away for a few days

Not that I got lazy or anything..but I was away for a few days, in Thailand to be exact.  Today we received the first shipment of cattle for Qurban purpose. 110 heads altogether. Few hundred more might be coming in within this few weeks up until the start of Ramadhan. I'm trying my best to keep the farm afloat and busy with activity.

Bila dah lama sangat tinggal ladang, rasa rindu kat kambing memang ada. Yelah, few pregnant does that are about to give birth anytime soon. Rosak program mengembala. Treatment untuk kambing yang sakit pun dah lari jadual. Susu pun dah berapa hari tak perah. But then again, a man's gotta do a what a man's gotta do. Time raya korban la nak cari duit lebih sikit. Orang kata kerja sekali makan setahun.

Esok dah janji dengan diri sendiri nak inject kambing induk yang anemic. Maybe bagi double injection iron dengan B12 untuk tambah selera. Bebanan cacing dah tak nampak sangat. Bulu dah cantik, selera makan dah bertambah. InsyaAllah akan selamat. Seekor je pun. Tapi asset juga walaupun seekor.

Berbalik kepada Thailand,  kandang yang aku dengan adik aku pergi ni kira dekat je, dalam 5 jam perjalanan. Nama tempat Ratthapum. 30km dari Hatyai. Best jugak kandang ni sebab banyak binatang ada kat dalam. Ayam, biri-biri, rusa, kerbau Murrah dan Cherokee (bahasa Thai) atau buaya.

Maybe trip yang ke depan ni aku hantar adik aku seorang je pegi. Banyak kerja kat ladang ni. Biar la dia, belum kahwin lagi. Lepas tu dia speaking Thai lagi terer dari aku. Tapi aku lagi terer speaking Myanmar dari dia..hahaha. Lagipun dia lagi pandai pilih lembu dari aku. Satu Thailand dia dah travel. Season korban lepas dia pegi sana selama 21 hari. 8000km distance traveled.  Driving.  Perghh..tak larat aku. He's seen more of Thailand than the Thai natives I presume.

Koloni kambing macam biasa sihat walafiat. Alhamdulillah.  Cuaca sekarang amat panas. Tapi ribut petir sebelah petang. So waktu lepas meragut kena awal sikit lah. Kambing pun dah pandai untuk maximize waktu meragut. Balik kandang semua perut boyot-boyot. Ngeri jugak tengok. I need to do an observation on the kidding rate of the does where the body weight of the does are above normal to obese. Kalau lembu susu, too fat is not a good thing. Hard to conceive. But I don't know if it is the same with domestic goats. Kalau induk Prof Alwi nampak dalam gambar slim-melim, athletic with excellent kidding rate (for me at least). Mungkin the abundance of Napier, rumput bulu, rumput sarang burung tempua (aku taktau nama), pokok petai belalang, pokok senduduk and few other vegetation that make them really fat. Aku tak bagi dedak pun, tapi memang kambing ni meragut tak ingat dunia. Makan sampai nak pecah perut, sebab malam dah takde dedak. Hanya air sahaja dan salt lick.

Few pictures from my trip. Aku suka dengan biri-biri tu. Comel. Tapi hati jahat/kejam aku buat fikiran aku imagine macam mana kalau aku campak biri-biri tu dalam kolam buaya. Mahu tuan dia campak aku pulak dalam kolam tu. Semua sekali ada 15 ekor. Yang paling besar kat bawah ni goes on sale for Baht 40,000 lebih kurang RM4000 la. Tapi aku rasa dia bela buaya bukan nak jual la. Aku rasa dia bela ni kalau ada any customers yang tak bayar hutang lembu, I think you know what the owner will do to those people. Hehehe.


 Ini biri-biri aku taktau baka apa. Siamese Long Tail kot.



 Lembu kat dalam kandang

Border crossing dengan feri.


Saturday 1 June 2013

Cukup Setahun

Alhamdulillah. Hari ni 1 hb. Jun 2013, genaplah setahun aku jadi penternak kambing. Pelbagai kisah aku lalui sepanjang setahun ni. Kadar kematian anak kambing yang tinggi ada jugak kadang-kadang buat aku patah hati dan bersedih. Tapi bila minum susu kambing terus jadi happy. Ada euphoric effect juga ke susu kambing ni?

Kidding rate aku stays the same at 1.6, ada 6 ekor dara yang sedang sarat bunting sedang dalam pemerhatian nak melahirkan anak. But they have past the threshold. Paling awal aku rasa dalam dua minggu lagi. Aku tak expect twin birth sebab semuanya dara dan nampak gaya tubuh badan pun kecil.

Sebagaimana dalam post sebelum ini, kambing-kambing yang ada di ladang semuanya datang dari pelbagai kawasan dan dalam pelbagai keadaan semasa ketibaan di kandang. Ada yang sehat, ada yang kecacingan, ada yang berkutu, ada yang tak pandai meragut, ada yang anemic, ada yang bunting dan lain-lain lagi. Satu cabaran juga bila berhadapan dengan keadaan macam ni. Padan muka aku, siapa suruh beli kambing borong.

Yang paling seronok bila dapat anak. Paling tak seronok bila ada kematian dan tambah lagi bila aku tak dapat buat apa-apa sebelum kematian berlaku i.e. rawatan, prevention dan sebagainya. Ya, masalah ular sawa masih belum selesai lagi.

Cuaca hari ni sangat redup, seronok tengok kandang kosong, semua kambing dengan anak-anak sekali turun meragut. Suka betul kambing-kambing ni. Siap guling-guling, lompat-lompat bagai. Harapnya esok pun cuaca macam hari ni. Gambar kat bawah ni group terbaru yang masuk ladang aku, tak berapa nak kenal dengan kambing lama. Meragut sama-sama mereka



Tadi masa keluar ke pekan,  aku tengok ramai orang kahwin, tak cukup jari kaki tangan nak kira. Jalan jem teruk. Nanti tunggu lah lagi 9 - 12 bulan. Hospital pulak jem. Ok time tu memang market kambing akan melambung naik. Wahaha..capitalizing on  breeding factors of others..hahaha..macam apa daa..

Step seterusnya untuk kemajuan kambing ni aku ingat nak incorporate darah boer. Am gonna try out as what other breeders do. Aku dah ada sekor induk boer, adik aku punya. Dia beli sepasang dulu, tapi yang jantan hilang entah ke mana. Aku suspect jatuh dalam kolam najis masa meragut. Adik aku rasa kena baham dengan ular. Whatever it is, boer jantan tu agak slow,  I dont think he'd make a good sire anyways. Jadi target aku nak dapatkan seekor pejantan boer, tak kisahlah gred apa pun, janji ada darah boer. Adat penternak kecil-kecilan, macam ni lah.

Hari ni jugak pejantan primer aku kembali ke dalam rut. Habis induk dia kejar. Habis induk dia kerjakan. Harap-harap by October or November akan dapat sambut anak-anak kambing lagi lah. Tapi time tu hujan, kidding dalam musim hujan bukanlah favorite aku sangat sebab banyak masalah nak kena hadapi.

Apa-apa pun syukur Alhamdulillah setahun yang amat bermakna untuk diri aku..

Adios..