Tuesday 25 August 2015

Kiddding Season Bermula Lagi

Yup, di kandang aku kidding season bermula lagi. Boleh katakan setiap hari ada kelahiran sehinga 2 atau 3 induk sehari melahirkan anak. Kali ini banyak induk yang telah recover dari anemia jadi kualiti anak dan induk amat memuaskan. Penghasilan susu lebih dari mencukupi untuk kembar 2 ke atas walaupun tanpa penggunaan konsentrat atau dedak. Anak pula sihat-sihat semuanya. Alhamdulillah. Belum ada yang lahir tak cukup umur.

Sempena kidding season ni mari kota recap balik SOP kelahiran anak kambing di kandang aku. SOP merangkumi penjagaan induk dan anak untuk 7 hari pertama bagi memastikan anak dan induk sihat dan terus hidup melepasi tempoh kritikal.

Stok ubatan yang sentiasa ada dalam simpanan bagi menghadapi kidding season adalah seperti berikut:

1. Iodine
2. Oxytocin
3. Antibiotik
4. Mamimune
5. Molasses

Kegunaan adalah seperti berikut;

Iodine digunakan untuk mencuci tali pusat anak kambing atau lebih tepat istilahnya adalah untuk cauterize.

Oxytocin diberikan secara suntikan IM kepada induk selepas kelahiran bagi membantu proses pengeluaran uri dan susu. Juga digunakan sebelum kelahiran untuk membuka saluran peranakan bagi membantu induk melahirkan anak dengan lebih mudah terutamanya induk dara.

Antiobiotik disuntik apabila ada intervention dari manusia seperti bila keadaan memerlukan kami menyeluk dan menarik keluar anak dari rahim induk. Antibiotik digunakan untuk mengelakkan sebarang jangkitan atau infection yang boleh disebabkan proses seluk dan tarik tadi.

Mamimune, ini yang terbaru aku sertakan di dalam SOP kelahiran, ianya diberikan kepada anak kambing yang baru lahir 2 kali sehari pagi dan petang untuk 3 hari pertama kelahiran. Perlu diingat ianya bukan gantian kepada colostrum. Hanya high protein/energy supplemen untuk membantu anak kambing menjadi lebih cergas.

Molasses, walaupun amat jarang digunakan, kami perlu juga meyimpannya. Ianya diperlukan bila induk yang dapam proses kelahiran mengalami keletihan, biasanya kami akan bancuh molasses dengan air dan memberi minum secara drenching bagi memberi tenaga kepada induk secara instant untuk membolehkannya menghadapi proses kelahiran.

Itulah sedikit sebanyak SOP yang diamalkan di kandang kami. Sekarang mari kita layan beberapa gambar kelahiran terbaru di kandang House of Goats








Salam hormat!!

Friday 21 August 2015

Aku Pernah Fail Dalam Quest Aku Sendiri

Dalam entry aku yang lama dahulu, aku ada menyatakan bahawa aku ingin membuktikan kambing aku boleh survive dengan majoriti foraj berumput. Aku gagal. Failed miserably. Ini pengajaran yang aku alami sendiri.

Beberapa hari lepas, ada rakan penternak yang whatsapp aku bertanyakan kambing nya yang sebelum ini lepas bebas meragut dan selepas baru beberapa hari di kurung untuk tujuan fidlot ternakannya mengalami penurunan berat badan yang mendadak. Kambing berselera untuk makan, tidak ada sakit. Hanya penukaran bahan makanan sahaja. Makanan utama ketika fidlot adalah rumput Napier dicampur juga dengan dedak. Hal ini sekali lagi membuktikan bahawa rumput memang tidak sesuai untuk pemakanan kambing. Bukan lah tak boleh beri makan langsung, tapi tak boleh bergantung terus kepada rumput sebagai foraj, source of dry matter, source of protein mahupun source of fiber.

Aku pernah menceritakan dahulu, perbezaan rumput dan dedaun. Dari segi uratnya, daun mempunyai urat yang tidak selari. Senang untuk dihadamkan oleh rumen kambing. Manakala rumput adalah sebaliknya dengan urat yang selari. Perbezaan ini yang memberi kesan kepada kadar digestibility dan serapan nutrients dari makanan ke dalam keseluruhan sistem seekor kambing. Ianya juga berkait rapat dengan ukuran panjang tali perut kambing berbanding biri-biri yang diciptakan Allah untuk lebih perform dengan diet rumput sahaja.

Namun begitu, kambing aku makan juga rumput, boleh aku katakan sehingga 30% diet mereka adalah berasaskan rumput, semua jenis rumput. Sebabnya kambing aku akan pergi ke grass patch di hulu sungai setiap hari dan habiskan masa kira-kira 1 ke 2 jam meragut rumput setelah browsing dedaun selama 2 ke 4 jam sebelum itu.

Jadi kepada mana-mana penternak kambing yang ingin menggemukkan kambing, adalah lebih baik tekankan kepada dedaun instead of rumput Napier yang pelbagai spesis tu. India, Taiwan, Pakchong, Pandan dan lain-lain. Semua ini sia-sia belaka kerana faktor digestibility rumput yang jauh lebih rendah berbanding pemakanan berasaskan dedaun.

Rakan ternak Mohd Faisal Basri (MFB) pun rasanya akan bersetuju dengan pandangan dan pemerhatian aku ini. Untuk dapatkan body score yang mantap, aku nasihatkan guna rumput pada kadar bawah 30%.

Jadi apa alternatif yang kita ada? Kena cari jalan juga. Kalau operasi fidlot memang kena pelbagaikan usaha. Selain dedak prestasi tinggi, campurkan juga rumput (aku tak kata tak boleh), dedaun, legumes dan bijirin. Fidlot sememangnya kerja runit dan cerewet. Tambah lagi untuk fidlot kambing. Kaedah paling senang untuk operasi aku sekarang adalah lepas meragut. Dengan cara ini, kambing sendiri yang akan cari makan, kambing sendiri yang akan cari mineral penting untuk dirinya.






Aku belum mahu bercakap pasal silage dan yang sewaktu dengannya. Mungkin di lain entry. Cuma sebagai muqaddimah, aku rasakan silage juga adalah suatu kerja yang cerewet dan melibatkan kos yang tinggi. Start up untuk penghasilan silage juga memerlukan belanja yang besar seperti tong biru, plastik, EM, tenaga buruh, masa dan macam-macam hal lagi.

Model, contoh dan rujukan aku adalah kambing jalanan seperti yang aku katakan sebelum ini. Kambing jalanan mampu jadi gemuk, berkilat, beranak-pinak tanpa intervention manusia. Jadi aku sekarang kalau boleh nak kurangkan juga intervention seperti itu terutama sekali dalam bab pemakanan. Aku hanya terlibat dalam proses seperti kelahiran, pengurusan pembiakan, perubatan, penyusuan anak dan lain-lain perkara yang memerlukan pemerhatian dari manusia.

Semoga dipermudahkan segala urusan ini. Jadi ingatlah, digestibility adalah kata kunci. Jika rumput napier gred terbaik dengan suggested CP value sehingga 50% sekalipun tidak akan memberi manfaat besar kepada ternakan jika ianya tidak dapat diserap dengan sepenuhnya oleh tubuh ternakan. Ibarat mencurah air ke atas pasir, ke daun keladi.

Salam hormat!!

Friday 7 August 2015

Supplemen Meboliv

Seperti yang aku bagi tahu sebelum ini, ternakan aku banyak di diagnos dengan symptom anemia. Sebab utama adalah kecacingan dan juga jangkitan kuman darah. Rawatan yang sewajarnya pula adalah dengan deworm dan suntikan oxytetracycline.

Pun begitu, keadaan anaemia di kandang aku masih terkawal tetapi ternakan masih belum menunjukkan prestasi yang bagus dari segi kenaikan berat badan.

Induk yang dirawat menggunakan Meboliv; selera makan meningkat, bulu terurus dan berkilat, body score improved.


Seorang sahabat, Hariz dari Lembah Kaprima mencadangkan kepada aku untuk menggunakan supplemen Meboliv dari KM Vet. Melalui pembacaan aku, Meboliv adalah Ayurvedic preparation yang dihasilkan dari gabungan 3 jenis herba asli. Aku hanya dapat translate 2 dari 3 benda tu dan kedua-duanya dibuat dari pokok Hempedu Bumi dan Dukung Anak. Dua tumbuhan ini sangat terkenal dalam bidang perubatan tradisional di kalangan masyarakat Melayu.

Fungsi kedua-dua bahan ini adalah untuk memastikan liver function, renal function dan metabolisma ternakan berada pada tahap optimum disamping membuang sebarang toksik yang ada pada hati ternakan. Ianya juga boleh mengurangkan lemak yang ada pada hati dan menjamin kesihatan hati yang baik.

Ternakan yang selalu diberi ubat cacing dan suntikan seperti antibiotik, sebarang painkiller dan pelbagai ubat kimia/sintetik , meragut rumput/daun yang diracun akan metabolise ubat tersebut dan saki-bakinya akan tertinggal pada hati. Untuk jangka panjang bahan berbahaya akan membuatkan bacaan liver function menurun dan turut menjejaakan renal function. Disebabkan ini, kadang-kadang ternakan akan mengalami terjadi symptom bengkak hempedu, selera makan yang kurang, bulu yang tidak terurus, dan kesihatan overall yang teruk.

Persiapan Ayurvedic ini akan membantu sistem tubuh ternakan untuk menyingkirkan bahan berbahaya dan mengembalikan kesihatan ternakan secara total.

Ini adalah dari pengalaman aku sendiri. Dalam masa satu bulan sahaja, kambing yang dilepas meragut menunjukkan kenaikan berat badan yang memberangsangkan, bulu yang cantik berkilat dan selera yang bertambah. Malahan induk tua yang sangat daif body score nya pun kembali mantap, bulu tumbuh semula dan berkilat.

Lagi contoh induk yang telah pulih sepenuhnya dari anaemia dan dirawat dengan Meboliv


Dukung Anak mempunyai properties sebagai anti viral dan juga bertujuan menggalakkan pertumbuhan bulu dan memberi kilatan.

Manakala Hempedu bumi mempunyai kelebihan untuk detox hati dari unsur berbahaya dan meningkatkan liver function. Ianya juga akan mengurangkan lapisan lemak yang meliputi hati. Aku sendiri pun rasa nak cuba perubatan Ayurvedic ni.

Sukatan yang diberikan adalah 3 gram ke 7 gram seekor sehari sekali selama 10 hari. Tetapi aku hanya rawat ternakan yang bermasalah selama 7 hari dengan result yang amat memuaskan. Cara aku beri ubat tadi kepada ternakan adalah dengan melarutkan dos yang di recommend di dalam air sebanyak 10ml dan memberi minum menggunakan syringe. Sepatutnya ia dicampurkan di dalam makanan dedak, tetapi aku tak ada dedak nak campur dan berikan kepada kambing aku.

Jadi itu lah yang aku ingin kongsikan, kalau tuan ada buat suntikan dan rawatan cacing kepada kambing tuan, atau kambing tuan dilepas meragut di kawasan yang selalu diracun, tak rugi rasanya untuk cuba suplemen ini. Ianya tiada kesan sampingan dan hasil yang aku dapat sangatlah memuaskan.

Salam hormat!!

Sunday 2 August 2015

Apa Khabar??

ASSALAMUALAIKUM WBT!!!

Lama sungguh tak update blog ni. Saje, took a break. Cari semangat baru untuk menulis. Dan sekarang ada la semangat sikit-sikit. Hehe.

Banyak perubahan berlaku ni, nak cakap satu persatu pun boleh lupa. Takpe aku try cover.

Sambungan kisah dulu, operasi aku dah beralih ke Kuala Krai sepenuhnya. Sebuah kandang aku buka dan pindah ke sana. Kambing semua dah pindah ke Kuala Krai juga. Performance pun nampak semakin maju. Semuanya syukur kepada Yang Esa.

Kidding rate untuk tahun ini ada penurunan dari tahun lepas. Average kidding rate 1.6. Aku attribute penurunan prestasi ini kepada masalah anaemic dan bilangam induk dara yang beranak satu yang ramai. Juga atas sebab kehilangan induk berprestasi tinggi akibat kejadian banjir hujung tahun lalu. Pujian juga kepada Yang Esa masalah anaemic dah selesai. Cuma perlu maintain prestasi sahaja.

Populasi semasa adalah 180 ekor induk dan yang selebihnya adalah pejantan dan anak. Buat masa sekarang 95% induk sedang bunting dan nak beranak dah. So, sebulan dua ni akan jadi hectic tak ingat punya. Aku ada plan nak tambah induk sehingga 250 ekor seperti aku sebut dalam post sebelum ni. Tapi kena fikir juga hal nak besar kan kandang. Total square footage sekarang adalah 2,300. Ikut recommendation, keluasan ini hanya cukup untuk 230 ekor kambing. Aku perlukan sebuah lagi kandang dengan keluasan sekurang-kurangnya 1500 kaki persegi. Banyak juga nak habis tu.

Perkara kedua, aku sekarang dah ada akaun Facebook, nama akaun Imran Houseofgoats. Boleh la send friend request ya!

Downside kepada perpindahan operasi ialah aku kurang masa bersama kambing, takde dah nak gembala sangat. Setakat sekali seminggu sahaja. Exercise dah kurang, berat badan pun dah bertambah ni. Semua consultation dilakukan melalui telefon bimbit. Nasib baik juga staff aku dah mahir dengan ubatan dan cara rawatan bagi ternakan yang bermasalah. Berbaloi train siang malam. Jadi, sekarang dah lebih banyak masa terluang. Kena cari aktiviti yang berfaedah lah.

Jom layan gambar terkini operasi aku dulu. Post seterusnya aku nak bincang pasal supplement dan latest costing bagi operasi aku.

By the way, aku dah tukar nombor telefon, mahal la plan yang dulu dan aku tak pakai bangat sangat data. So ini nombor baru aku, 019 267 2599. Sayang tak boleh migrate nombor tu sekali. Untuk tempahan kambing, atau saja nak borak-borak boleh lah call, whatsapp, sms.