Thursday, 2 January 2014

Import Thailand

Kalau diluar negeri mungkin pembiak terpaksa bersaing dengan kambing yang diimport dari Australia, kambing feral lah senang cerita.

Kalau di Kelantan, pembiak terpaksa bersaing dengan kehadiran kambing import dari Thailand. Secara rasminya tiada kambing yang diimport melalui pintu masuk Rantau Panjang, tetapi disebabkan kawalan yang kureng di sepanjang sempadan negara, kambing import (seludup) berjaya juga menerobos masuk ke dalam negara.

Baka kambing dari Thailand biasanya kacukan Anglo dan native breed Thailand. Frame agak besar, tinggi macam Jamnapari. Telinga separa panjang. Hidung cembung separa (Roman Nose). Kalau yang jantan kebanyakannya dikasi. Yang betina jarang-jarang masuk. Aku sendiri pernah melawat kandang transit kambing import (seludup) ni di sekitar daerah sempadan. Dari segi size ianya impressive. Tapi agak kurus. Tak boleh buat pejantan. Aroma jantan dah kurang disebabkan kasi. Itu belum masuk bab penyakit. Biasanya pneumonia, pink eye, foot rot dan lain-lain.

Harga? Ada dua kategori, jualan per ekor dan mengikut berat timbangan. Kalau ikut maklumat Jebon (nak jugakkk!!) harga semasa adalah RM13.00 hingga RM16.00 per kg. Harga per ekor sekitar RM600 hingga RM850 per ekor. Menarik harga tu. Untuk traders boleh la buat untung, bukan takde margin, tapi kalau mati seekor alamat kena jual 10 ekor baru boleh cover yang mati tu.

Setahu aku, kambing-kambing ni ada yang dihantar sehingga ke luar negeri seperti Selangor,  Terengganu dan Pahang. Tapi takde la banyak macam feral Australia. Agaknya sebab kambing Import (seludup) ni jinak sikit dan makannya lebih mudah berbanding feral Australia. Jadi adalah peminatnya tersendiri, mungkin.

Walaupun begitu, aku tak lihat kehadiran kambing import (seludup) ni sebagai satu persaingan kepada pembiak yang sedia ada, khususnya di Kelantan. Rata-rata pelanggan yang ada amat memilih bila nak membeli kambing. Taknak yang import, yang telinga lembik, yang kurus, yang dikasi dan macam-macam lagilah. Jadi secara tidak langsung pilihan pelanggan adalah kambing yang dibiak lokal. Pun begitu ramai juga pembeli yang termakan sales pitch importer (penyeludup) ni. Kata mereka kambing import (seludup) ni dagingnya banyak, tak bau hamis, tulangnya halus, murah berbanding kambing lokal. Apa-apa jelah. Kita tahu kelebihan produk kita.

Yang penting harga asas kambing kita sentiasa dalam kawalan kita. Bukannya bergantung kepada exporters atau exchange rate semasa. Satu dinar kata prof Alwi. Dan aku percaya boleh jual at profit pada harga murah lagi.

5 comments:

  1. hi. boleh tak bagitahu tempat secara perinci untuk dapatkan kambing ni. terima kasih

    ReplyDelete
  2. hi. boleh tak bagitahu tempat secara perinci untuk dapatkan kambing ni. terima kasih

    ReplyDelete
  3. boleh supply saanen, berapa seekor?

    ReplyDelete
  4. Bagaimana cara nk dapatkan KAMBING secara borong...

    ReplyDelete
  5. Cara ambil kambing macam mana

    ReplyDelete