Thursday 18 December 2014

Banjir!!

Banjir yang paling besar dalam sejarah pembukaan ladang ini. Kacau-bilau. Ternakan ada yang terkorban disebabkan cuaca sejuk, pneumonia, demam,kembung dan lain-lain.

Harap semua ahli kawanan dapat bertahan. Aku pun harap dapat bertahan. Sedih aku bila berhadapan dengan kematian ternakan. Nak-nak induk yang high performance. Semoga ada hikmah disebalik semua ini. Belum pun gejala anemia pulih sepenuhnya datang pula banjir. Ya Allah, ampuni lah dosa-dosaku dan kedua ibu bapaku.










Salam hormat!!

Saturday 13 December 2014

Lawatan ke Second Colony

Warning: tak ada gambar kambing Second Colony dalam post ini.

Hari ni aku hantar ration kepada associate aku dan buat lawatan di Ladang Kuala Krai. Sebab banyak sangat tempat yang singgah dalam perjalanan, aku sampai sana lebih kurang jam 3:00pm. Masa masuk ke dalam kawasan ladang, cuaca masih baik. Tak ada tanda hari nak hujan. Lumpur yang licin akibat hujan sebelum ni oun dah kering, kereta boleh mendaki tanpa perlu gear pacuan 4 roda.

Tiba di kawasan penempatan dan kandang kambing dah hampir 3:30pm. Kawanan kambing dah berkeliaran di depan kawasan kandang ready untuk naik berehat. Anak-anak kambing mengembekk cari mak masing-masing nak menetek.

Buka saja pintu kandang semua berbaris naik tangga masuk ke kandang. Semua dah tahu petak masing-masing. Ada 3 ekor yang cedera sebab diserang ulat. Seekor luka terkena zink dijangkiti ulat berengga. 2 ekor lagi luka dari serangan hama menjadi septik dan dijangkiti berengga. Rawatan awal sudah dilakukan. Hanya buat semburan tincture iodine untuk elakkan menjadi septik.

Belum pun sempat nak check kambing-kambing yang bunting,hujan dah turun dengan lebatnya. Kuat sangat sampai cakap pun kena pekik, laung.

Reda sikit hujan, aku minta Ali tukarkan minyak enjin kereta aku. Tumar oil filter juga. Save cost dah. Beli barang saja. Labor charges takde. Dia ni memang minat membaiki. Berkebolehan pandu jentera mcm backhoe, bulldozer dan tractor.

Selesai servis kereta dah jam 5:30pm. Aku kena pulang dah time tu. Kalau tak nanti isyak lah baru sampai rumah. Hujan lebat awal tadi memang dah menghantui aku. Confirm akan ada masalah nak naik bukit lepas ni. Nasib baik ada Ali dan Ikbar. Diorang hidupkan tractor dan aku ikut dari belakang.

Sampai je kat bukit yang licin tu memang aku tak boleh naik. Gear pacuan dah diletakkan pada 4L. Gunakan gear paling rendah. Memang tak lepas. Masalah utama ialah tayar yang tak sesuai dengan keadaan jalan menaiki bukit. Ikbar terus menyangkut wire rope pada bahagian depan kereta dan Ali mula menunda dengan menggunakan tractor.

Ali kat bawah kereta tengah tukar oil filter. Ikbar dengan aku tukang tengok.


Dalam usaha nak menunda kereta aku menaiki bukit.



Terus sahaja naik bukit. Kereta bergerak ke kiri dan ke kanan jalan. Last sekali masuk ke longkang semulajadi bekas laluan air. Terlekat pula sekali lagi kat situ. Tarik lagi dan berjaya keluar.

Bahaya betul. Memang mencemaskan bagi yang tak biasa bawak kereta turun naik bukit yang licin. Stereng tak berguna. Brek lagi membahayakan sebab kereta boleh spin. Tayar pulak takde traction langsung. Fuhh..memang mencabar!!

Akhirnya dapat keluar jugak. Lumpur yang melekat kat tayar dah setebal 3 ke 4 inci. Patut lah tak ada traction langsung. Naik je atas jalan raya, hujan lebat. Bagus, boleh cuci tayar berlumpur tadi.

Perjalanan lebih kurang sejam 15 minit. Barulah sampai ke rumah. Pengalaman menarik hari ni. Terima kasih kepada Ali dan Ikbar yang tolong aku dalam kesusahan tadi.

Salam hormat!!

Monday 8 December 2014

Baka: Pedaging dan Tenusu

Orang kita memang terpukau kalau tengok kambing baka hebat-hebat. Lagi tak masuk akal harganya, lagi terpersona orang yang mendengar dan menengok.

Kebiasaannya kambing baka (tujuan pedaging dan tenusu) ni banyak diimport dari luar negara. Berserta pedigree, certificates of authenticity etc.

Banyak negara pengeksport baka berkualiti ni dah terlibat dalam pembakaan ternakan sejak sekian lama. Berpuluh-puluh tahun, malah ada yang beratus-ratus tahun. Selective breeding generation by generation. Sehinggalah mereka memperoleh baka yang paling superior.

Pernahkah kita semua terfikir baka yang dibeli dari luar negara, yang dikatakan di dalam sijil yang mengiringi, adalah yang terbaik. The best money can buy. Betul ke?

I, for one, don't believe that the suppliers from foreign countries are selling their best animals to us. Kalau semen, benih, ya, aku percaya.

Pengalaman aku masa buat procurement lembu tenusu di Thailand; penternak lembu susu Thai sendiri kata orang Malaysia bodoh. Ingat dah banyak duit boleh beli kesemua benda dalam dunia ni. Penternak ni sambung lagi; usaha berdekad-dekad untuk menghasilkan kacukan lembu tenusu yang sesuai dengan cuaca tropikal dan penghasilan susu yang tinggi,takkan la nak jual mudah-mudah. Lembu sebegitu tidak ternilai. No money can buy. Jadi yang dijual hanyalah average milker dari parentage yang excellent milker. In other words, sub par products.

Jual semen juga lebih menguntungkan kerana ada faktor 'harapan' pada semen itu untuk menghasilkan ternakan yang superior sepertimana pemilik semen itu.

Aku anggap, dalam industri kambing pun sama sahaja. Baka kalahari, boer, jamna, saanen, toggenburg yang dikatakan terbaik bukanlah yang paling baik kalau dibeli dari negara luar. Kenapa nak lepaskan best kept secret kepada orang lain. Feral mungkin lah!. Hahaha.

Sijil keaslian hanyalah sekeping kertas. Boleh nak print apa-apa sekalipun atas tu. Jadi apa pilihan yang kita ada? Biak baka sendiri lah. Bagusnya kambing ni tak ambil masa yang lama untuk dibiakkan. Sebagai seorang pembiak, kalau ada unur panjang, sempat untuk lihat superiority baka kita sendiri. Kalau bela lembu mungkin penternak 2nd or 3rd generation baru dapat tengok baka yang baik muncul.

Ayuhlah rakan-rakan kita sama-sama biakkan baka kita sendiri.

Salam hormat!!

Friday 5 December 2014

Ubat Cucuk dan Ubat Makan

Bila waktu sesuai untuk bagi ubat makan dan cucuk kambing?

Praktis di ladang aku, untuk deworm orally, aku ikut panduan pada label ubat Beri ubat oral sebelum kambing makan. Lagi lapar lagi bagus. Keberkesanannya lagi tinggi. Kalau aku discover seseekor induk harus deworm dan masa tu dah petang, aku tangguhkan kepada esok hari untuk deworm kambing tu.

Untuk ubatan lain yang perlu dicucuk, biasanya aku buat suntikan waktu petang, selepas mereka pulang dari meragut. Ini kerana, nak bagi kesempatan kepada kambing yang kena cucuk tu berehat sepenuhnya sebelum keluar meragut kembali keesokan harinya. Kalau buat suntikan sebelum keluar meragut, kambing boleh jadi stress dan kurang nak makan. Tambahan pula kalau silap suntik, sakitnya teramat dan kambing lagilah susah nak berjalan jauh untuk meragut.

Pengecualian kepada SOP ini ialah kecemasan seperti suntikan hormone oxytocin ketika kambing melahirkan anak dan kes kecemasan lain.

Penggunaan ubat sapu juga biasanya aku buat sebelah pagi. Tiada sebab spesifik. Itu saja untuk kali ini.

Salam hormat!!

Monday 1 December 2014

1st Colony

Dalam kesibukan aku ke sana ke mari memang ada aku terabaikan sedikit perihal 1st Colony dan ini telah memberi impak buruk kepada prestasi pembiakan.

Pengembala 1st Colony, kepala otaknya tidak seligat Ali di 2nd Colony. Mamat tidak mahir membuat pemerhatian sebagaimana Ali. Kesimpulannya, aku perlu memberikan input yang lebih. Selain itu, antara permasalahan yang sedang aku hadapi.

Pertama: Aku belum menjumpai pejantan gantian untuk 1st Colony. Pejantan sedia ada tidak mempunyai saingan dan aku lihat mood untuk mengawan seakan samar-samar. Memilih kepada induk yang muda dan saiz lebih kurang dengannya.

Kedua: Kecacingan teruk. Banyak induk mengalami kecacingan dari musim panas lepas. Untuk mengatasinya aku terpaksa memberi ubat cacing dan ini menyebabkan kadar keguguran yang tinggi. Rugi masa. Memanjangkan interval. Kondisi induk tidak subur bila terlalu kurus dan anemik. Sekarang ini, mana-mana induk yang tua dan anemik, yang aku kira tidak lagi ekonomik untuk dirawat, aku cull sahaja. Jualan daging buat belanja perolehan induk lebih muda.

Jarak jauh antara ahli keluarga kecil aku juga buat aku tidak dapat fokus sepenuhnya. Isteri di Johor kerana tugasan. Anak-anak bersama aku. Anak pertama dah nak masuk 6 tahun. Perlu mengikuti pra sekolah yang lebih intensif. Anak kedua masih membesar, umur setahun. Antara nak menjaga anak, nak beri perhatian kepada ternakan, kadang-kadang aku lemas dalam kesibukan untuk mengimbangi semua perkara.

Isk..

Salam hormat!!

Tuesday 25 November 2014

Perlu Orang Tengah Atau Tidak??

Aku berbelah bahagi dalam bab ini. Orang tengah maksud aku broker. Aku ada kenal beberapa orang broker dan aku pernah jual kambing dan lembu aku kepada broker. Aku juga mengaku aku pernah menjadi broker. Istilah yang lebih manis untuk seorang broker ialah trader. Tapi aku lihat trader ada la juga usaha keras mereka, ke sana ke mari. Kalau broker ni biasanya urusan melalui handphone. Barang yang dijual pun tak tengok depan mata. Tapi ayat mesti mau power laa. Aku tak boleh jadi Broker Maut. Ayat aku tak power. What you see is what you get, policy pembelian akum no hanky panky.

Broker juga tak pakai modal. Business model, back to back. Trader ada juga turunkan modal. Jadi ada motivatiomln untuk kerja keras nak dapatkan balik modal beserta sedikit/banyam keuntungan.

Tapi bagi seorang penternak, untuk bergerak sendirian, adalah agak mustahil. Memang boleh dilakukan, tetapi kena fikir faktor efficiency dan ekonomik di sebalik segala usaha yang dilakukan. Mula dari menternak, membiak, memasar, sembelih, lapah dan lain-lain. Kalau nak buat semua tu,pasti akan ada yang keciciran.

Dan sebagaimana yang kita tahu, broker ni biasalah, harga beliannya adalah rendah atau sangat rendah. Tapi broker ni juga lah yang connect kita dengan end user produk kita. Broker ni juga yang mampu offer pelbagai add-on servis seperti sembelih, lapah cincang, gulai, bakar dsb.

Ada penternak yang mampu sediakan semua servis tu. Memang tak dinafikan. Tapi tak ramai. Dan percayalah, kita tak akan boleh jadi bagus dalam semua perkara. Kita boleh jadi average dalam semua perkara, tapi kita tak akan dapat jadi bagus dalam semua perkara. Bukan jadi pessimistic, tapi realistik. Meminjam maksud lagu R. Ashcroft, Human Condition.

Aku ambil contoh rakan sekolah aku yang ternak ayam kampung berskala kecil,1,00 ekor sekali pusingan. Beliau amat bergantung kepada broker di dalam memasarkan finished produk. Harga tolak dengan broker RM6.50 per ekor. Kalau beliau jual harga runcit, contohnya terus ke kedai makan, beliau akan mendapat harga RM8.00 bagi setiap ekor ayam. Masalahnya di sini, pengusaha kedai makan mahukan konsistensi dari segi supply. Kawan aku tak dapat beri jaminan ini. The broker guy steps into the picture. Connection broker dengan ramai penternak ayam, buatkan dia mampu beri jaminan kesinambungan supply kepada bukan satu malah berpuluh-puluh kedai makan.

Kehadiran broker, impak positive ialah kelangsungan permintaan terhadap produk kita. Itu paling utama. Impak negative, broker penyebab kegagalan kita untuk mencapai kebarangkalian harga jualan maksimum produk kita. Itu pandangan aku.

Aku juga berpendapat ada baiknya jika mana persatuan yang telah ada atau yang akan ditubuhkan boleh bertindak sebagai broker. Pasarkan produk ahli-ahli secara telus. Senang cakap macam konsortium lah. Eliminate faktor broker secara total. Banyak faedahnya yang kita boleh dapat.

Ini adalah pandangan aku, mungkin ada yang setuju, mungkin ada yang menentang.

Salam hormat!!

Tuesday 18 November 2014

Seminggu Hujan

Masuk tengah malam ni, dah seminggu kebanyakan jajahan di Kelantan di timpa hujan. Paras air Sungai Kelantan dan Sungai Golok sudah berada di tahap berjaga-jaga. Tiada lagi pusat pemindahan banjir yang dibuka walaupun negeri Terengganu dah pun dilanda banjir.

Musim banjir ni buat aku teringat kat arwah ayah aku. Dia memang sibuk bila banjir tiba. Bantuan banjir, pengurusan pusat pemindahan, dan macam-macam benda lagi yang dia selalu uruskan. Yang pasti, musim banjir kali ini, pasti ramai yang akan teringat kat arwah ayah aku.

Okay, seminggu dah hujan. Aku mendapat laporan setiap hari prestasi kawanna di 2nd colony. 1st colony aku sendiri yang uruskan. Setakat ni, alhamdulillah, tiada kejadian yang tidak diingini. Kambing selsema ringan, tiada kes pneumonia kecuali kejadian serangan ular sawa pada 2 malam yang lalu. Natey ular sawa siap naik ke kandang lagi untuk bedal anak kambing aku. Tak cukup dengan itu, natey ular sawa membelit dan membunuh 2 ekor induk. Ini sudah lebih laa.

Hujan turun untuk 15 minit dan berhenti untuk 15 minit juga secara purata sejak dari minggu lepas. Air dari paya sebelah pun dah melimpah sehingga kawasan ragutan. 1st colony terpaksa diberi supplement dedaun yang dipotong dari kawasan persekitaran. Hari ni juga aku terpaksa beli dedak sebagai makanan tambahan sebab aku lihat mereka semua tak cukup kenyang bila pulang ke kandang.




Lain hal pula di 2nd colony. Masih mantap meragut di dalam hujan,di cerun bukit, di bawah kelapa sawit. Melainkan hujan terlalu lebat barulah mereka akan pulang ke kandang dalam keadaan basah kuyup.

Induk semua perform sebaik mungkin kecuali 2, 3 ekor anak kecil yang nampam macam demam dan selsema teruk. Cucuk antibiotik sekali terus hilang demam tu. Kes teruk kena ambil extreme measure. Tak boleh dengan bawang putih dah. Hehehe.

Apa-apa pun,tanda hujan nak berhenti takde nampak lagi. Mungkin nak banjir untuk first wave dulu. Harap semua ahli kawanan bersabar dan bertahan dengan cuaca sebegini.

Allah swt jua pemberi kesihatan dan kesuburan  kepada ternakan dan tanaman.

Salam hormat!!

Bawang Putih Kunyit Hidup

Bawang putih, orang myanmar panggil chettu phyu.


Kedua-dua bahan ini aku pastikan sentiasa ada dalam simpanan aku. Perlu ada sebagaiman ubatan yang lain dan kerap kali aku berada di dalam situasi yang memerlukan aku menggunakan bahan ini. Bawang puting secara semulajadi adalah sejenis bahan anti-inflammatory. Anti-allergenic.

Antara situasi yang buat aku mencapai kantung bawang putih ialah bila ada kambing yang meleleh hingus, kena gigitan serangga, kena duri masa meragut, bengkak susu, sakit mata dan lain-lain. Kambing demam pun aku baginbawang putih juga.

Kalau untuk kambing dewasa, aku bagi seulas demi seulas. Bagi la 3 atau 4 ulas untuk 3 kali sehari. Kalau untuk anak kambing aku tumbuk dulu bawang tu, ambil syring 3cc, potong bahagian hadapan, masukkan bawang yang telah ditumbuk tu dan inject ke dalam mulut anak kambing. Cara ini lebih senang.

Aku ada terfikir juga nak tanam bawang putih ni. Tak tahu boleh hidup atau tak dengan cuaca kita ni. Yang aku tau kita banyak import bawang putih dari China.

Salam hormat!!




Thursday 13 November 2014

Hujan Dan Cabaran

Tahun ketiga aku menghadapi musim hujan sebagai seorang penternak. Rasanya lebih bersedia kali. InsyaAllah dipermudahkan.

Semalam hujan agak lebat, sepanjang hari. Kambig dilepaskan juga. Anak, induk, pejantan semua turun. Buffet satu menu, dedaun kayu di sediakan di teduhan di dalam kawasan ladang. Ramai yang memilih untuk makan disitu dan tak kurang juga yang memberanikan diri meredah hujan untuk meragut. Basah kuyup semuanya. Tapi asalkan perut kenyang.

Kumpulan pejantan tidak dilepaskan. Cukup sekadar makan daun kayu yang disediakan di atas kandang. Jam 4 petang kambing mula balik. Biasanya pukul 3 petang. Tapi bila cuaca redup, tak nampak matahari memang kawanan kambing aku jadi keliru. Seolah pengembara hilang bearing di kawasan luas. Semua dah naik. Kira seekor demi seekor, perasan ada 2 ekor yang hilang. Start motor cari. Puas cari dalam hujan. Anjing (Frankie dan PayPay) juga turut membantu. Sampai keluar kawasan ragutan biasa.

Jam dah 6 petang baru lah terjumpa 2 sahabat karib ni menyorok dalam rumah pam di hujung ladang. Baik punya port nak elak dari hujan. Frankie dan Paypay bantu guide diorang balik ke kandang. Good job!!

Hujan dijangka berlarutan sehingga Ahad ini. Laporan dari 2nd Colony setakat ini ok lagi. Tiada pneumonia, tiada demam, cuma selsema biasa. Harap-harap semuanya akan bertahan dalam masa 3 ke 4 hari ni sebelum boleh menikmati cahaya matahari sekali lagi.

Tak boleh mudah putus asa kalau musim begini. Kematian anak kecil juga mungkin akan meningkat tapi setakat ini toada tanda-tanda ke arah itu lagi. Kalau hujan tiada angin, taklah seserius yang datang bersama angin.

Serah pada Yang Maha Berkuasa. Tawakkal.

Salam hormat!!

Tuesday 11 November 2014

Id Tag 4607

Id tag 4607 seekor induk lanjut usia. Aku kira tak kurang dari 5 tahun berdasarkan dentition. Aku beli dari seorang pembiak berbangsa Siam di Tumpat. Seorang cikgu sekolah rendah. Id tag 4607 berasal dari sistem intensif. Dikurung sepenuhnya dan diberi makan tanggung.

Keadaan semasa aku membawanya balik adalah a bit below average. Body score antara 2 atau 3. Anemik dengan bebanan cacing. Setelah menyesuaikan diri di tempat aku, id tag 4607 menunjukkan bebanan cacing yang semakin tinggi sehingga suatu masa ia telah mengalami keadaan bottle jaw. Tanda kecacingan yang serius. Bagi penternak lain yang aku kenal dan juga mengikut manual penternakan, jika seseekor kambing mengalami bottle jaw, ianya adalah peringkat akhir kecacingan. Pendek kata ianya tidak boleh diselamatkan lagi. Tapi hati aku dekat dengan id tag 4607. Ia mempunyai karakternya tersendiri. Aku nekad nak selamatkannya.

Perkara pertama aku beri ialah oral anthihelmintic. Kemudian aku buat suntikan ivermectin secara berkala. 14 days apart for 3 separate courses. Dalam pada itu, aku juga berikan suntikan iron, B12, multivit, fercobsang, catosal (promote better metabolism). Suntikan dilakukan selang sehari(rotate medications) dengan pemberian iron tablets (courtesy of KKM). Selama tiga bulan rawatan dilakukan. Id tag 4607 diasingkan di dalam petak individu dan diberi makanan tambahan(dedak). Aku juga telah jarakkan hari suntikan iron sebaik aku nampak perubahan positif pada diri id tag 4607 (melalui kaedah FAMACHA).

Tamat tempoh 3 bulan, id tag 4607 menjadi lebih gempal dan seleranya semakin bertambah. Tiada lagi tanda kecacingan. Bulu cantik tersusun, nampak berkilat. Alhamdulillah.

Orang tua yang patah sebelah tanduknya.


Kini id tag 4607 sudah bunting. Aku kira dia dalam pertengahan tempoh kebuntingan. Syukur. Segala puji bagi Allah, tuhan penyembuh segala penyakit. Semoga id tag 4607 akan selamat melahirkan anak dan terus beranak.

Salam hormat!!

Friday 7 November 2014

Sembang Dengan Otai

Petang tadi aku singgah kat Lazuli. Beli energizer untuk pagar karen, beli injectable vitamin dan dewormer. Selalu aku pergi sana tak sempat nak jumpa owner Lazuli. Lagipun aku jarang nak kacau dia dalam office. Setakat tanya staff Doktor Rosli ada ke tak ada. Biasa melancong ke luar negara sampai bermingu-minggu.

Kebetulan masa aku melangkah masuk office, terserempak dengan Doktor Rosli. Aku anggap dia sifu, dalam penternakan dan juga perniagaan.

Seorang yang sangat tegas, mesra, berdisiplin, tak lokek ilmu. Lazuli suatu ketika dulu adalah pengimport terbesar lembu dari Australia. Bermula dari tahun 1980an. Tapi kini dia dah turun takhta. Business model juga dah bertukar. Ladang Alifah di Kluang dah jadi breeder's paradise. Bukan lagi feedlot facility macam sebelum ini. Kandang untuk kambing dan biri-biri import Australia masih ada. Feral pun ada.

Keluasan kawasan lebih kurang 1000 ekar. Sekarang ada lebih kurang 500 ekor breeders. Dan satu fakta yang paling mengejutkan dan menggembirakan, breeders yang ada ialah baka 100% lembu KK. Brakmas pun tak ada. A legit convert. Seorang importer terbesar menjadi pembiak 100% darah lokal. Walaupun masih ada lembu trading. Doktor Rosli beritahu aku dalam masa 2 atau 3 tahun lagi beliau akan jadi self sustainable dan akan hanya jadi pembiak, tiada lagi trading. Tahniah sifu!!

Cuma kambing je dia trading, tak biakkan. Katanya letih, di lewat usia, taknak sakit kepala berlebihan. Kambing/biri-biri beranak 2 kali setahun. Walaupun input makanan tak banyak, tapi input tenaga tinggi. Baik bela lembu KK, beranak senang, jual senang, penyakit takde, dan macam-macam lagi attributes menarik.

Kami berborak hal keluarga. Hal-hal semasa pengimportan dari Thailand. Beliau seolah anti ternakan Australia dari percakapannya. Memang aku tak jemu berborak dengan beliau. Banyak ilmu dan pengalaman yang boleh dapat dari beliau. Kalau setakat consultation pasal animal health, dia tak charge punya.

Beliau menjemput aku ke ladangnya. InsyaAllah time aku nak jemput isteri dari Johor masa cuti hujung tahun ni aku singgah la. Tapi plan nak singgah LRGF juga. Boleh ke Pak Es/Adil? Hehehe.

Setakat ni dahulu.

Salam hormat!!

Wednesday 5 November 2014

No More Dedak

Setakat hari semalam semasa aku buat lawatan ke Second Colony, aku sangat bersyukur kerana kambing disana cukup gemuk dan sihat walafiat kecuali untuk seekor yang memang tak mahu sembuh dari kecacingan teruk.

Kawanan di Second Colony tidak diberi sebarang bentuk supplement atau dedak. 100% browsing. Anak yang dilahirkan pun kadar tumbesarannya amat memberansangkan. Susu induk juga tidaklah sampai berkurangan. Kepelbagaian foraj di Second Colony memberi advantage kepada kemajuan kawanan kambing aku.

Dengan ini, aku akan menghentikan pemberian dedak di First Colony untuk mengikut jejak Second Colony. Cuma bezanya ialah kami harus mencari foraj yang sesuai bagi santapan tambahan untuk menambah kepelbagaian makanan kawanan, selain dari rumput dan dedaun.

Mungkin tempoh penggemukan bagi kawanan jantan akan menjadi lebih panjang. Tetapi penjimatan yang diperolehi melebihi faedah masa yang lebih pendek jika aku menggunakan dedak. Lagipun daging kambing lebih sedap bila dietnya adalah dari alam semulajadi, bukan guni. Tak percaya tanya aku, sebab semalam baru sembelih seekor anak jantan untuk kami makan. Memang terbaik. Umur 8 bulan, manis, lembut, tidak hamis. Tapi semua kambing aku setakat ni memang tiada pun yang berbau hamis kalau mengikut feedback dari pelanggan aku.

Apa-apa pun, advantage utama ialah aku tidak lagi mempunyai kebergantungan terhadap pengilang, penjual dedak. Satu lagi ciri-ciri sustainable farming. Penjimatan meningkat, keuntungan berganda. Tak begitu??

Salam hormat!!

Sunday 2 November 2014

Ubat Cacing

Kali ini bukan pasal ubat cacing untuk kambing. Tapi ubat cacing untuk aku sendiri. Dah lama aku tak makan ubat cacing, last dulu bulan february 2014. Sepatutnya aku kena makan 6 bulan sekali.

Aku jadikan polisi bagi diri aku sendiri untuk makan ubat cacing setiap 6 bulan. Ini dah hulan November, jadi aku dah overdue selama 3 bulan. Patutla sebulan dua ni kepala aku bau hanyir. Ni isteri aku cakap la. Rambut dah potong pendek, pagi shampoo malam dah bau tak enak dah. Kata orang tua, ni symptom cacing.

Nak kata aku berak cair macam kambing kena cacing takde la. Tapi aku gi tandas buat pelaburan 2 kali sehari. Bowel movement setakat ini masih cemerlang. Tapi perut asyik angin la. Selera macam biasa. Takde pula aku jadi anemic macam kambing kena cacing tahap kronik.

Apa-apa pun aku kena gi farmasi beli ubat dan makan esok lusa ni. Memang sejak dari dulu masa kerja dengan lembu aku amalkan makan ubat cacing setiap 6 bulan. Kali ini je terlepas tarikh. Kerja di ladang dengan pelbagai jenis haiwan memang buatkan kita perlu jaga diri dari kecacingan. Hahahaha...

Atau aku nak suntik ivermectin terus ke badan sendiri. Baru hilang semua kurap, panau, kutu dan parasit lain. Sorry brader, aku takde panau,kurap dan kutu ok! Aku gurau je tu. Karang betul-betul ingat aku ada semua tu. Haru!!

Salam hormat!!

Jangan lupa makan ubat cacing.

Saturday 1 November 2014

Penapis Air

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini aku telah menukar sumber air minuman dari kolam yang penuh dengan parasit kepada air dari tubewell yang lebih terjamin dan selamat. Pun begitu aku masih tak puas hati kerana warna atau kejernihan air berubah terutama bila tiba musim hujan macam sekarang ni.

Aku tengah berkira-kira nak install penapis air jenis outdoor tu. Alaa yang macam tong gas tinggi (commercial) tu. Aku dah gi survey kat kedai. Untuk kapasiti kegunaan keluarga aku,pekerja dan para ternakan saiz penapis air yang sesuai akan menelan kos sebanyak RM1500. Tu pun kena buat installation sendiri. Tak jadi msalah sangat sebab tak susah mana pun nak pasang.

Aku ada satu option lagi dengan membeli tangki penapis second hand, beli multimedia sendiri dan buat sistem piping backwash, rinse sendiri. Lagi menjimatkan, tak sampak RM500. Tapi banyak kerja la sikit. Kena potong paip,kena gam,pasang beberapa valves. Worth it though. Cuma nak mencari tangki 2nd hand memakan masa. And for me time is money, time is gold. In some cases, it is worth paying extra to save time.

Kenapa susah payah nak pakai filtered water untuk ternakan? Kambing jalanan hirup air lopak je untuk hidup. Pada hemat aku, kambing adalah ternakan ruminan dan ternakan ruminan memerlukan air yang banyak bagi membolehkan sistem rumennya berfungsi dengan sempurna. Kambing terutamanya mempunyai kadar metabolisma yang lebih tinggi berbanding lembu atau biri-biri. Kambing kencing lebih kerap dari 2 spesis tadi. Kambing minum lebih banyak berbanding 2 spesis tadi. I believe to maintain good health and add longevity to your herd's life, water plays an important role. Kalau baik kualiti air nya, aku percaya tahap kesihatan secara umum bagi kawanan akan bertambah baik.

Jadi pelaburan untuk sebuah penapis air adalah sangat kecil berbanding faedah yang akan diperolehi. Tambahan pula aku menggemukkan kambing dengan cara minimalis i.e. tanpa dedak penggemuk, soya, kekacang dan sebagainya.

Salam hormat!!

Bullshit!

In reference to a report on Awani news portal, young Malaysians who are also graduates from either local or foreign universities should not be choosy in getting jobs.

The fact that these graduates are choosy in selecting jobs have caused serious unemployment among them. As quoted from Dato Ismail Abdul Muttalib, Deputy Minister of Human Resources.

He added that, there are more than 2 millions foreign workers, as of current, who are working in Malaysia in various sectors. These foreign workers are not as choosy as our fellow graduates and the fact that there are 2 millions of them in Malaysia proves there are plenty of job opportunities for our graduates.

Such statement coming from a deputy minister...aku tak tahu nak kata apa..syukur Malaysia masih aman??

Aku kira ada faedahnya jika dibuat satu ujian IQ bagi menentukan kelayakan seseorang sebelum dia dibenarkan mengambil borang pencalonan pilihanraya. Tak kira dari mana-mana parti. Wajib ambil ujian IQ sebelum layak bertanding di dalam pilihanraya. Calon yang borderline retard dan ke bawah tak dibenarkan untuk menjadi calon atau pencalonannya boleh dianggap terbatal secara automatik.

Kalau dah macam tu buat apa belajar tinggi-tinggi. Berhabis wang, buat pinjaman PTPTN jikalau hanya nak kerja di pam minyak, sebagai pelayan restoran, kerja ladang, kerja kilang dan sebagainya.

Kesian anak-anak kita.

Salam hormat!!


Tuesday 28 October 2014

Mengembala di Second Colony

Cuaca sangat panas. Tiada angin. Kelembapan yang sangat tinggi bisa buat nafas menjadi sesak. Peluh mengalir membuatkan tekak menjadi haus. Terbaik!!



Salam hormat!!

Sunday 26 October 2014

First Colony Vs. Second Colony

First Colony

1. Majoriti Baka Katjang

2. Diet utama rumput, dedaun dan dedak kualiti rendah (campuran fiber, jagung etc)

3. Garam jilat pelbagai jenama,jenis dan kualiti.

4. Kawasan ragutan berpaya, berkelembapan tinggi. Tanah rendah dan rata.

5. Sumber air minuman telaga tiub.

6. Waktu meragut 4 jam 1/2 hingga 5 jam (bergantung kepada cuaca) bagi kawanan induk. 3 jam hingga 3 1/2 jam bagi jantan tujuan penggemukan.

7. Kos tetap membela 10 sen per ekor per hari.

Anak kelahiran Second Colony.  Quite impressive.


Second Colony

1. Majoriti baka kacukan.

2. Diet utama dedaun dan rumput. Tiada dedak langsung.

3. Garam jilat bukit.

4. Kawasan ragutan berbukit, di bawah pohon kelapa sawit, cerun dan semak.

5. Sumber air minuman dari sungai, berkeladak. Air hujan. Sebuah perigi sedang di gali untuk menukar sumber air minuman.

6. Waktu meragut sehingga 6 jam sehari. Bergantung kepada cuaca.

7. Kos tetap membela 7 sen per ekor per hari.

Ulasan;

A. Kadar kelahiran bagi setiap pusingan di First Colony ialah 1.8. Kadar kelahiran bagi setahun adalah 3.2. Kadar kelahiran di Second Colony masih tidak dapat ditentukan kerana masih belum mencapai setahun umur operasi. Setakat ini ianya adalah 1.2 kerana semua induk adalah induk muda dan pertama kali melahirkan anak. Kebanyakan kelahiran adalah single birth.

B. Kadar pembesaran anak di Second Colony mendahului First Colony. Sebab utama adalah baka. Sebab kedua adalah sumber makanan yang lebih kepelbagaiannya.

C. Berdasarkan kos dan result, First Colony seakan counter productive kerana melibatkan kos yang lebih tinggi dengan keputusan yang kurang memberangsangkan dari segi saiz kambing. Kadar tumbesaran. Tapi aku pasti birth rate First Colony akan sentiasa mendahului Second Colony kerana kepekatan darah lokal yang mengalir di dalam kawanan First Colony.

D. Dari segi pejagaan dan penyakit, Second Colony mempunyai kadar selenggara yang lebih rendah.

Sekian, malas nak ulas banyak-banyak.

Salam hormat!! 

Thursday 23 October 2014

Pertukaran Pejantan

Di awal pembiakan dan sehingga kini aku kerap melakukan pertukaran pejantan. Secara sengaja atau tidak sengaja. Ada pejantan yang sengaja aku tukarkan kerana ingin menggunakan khidmat pejantan yang lebih baik dan besar. Usaha aku nak mengacukkan pelbagai baka ke dalam kawanan kambing aku. Ada juga yang aku secara tak sengaja tukarkan pejantan kerana aku nak sembelih pejantan untuk tujuan aqiqah atau korban.

Perbuatan menukar pemain utama,mengikut pengalaman aku datang dengan risiko tersendiri. Yang pertamanya ialah prestasi kadar kelahiran akan menurun. Kebanyakan induk yang biasa melahirkan kembar tiga akan melahirkan kembar dua, induk yang biasa melahirkan kembar dua pula akan melahirkan hanya seekor anak. Ada juga yang maintain prestasi. Tapi memang akan ada perubahan ketara. Aku tak ada penjelasan spesifik mengenai perkara ini. Mungkin proses penyesuaian sedang berlaku. Setelah 2 kali musim kelahiran baru nampak konsistensi penjantan dalam membuntingkan betina.

Keadaan ini tidak tertakluk sama ada pejantan itu muda arau yang sudah berpengalaman. Bila mana aku introduce pejantan baru,prestasi kelahiran akan berubah (menurun). Seolah reset semula. Induk yang bunting kali ketiga dan keempat pun melahirkan anak tunggal. Boleh dikatakan keserasian amat penting disini.

Aku juga setuju dan percaya bahawa pejantan tidak harus diberi ubat cacing dengan kerap. Penggunaan albendazole seolah membantut nafsu/libido pejantan. Bagi aku lebih baik gunakan suntikan ivermectin. Itupun guna secara bersyarat. Guna jika hanya perlu untuk menyelamatkan nyawa pejantan dari kecacingan teruk.

Bagi penternak peringkat permulaan seperti aku (5 tahun ke bawah) pertumaran pejantan tidak dapat dielakkan sehinggalah aku dapat menghasilkan pejantan unggul dari dalam kawanan sendiri atau diimport dari ladang luar.

Wednesday 22 October 2014

Nak Bunuh Lipas?

Post kali ini tak ada kaitan dengan kambing sebenarnya.

Aku baru menjumpai kaedah untuk membunuh lipas yang paling berkesan.

Caranya ialah dengan menggunakan syampu anti-kelemumur atau anti ketombe di dalam bahasa Indonesia.

Tak kisah lah dengan buih syampu yang telah diumpaikan di kepala atau cecair syampu itu sendiri. Asalkan bahan syampu itu terkena badan lipas walaupun sedikit. Keberkesanannya melalui pemerhatian aku adalah sangat tinggi. Sehinggakan lipas mati walaupun terkena sedikit sahaja di bahagian kaki.

Aku syak bahan toksik kepada lipas ini adalah sodium lauryl/laureth sulphate. Ini jangkaan aku sahaja. Aku mungkin salah. Mungkin pengkaji serangga boleh beri penjelasan yang lebih lengkap.

Lipas akan menggelepur, kaki ke atas dalam masa purata 30 saat. Saat ke 45 biasanya lipas akan meninggal dunia. Memang berkesan!!

Tuan-tuan boleh cuba sendiri kalau tak percaya. Aku dah try banyak kali dalam tandas rumah. Selamat mencuba.

Salam hormat!!

Saturday 18 October 2014

Kegunaan Urea Dalam Diet Seharian Ruminan

Tak dinafikan urea amat penting bagi ruminan khususnya lembu dan biri-biri. Dulu masa buat feedlot aku campurkan sekali urea dalam ration lembu.

Urea sangat membantu bakteria baik di dalam rumen haiwan. Ammonia bergabung dengan bahan hasilan dari pemprosesan (metabolisma) karbohidrat untuk menghasilkan asid amino atau protein ringkas.

Dulu komponen urea ni aku dapati dari baja padi. Aku campurkan baja padi di dalam makanan lembu. Kadar nya sangat sedikit. Lebih kurang 0.5% atau 1%. Hasilnya setelah 3 bulan, lembu mengalami kenaikan berat yang melebihi target aku. Sehingga 1.8kg sehari. Jadi komponen urea ini tak boleh dipandang ringan.

Ada juga garam jilat yang dicampurkan dengan urea yang dijual di pasaran sebenarnya. Cuma aku tak pasti ada atau tak ada dijual di Malaysia ni.

Urea juga sangat membantu jika diet harian ternakan mempunyai kandungan protein yang rendah. Non-Protein-Nitrogen (NPN) dari ammonia membentuk molekul yang seakan sama dengan asid amino yang membolehkan ianya digunakan oleh ternakan.

Aku tak pernah alami kejadian ternakan keracunan urea semasa menternak lembu dahulu. Tapi aku masih belum berani nak cuba pada kambing kerana kambing ni tak sama dengan lembu. Kalau aku bela biri-biri memang aku dah lama bagi sebab kedua-dua ternakan tadi boleh diibaratkan sama.

Kambing aku pula takde la kurus sangat, ok je dengan diet yang sedia. Mungkin aku boleh try dengan kumpulan jantan tujuan penggemukan dahulu. Tengok macam mana hasilnya.

Salam hormat!!

Friday 17 October 2014

Bringing It To The Table; Wendell Berry

"Why do farmers farm, given their economic adversities on top of the many frustrations and difficulties normal to farming? And always the answer is: "Love. They must do it for love." Farmers farm for the love of farming. They love to watch and nurture the growth of plants. They love to live in the presence of animals. They love to work outdoors. They love the weather, maybe even when it is making them miserable. They love to live where they work and to work where they live. 

If the scale of their farming is small enough, they like to work in the company of their children and with the help of their children. They love the measure of independence that farm life can still provide. I have an idea that a lot of farmers have gone to a lot of trouble merely to be self-employed to live at least a part of their lives without a boss".

Wendell Berry
Bringing It To The Table: Writings On Farming And Food.

Thursday 16 October 2014

Masalah Garam

Dalam entry sebelum ini aku cerita aku dah menemui garam blok/jilat yang paling sesuai untuk kegunaan operasi aku. Royal Ilac; palatability yang tinggi, kandungan mineral terutamanya copper yang bersesuaian dengan kehendak operasi aku,tahan cuaca dan berkualiti dan harga yang amat berpatutan.

Tapi bila aku nak order je untuk kali kedua,dah kehabisan stok. Stok baru tak dapat nak di sahkan bila ketibaannya. Ini masalah yang selalu dihadapi. Consistency. Kawanan kambing aku dah mula suka dan biasa dengan garam Royal ilac ni. Prestasi kambing pun nampak bagus. Tapi tu lah, garam dah habis. Terpaksa aku memburu dan mencari garam jenama lain.

Aku tak nak dah pakai garam N.A.M. trading kerana sebelum ni aku ceritakan garam ni tak ada unsur copper walaupun kambing memang sukakan garam jenis ni, kalau gantung blok 2 kg tak sampai seminggu habis.

Pusing punya pusing, cari punya cari, aku bertemu dengan garam jenama baru di kedai dedak yang selalu aku buat pembelian. Try pakai la dulu, belum tahu lagi macam mana penerimaan kawanan kambing aku terhadap garam ini.



Ada 2 jenis garam disini, satu blok 2kg, buatan Thailand, harga lebih kurang RM2.75 per kg. Sejenis lagi jenama Feedwell, buatan India kalau tak silap aku. Kandungan copper dan selenium yang menepati kehendak aku. Harga RM3.60 per kg. Bagi aku apa-apa jenis garam selagi ianya tidak melebih RM4.00 per kg ianya boleh diberi pertimbangan untuk di beli dan dijadikan sumber mineral kawanan aku.

Nanti bila aku dah introduce garam ni kepada kawanan kambing aku,aku akan buat laporan yang mana lebih disukai dan memberikan result yang paling memuaskan.

Tuesday 14 October 2014

Akan Datang

Perang Teluk I, 1st Gulf War, Operation Desert Shield berlaku pada tahun 1990-1991. Kemudian pada 1998-1999 ekonomi serantau Asia Tenggara mengalami krisis. Antara yang terburuk pernah negara kita lalui. Salah satu penyebabnya adalah spekulasi matawang. Loophole di dalam  sistem ekonomi kapitalis. Ekonomi di rantau eropah dan benua Amerika juga terjejas sekita awal tahun 2000-2001.

Kemudian berlaku pula Perang Teluk II, Perang Teluk II atau dikenali juga dengan nama Perang Iraq berlaku pada 2003. Kemuncak peperangan ini adalah dengan tertangkapnya Saddam Hussein. Perang yang dilancarkan atas dasar memerangi ektstremism islam sebenarnya hanyalah dijadikan alasan untuk menguasai negara yang kaya dengan sumber minyak. Setelah itu pada 2007-2008 Amerika mengalami subprime crisis dan juga kemelesetan ekonomi yang menyebabkan domino effect ke seluruh dunia. Ekonomi menjadi lemah dan proses pemulihan memakan masa sehingga sekarang.

Pada 2013 dan 2014, dunia sekali lagi menyaksikan keganasan senjata api dengan kebangkitan Arab Spring dan terbaharu ialah operasi memerangi kumpulan IS(entah legit atau tidak). IS bagi aku tidak lebih dari watak rekaan Amerika. Sebagaimana mereka mematikan watak Osama Laden. Mengikut record yang lalu, aku merasakan suatu kejatuhan ekonomi,kemelesetan akan berlaku. It is due not so far in the future. I believe so.

Jadi apa persediaan kita semua? Krisis kewangan,krisis bekalan makanan. Bersediakah kita semua? Dengan ratio hutang negara dan GDP antara yang tertinggi di dunia, ini adalah suatu petanda yang tidak baik. Jika negara mengalami kemelesetan ekonomi, Menteri yang mempunyai CGPA 3.85 pun tak akan dapat membantu. Pandangan aku sahaja ni. Mungkin betul..mungkin tak betul langsung.

Salam hormat!!

Friday 10 October 2014

Bajet 2015

Peruntukan sebanyak RM6 billion telah diumumkan untuk memperkasakan sektor pertanian. Sebahagian besarnya difokuskan kepada pengeluaran padi negara di jelapang baru terutamanya di Malaysia Timur. Paling menjengkelkan ialah pengumuman Pekan sebagai salah satu jelapang baru padi negara. Aku rasa pengumuman ini dibuat atas kepentingan politik untuk mendapatkan traction dan political milage bagi ahli parlimen Pekan. Gula-gula kepada rakyat Pekan. Untuk membeli undi rakyat Pekan. Sama lah dengan pengumuman Bera sebagai lembah daging negara setelah ahli parlimen Bera diangkat sebagai Menteri Pertanian. Who benefits? It's any body's guess. Ok enough.

My concern; pengeluaran padi negara mengalami trend penurunan setiap tahun sejak dari 2010. Pada waktu sekarang pengeluaran padi dalam negara adalah pada tahap 70%. Jelapang padi di Kedah tidak mampu mengeluarkan hasil seperti sebelumnya kerana properties tanah yang telah sekian lama digunakan hanya untuk penanaman padi menjadi semakin costly dengan penggunaan baja yang tinggi. Jelapang di negeri-negeri lain pula banyak yang ditukar status menjadi kawasan perumahan. Jelapang baru di Malaysia Timur masih belum mencukupi untuk meningkatkan hasil padi negara. Pesawah padi pula, terutama golongan muda, sudah ramai yang berhijrah ke bandar dalam usaha mencari kehidupan dan pendapatan yang lebih baik. This is definitely a recipe for disaster!!

Aku belum mahu bercakap pasal indsutri ternakan lagi kerana padi adalah lebih penting. Makan nasi lauk garam boleh hidup lagi. Jadi beras di sini amat, sangat penting.

Belum juga mahu bercakap pasal perikanan kerana rata-rata tahu tentang skandal penjualan diesel oleh nelayan bot besar. Ada baiknya beri sokongan kepada nelayan pesisir pantai dan penggiat akuakultur.

Setakat ini dahulu.

Salam hormat!!

Updated;

Kenapa setiap kali pmbentangan bajet, PM kita mengenakan pakaian berwarna jingga/oren?

Neural marketing, maybe?

Induk Selepas Melahirkan Anak

Kelahiran anak kambing memang sesuatu yang dinantikan. Suatu pengalaman yang tak pernah jemu untuk dilalui.

Bila dah banyak kali melalui pengalaman sama, aku tak dapat nak elak dari buat suatu pemerhatian ke atas condition induk selepas melahirkan anak.

Boleh dikatakan kesemua induk semasa tempoh bunting adalah sihat dan berisi. Tetapi setelah melahirkan anak ada induk yang kehilangan berat badan, dibebani parasit dan sebagainya. Ada juga induk yang lambat nak kembali ke tahap kesihatan yang asal. Ada juga induk yang memang resilient; tidak berapa hari selepas melahirkan anak sudah kembali kepada keadaan asal. Gemuk, berisi, lincah, bulu berkilat, makan berselera.

Sepanjang pemerhatian aku, induk yang kebiasaanya mengalami kecacingan, poor condition selepas kelahiran adalah induk yang berdarah kacukan. Induk sebegini biasanya aku akan buat deworm sebaik sahaja tanda bebanan parasit yang tinggi disahkan. Suntikan multivitamin, B12 atau Catosal. Either one, not all. Tengok laa apa yang ada dalam stok ubatan. Jarang-jarang aku bagi antibiotik.

Bagi induk yang tidak mengalami bebanan parasit tetapi masih susut berat badan aku lakukan suntikan Catosal. Pada pandangan aku Catosal sangat berkesan dalam mengembalikan kesihatan induk asal supaya dapat bunting kembali. Induk di dalam kategori ini biasanya induk yang berketurunan katjang tetapi sudah berumur. Dengan kata lain breeding vitality nya tidak setanding dengan induk yang lebih muda. Kalau di commercial farm yang implement sistem intensif, induk sebegini sudah tidak berbaloi untuk dipelihara, mungkin masuk kategori cull/reject. Bagi sistem semi intensif masih lagi berbaloi kerana input yang rendah. Hanya sekiranya induk tidak lagi dapat melahirkan anak ianya dikira tidak berbaloi.

Kategori paling best. No frills, no hassle. Induk berketurunan katjang, umur sekitar 11 bulan sehingga 4 tahun. Paling produktif, tahap kesihatan optimum, breeding vitality at its best, ketahanan parasit yang tinggi. Induk sebegini tidak menjadi masalah kepada pembiak kerana ianya almost zero maintenance in terms of bringing back its health to normal state suitable to be bred again. Interval singkat less than 6 months, rate per kidding 2 or above. Fantastic!!

Pengajaran disini boleh aku rumuskan ialah;

1. Keturunan katjang memberikan pulangan paling tinggi kerana sangat cost saving kerana tak banyak kerenah dan tak banyak ubatan yang diperlukan.

2. Umur purata kawanan pembiak haruslah di antara 2 hingga 2.5 tahun untuk maintain interval dan kidding rate yang acceptable bagi sesebuah operasi.

3. Jangan sayangkan induk untuk dikeluarkan (reject) dari kawanan pembiak. Kepentingan kumpulan atau kawanan adalah melebihi kepentingan individu.

Salam hormat!!

Monday 6 October 2014

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya Aidil Adha.

Selamat menjalani ibadah haji terutamanya kepada Pak Lah Kaywan Goat Farm.

Selamat melakukan ibadah korban. Semoga tahun depan lebih ramai pengguna menyedari hakikat bahawa ibadah korban ini mesti dilunaskan dengan binatang yang diternak, yang bertuan, yang dijaga dengan penuh kasih sayang, bukannya feral (liar).

Salam hormat!!

Wednesday 1 October 2014

Hangin Satu Badan

Hari ni hari last penghantaran lembu korban dari Kelantan ke negeri luar. Aku tak ambil banyak tempahan hanya penuhi permintaan sahabat-sahabat yang memang aku tak boleh menolak permintaan mereka.

Semalam aku minta adik aku buat permohonan pemindahan ternakan dari Kelantan ke negeri jiran. Permohonan ok, masuk sistem tanpa sebarang kesulitan.

Pagi ni kira-kira jam 10 pagi aku menelefon pejabat veterinar negeri jiran untuk meminta kelulusan bagi perjalanan lembu terbabit. Operator menjawab, aku minta disambungkan ke bahagian permit, nada dering ada, tapi tiada yang menjawab. Sehinggalah panggilan aku disambung balik keada operator. Operator beritahu aku tiada pegawai di bahagian permit dan terus melakukan sambungan ke bahagian lain. Seorang lelaki menjawab panggilan, perkara sama diberitahu kepada aku. Katanya pegawai yang bertanggungjawab dah keluar pergi minum pagi. Dia minta aku call balik dalam masa setengah jam.

Jam 10.45 pagi aku call lagi. Masih tiada pegawai yang sepatutnya meluluskan permohonan. Aku bercakap dengan lelaki tadi jika ada cara lain yang boleh beliau bantu aku. Beliau beri kepada aku nombor telefon tangan pegawai yang berkenaan, seorang perempuan bernama Norihan. Aku call nombor telefon tangan nya tak kurang dari 20 kali dan satu pun tidak berjawab. Malang apa kah ini?

Pegawai yang sepatutnya membuat pemeriksaan ternakan di ladang aku sudah berlepas menuju ke ladang. Mereka punyai jadual yang sibuk hari ni. Itu aku sangat faham.

Aku masih mencuba call pejabat di bahagian prmit dan telefon tangan Norihan. Gagal!! Sehinggalah jam 12.05 tengahari baru aku daat bercakap dengan si Norihan. Dengan selamba badak dia cakap dah terima permohonan aku dan dalam proses meluluskan. Aku beritahu aku cuba hubungi dia dari jam 10 pagi. Dengan selamba nya dia kata dia dah tunggu pelanggan dari jam 9 hingga 9.30 pagi tiada terima panggilan lalu buat keputusan untuk keluar minum tanpa membawa telefon bimbit (tinggal dalam laci). Jam 12 tengahari baru sampai balik ke pejabat. Attitude jenis apa ni? Dia marah aku kerana lambat call (jam 10pagi). Aku dah menyirap.

Aku persoal tindakannya yang keluar minum lebih dari 2 jam. Lama betul minum air. Berapa lori tangki perempuan ni minum sebenarnya? Aku cakap aku nak laporkan perbuatan ini pada Pengarah Jabatan. Dia terus mencelah, ingat dia seorang saja ke yang buat kerja macam ni. Ramai lagi yang buat. Sempat juga bagi alasan bahawa dia hanya wakil Pengarah untuk lukuskan permohonan. Kalau nak cepat kena suruh Pengarah yang buat kelulusan. Memang la kau wakil Pengarah dah bukan kerja Pengarah nak hadap komputer klik keyboard dan mouse. Adoii...sakit nya hati. Ada juga manusia jenis ni.

Aku cakap aku tahu nama dia Norihan dan aku tak ambil peduli, aku akan buat laporan dia keluar pada waktu pejabat dan balik setelah lebih 2 jam keluar. Teruk betul perangai. Aku kata cujup-cujuplah makan gaji buta. Terus letak gagang telefon.

Teruk betul perangai si Norihan ni. Tak ada kesedaran langsung. Lagi ego nak bagi alasan tak masuk akal. Melayu bila dah masuk comfort zone memang perangai macam tu. Aku cakap ni spesifik si Norihan je dan juga yang sewaktu dengannya. Aku pernah berurusan dengan pegawai yang sanggup go the extra miles just to put a smile on the customer's face for the whole day.

Buat Norihan. Sudah-sudah la perangai pemalas tu. Sudah-sudah lah makan gaji buta.

Salam hormat!!

Tuesday 30 September 2014

Pastoralist; Pastoral Farming

Kalau mengikut definisi nya adalah penternak. Iaitu petani yang lebih fokus dalam usaha untuk membiak haiwan (livestock). Tak kira lah, lembu, kambing, kuda, biri-biri, ayam dan sebagainya (ikan mungkin tak dikira). Petani yang fokus kepada usaha ternak, atau penternak inilah yang dipanggil pastoralist.

Pastoralist bukan golongan nomad. Tidak berpindah-randah. Menggunakan sumber setempat dengan cermat dan mengolah keadaan sekitar supaya sesuai dengan operasi yang dijalankan.

Bagi operasi yang dijalankan di atas kawasan yang kecil. Secara fizikalnya, pemodalan yang lebih intensif diperlukan untuk menghasilkan pengeluaran yang setimpal dari segi ekonominya. Bagi operasi di kawasan sederhana dan besar, keperluan modal mungkin tidak setinggi contoh yang terdahulu disebabkan kelebihan yang ada pada keluasan. Ini sangat benar, bila mana kita bandingkan perusahaan secara full intensive, semi intensive dan extensive. Lagi besar kawasan, lagi rendah keperluan modal (wang, tenaga, sumber asli dsb.)

Perusahaan pastoralist secara intensif sudah banyak dibukukan dan rahsia kejayaan perusahaan sebegini bukan lagi suatu rahsia kerana semuanya telah diterjemahkan di dalam tulisan dan boleh dijadikan panduan dan diamalkan oleh mereka yang berminat. Walaubagaimanapun perusahan pastoralist secara semi intensif dan ekstensif tak banyak yang didokumentasikan. Jadi, peratusan perusahaan yang berjaya juga tak dapat dipastikan dengan tepat. Ini kerana perusahaan pastoral secara semi intensif dan ekstensif ini amat bergantung kepada persekitaran dan tiada dua persekitaran yang sama pada realitinya. Dengan kata lain, perusahaan pastoral secara semi intensif dan ekstensif adalah sangat unik. Jika tersilap olahan terhadap pembolehubah maka peratusan kegagalan adalah amat tinggi.

Mengikut lurah ekonomi secara norma juga, bila sesuatu perusahaan itu memakan modal yang tinggi peluang kejayaan yang akan dikecapi juga tinggi dan bernilai besar. High risk, high return. Jika sesuatu perusahaan itu memerlukan modal yang minima maka pulangan atau nilai keuntungan juga hanya akan setanding dengan modal yang dikeluarkan.

Cabaran: mengusahakan pertanian pastoral dengan input rendah sama ada secara semi intensif atau ekstensif dengan pulangan yang setanding dengan perusahaan pastoral secara intensif-penuh.

Operasi aku tergolong di dalam usahatani secara semi intensif dan menjurus ke arah ekstensif. Modal yang diperlukan adalah minimal. Aku setuju apabila modal adalah kecil, keberhasilan juga hanya akan setanding dengan tahap modal yang dikeluarkan. Aku membandingkan perusahaan lembu fidlot dahulu, modalnya amat besar, very capital intensive, tapi pulangannya juga besar, ibarat menabung setiap hari dengan not kertas bukan syiling. But of course we already knew that the bubble has popped and the cattle industry in this country is no longer an attractive one. Aku mencabar diri sendiri dan golongan pastoralists yang lain supaya terlibat dalam aktiviti pastoral secara semi intensif dan ekstensif tetapi pada masa yang sama membawa balik pulangan yang lumayan setanding dengan sistem intensif. Salah satu caranya ialah dengan mendidik pengguna bahawa ternakan kita adalah lebih ber-premium daripada binatang tidak bertuan yang dimport masuk dari negara benua. Priority #1. Consumer education is the key.

Salam hormat!!

Monday 29 September 2014

Siapa Kata Kambing Takut Air?

Tak ada orang kata pun. Induk dan anak betinanya yang suka meranduk di dalam kolam takungan untuk mendapat rumput yang paling baik. Yang hairannya kambing lain tak ada nak meniru aksi dua beranak ini. Tak ada masalah, tak ada kecacingan.


Salam hormat!!



Wednesday 17 September 2014

Katjang vs. Katjang Crosses

Majority of the current herd are katjangs. Aku mula introduce darah Boer, Kalahari untuk dikacukkan ke dalam kawanan aku. Tujuan utama ialah untuk besarkan saiz kambing dan cepatkan proses tumbesaran.

Dilemma aku sekarang ialah samada untuk meneruskan proses kacukan ini atau tidak. Pemerhatian aku ke atas 1st generation kids, especially yang kacukan, they take a little longer to conceive after the first kidding. Compare to pure katjangs, the hybrids are slower breeders. Intervalnya melebihi 6 bulan. Kalau katjang, bawah 6 bulan. Ini bermakna, walaupun hanya produce anak kembar pada setiap kelahiran, katjang mampu melahirkan sehingga 4 ekor anak setahun. 4.0 kidding rate. Excellent! But not so much for the katjang crosses. They bring down the average rate.

Trend sekarang pula, kebanyakan customers mahukan penjimatan maksimum. Harga kambing (irrelevant of the animal size) yang mendapat permintaan paling tinggi adalah diantara RM350 hingga RM650. Lebih dari RM650, hanya segelintir pelanggan yang sanggup membayar. Kurang dari RM350 biasanya mereka yang membeli dengan alasan untuk bela, bukan untuk dijadikan daging.

Katjang sangat menepati kriteria berat untuk berada di dalam lingkungan harga ini. Beratnya maintain di sekitar 15kg hingga 32kg. A little bit of discrepancy and discounts on the price and weight will not hurt my margin all that much.

Manakala, katjang crosses boleh membesar dengan cepat, kadang-kadang exceed the targeted growth sehingga aku kena bagi discount melebihi yang sepatutnya supaya menepati citarasa harga pengguna. Dengan kata lain, berat kambing melebihi target berat semasa jualan, jadi untuk jual juga kambing tu, aku harus bagi discount supaya lebih menarik hati pelanggan. Bila dah selalu berlaku perkara ini, maka ladang aku tak punya standardized pricing lagi and it is bad for business when this happens.

Sekarang, bila aku dah tulis pasal ni. Bila aku dah zahirkan dalam bentuk bertulis. Aku rasa lagi yakin untuk stick dengan katjang. Induk betina kacukan akan aku kahwinkan balik dengan pejantan katjang untuk menguatkan kembali darah katjang. Tak salah untuk ada variety dalam breeding herd. Dan memang tak pernah salah juga untuk ada darah tempatan dalam breeding herd. Lagipun kambing katjang senang nak jual, colorful, myriad in designs. Orang suka tengok kambing warna dan corak pelik-pelik ni. Kalau kacukan, biasa 2 atau 3 warna je. Jarang yang ada bintik-bintik, celoreng, paling penting telinga menegak. People just love the pointy and erect ears.

Ada satu masalah lagi, aku sedang mencari induk katjang untuk dibeli bagi menambah lagi stok breders aku. Cabaran besar kerana amat susah sekarang nak cari baka kita sendiri. Ke dah pupus ni? Atau aku yang cari di tempat salah?

Salam hormat!!

Tuesday 16 September 2014

Masalah Sawa Lagi

Hari ni seekor anak kambing betina, yang aku berkira-kira nak serapkan ke dalam breeders herd dibaham ular sawa. Kejadian berlaku sangat cepat. Tak sempat bertindak, sawa baham anak kambing kira-kira 15 meter dari pintu kandang. Safe zone dah kalau nak dikira.

Ini sawa individu lain. Kecil lagi. Saiz lebih kurang betis. Tak sempat dia telan pun. Hanya belit sampai mati. Lepaskan dan lari bila terkejut dengan kehadiran pekerja aku. Pekerja sempat mencantas sebahagian ekornya. I don't think it was a fatal blow.

Sekali lagi aku tak boleh salahkan sawa. Itu fitrahnya sebagai pemburu.

Dalam setahun aku kehilangan lebih kurang 3 hingga 5 ekor kambing kepada sang sawa. Kalau dulu induk juga dibahamnya. Kebelakangan ini induk kambing lebih berhati-hati dan peka dengan mara bahaya. Hanya anak kambing yang menjadi mangsa.

Patutkah aku pasrah sahaja dengan mengorbankan 3 atau 5 ekor anak kambing setiap tahun. Aku tak dapat buat apa-apa bagi kawalan untuk banteras perkara ini. Mungkin boleh tahan perangkap. Tapi belum jumpa lagi perangkap ular sawa. Kena rekacipta sendirikah?

Bagi aku sebenarnya tak terbeban sangat setakat 3 atau 5 ekor ni. Tapi kalau boleh mengelak, semua pun nak elak. Buat kali ini, pasrah saja lah. Anggap saja tiada rezeki. Innalillah. Alhamdulillah.

Salam hormat!!

Thursday 11 September 2014

Lain Kali Hati-Hati

Aku suka buat rawatan untuk kambing aku. Suatu pekerjaan yang mengasyikkan. Letih tapi berbaloi. Tapi kejadian semalam buat aku berfikir dua kali. Aku kena lebih berhati-hati.

Semalam aku buat mass deworming untuk kambing aku sebab nak flush out population cacing. Aku gunakan ivermectin suntikan. Aku gunakan dewormer ini kerana ianya lebih effective dan protection period nya lebih lama. So far, kambing elok-elok sahaja.

Sehinggalah tiba kepada kumpulan anak kambing. Semasa aku bersedia nak buat suntikan. Pekerja aku memegang anak kambing tersebut. Entah macam mana boleh terlepas kakinya lalu menendang tangan aku yang memegang jarum suntikan. Tertolak lalu tertusuk jari hantu dan tembus mengenai ibu jari di tangan kiri aku. Terkena kedua -dua jari ini kerana posisi jari dalam keadaan mencubit kulit kambing untuk tujuan suntikan subcutaneous. Sakit bukan kepalang. Ivermectin sejenis medication yang menyakitkan. Disebabkan itu juga saranan pada botol ubat supaya suntikan subcutaneous dilakukan pada binatang untuk mengurangkan kerengsaan. Tapi kes aku dah lain. Tertusuk seluruh jarum 1 inci ke jari dah tembus mengenai ibu jari. Jari hantu aku membengkak dalam masa 10 saat sahaja. Ibu jari berdarah tak henti.

Terus sahaja balik ke kabin dan rendam di dalam ais untuk meredakan bengkak. Kesakitan masa ni agak kuat. Berdenyut. Jari tak boleh dibengkokkan. Aku agak panik juga. Tapi takdelah sakit sehingga tak boleh nak tahan.

Bila dah lama rendam dalam ais, baru rasa okay sedikit. Bengkak pun berkurangan. Langkah merendam jari dalam ais adalah betul. Nasib baiklah jarum yang tertusuk tu jarum baru. Bukan jarum yang dikongsi ( aku tak amalkan perkongsian jarum suntikan untuk kambing aku). Nasib baik juga tak tertekan ubat ivermectin ke dalam isi jari aku. Mungkin hanya sedikit bahan tu yang masuk ke jari aku, tu yang buat jari terus membengkak, panas dan berdenyut. Urrrghhh..

Lain kali kena hati-hati. Sekarang ni pun sambil menaip, jari masih tak boleh dibengkokkan sepenuhnya. Bengkak dah berkurangan. Lebam masih ada. Cacing dalam tubuh aku mungkin dah mati. Hahaha!!





Salam hormat!!!

Tuesday 9 September 2014

Log Hari Ini

Today went well. Very well in fact. Kerja di ladang masih lagi berkisar untuk siapkan rumah tempat tinggal aku nanti. Mengecat pagar sambil dibantu adik aku.

Semalam kami siapkan reban ayam menggunakan bahan binaan, kayu, zink, buluh terpakai. Akhirnya siap juga. Penghuni pun masuk menginap dah.

Kambing setakat ini semuanya baik-baik sahaja. Kumpulan jantan bagi tujuan penggemukan juga nampak dah kembali on track. Anemia sudah dihapuskan, kecacingan sudah dihapuskan. Khamis ini akan buat deworm sekali lagi untuk flush out population sekali lagi. Deworming untuk 3 minggu lepas mungkin belum betul-betul eradicate population cacing dan telurnya yang baru menetas. Sejak tukar air ni, aku sangat bersyukur kerana prestasi kambing semakin baik. Tak banyak kerenah. Anak-anak kambing pun semakin sihat. I cannot stress it enougg that the quality of drinking water for your goats is of the utmost importance. It must be fresh. It must not be contaminated. If you have access to tap water, by all means, use that as your main source. But if you must use sources other than that, please make sure that it is fit for your own consumption too.

Aku belajar dari kesilapan. Aku ada sekumpulan lembu yang dipelihara di ladang bersama kambing-kambing. Lembu ini tidak menunjukan kecacingan yang teruk bila mereka minum air dari kolam. Ini yang aku silap bila aku samakan lembu dan kawanan kambing aku. Lembu binatang yang lebih besar, telah disesuaikan untuk meragut rumput dan mempunyai ketahanan yang lebih tinggi terhadap bebanan cacing. Kambing pula adalah exact opposite.

Lagipun tahap metabolism kambing adalah lebih tinggi. Ia perlukan air lebih banyak dibandingkan dengan lembu (by weight ratio). Cuba perhatikan,  kambing lebih kerap kencing berbanding lembu. Untuk kecekapan ruminan yang lebih tinggi, kuantiti air juga diperlukan dalam kadar yang lebih tinggi. Jadi antara sebab-sebab inilah air itu berkepentingan yang sangat tinggi bagi kambing.

Sekarang hanya air dari perigi dan air hujansahaja menjadi sumber utama air minuman kawanan kambing aku. Tiada kompromi.

Salam hormat!!

Sunday 7 September 2014

Ladang Satelit Lembu Fidlot

Last entry aku janji nak sambung cerita pasal Ladang Satelit Lembu Fidlot Tanah Merah. Sekarang masa untuk tunaikan janji.

Pengenalan; Ladang ini seluas 100 ekar. Mempunyai 4 kandang utama berkapasiti 200 ekor lembu setiap satu. Satu stor makanan. Satu stor baja dan 3 pejabat. Terdapat satu kolam sebagai sumber bekalan air utama. Terdapat juga 3 telaga tiub sebagai backup water source. Kos pembinaan tidak kurang dari RM5 juta.

Ladang ini sepatutnya menjadi feeder farm kepada ladang NFC di Gemas. Tetapi apabila NFC menghadapi masalah sepertimana yang kita semua tahu dan tak ambil peduli. Maka ladang satelit ini telah ditukarkan status nya menjadi stand alone farm. Bukan lagi berpaksikan SOP asalnya iaitu; NFC membekalkan lembu kepada ladang satelit, pengusaha ladang satelit menjalankan penternakan secara fidlot, setelah lembu mencapai berat yang dikehendaki (finishers), lembu akan dibeli balik oleh NFC. Operator mendapat keuntungan berdasarkan berat badan dan prestasi fidlot. Macam skim ladang kontrak ayam pedaging lah.

Ianya mula beroperasi pada 2010, masa tu aku masih lagi bekerja dengan syarikat pengimport lembu. Pelbagai usaha telah dilakukan di ladang ini untuk menambahbaik kemudahan yang sedia ada agar operasi penternakan fidlot menjadi lebih lancar. Kami membersihkan kawasan pastura dengan bulldozer, gali kolam secondary,  gali perigi untuk kegunaan manusia, baiki pagar kandang untuk memudahkan proses mencuci kandang, bina kandang untuk ternakan sakit, baiki jalan masuk utama, set up unit tenusu, baiki masalah pendawaian elektrik dan maam-macam lagi.

Sehingga akhir 2013, kami terpaksa keluar dari ladang ini kerana business tidak lagi menguntungkan, lembu fidlot sudah tidak viable, lagipun NFC dah bungkus, kat mana kami nak dapatkan bekalan lembu, kat mana nak pasarkan lembu. Jadi kami ambil keputusan untuk tidak lagi meneruskan operasi ini. Lagipun masa tu, dari berpuluh-puluh ladang satelit yang dibina di seluruh Malaysia,  kami adalah salah satu dari yang tak sampai pun 5 ladang yang beroperasi.

Masalah yang dihadapi;

Sumber air, kolam utama mempunyai pam berkuasa tinggi. Aku dengar pegawai projek beritahu harga pam tersebut dalam RM20,000 seunit. Ada dua unit. Tapi sayang, sebab selalu rosak kerana pendawaian yang selalu terbakar. Mungkin tak ikut spesifikasi teknikal. Telaga tiub yang sepatutnya menjadi back up, langsung tak berguna sebab tak keluarkan air. Padahal projek diselia oleh JPS, aku dengar bahagian penyediaan tiub well ini di sub kan kepada ahli keluarga jurutera jajahan yang handle projek ni. Aku dengar je. Betul tak betul aku tak tahu. Satu lagi hal, berkali kami beritahu kontraktor utama berkenaan telaga tiub yang tak berfungsi semasa masih dalam warranty period. Tapi diorang buat tak tahu sehinggalah tamat tempoh jaminan. Jadi telaga tiub tetap tak dibaiki. Kami terpaksa gali perigi sendiri untuk kegunaan staff. Bila tamat tempoh jaminan, pam air utama juga tak dibaiki, kami terpaksa ambil jalan mudah dengan menggali sebuah kolam persendirian, kami gunakan enjin lori yang disambungkan kepada pam air untuk mengepam air dari kolam ke tangki kandang, nampaknya lagi reliable dari pan berharga RM20,000.

Pastura; semak samun terpaksa kami bersihkan.kos sewa bulldozer sahaja mencecah puluhan ribu. Kos tanaman semula napier pun dah berapa habis.

Banyak lagi kepincangan yang lain. Tak larat nak tulis semua.

Buat masa sekarang ladang tu kosong tanpa penghuni sudah hampir setahun. Tiada operator baru. Tapi mungkin ada dalam waktu terdekat ini. Aku ucapkan selamat maju jaya kepada operstor yang baharu. Gunakanlah kemudahan yang sedia ada dan yang kami tambah baik seelok mungkin.

Oh ya, aku harus nyatakan di sini, sepanjang kami beroperasi di sana, kami tidak menerima dan tidak meminta sebarang bentuk soft loan, pinjaman bank, ah long mahupun wang saku RM250 juta. Semuanya keluar dari poket sendiri. Kalau kesungguhan boleh diukur dengan wang ringgit, maka segala perbelanjaan yang telah dihabiskan untuk menambahbaik ladang satelit ini menjadi bukti komitmen kami menyahut seruan kerajaan untuk meningkatkan SSL daging lembu negara. Tapu itulah, import daging beku masih diteruskan, malah lebih diperluaskan. Usaha menternak hanya tinggal nama sahaja. Gambar terbaru ladang satelit ada di bawah. Perkara pertama dalam fikiran aku semasa masuk ke kawasan ladang ini ialah; Jurassic Park!!








Friday 5 September 2014

The Bubble Has Finally Bursted

The cattle bubble that is. As expected, right on cue.

Untuk makluman, harga lembu korban untuk sebahagian rata-rata dah melebihi RM500.

Di sebuah masjid Kota Bharu harga yang ditawarkan adalah bermula dari RM570/bahagian.

Jualan lembu hidup secara borong adalah diantara RM2800 (sub 200kg) dan RM3000 (average 240kg). Ini bermakna harga per kilogram adalah diantara RM14.00 hingga RM15.50.

Lembu ladang kelapa sawit sekitar Pahang, Gua Musang juga dan cecah RM15.00 per kilogram.

Ini harga sebulan lagi nak raya, aku jangkakan lagi 2 minggu harga akan jadi lebih menggila. Mungkin boleh cecah RM17.00 per kilogram.

This has presented both opportunity and threat to us as local goat breeders. Opportunity ialah untuk fulfill market demand dengan replacement product (kambing-red meat-haiwan ternakan untuk korban). Threat akan wujud dari importers of the similar product. Feral Australia, kambing siam, biri-biri Australia.

As local breeders, we are more elastic, more flexible, more bendable. Untuk pengamal sistem semi intensif especially, cost of production sangat rendah. Cuma perlu tanya kesanggupan diri sendiri untuk part away dengan profit margin to beat fellow importers/competitors out of the game. I believe local prices can go down as low as RM8.00/kg for 18 months goats and the owner is still left with some few ringgit as profit in the till.

Sebagai pembiak tempatan juga kita ada beberapa lagi advantages, namely: tiada price fluctuation, less exposure to foreign exchange, risiko penyakit dan  kelebihan product kita sebagai binatang ternakan sejati yang dituntut di dalam Al-Quran sebagai binatang yang sesuai untuk sembelihan.

Tahun depan akan menyaksikan lebih dahsyat lagi keruntuhan industri lembu. Maka bersedialah pengembala-pengembala sekalian. Sahutlah cabaran untuk meningkatkan bilangan kambing di Malaysia. Kuatkan keyakinan terhadap genetik tempatan. Customise our products and services to meet consumers' expectations. It is high time for us, breeders!

Salam hormat!!

Thursday 4 September 2014

Log Hari Ini

Hari ini aku bermula awal. Sebabnya ada perjumpaan dengan pihak JPV untuk menyelesaikan pertikaian berkenaan bil elektrik di Ladang Satelit Lembu Fidlot Tanah Merah. Kemudahan ini sudah lama aku tinggalkan kerana kepayahan dan kesulitan menjalankan perniagaan lembu fidlot. Nanti aku ceritakan dalam entry yang lain. Tapi ternyata ladang ini telah menjadi satu lagi projek gajah putih anjuran kerajaan. Terlalu banyak kepincangan, shortcomings of execution, unsur nepotisme, planning with lack of proper information. Banyaklah. Kena buat entry khas.

Aku kesana jam 10am bersama adik aku dan seorang pekerja aku. Dah JPV janji nak datang pukul 10am. Kami kesana seawal mungkin lah. Jam 11.43am barulah mereka sampai. Fuh..memang penuh kesabaran kami bertiga. Macam la kami ni takde kerja nak menunggu diorang je. Habis separuh hari aku macam tu sahaja. Sepatutnya boleh lagi produktif.

Bosan menunggu JPV aku suruh diorang berlakon sign MoU. Good sports!



Selepas habis mesyuarat, aku balik ke ladang. Pasang pam air dari tangki utama ke rumah yang akan jadi tempat tinggal aku nanti. Bini aku bising, water pressure tak kuat. Katanya nanti rosak mesin basuh. Iya kan aje. As long as the ma'am besar is happy. Dia nak duduk kat kandang dengan aku pun dah kira satu rahmat. Hehe. Separuh hari aku habis kat situ je. Pasang enjin, potong paip. Sempat habiskan masa satu jam sahaja buat observation pada kambing dan melatih anjing. Alhamdulillah kambing tak ada masalah sangat.

Sekarang air dalam rumah dah kuat. Paling laju keluar air hujan kat dalam bilik mandi. Ntah macam mana nak mandi lepas ni sebab air memancut dsri dinding sebelah ke dinding yang bertentangan. Langsung tak cecah lantai. Masalah lain pulak timbul.

So, sekarang hanya tinggal nak kemas pejabat tu untuk dijadikan rumah. Semua barang dah ada. Memang farm life lah lepas ni. Jauh dari hiruk pikuk dan gangguan. Paling best bandar Sg. Golok dekat. Hari-hari boleh pergi beli barang runcit. Susu segar paling murah kat sana. RM8 vs. RM12(Malaysia) untuk botol besar.

Apa aku mengarut ni??

Salam hormat!!

Wednesday 3 September 2014

Soal Nyamuk

Aku kira aku ini bertuah kerana mempunyai kakitangan yang prihatin kepada kebajikan ternakan. Walaupun kadang-kadang tu keprihatinan diorang jadi tak masuk akal. Ada juga bila time diorang jadi tak prihatin, atau tak nampak keadaan kambing yang ada masalah. Mungkin masa tu morale diorang down kot.

Apa-apa pun secara puratanya, memang diorang prihatin kepada masalah ternakan ini. Terbaru semalam Mamat complain kat aku sekarang ni musim nyamuk banyak sangat. Malam-malam katanya kambing tak dapat tidur dengan lena. Asyik bergerak, menyentak dan terkejut dek gigitan nyamuk. Dia dapat dengar ketidakselesaan kambing dari kabin dia.

Dah kandang kat tepi hutan memang macam tu lah. Memang nyamuk banyak. Tepi paya lagi. Takkan aku nak beli ridsect, fumakilla nak pasang hari-hari kat kandang. Takkan aku nak pasang kelambu dan aku tak akan perasap kambing aku sepertimana yang aku tekankan sebelum ini. Banyak buruknya dari baiknya.

Mamat concern sangat pasal nyamuk ni. Dia kata dia bimbang kalau-kalau kambing jadi sakit atau kurus kena gigit nyamuk. Aku cakap nyamuk kecil, okay. Kalau nyamuk sebesar ibu ayam datang nanti baru bagitau aku. Nanti aku beli alat fogging tu. Sambil aku ketawa.

Fikir-fikir balik. Secara logiknya, ada kebenaran juga sebab bila dah tidur terganggu, macam mana kambing nak rehat betul-betul dan membesar. Ini aku sendiri belum ada pengalaman. Kena buat observation dulu lah. Tapi kalau ikut observation aku semasa kerja dengan lembu di sebelah Thailand dulu, small holders kat kampung yang buat lembu feedlot setakat 200 ekor ke bawah, memang diorang pasang kelambu petang maghrib. Elak semua lembu masuk kandang dan tirai kelambu dilabuhkan. Kata mereka lembu perlu rehat yang cukup dan berkualiti untuk kenaikan berat badan yang optimum. Means they have proven this to be true.

Fikir-fikir balik. Secara logiknya, ada kebenaran juga kalau kita tengok kambing jalanan atau liar, selamba je membesar dengan baik. Aku pasti nyamuk ada banyak je kat luar sana. Nak-nak kambing hutan.

Setakat hari ni, aku tengok ok je. Tak taulah depan hari nanti kalau si nyamuk ada bawa parasit darah yang mungkin boleh buat kambing sakit.

Atau ini hanya sandiwara mamat nak suruh aku pasang air cond dalam kabin tempat tinggal dia?? Eh..logik juga.

Ali di Second Colony takde pulak complain apa-apa pasal nyamuk. Itu lagi hutan boran punya tempat. Dia cuma complain line 3G je tak bagus sana. Susah nak whatsapp hantar gambar kambing beranak kat aku, kena panjat bukit dulu. Jadi dia minta signal booster dengan aku. Cehh. Padahal nak main facebook dengan bini.

Salam hormat!!

Monday 1 September 2014

Setelah Lama Tinggalkan Kandang

Alhamdulillah...segala puji kepada Allah s.w.t.

Hari ni hari pertama aku masuk ke kandang setelah sekian lama hanya mendengar khabar melalui telefon dan whatsapp dari adik aku dan staff.

Sekarang takde la sibuk sangat. Day to day routine berjalan seperti biasa. Kambing sihat walafiat. Ada laa yang problem seekor dua.

Banyak ekor juga anak kambing yang mati. Natural culling process. Hehe, nak sedapkan hati. Ramai juga yang baru dilahirkan. So it balanced out. Aku tahu semua ini rezeki dari Nya. Tak perlu nak berasa sedih sebab yang mati tu memabg dah di tetap kan.  Yang dilahirkan juga tu dah di tetapkan.

Interval induk yang melahirkan anak juga semakin singkat. 6 bulan 5 hari pada puratanya. Takde la teruk sangat untuk penternak baru macam aku ni.

Dalam entry yang lepas, aku ada nyatakan yang aku dah buat pertukaran sumber air utama. Syukur juga kepada Allah kerana kesihatan kawanan kambing semakin baik. Secara puratanya nampak perubahan yang ketara.

Esok aku kena asingkan anak jantan yang dah cerai susu untuk diletakkan dalam petak untuk penggemukan. Kena tag telinga sekali. Cuti panjang buat semua kerja tergendala.

Salam hormat!!




Thursday 28 August 2014

Bagaimana Melatih Anjing?

Sebelum kita mula, wajar juga bertanya kenapa perlukan anjing dalam penternakan kambing. Bagi aku, ianya atas preference individu. Aku punya kawasan yang luas dan terdedah kepada ancaman ular, biawak dan binatang lain. Bagi aku protection dari anjing amat perlu. Baik di kandang primary atau di Second Colony. This fact holds even truer at Second Colony kerana ianya ladang sawit di kawasan pedalam hutan Kuala Krai. Menurut penduduk setempat, pak belang pun ada di sana, termasuk babi, kucing hutan, harimau akar, kera, monyet, king cobra dan naga gaban. Ok yang last tu aku tipu je.

Pun begitu, aku tak harapkan sangat anjing ni untuk protect haiwan ternakan aku. Mereka ini aku anggap sebagai penggera kepada sesuatu perkara kecemasan. Jadi manusia boleh bertindak dalam masa terpantas.

Sebelum boleh merekrut anjing ni bekerja, amat penting bagi owner untuk melatih anjing bagi tujuan disiplin supaya sentiasa mengikut arahan. Barulah orang ramai yang datang ke ladang kita tidak di takutkan dengan stigma yang sentiasa ada dalam fikiran mereka.

Basic obedience training adalah termasuk mengikut arahan, datang bila di panggil,  duduk, bagun, baring, berhenti, menyalak dan sebagainya. Anjing boleh dilatih pada semua peringkat unur walaupun aku lebih suka melatih anjing yang masih kecil sekitar 7 hingga 8 minggu.

Aku sukakan anjing yang bersifat cool, tidak terlalu energetic, independent (tidak mengikut anjing lain), garang, attentive dan bagi aku biasanya anjing betina lebih mendengar kata dari jantan.

Cara aku melatih anjing adalah dengan memberi mereka insentif berbentuk makanan atau treats diselitkan dengan repetitions dan mengeluarkan elemen treat rewards itu secara beransur-ansur.

Biasanya aku akan beri makan sebelum melatih anjing dan akan bawa ia jalan pusing kawasan sehingga agak keletihan. Setelah itu baru lah sesi obedience training dimulakan. Dengan cara ini anjing lebih mudah menerima konsep baru dalam rutin hariannya.

Ada video dibawah ini dimana anak aku memberi arahan 'sit' dan 'up' kepada anak anjing yang telah dilatih. Anak anjing ini berumur 7 minggu dan berupaya untuk membezakan arahan dari individu berlainan termasuklah dari anak aku baru berusia lima tahun. Tadi aku dah upload..tapi kurang puas hati dengan kualiti videonya. Lantaklah. Aku ada video asal di instagram.