Harapnya tak ramai antara penternak yang mengalami masalah ulat berengga. Ulat berengga ini biasanya terjadi akibat dari secondary infection di tempat luka yang telah sedia ada. Luka yang dimaksudkan mungkin berpunca dari kecederaan fizikal, penyakit kurap, penyakit puru dan lain-lain.
Kambing aku ada yang mengalami kes puru yang sebenarnya tak berapa kronik, tapi disebabkan terlepas pandang, jangkitan ulat berengga terjadi pada kawasan luka akibat puru. Biasanya di kawasan mulut.
Pelbagai cara digunakan daripada, minyak tanah, diesel, spray anti maggot, garam+kunyit dan macam-macam lagi. Tapi bagi aku, cara paling berkesan ialah dengan menggunakan ivermectin. Bukan dengan cara suntikan, tapi dengan cara flush kawasan jangkitan ulat berengga dengan ivermectin. Tak banyak pun, biasa 5cc (paling banyak-luka besar) dah cukup untuk membunuh semua ulat dalam masa 1 minit sahaja. Aku tak study pasal tindak balas ivermectin dengan sistem kelangsungan hidup ulat berengga ni. Tetapi, kaedah ini sangat efektif. Malah lebih efektif berbanding semburan anti maggot.
Aku pernah gunakan cara rawatan ini ke atas kambing dewasa dan anak berusia 2 bulan. Tiada kesan sampingan yang dapat aku perhatikan. Proses penyembuhan sangat memuaskan. Tak perlu lagi guna tweezer untuk korek ulat dari tempat persembunyian. Oh ya, semasa aplikasi kali pertama, kambing tak merasa sakit sangat sebab berengga ni dah keluarkan sejenis enzyme yang bertindak sebagai natural anesthetic. Tapi bila tuan-tuan nak buat dressing pada hari berikutnya bersedialah dengan kambing yang akan terpekik terlolong kesakitan sebab dah tak ada natural anesthetic tadi.
Aku discover kegunaan lain ivermectin ini secara accidental, semasa di Myanmar, sewaktu mencari lembu untuk dibawa balik ke Malaysia. Ada beberapa ekor lembu yang diserang berengga, kami tiada diesel atau minyak tanah masa tu, middle of nowhere. Yang ada cuma vitamin B-comp, ivermectin, dan ubat basic yang lain. Jadi kami improvised dengan ivermectin(yang paling beracun yang kami ada) dan hasilnya sangat memuaskan.
Aku tak jamin jika kambing tuan-tuan tertelan ivermectin ni semasa buat rawatan. Aku sebolehnya elakkan kejadian ini. Tapi untuk rawatan emergency, dengan sumber yang sedikit dan keputusan cepat, aku syorkan kaedah ini. Biasanya aku akan flush dengan air atau hydrogen peroxide selepas selang seminit aku flush dengan ivermectin. Masa tu lah mayat-mayat ulat berengga ni jatuh bergelimpangan. Harus diberitahu bahawa single application sudah memadai untuk membunuh semua berengga termasuk telur yang masih belum menetas.
Oh ya satu lagi kegunaan ivermectin adalah untuk menuba ikan. Aku pernah try dalam baldi. Memang A++ resultnya. Tapi aku tak pasti boleh makan atau tak ikannya. Seeloknya jangan cuba lah. Buat naya binatang je. Ni aku kongsi apa yang aku tau je.
Lepas beranak selalu dapat maggots kat vagina dan ekor kerana darah yang melekat cepat dihurung lalat menyebabkan luka dan kudis. Spray memang kurang berkesan. Tk... nanti akan cuba..nak flush juga pada kurap!
ReplyDeleteDarah yang melekat pada bulu ekor dan sekitar kawasan bontot biasa jadi kat kambing cross yang ada extra bulu pada ekor dan belakang peha.yang saya amalkan biasanya gunting bulu ekor dan bulu belakang peha jadi pendek.bila dah pendek. Senang nak cuci kalau masih ada darah.dan darah pun kurang melekat kalau bulu dah pendek.mungkin ini cara penyelesaian yg praktikal?
Deleteteknik yg menarik. hehehe. petua lma ada mcm2, ubat gegat la, air tembakau la. mcm2 ada.
ReplyDeleteKalau kaki ada ulat berengga kerana kencing manis...apa yang perlu dibuat ya tuan? Tolong bantu ... terima kasih
ReplyDeletenak beli ubat ni dekat mana eh ?
ReplyDeletenk tnya,mnyak diesel tu cmpur dgn ubat gegat ke dan disapu pada luka yg berulat tu
ReplyDeleteKalau gusi kambing berulat blh lah kaedah ini digunakan? Dan di mana boleh saya dapatkan ivermactin?
ReplyDelete