Wednesday, 21 May 2014

Induk Kambing Lekat Uri

Setakat aku bela kambing ni dah 3 kali aku experience kematian induk disebabkan retained placenta. Paling latest adalah semalam, induk berumur 13 bulan, 1st parity, baka kacukan, saiz sederhana kecil, anak yang dilahirkan bersaiz agak besar.

Retained placenta biasanya akan menyebabkan pendarahan yang banyak di dalam rahim dan menyebabkan metritis, infection dalam uterus.  Induk akan mengalami demam teruk dan organ mula shut down satu per satu sehingga ia menemui ajal.

Antara penyebabnya ialah umur induk yang terlalu muda, saiz anak yang besar, kekurangan selenium dan nutrien yang lain, kurang exercise.

Biasanya aku akan bagi injection oxytocin untuk induk yang masih belum keluarkan uri selepas sejam melahirkan anak. Perlu juga beri induk makan atau minum dahulu untuk beri tenaga supaya boleh 'push'. Kadang-kadang tak perlu oxytocin pun, hanya perlu sedikit tenaga dari makanan atau minuman untuk teran uri keluar.

Aku perhatikan mana-mana induk yang tak keluarkan uri dalam tempoh 24 - 48 jam dari melahirkan anak biasanya akan mati. Aku dah gunakan pelbagai cara termasuk menggantung anak batu di dalam plastik pada lebihan uri sebagai pemberat. Aku juga ada beri suntikan antiobiotik. Pernah juga aku tak buat apa-apa. Hanya bagi antibiotik. Tapi masih juga tak dapat selamatkan induk tu. Aku kira untuk setiap kes yang aku alami adalah berlainan penyebab berlakunya lekat uri ni. Jadi tak boleh nak kata mana satu kaedah yang betul. Kena cuba sesuaikan semua.

Kelahiran anak pertama bagi mana-mana induk memang buat aku nervous, sebabnya aku takut kejadian retained placenta ni berulang. Silap aku juga sebab tak separate induk muda dari pejantan. Induk paling muda pernah lahirkan anak adalah yang berumur 9 bulan. Tapi yang tu tak ada masalah pula kecuali saiz anak yang terlalu kecil.

On a side note, aku biasanya akan benarkan induk memakan urinya sendiri. Ada orang cakap ada nutrien penting pada uri tu untuk si induk, macam ubat bersalin la kot. Ada orang cakap tu natural instinct untuk haiwan mangsa ni nak elakkan diri dari pemangsa. Tapi aku biarkan saja apa induk tu nak buat. Dia nak makan, aku bagi dia makan. Dia tak nak makan, aku buang saje. Masih tak nampak kelebihan atau kekurangan memakan uri sendiri ni. Itu rahsia kambing tu sendiri.

Salam hormat!





3 comments:

  1. Salam bos, kambing bos yang makan uri tu membesar tak saiz bdn nye sbb org dulu2 kte klau kmbing mkn urinya, dier tak kan membesar.

    ReplyDelete
  2. Setakat ni kambing saya yang makan uri besar mcm biasa. Anak pun alhamdullilah sihat. Tak ada masalah lagi setakat ni

    ReplyDelete
  3. Kambing baru beranak. Tp uri tak kluar. Kambing nmpk gelisah. Tak tau nak but apa. Dah setengah jam pun masih tak kluar lg urinya

    ReplyDelete