Sunday 13 September 2015

KNZ Kegemaran Kawanan

Suka benar dengan garam KNZ. Harap tak akan putus supply la di masa akan datang. Dari anak kambing ke dara ke induk tua semua sukakan garam KNZ.

Dengan pertambahan bilangan induk dan anak kambing, maka penggunaan garam KNZ juga meningkat. Kali ni aku jangkakan akan gunakan 40 bongkah 10kg setahun. Maknanya 400 kg untuk setahun dan aku rasa inipun kuantiti minima. Mungkin akan mencapai 500 kg setahun.




Jadi, Mr. Liow Vet Vision tak boleh ke hantarkan kepada aku satu pelet dulu? Arrange la shipment untuk stok setahun aku. Susah nak travel jauh-jauh semata-mata nak beli garam KNZ. Taknak juga menyusahkan rakan-rakan ternak yang lain.

Apa-apa pun, aku seronok tengok kambing makan garam KNZ, aku kata makan sbb kambing aku memang nganga luas-luas dan cuba gigit bongkah garam KNZ. Tak main dah jilat-jilat ni, sedap sangat barangkali.

Salam hormat!!

Saturday 5 September 2015

Biri-Biri Pertama

Jadi selain dari kuda, anjing, lembu, ayam dan angsa yang ada di ladang Rantau Panjang aku telah menghadiahkan 10 ekor biri-biri kepada anak sulung aku. Itu janji aku sebab biri-biri jantan kepunyaan anak aku yang dulu aku dah jual atas persetujuan dia. Kena gantikan dan belilah 10 ekor biri-biri baru untuk dia. 9 ekor betina dan seekor jantan.

Setakat ni tak banyak kerenah sangat. Aku pun tak deworm lagi biri-biri ni. Tak buat apa langsung. Hanya lepaskan 10 ekor tu dalam kawasan ladang, sediakan tempat teduh dan air. Garam jilat juga. Dah masuk bulan kedua. Dah lahirkan seekor anak betina. Ada seekor lagi yang bunting sarat dan mungkin melahirkan anak bila-bila masa sahaja.

Amat mengagumkan juga biri-biri ni. Pemakanan senang. Penjagaan pun senang. Baka pula kata penjual ianya kacukan kampung. Ada darah dorper. Apa sajalah. Aku tak kisah sangat. Asalkan lunas janji aku pada anak aku dan sambil tu aku boleh buat pemerhatian dan pembelajaran dari biri-biri ni.

Yang pertama bezanya ialah pemakanannya berbanding kambing. Biri-biri makan rumput, memang banyak makan rumput. Takde nak main-main, fokus betul bila makan.

Yang kedua, bezanya ialah biri-biri tetap berada dalam kawanan. Jarang nak berpecah dari kumpulannya. Tak tahu lah,mungkin sebab bilangan sedikit iaitu 1p ekor. Kalau dah banyak ekor kot lain jadinya.

Ketiga, tahan lasak. Aku perasan biri-biri lagi tahan lasak dari kambing. Tengah-tengah panas pun tak kisah. Makan tetap makan.

Takde niat untuk aku ternak biri-biri secara besaran pun. Macam aku kata tadi, lebih kepada pembelajaran dan beri pengalaman kepada anak aku untuk mempunyai binatang peliharaan dan tanggungjawab sebagai empunya ternakan. Selain tu boleh pelbagaikan sumber protein keluarga kecil aku. Selain makan daging lembu, kambing, ayam lepas ni boleh rasa daging biri-biri peliharaan sendiri pula.





Oh ya, biri-biri ni juga sukakan garam bukit. Anak biri-biri pula cepat betul tumbesarannya berbanding anak kambing.

Frankie dan Paypay pun excited gila dapat biri-biri. Lama dah tak bekerja sebab semua kambing ada kat Kuala Krai sekarang. Jadi memang suka sangat diorang kejar biri-biri keliling ladang.

Nanti di masa akan datang aku akan update secara berkala tentang biri-biri ni. Setakat ni amat berpuas hati sebab langsung tak ada penyakit macam kambing. Selsema pun tak ada. Memang low maintenance. I like!! Masa kelahiran pun aku tak ada. Bila datang ke ladang, tahu-tahu dah ada anak betina sekor. Siap melompat dan berlari dah. Ok ketemu lain kali pulak

Salam hormat!!

Tuesday 1 September 2015

Update Pasal Garam Jilat

Sebelum ni banyak jenis garam jilat yang aku beri kepada ternakan aku. Bermula dari mineral blok NAM Trading, ke garam bukit, ke garam blok made in Thailand, ke garam local dan last-last aku hanya settle dengan garam KNZ buatan the Netherlands atas saranan bro Alwi Goat Farm. Oh ya aku juga gunakan garam bukit sebagai free hoice dan alternative kepada garam KNZ.

Garam KNZ aku perolehi dari kedai VetVision di Bercham. Pertama kali, aku kena berterima kasih kepada saudara Syed Kodiang yang tolong beli dan hantar kat aku, kedua kali aku drive sendiri ke Bercham semasa ultimate roadtrip tempoh hari, ketiga kalinya aku kena berterima kasih kepada saudara MFB kerana belikan dan hantar kepada aku stok garam ternakan aku, lepas ni taktau dah nak minta tolong siapa dah?




Antara kelebihan garam KNZ, yup kandungan iron yang tinggi, zero copper (penting kerana sekarang kawasan ragutan bawah sawit,daun sawit punyai unsur surih copper yang tinggi), kalau dulu di Rantau Panjang tak ada sawit, jadi kawanan aku perlukan unsur surih copper.

Kelebihan lain adalah ketahanannya, sangat tahan lasak, walau di tanduk, dihantuk, digesel, di henyak, disepak oleh kambing aku tak pecah hingga lah saat akhir. Berbanding garam Thailand dan NAM Trading, cepat benar pecah dan retaknya. Rapuh! Belum sempat habis lagi dah pecah dua dan jatuh ke lantai. Susah dah nak gantung balik. Garam KNZ juga tahan air, tak mudah pecah bila tahan air.

Kelebihan ketiga adalah palatability nya. Kambing aku, dari semua peringkat umur memang sukakan garam KNZ. Dari anak yang umur sebulan dua hingga lah induk tua bangka kubur kata mari, kandang kata pergi. Aku sendiri pernah test kat lidah, hmmm, tak semasin garam bukit, patut la syok dok jilat-jilat garam KNZ ni.

Harap Vet Vision dapat bawa masuk variety yang lain produk KNZ ni selain dari yg Universal Lick ni. Setahu aku KNZ ada produce untuk Fertility, Dairy dan Growth. Kalau Vet vision dapat bawa masuk semua variety ni aku pasti ia akan jadi hotcakes, senang ehh nak jual. Juga lantik laa sales rep kat Kelantan ni, naya weih nak sourcing garam dari Bercham. Aku jadi ejen pun ok. Hehehe

Salam hormat!!

Tuesday 25 August 2015

Kiddding Season Bermula Lagi

Yup, di kandang aku kidding season bermula lagi. Boleh katakan setiap hari ada kelahiran sehinga 2 atau 3 induk sehari melahirkan anak. Kali ini banyak induk yang telah recover dari anemia jadi kualiti anak dan induk amat memuaskan. Penghasilan susu lebih dari mencukupi untuk kembar 2 ke atas walaupun tanpa penggunaan konsentrat atau dedak. Anak pula sihat-sihat semuanya. Alhamdulillah. Belum ada yang lahir tak cukup umur.

Sempena kidding season ni mari kota recap balik SOP kelahiran anak kambing di kandang aku. SOP merangkumi penjagaan induk dan anak untuk 7 hari pertama bagi memastikan anak dan induk sihat dan terus hidup melepasi tempoh kritikal.

Stok ubatan yang sentiasa ada dalam simpanan bagi menghadapi kidding season adalah seperti berikut:

1. Iodine
2. Oxytocin
3. Antibiotik
4. Mamimune
5. Molasses

Kegunaan adalah seperti berikut;

Iodine digunakan untuk mencuci tali pusat anak kambing atau lebih tepat istilahnya adalah untuk cauterize.

Oxytocin diberikan secara suntikan IM kepada induk selepas kelahiran bagi membantu proses pengeluaran uri dan susu. Juga digunakan sebelum kelahiran untuk membuka saluran peranakan bagi membantu induk melahirkan anak dengan lebih mudah terutamanya induk dara.

Antiobiotik disuntik apabila ada intervention dari manusia seperti bila keadaan memerlukan kami menyeluk dan menarik keluar anak dari rahim induk. Antibiotik digunakan untuk mengelakkan sebarang jangkitan atau infection yang boleh disebabkan proses seluk dan tarik tadi.

Mamimune, ini yang terbaru aku sertakan di dalam SOP kelahiran, ianya diberikan kepada anak kambing yang baru lahir 2 kali sehari pagi dan petang untuk 3 hari pertama kelahiran. Perlu diingat ianya bukan gantian kepada colostrum. Hanya high protein/energy supplemen untuk membantu anak kambing menjadi lebih cergas.

Molasses, walaupun amat jarang digunakan, kami perlu juga meyimpannya. Ianya diperlukan bila induk yang dapam proses kelahiran mengalami keletihan, biasanya kami akan bancuh molasses dengan air dan memberi minum secara drenching bagi memberi tenaga kepada induk secara instant untuk membolehkannya menghadapi proses kelahiran.

Itulah sedikit sebanyak SOP yang diamalkan di kandang kami. Sekarang mari kita layan beberapa gambar kelahiran terbaru di kandang House of Goats








Salam hormat!!

Friday 21 August 2015

Aku Pernah Fail Dalam Quest Aku Sendiri

Dalam entry aku yang lama dahulu, aku ada menyatakan bahawa aku ingin membuktikan kambing aku boleh survive dengan majoriti foraj berumput. Aku gagal. Failed miserably. Ini pengajaran yang aku alami sendiri.

Beberapa hari lepas, ada rakan penternak yang whatsapp aku bertanyakan kambing nya yang sebelum ini lepas bebas meragut dan selepas baru beberapa hari di kurung untuk tujuan fidlot ternakannya mengalami penurunan berat badan yang mendadak. Kambing berselera untuk makan, tidak ada sakit. Hanya penukaran bahan makanan sahaja. Makanan utama ketika fidlot adalah rumput Napier dicampur juga dengan dedak. Hal ini sekali lagi membuktikan bahawa rumput memang tidak sesuai untuk pemakanan kambing. Bukan lah tak boleh beri makan langsung, tapi tak boleh bergantung terus kepada rumput sebagai foraj, source of dry matter, source of protein mahupun source of fiber.

Aku pernah menceritakan dahulu, perbezaan rumput dan dedaun. Dari segi uratnya, daun mempunyai urat yang tidak selari. Senang untuk dihadamkan oleh rumen kambing. Manakala rumput adalah sebaliknya dengan urat yang selari. Perbezaan ini yang memberi kesan kepada kadar digestibility dan serapan nutrients dari makanan ke dalam keseluruhan sistem seekor kambing. Ianya juga berkait rapat dengan ukuran panjang tali perut kambing berbanding biri-biri yang diciptakan Allah untuk lebih perform dengan diet rumput sahaja.

Namun begitu, kambing aku makan juga rumput, boleh aku katakan sehingga 30% diet mereka adalah berasaskan rumput, semua jenis rumput. Sebabnya kambing aku akan pergi ke grass patch di hulu sungai setiap hari dan habiskan masa kira-kira 1 ke 2 jam meragut rumput setelah browsing dedaun selama 2 ke 4 jam sebelum itu.

Jadi kepada mana-mana penternak kambing yang ingin menggemukkan kambing, adalah lebih baik tekankan kepada dedaun instead of rumput Napier yang pelbagai spesis tu. India, Taiwan, Pakchong, Pandan dan lain-lain. Semua ini sia-sia belaka kerana faktor digestibility rumput yang jauh lebih rendah berbanding pemakanan berasaskan dedaun.

Rakan ternak Mohd Faisal Basri (MFB) pun rasanya akan bersetuju dengan pandangan dan pemerhatian aku ini. Untuk dapatkan body score yang mantap, aku nasihatkan guna rumput pada kadar bawah 30%.

Jadi apa alternatif yang kita ada? Kena cari jalan juga. Kalau operasi fidlot memang kena pelbagaikan usaha. Selain dedak prestasi tinggi, campurkan juga rumput (aku tak kata tak boleh), dedaun, legumes dan bijirin. Fidlot sememangnya kerja runit dan cerewet. Tambah lagi untuk fidlot kambing. Kaedah paling senang untuk operasi aku sekarang adalah lepas meragut. Dengan cara ini, kambing sendiri yang akan cari makan, kambing sendiri yang akan cari mineral penting untuk dirinya.






Aku belum mahu bercakap pasal silage dan yang sewaktu dengannya. Mungkin di lain entry. Cuma sebagai muqaddimah, aku rasakan silage juga adalah suatu kerja yang cerewet dan melibatkan kos yang tinggi. Start up untuk penghasilan silage juga memerlukan belanja yang besar seperti tong biru, plastik, EM, tenaga buruh, masa dan macam-macam hal lagi.

Model, contoh dan rujukan aku adalah kambing jalanan seperti yang aku katakan sebelum ini. Kambing jalanan mampu jadi gemuk, berkilat, beranak-pinak tanpa intervention manusia. Jadi aku sekarang kalau boleh nak kurangkan juga intervention seperti itu terutama sekali dalam bab pemakanan. Aku hanya terlibat dalam proses seperti kelahiran, pengurusan pembiakan, perubatan, penyusuan anak dan lain-lain perkara yang memerlukan pemerhatian dari manusia.

Semoga dipermudahkan segala urusan ini. Jadi ingatlah, digestibility adalah kata kunci. Jika rumput napier gred terbaik dengan suggested CP value sehingga 50% sekalipun tidak akan memberi manfaat besar kepada ternakan jika ianya tidak dapat diserap dengan sepenuhnya oleh tubuh ternakan. Ibarat mencurah air ke atas pasir, ke daun keladi.

Salam hormat!!

Friday 7 August 2015

Supplemen Meboliv

Seperti yang aku bagi tahu sebelum ini, ternakan aku banyak di diagnos dengan symptom anemia. Sebab utama adalah kecacingan dan juga jangkitan kuman darah. Rawatan yang sewajarnya pula adalah dengan deworm dan suntikan oxytetracycline.

Pun begitu, keadaan anaemia di kandang aku masih terkawal tetapi ternakan masih belum menunjukkan prestasi yang bagus dari segi kenaikan berat badan.

Induk yang dirawat menggunakan Meboliv; selera makan meningkat, bulu terurus dan berkilat, body score improved.


Seorang sahabat, Hariz dari Lembah Kaprima mencadangkan kepada aku untuk menggunakan supplemen Meboliv dari KM Vet. Melalui pembacaan aku, Meboliv adalah Ayurvedic preparation yang dihasilkan dari gabungan 3 jenis herba asli. Aku hanya dapat translate 2 dari 3 benda tu dan kedua-duanya dibuat dari pokok Hempedu Bumi dan Dukung Anak. Dua tumbuhan ini sangat terkenal dalam bidang perubatan tradisional di kalangan masyarakat Melayu.

Fungsi kedua-dua bahan ini adalah untuk memastikan liver function, renal function dan metabolisma ternakan berada pada tahap optimum disamping membuang sebarang toksik yang ada pada hati ternakan. Ianya juga boleh mengurangkan lemak yang ada pada hati dan menjamin kesihatan hati yang baik.

Ternakan yang selalu diberi ubat cacing dan suntikan seperti antibiotik, sebarang painkiller dan pelbagai ubat kimia/sintetik , meragut rumput/daun yang diracun akan metabolise ubat tersebut dan saki-bakinya akan tertinggal pada hati. Untuk jangka panjang bahan berbahaya akan membuatkan bacaan liver function menurun dan turut menjejaakan renal function. Disebabkan ini, kadang-kadang ternakan akan mengalami terjadi symptom bengkak hempedu, selera makan yang kurang, bulu yang tidak terurus, dan kesihatan overall yang teruk.

Persiapan Ayurvedic ini akan membantu sistem tubuh ternakan untuk menyingkirkan bahan berbahaya dan mengembalikan kesihatan ternakan secara total.

Ini adalah dari pengalaman aku sendiri. Dalam masa satu bulan sahaja, kambing yang dilepas meragut menunjukkan kenaikan berat badan yang memberangsangkan, bulu yang cantik berkilat dan selera yang bertambah. Malahan induk tua yang sangat daif body score nya pun kembali mantap, bulu tumbuh semula dan berkilat.

Lagi contoh induk yang telah pulih sepenuhnya dari anaemia dan dirawat dengan Meboliv


Dukung Anak mempunyai properties sebagai anti viral dan juga bertujuan menggalakkan pertumbuhan bulu dan memberi kilatan.

Manakala Hempedu bumi mempunyai kelebihan untuk detox hati dari unsur berbahaya dan meningkatkan liver function. Ianya juga akan mengurangkan lapisan lemak yang meliputi hati. Aku sendiri pun rasa nak cuba perubatan Ayurvedic ni.

Sukatan yang diberikan adalah 3 gram ke 7 gram seekor sehari sekali selama 10 hari. Tetapi aku hanya rawat ternakan yang bermasalah selama 7 hari dengan result yang amat memuaskan. Cara aku beri ubat tadi kepada ternakan adalah dengan melarutkan dos yang di recommend di dalam air sebanyak 10ml dan memberi minum menggunakan syringe. Sepatutnya ia dicampurkan di dalam makanan dedak, tetapi aku tak ada dedak nak campur dan berikan kepada kambing aku.

Jadi itu lah yang aku ingin kongsikan, kalau tuan ada buat suntikan dan rawatan cacing kepada kambing tuan, atau kambing tuan dilepas meragut di kawasan yang selalu diracun, tak rugi rasanya untuk cuba suplemen ini. Ianya tiada kesan sampingan dan hasil yang aku dapat sangatlah memuaskan.

Salam hormat!!

Sunday 2 August 2015

Apa Khabar??

ASSALAMUALAIKUM WBT!!!

Lama sungguh tak update blog ni. Saje, took a break. Cari semangat baru untuk menulis. Dan sekarang ada la semangat sikit-sikit. Hehe.

Banyak perubahan berlaku ni, nak cakap satu persatu pun boleh lupa. Takpe aku try cover.

Sambungan kisah dulu, operasi aku dah beralih ke Kuala Krai sepenuhnya. Sebuah kandang aku buka dan pindah ke sana. Kambing semua dah pindah ke Kuala Krai juga. Performance pun nampak semakin maju. Semuanya syukur kepada Yang Esa.

Kidding rate untuk tahun ini ada penurunan dari tahun lepas. Average kidding rate 1.6. Aku attribute penurunan prestasi ini kepada masalah anaemic dan bilangam induk dara yang beranak satu yang ramai. Juga atas sebab kehilangan induk berprestasi tinggi akibat kejadian banjir hujung tahun lalu. Pujian juga kepada Yang Esa masalah anaemic dah selesai. Cuma perlu maintain prestasi sahaja.

Populasi semasa adalah 180 ekor induk dan yang selebihnya adalah pejantan dan anak. Buat masa sekarang 95% induk sedang bunting dan nak beranak dah. So, sebulan dua ni akan jadi hectic tak ingat punya. Aku ada plan nak tambah induk sehingga 250 ekor seperti aku sebut dalam post sebelum ni. Tapi kena fikir juga hal nak besar kan kandang. Total square footage sekarang adalah 2,300. Ikut recommendation, keluasan ini hanya cukup untuk 230 ekor kambing. Aku perlukan sebuah lagi kandang dengan keluasan sekurang-kurangnya 1500 kaki persegi. Banyak juga nak habis tu.

Perkara kedua, aku sekarang dah ada akaun Facebook, nama akaun Imran Houseofgoats. Boleh la send friend request ya!

Downside kepada perpindahan operasi ialah aku kurang masa bersama kambing, takde dah nak gembala sangat. Setakat sekali seminggu sahaja. Exercise dah kurang, berat badan pun dah bertambah ni. Semua consultation dilakukan melalui telefon bimbit. Nasib baik juga staff aku dah mahir dengan ubatan dan cara rawatan bagi ternakan yang bermasalah. Berbaloi train siang malam. Jadi, sekarang dah lebih banyak masa terluang. Kena cari aktiviti yang berfaedah lah.

Jom layan gambar terkini operasi aku dulu. Post seterusnya aku nak bincang pasal supplement dan latest costing bagi operasi aku.

By the way, aku dah tukar nombor telefon, mahal la plan yang dulu dan aku tak pakai bangat sangat data. So ini nombor baru aku, 019 267 2599. Sayang tak boleh migrate nombor tu sekali. Untuk tempahan kambing, atau saja nak borak-borak boleh lah call, whatsapp, sms.












Wednesday 13 May 2015

And Another Bubble Is About To Pop..

Sebelum itu, hari ni aku dah set up satu account facebook rasmi untuk diri aku. Saat menulis ayat ni baru aku sedar yang aku sekarang berada di bawah direct surveillance of the guys at FBI. Truest sh#t, I kid you not.

Aku tak tahu sangat nak berinteraksi macam mana, mungkin control macho terlebih kot. Hahaha. Tak kisah la, janji aku dah masuk ke dalam mainstream dan bersedia untuk merelakan diri aku ditaksirkan oleh berbaris kod algorithm yang seterusnya akan membuat suggestion berkenaan item kegemaran aku yang paling hampir dengan taksiran aplikasi atau algorithm tadi. Mark Zuckerberg punya pukulan.

Ada pun selepas memikirkan perkara di atas yang boleh dikategorikan sebagai overly paranoid, lebih berfaedah jika kita membincangkan tentang sumber makanan kita waktu kini. Semasa berada di Kuala Lumpur tempoh hari, Aku sempat singgah di Lazuli, top up electrolyte dan antistress untuk kawanan kambing aku. Selepas dah place order dengan Kak Ijan, aku mengetuk pintu bilik big boss Dr. Rosli. Dia menjemput aku duduk di meja boss nya. Biasalah, dimulakan dengan salam dan bertanya khabar, bertanya tentang perkembangan business, senario semasa industri baik lembu atau kambing.

Aku bertanya juga kepada Mr. Shifu, betul ke 2017 ni nanti dah nak stop live export lembu dari Australia. Dr. Rosli bagitau aku takde la pulak dia dengar dari connection dia dari negara benua tu. Dia menambah lagipun, Malaysia ni kan master importer of buffalo meat, apa susahnya kalau kita dah tak boleh bawa masuk live animals. Bawa masuk daging frozen dengan jumlah yang lagi besar. There will aways be a replacement for live export.

Kami juga bersetuju bahawa aktiviti penternakan secara feedlot tidak mendatangkan keuntungan pada masa kini dengan beberapa alasan. Yang utamanya ialah feed cost. Always have been the main woe among farmers. Kedua, baka. Yup, aku bertambah respect terhadap sifu ni, dia pun setuju bahawa baka yang paling terbaik untuk di pelihara di Malaysia dengan cuaca Malaysia adalah baka lembu Kedah-Kelantam. KK la. Tak banyak penyakit, prolific breeders, good temperament, low maintenance, dan yang paling penting senang nak jual. Buktinya, dia sendiri mempunyak 1,500 ekor induk KK kini di ladangnya di Kluang. Dia juga beritahu kalau boleh dia nak semua lembunya warna perang coklat kerana yang jenis itulah paking senang dijual. Dia kini pakai bulls KK dan hanya baru-baru ini membenarkan MARDI membuat AI ke atas beberapa induknya dengan memasukkan benih Red Brahman. Ini adalah sekadar eksperimen yang dijalankan katanya. Penggunaam baka kompoist bergantung kepada hasil tuaian dari kumpulan yang dilakukan AI. Padahal sebelum ini dia lah pengusaha feedlot terbesar di Malaysia. Sebelum wujudnya NFC, sebelum wujudnya feedlot commercial di Malaysia. Dia adalah orang pertama.



Aku amat faham nada dan tona sinis yang dilemparkan oleh Dr. Rosli berkenaan keupayaan Malaysia mengimport daging kerbau India tu. If I should say one thing, it would be; serve you right ministry people. Terlalu hebat dasar pandang kepada genetik luar. Terlalu mengagungkan baka-baka luar sehingga menyebabkan permasalahan di dalam industry kita. Baka luar ni tak perform pun di negara kita. Personally,I think it's too late for us Malaysians to bounce back on this SSL on beef issue. Selagi mana ada import frozen, selagi itulah farmers tidak akan mendapat insentif dari usahanya yang memelihara binatang kerana pada hari jualan nanti dia terpaksa bersaing dengan lambakan inferior Buffalo meat. Sedangkan yang dijual oleh penternak tadi adalah locally produced beef. Jauh lebih superior dari segi rasa, tekstur, kesegaran dan kualiti.

So macam mana dengan kambing? Dr. Rosli berpendapat penternakan kambing adalah everlasting farming activity. Tak akan ada penghujungnya, cuma ups and down, rolling of waves in demand.

Kami juga bersetuju bahawa selagi mana kerajaan/JPV memandang tinggi genetik dari luar, selagi itulah bilangan populasi ternakan tak akan bertambah. Stagnant. Brahman Australia misalnya,maintenance tinggi, saiz besar, bila nak jual harga dah jadi tak masuk akal. Ini memang membebankan penternak.

Sekarang Dr. Rosli telah hilang kebergantungan terhadap pengaruh luar. 1,500 ekor induk di gembeling dengan teknik pembiakan secara natural dan juga AI, dia berjaya menghasilkan lebih 500 ekor stok lembu korban yang CUKUP SYARAT untuk setiap tahun. Total freedom. Total independent. Maximum return. Kenapa maximum return? Kerana lembunya dibela secara grazing dan hanya diberi napier ketika perlu sahaja. Tiada sebarang dedak atau konsentrat. Hanya perlukan 2 orang pekerja. Kalau dahulu ini bagaikan utopian dream sekarang ianya benar2 jadi kenyataan. Dr. Rosli telah membuktikannya.

Di akhir perbualan, Dr. Rosli juga ada menyatakan hasratnya untuk memulakan operasi dairy goats. Wahh..dia pun dilanda demam susu kambing Malaya. Tapi aku bertambah repect lagi bila dia kata nak source kambing Saanen untuk operasinya hanya dari dalam negara. Ya, dia telah bertukar dari seorang importer tegar kepada seorang nationalist. Plan dia adalah untuk membeli kambing dari Sabah atau Sarawak. Memang mahal. Terutamanya kerana kos pengangkutan. Lebih mahal jika dibandingkan dengan direct import from Aussie. Tapi tidaklah mahal bila memikirkan sumber genetik yang telah di kondisikan untuk disesuaikan dengan cuaca kita. Yeah, good on you Dr. Rosli. Pendokong dasar pandang ke negara sendiri instead of pandang ke negara lain.

Jadi kita sebagai penternak kecilan, masih kah lagi mahu gunapakai baka-baka import seperti boer, feral etc. bila seorang pakar ternak seperti Dr. Rosli pun mula menggunapakai genetik tempatan. Tepuk dada tanya kaunter pertanyaan. Aku rasa ini adalah salah satu permata yang kita semua patut cari. Baka tempatan kita sendiri.

Tuesday 12 May 2015

Pusing 5, 6 negeri

Road trip selama 6 hari, seorang diri, melalui 6 negeri dan tak tahu berapa banyak bilangan partikel karbon dioksida yang dibebaskan, telah pun berakhir. Alhamdulillah semuanya selamat. Perjalanan pergi dan balik, makanan yang dihidangkan pun selamat dimakan.

Tujuan utama adalah untuk berjumpa dengan rakan-rakan pembiak dan tenusu yang berada dalam group whatsapp. Bertemu muka untuk membincangkan hala tuju seterusnya pergerakan kerdil lagi tak sempurna kumpulan kami ni.

Aku bertolak dari rumah pada petang Rabu minggu lepas, bermalam di ladang Kuala Krai semalaman sebelum menyambung perjalanan ke Kuala Lumpur untuk bertemu anak dan isteri. Sempat buat treatment, buat observation dan mengembala barang seketul dua di ladang sana. Sekarang cuaca agak sejuk di Kuala Krai, tapi kambing masih perform macam biasa, tiada yang selsema, demam dan sebagainya. Segala pujian bagi Allah swt.

Suasana pagi sebelum turun mengembala. Semua dah ready.


Sesampai di Kuala Lumpur, aku habiskan masa bersama anak dan isteri, tak pegi mana pun, shopping pun tak, makan-makan je. Hiburkan hati barang seketul dua.

Isteri dan anak pulang ke Johor pada hari Sabtu sebelah malam. Aku pulak meneruskan perjalanan pada keesokan harinya ke Napoh, kilang Oblong. Sampai pun dah lewat. Jemaah semua dah makan, nasib baik tuan rumah ( Kak Ta dan Pak Usop) simpankan lauk. Hahaha. bawa kereta lama-lama lapar dia lain macam sikit. Lepas acara mencekik terus masuk bilik mesyuarat untuk membincangkan agenda utama. Takde pulak aku tengok yang mengantuk masa meeting tu. Semangat betul. Yang muka lapar adalah. Termasuk aku. Eh bukan dah makan ke tadi. Habis mesyuarat teruskan makan lagi. Gila makan betul. Kambing bakar, pulut mangga, serunding, nasi ulam, burger oblong (semestinya!) Macam-macam ado.


sebab terlalu serious berbincang,semua dah jadi lapar balik

gambar kenangan selepas mencekik

udang betina dan juga udang jantan

370,000km masa dekat RnR Sungai Perak

air mineral tidaklah mengenyangkan

surpruse dari anak-anak Kak Ta untuk ibu mereka

tabung uji...bukanlah ni botol sebelum masuk molding machine

bottling plant

RO filtration system

bottling plant dari angel berlainan

chef Aman al-Jordani bertungkus lumu menyiapkan order dari peminat tegar Oblong. Special satu ya ostad!!


Aku menaruh harapan besar atas perkara yang dibincangkan di dalam mesyuarat. Aku harap rakan-rakan semua akan dapat sama-sama membantu merealisasikan perencanaan yang telah dipersetujui oleh semua ahli mesyuarat. Semoga scene pembiakan akan lebih berkembang seiringan dengan pengenalan suatu platform baru yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Semoga ianya menjadi panduan untuk bakal penternak dan penternak yang sedia ada.

Malam tu pula sempat la melawat kolam udang Pak Usop. Menarik juga cabang bisnes ni. Aku suka hidupan akuatik ni tapi banyak benar nak kena belajar bab udang ni dan aku cukup setuju bila Pak Usop cakap pelihara udang ni adalah satu seni. Kena ada kesenian tersendiri, cara pengolahan yang betul supaya boleh maximize keuntungan. Menarik, amat menarik kerja ni. Bela kambing pun ada seni sebenarnya, tapi bela udang ni macam fine arts. Lagi halus seninya.

Esoknya aku meneruskan perjalan pulang melalui Kuala Kangsar dan Grik. Fuh. Lama dah tak bawa keta road trip macam ni. Total mileage traveled dalam 1400km.

Ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada Kak Ta and family(Oblong),Pak Usop(Oblong), Alwi(alwigoatfarm), Don Jenal(projekkambingmuda), Doc Zul(Ladang Kambing Kita), Aman(Al-Jordani), Abang Zul(Kambing Golek Perantau), Cik Isa(Keratong Agrofarm), Hafiz,(Fizgrow Goats Milk) ahli keluarga Oblong, abang stesen minyak, toll gate girl dan si tua Hilux hitam.

Salam hormat!!

Thursday 7 May 2015

Pak Dogol vs. Hang Tanduk

Pak Dogol atau Polled Dude adalah pejantan yang tidak mempunyai tanduk. Tu definisi kamus dewan versi aku la. Apa kelebihan mempunyai pejantan Pak Dogol ni? Bagi aku, dengan sistem semi intensif, dengan sistem breeding secara natural selection, susah nak memikirkan pros daripada cons nya. Mungkin ada satu kelebihannya iaitu; senang nak handle. Takde la pengembala takut nak approach pejantan tu. Selain tu aku tak nampak kelebihan pejantan dogol ni.

Pejantan dalam sistem semi intensif dan natural selection amat memerlukan tanduknya. Ibarat Hang Tuah memerlukan kerisnya, ibarat Hang Kebun memerlukan cangkulnya, ibarat Hang nak habaq apa sebenarnya??

Pejantan perlu kepada tanduk untuk mengait dedahan anak pokok untuk makan, untuk memberi makan kepada kekasih pilihan hatinya. Pejantan juga perlu kepada tanduk untuk bersaing dengan pejantan lain bagi merebut takhta untuk mengawan dengan betina dalam kawanannya. Pemerhatian aku, walaupun bersaiz besar, pejantan yang tidak bertanduk akan kalah kepada Hang Tanduk. Pernah terjadi pejantan aku yang tidak bertanduk kalah kepada pejantan yang bersaiz lebih kecil dan mengalami kecederaan akibat pergaduhan.



Mungkin kaedah ini tidak boleh diguna pakai bagi penternak yang mengamalkan sistem fully intensive dan juga controlled/selective breeding. Kambing yang berada di dalam sistem fully intensive tak perlukan kepada tanduk untuk mengait dedahan pokok kerana makanan dihidang oleh tuannya. Bila tiba waktu mengawan pula, pejantan akan diasingkan bersama betina pilihan di dalam petak mengawan. Pejantan tidak perlu bersaing dengan yang lain untuk menenggek si betina.

Dan sememangnya ciri-ciri utama nenek moyak kambing adalah bertanduk. Kambing yang survivalnya begantung kepada pemakanan dari alam sekitar amat memerlukan tanduk ni.

Variasi di dalam genetik setelah beribu-ribu tahun membiak mewujudkan gen polled tadi. Ada juga perbuatan pemilik kambing yang dehorn kambing ketika kecil.

Sekali lagi aku tekankan, jika ingin mengembala kambing anda, carilah pejantan yang bertanduk.

Salam hormat!!