Thursday 29 January 2015

Diserang Anjing Liar!!

Kalau dikira, ini kejadian pertama kawanan kambing aku diserang oleh sekumpulan anjing liar.

Kejadian berlaku pada jam 12 tengahari. Lebih kurang sejam selepas mula meragut. Aku nampak 3 ekor individu jahat yang terlibat.

Serangan pertama berlaku dengan amat pantas. Aku mendengar ada kambing yang berteriak dan seluruh kumpulan lari berpecah kepada beberapa kumpulan kecil. Ada satu kumpulan kecil lebih kurang 7 ekor kambing dapat diasingkan oleh kumpulan anjing tadi, lari ke ke bahagian hutan yang lebih tebal.

Ketika ini Frankie dan PayPay sudah mula gelisah dan cuba mengesan kehadiran penyerang dengan deria bau mereka. Mereka mengejar menembusi hutan. Aku terpaksa keluar dan ikut guna jalan biasa.

Setiba di pintu pagar hadapan kawasan ladang, aku lihat PayPay melarikan diri dan berlindung di belakang pagar kandang. Tubuhnya yang kecil membolehkan ia menyusup masuk melalui jeriji pagar. Frankie yang agak besar tidak dapat buat macam tu. Anjing liar 3 ekor tu memang ganas. Frankie diasak sehingga tubuhnya rapat ke pagar. Saiz anjing liar tu pun 2 kali lebih besar dari Frankie. Tapi Frankie agak berani juga la untuk jejak dan lawan mereka. Cuma bila dihimpit 3 lawan 1, Frankie terpaksa mengalah.

Aku terus menjerkah kesemua mereka bila aku lihat Frankie diasak macam tu. Sambil jerit sambil menghayun tongkat aku. Ketiga-tiga budak jahat tu terkejut dan Frankie pun tahu aku datang nak menolong. Dia kembali menjadi berani. Dikejarnya ketiga-tiga anjing tu. PayPay pun turut sama. Di bahagian tepi pagar aku lihat seekor induk rebah terbaring di atas rusuk kanannya. Mendengus kesakitan. Ketika ini Frankie dan PayPay sedang berjaga dan seolah membuat benteng pertahanan jika budak jahat 3 ekor itu datang kembali. Aku segera mendapatkan kambing itu. Cuba membalikkan badannya dengan penuh perasaan gerun kalau-kalau badan sebelah kanannya luka teruk digigit anjing liar. Aku tak nampak kesan darah yang banyak. Hanya ada kesan luka tebukan taring tajam. Tapi kambing itu seolah rebah dan lemah. Mungkin trauma diserang anjing. Aku segera mengangkatnya dan ia dapat berdiri dengan baik. Cuba kembali bernafas dengan normal dan berjalan. Aku menuntunnya untuk kembali ke dalam kawasan kandang. Langkahnya lemah dan terketar-ketar.

Ketika ini Frankie dan PayPay masih lagi bertahan dan cuba menjejaki penjahat itu. Syukur kambing tu tak ada apa-apa. Cuma luka akibat taring pada bahagian peha, perut dan leher. Aku cucuk kambing tu dengan antibiotik kerana suhu badan nya naik mendadak. Demam. Aku juga risau jika ada jangkitan kuman atau apa-apa lah. Kesan luka kulit terkoyat dirawat seperti biasa. Sepatutnya dijahit. Tapi kesian pula. Mesti tambah sakit lagi. Luka yang paling besar berukuran lebih kurang 1 inci.

Apa-apa pun aku bersyukur ada Frankie dan PayPay yang berjaya selamatkan keadaan. Mereka masih muda. Umur tak sampai setahun lagi. Saiz badan masih sederhana tetapi semangat keberanian yang mereka ada sememangnya lebih besar dari ketiga-tiga anjing lahanat tu. Sekarang kalau lah aku ada 4 ke 5 ekor anjing gembala, mungkin akan rasa lebih bersedia nak hadapi serangan anjing ni. Mungkin juga baka baik yang bersaiz lebih besar sesuai di recruit sebagai bantuan??

Salam hormat!!

Saturday 24 January 2015

Kriteria Pemilihan Induk

Ini standard kriteria induk bagi aku sendiri la. Kita tak payah cakap pasal segala jenis penyakit sebab itu common sense. Semua orang pun nak elak ternakan yang berpenyakit. Aku nak cakap pasal kriterua tambahan selain dari yang standard JPV punya pemilihan.

1. Warna - aku lebih sukakan warna putih. Sebab utama senang nak spot bila mengembala di dalam semak tebal.

2. Telinga - tidak terlalu panjang dan tebal Lagi capang lagi aku suka. Biasanya yang capang ni darah katjang kuat. Secara tidak langsung induk adalah sangat resilient. Telinga nipis senang nak tag. Telinga panjang dan tebal susah nak tag dan senang tersangkut masa meragut.

3. Saiz - sederhana, tidak terlalu besar. Sekitar 25kg ke 40kg. Senang nak handle. Maintenance rendah. Kambing besar, dosage ubatan tinggi.

4. Size Ambing - kompak dan sederhana. Tidak terlalu lanjut ke bawah. Rapat ke bahagian badan bila tidak menghasilkan susu. Amat penting untuk mengelakkan kecederaan semasa meragut.

5. Bertanduk - amat penting untuk mengait dahan atau ranting pokok dan perlindungan dari anjing liar.

Sekian.

Salam hormat!!


Saturday 10 January 2015

Pasca Banjir

Ya..ya aku tahu. Bila bercakap pasal pasca banjir, sepatutnya diselitkan juga dengan gambar-gambar berlumuran lumpur, pegang paip air, waterjet, penyapu, penyodok, usung sampah dan sebagainya. Tapi tu kita reserve untuk golongan pemerintah, bangsawan dan ahli politik sahaja.

Salute kepada the unsung heroes iaitu para sukarelawan yang berusaha keras dengan hanya bermotivasikan semangat membantu sesama insan. Bukan untuk meraih sokongan atau untuk terus kekal relevan dalam senario pemerintahan negara. Ok cukup.

Sebenarnya aku nak cerita pasal kejadian banjir tempoh hari. Bila mana banyak tempat-tempat terputus hubungan, terputus bekalan air dan elektrik, terputus bekalan makanan. Sesetengah tempat boleh dianggap menjadi pulau. Kegiatan looting atau pecah masuk premis perniagaan atas dasar terdesak untuk mencari makanan berlaku secara berleluasa. Harga barangan naik mendadak. Petrol naik sehingga RM5 seliter. Jualan pula dalam botol. Diseludup dari negara jiran. Juga dibeli dari kawasan yang tidak terkena banjir. Bahan makanan pun naik harga gila-gila. Telur sehingga RM1 sebiji, ikan selayang RM14 sekilo, lilin RM8 sekotak. Manusia berebut makanan di pusat-pusat pemindahan banjir. Banyaklah kalau nak cerita. Tapi tak boleh silap cerita, nanti kena tangkap atas tuduhan menyebarkan khabar angin.

Cuma satu yang aku dapat teladan bila berlakunya bencana sebegini. Self sustainability. Ya. Self sustainability. Dalam pada kekecohan yang berlaku. Dalam pada punya wang, tapi tak boleh nak dibelanjakan; sebab barang kat kedai dah habis. Para pastoralists, masih lagi tidak diserang oleh panic attack. Sempat lagi berjalan mundar-mandir melihat keadaan genting dan berfikir secara kritis. Tenang. Dan yang paling penting...kenyang.

Dalam pada kekecohan disebabkan kekurangan makanan, pastoralists masih boleh menyediakan santapan enak kepada ahli keluarga, jiran-jiran dan mereka yang memerlukan.

Pekerja aku di Kuala Krai memberitahu orang kampung sebelah dah 2 hari tak makan ketika fenomena bah besar tempoh hari. Mereka meminta izin untuk menyembelih 2 ekor kambing yang terselamat dari arus deras untuk dijadikan santapan. Kalau ada gajah sekalipun aku akan minta pekerja aku sembelihkan. Kasihan. 2 hari tak makan. Minum air hujan bersama pisang hutan sahaja. Ketika itu ringgit sudah tiada nilai. Semuanya kembali back to basics. Sistem barter. Tukar daging kambing dengan barangan keperluan lain.

Aku juga sempat memberi makan kepada adik-beradik dan ahli keluarga yang lain ketika semua pasar, kedai runcit, pasar segar telah dinaiki air. Sup anak kambing yang lembut lagi empuk sememangnya lebih sedap dari makanan di pusat pemindahan. Maaf. Bukan niat nak mengecilkan keadaan mangsa di pusat pemindahan. Tapi sekadar nak bagi tahu manfaat yang diperoleh jika kita focus dalam bidang pengeluaran makanan. Jangan ada kebergantungan pada pihak lain.

Dan sesungguhnya kos makanan tadi adalah jauh lebih murah jika dibandingkan dengan kos makanan di pusat pemindahan. Kena buat pembelian, kos cukai, kos pengangkutan udara dan sebagainya.

Sekadar berkongsi pengalaman sewaktu bencana dan bagaimana seorang pastoralist boleh survive waktu bencana walaupun ketika duit dah tiada nilai.

Salam hormat!!

Tuesday 6 January 2015

The Devastation

2nd colony was hit hard by the recent flood. No words can explain my feelings. Sesungguhnya ujian ini datang dari Allaw swt dan Allah swt jua yang membantu kita keluar dari dugaan ini.

Maaf gambar tidak mengikut turutan.









Air mula memasuki rumah jam 2:30am






Sekitar jam 11 pagi sebatang kayu balak hanyut di bawa arus deras terus merempuh kandang 2nd colony



Antara korban banjir

Diselaputi lumpur tebal sehingga tak dapat dicamkan

Tersangkut pada dahan pokok. Ada mangsa yang tersangkut lagi tinggi dari yang ini


Kayu balak yang dibawa arus 




Kandang lembu bersebelahan kandang kambing ranap sama sekali

Tempat berteduh pekerja aku. Mereka terpaksa lari ke bukit dan berteduh di bawah tapak tangki air.





Pemandangan dari jauh kandang yang semakin ditenggelami air