Sunday, 29 June 2014

Orang Kita..

Orang kita, kalau nak buat akikah, tak akan beli dan sembelih kambing yang tak bertuan atau kambing jalanan.

Tapi orang kita juga, kalau nak akikah akan beli kambing feral aussie. Kambing feral aussie ini juga tak bertuan, hidup di jalanan, tidak digembala, masuk menceroboh tanah orang sesuka hati di negara asalnya sehingga dianggap sebagai haiwan perosak.

Jadi apa beza kalau aku tangkap kambing tak bertuan yang hidup di jalanan dan jual sebagai kambing akikah berbanding aku import masuk kambing feral aussie dan juga jual sebagai kambing akikah? Betul-betul aku cakap, aku tak nampak apa beza, kalau bertuhankan wang ringgit.

Fikir-fikirkan lah, orang kita. Sempurnakah niat orang kita nak akikah? Jangan pakai alasan "Tak Wajib Usul" pula. Sebab dah terang-terang tahu kambing feral aussie ni sama tarafnya dengan kambing jalanan di negara kita.

Samalah juga halnya untuk majlis-majlis lain, bukan akikah sahaja.

Salam hormat!!

Friday, 27 June 2014

New Record Holder!!

Name: Molly Goslowly
Id Tag: 20031
Breed: Katjang
Kidding Interval: 5 months 21 days
Parity: 3rd
Birth: Twin birth (a pair)

Molly Goslowly broke Correlle's previous record by only 1 day. She's great with her kids.

Salam hormat!! 

Tuesday, 24 June 2014

Log Harian

Hari ni aku mengembala, setelah beberapa harinberada di Kuala Lumpur menziarahi ayahnda aku. Keadaannya masih sama, walaupun terdapat sedikit improvement. Aku hanya doakan yang terbaik untuk dia. Nampaknya, aku akan kerap berulang alik dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur buat masa sekarang. Jadi planning harus betul supaya kerja di ladang tidak terganggu.

Hari ni juga panas, ada beberapa kelahiran sepanjang ketiadaan aku. Syukur kepada tuhan Maha Pencipta. Berita terbaik setakat ini. Hari juga aku lakukan rawatan ke atas mana-mana kambing yang nampak tidak di dalam mood 100% ceria. Puru pada anak-anak kambing berusia 2 bulan juga beransur pulih. Tiada lagi kes puru berbunga (kronik). Harap di masa depan akan wujud resistance terhadap penyakit ini di dalam kawanan aku.

Tadi juga aku terjumpa bangkai ular, terperangkap pada pukat yang aku pasang di bawah kandang. Dah berbau sebenarnya. Tu pasal terjumpa. Sejenis ular berbisa. Warna hitam jalur kuning. Besar woo.

Puasa pun dan tak lama, kena menyesuaikan jadual kerja dengan sebetulnya. Cuaca panas sekarang ni, jadi ada bagusnya jika merancang kerja-kerja di ladang. Supaya tidak menganggu ibadah puasa nanti. Hahaha.

Suatu perkara kelakar hari ini berlaku semasa aku dalam perjalanan ke ladang. Ada sebuah van/lori kecil yang membawa barangan runcit untuk di jaja di kampung. Cuba tengok betul-betul, ada seekor kambing kat dalam tu. Selamba je muat sekali dengan barangan runcit yang lain. Hahaha. Mungkin ada pelanggan yang buat pertukaran barter dengan tuan punya lori atau mungkin kambing tu untuk dijual. Hahaha..aku mana tau.




Update selepas ini mungkin akan berkurangan. Aku kena dahulukan kesihatan ayahanda and attend to his every needs and wants. I will try to find time to do more updates. Tengoklah macam mana nanti.

Salam hormat!!



Wednesday, 18 June 2014

Cerita Malam Semalam

Semalam dekat surau kampung mertua aku ada dibuat satu majlis tazkirah. Ada ustaz jemputan dari luar memberi tazkirah dan ceramah agama.

Selepas majlis tersebut ada dibuat satu perbincangan tentang kedatangan bulan Ramadhan ni. AJK surau selalu buat mesyuarat macam ni sebelum datangnya Ramadhan setiap tahun. Perbincangan meliputi perkara seperti gotong royong sempena Ramadhan, bersihkan surau, solat sunat tarawikh dan witir, penetapan giliran ahli surau untuk sediakan jamuan ringan setelah selesai solat dan macam-macam hal lagi.



Lepas semua perkara dah dibincangkan, kami semua adakan jamuan. Kari kambing cicah dengan roti. Sedap sungguh kari kambing muda ni. Aku sembelih seekor kambing untuk majlis ini. Semua cakap sedap sebab tak ada bau dan lembut. Memang la sebab kambing muda. Sekarang baru tahu penangan cabrito. Hehehe.

Ada seorang pak cik ni pesan, hari pertama puasa dia minta aku sembelih seekor lagi untuk buat jamuan buka puasa. InsyaAllah kalau ada rezeki. Hahaha.

Puas hati bila semua kambing habis dimakan jemaah lelaki dan perempuan. Tiada lagi kerisauan sakit kepala, naik darah, pening sebab ini kambing muda. Kita patut makan kambing muda. Bukan kambing tua reject atau bebiri frozen Australia.

Salam hormat!!

Cerita Hari Ini

Aku tak sempat mengembala hari ni. Ada hal di Kota Bharu dan masuk ke ladang selepas zohor.

Cuaca panas hari ni, sangat panas. Kambing pun tak larat nak berpanas meragut.

Seekor anak kambing berumur 2 bulan mati dibaham ular sawa. Lagi sekali. Staff aku sempat menetak badan ular sawa tersebut sebanyak dua kali. Katanya isi perut terburai. Dia pasti ular itu akan mati sebab kehilangan darah. Tak sempat nampak kepala ular itu. Saiz besar. Sebesar peha orang dewasa. Ukur lilit lebih 12 inci, aku kira. Uar ini menyerang anak kambing dari bawah lapisan rumput tebal yang menutupi air paya. Maksud aku, di bawah lapisan rumput ini terdapat takungan air yang berselirat bersambung dengan paya. Ular ini menggunakan jalan air bawa lapisan rumput ini untuk stalk anak kambing. Hebat! Aku tak tahu pun ada air di bawah lapisan rumput ini sebab ianya sangat tebal dan boleh menampung berat badan seorang lelaki dewasa dengan mudah.

Walaupun ular tidak ditemui, aku tetap berpuas hati sebab ular tu dapat ditetak. Lesson learned!

Lepas kejadian tu, semua kambing digembala pulang. Aku buat rawatan mana yang patut. Perah susu induk untuk anak yang kekurangan susu dan sebagainya.

Kambing jantan yang dalam fasa penggemukan pula mula di gembala. Lebih kurang 3 jam meragut aku gembala pulang kesemuanya. Hari ni terpaksa masuk awal sebab ada orang order kambing 5 ekor untuk sembelihan. Jadi kena pilih dan loading dalam kereta.



Hari juga trouble shoot pam air baru tu. Cemerlang! Pam dibuka selama 2 jam dan tiada tanda air kekeringan. Pembetulan pada hal semalam,  2 tangki 5000 gelen, besar tu nak isi penuh dengan air. Berapa lama nak ambil masa pun tak tahu.

Esok akan siaplah dapur yang baru tu. Tapi esok juga aku harus berangkat ke Kuala Lumpur untuk menziarahi ayahnda yang gering.

Ya Allah,  kau sembuhkanlah penyakit ayah ku. Ampunilah dosa kedua ibu bapa ku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sejak kecil.

Tuesday, 17 June 2014

Sibuk...

Dua tiga hari ni tak sempat nak menulis. Masuk kerja macam biasa tapi balik lewat. Dah beberapa hari aku sembahyang maghrib en route to rumah.

Sibuk bukannya apa, sibuk siapkan pam air dari telaga tiub. At last measurement,  telaga tiub tu dalamnya lebih 170 kaki. Paras air ada pada 20 kaki dari permukaan. Aku gunakan pam air brand Clinton, made in Thailand. 2HP. Suction 50 meter. Height max pun 50 meter. Double barrel.

Berhempas pulas nak pasang pam tu. Panjang keseluruhan paip suction ialah 60 kaki. Jadi bermakna aku ada 40 kaki air untuk di pam ke dalam 2 tangki 4,000 gallons. Fuh, berapa minggu baru nak penuh tu.

Aku juga sibuk baiki motosikal aku yang tercabut sprocket depan. Susah betul nak cari parts. Serata Kota Bharu dan Sungai Golok, last-last custom made juga.

Juga sibuk supervise (haha!) kerja-kerja pemasangan tiles dekat dapur yang baru dibina. Aku sebenarnya tak sabar nak pindah masuk ladang. Aman, tenang.

Juga sibuk hal keluarga, ayahanda kurang sihat. Perkara ini yang jadi keutamaan nombor satu buat aku sekarang. Kami adik-beradik sangat risau akan keadaannya. Aku mohon Ya Allah, berikanlah kesihatan kepada ayah aku, sembuhkanlah penyakitnya.

Mungkin boleh sambung lagi lain kali..tiba-tiba aku jadi sebak.


Saturday, 14 June 2014

Unlocking The Potential

Sebelum aku boleh unlock potential perusahaan aku ini, aku harus ada target berapa banyak induk aku nak miliki. Aku juga harus tahu the maximum capacity of my farm. As in how many heads of goats I can afford to have on this piece of 10 acre-or-so land.

Setakat hari ini, jika aku tidak mengusahakan sebarang tanaman sampingan sebagai extra forage untuk kawanan aku, aku hanya boleh memiliki 160 ekor induk. Bilangan ini telah difaktorkan dengan pekali 3.5 bagi bilangan anak-anak kambing yang boleh dihasilkan dalam masa setahun bagi seekor induk. The minimum.

Aku sebenarnya masih lagi mempunyai extra acreage at my disposal. Iaitu ladang di Kuala Krai. Tapi kawasan ini terlalu terpencil dan aku tak boleh nak bawa anak-anak aku untuk bermastautin di sana. Possible maximum numbers of goats di sana adalah sangat tinggi. Tapi dari segi practicality nya adalah sangat rendah. Buat masa sekarang, 160 ekor di Rantau Panjang dan 100 ekor di Kuala Krai adalah bilangan yang paling optimum. I will most probably achieve this many breeders by the first half of 2015. Provided I don't sell any of the females and I don't purchase any additional females stocks. Kalau aku ada dana dan beli additional females, target ini akan menjadi lebih singkat, of course.

Ok, melalut berangan pulak dah. Jadi yang sebenarnya, kerunsingan aku paling besar adalah status pekerja aku yabg menjaga kawanan kambing di Kuala Krai. Beliau mungkin akan pulang ke negara asalnya bila-bila masa sahaja dan jika ianya menjadi kenyataan, maka aku harus menutup operasi di Kuala Krai. Habis satu projek! Aku harus pindahkan segalanya ke Rantau Panjang dan seperti yang aku cakap tadi, ladang aku tidak akan dapat menampung kawanan yang bersaiz lebih dari 160 ekor. Muktamad!!

Aku hanya ada satu jalan, cuba 'kawtim' dengan tuan punya kebun getah yang berjiran dengan aku untuk aku mengembala di dalam kebunnya. That's the only way atau aku hanya boleh stick pada 160 ekor sahaja.

Satu faktor penting yang lain adalah kepelbagaian foraj. Aku sangat ingin memberikan pilihan yang lebih liberal kepada kawanan kambing aku. Ladang aku dipenuhi rumput walaupun ada tumbuhan seperti pokok balik angin, selaput tunggul, petai belalang, dedaun liar, paku-pakis tapi bagi aku masih tidak mencukupi 72% minimum dedaun yang diperlukan oleh kambing di dalam diet harian mereka.

Mahu tak mahu aku harus unlock potential kebun getah tadi sebagai additional grazing ground kawanan aku. Muktamad lagi sekali!!

Untuk melakukan ini aku harus membuat beberapa persediaan selain mendapatkan kebenaran dan persetujuan tuan tanah. Perlu merekrut guardian dog yang baru untuk dibawa mengembala(anjing lama dah mati!!). Perlu pastikan kawanan kambing aku ini patuh mendengar arahan tuannya, ini hanya boleh dicapai dengan interaksi yang konsisten (hari-hari mengembala laa!!).

So, the plan is...

1. Minta kebenaran dengan tuan tanah kebun getah untuk mengembala di dalam kawasannya.

2. Get (adopt) at least two new guardian dogs dan mula latih - umur 2 bulan, latih selama 2 bulan. Total 4 bulan.

3. Terus mengembala secara istiqamah to assume command as the head of the herd. Heh!

Ya Allah, permudahkan lah segala kesulitan bagi hamba Mu ini.

Ya Allah, ampunilah segala dosa kedua ibu bapa ku. Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani aku sejak dari kecil.

Salam hormat!!

Thursday, 12 June 2014

Kelahiran dengan Mastitis

4 hari lepas ada seekor induk melahirkan kembar 2. Pada kelahiran pertama induk ini mengalami jangkitan mastitis pada sebelah susunya. Aku buat treatment seperti biasa. Procaine Penecillin. Direct inject dalam teats. Masa tu dah ok. Kira dah hilang bengkak. Seminggu sebelum kelahiran kedua ini juga aku ada buat pemeriksaan. Tiada bengkak dan sebagainya.

Tetapi pada hari kelahiran uddernya menjadi bengkak. Tidak ada kenaikan suhu badan mahupun pada uddernya. Tetapi bengkak seperti mastitis. Susu masih keluar seperti biasa. Tidak berbau busuk dan bernanah. Jadi ini bukan mastitis yang serious aku kira. Bagi keadaan seperti ini aku hadkan penggunaan antibiotics. Aku menggodek google untuk mencari penyelesaian yang paling sesuai untuk keadaan ini.

Ada suatu forum mat saleh yang cadangkan supaya induk diberi minum susu sendiri dan dose kan induk dengan bawang putih dan vitamin C 2000mg dengan kekerapan 2 kali sehari. Dengan tiada penyelesaian lain, aku cuba kaedah ini. Syukur kepada Tuhan, nampak seakan berkesan, bengkak semakin surut. Susu semakin banyak. Treatment cara ini akan aku teruskan sehingga induk betul-betul pulih.

Pada mulanya juga aku ingatkan puting kambing ini tersekat dengan lelemak susu atau tisu lain sehingga mengganggu aliran susu. Kalau dalam istilah lembu tenusu, ketulan yang menganggu aliran susu ini di panggil 'spider'. Tapi aku cuba perah, tiada pun 'spider' ni. Menghairankan juga. Susu keluar, tiada tekanan tinggi dalam udder, udder tak panas,  induk tak demam. Hanya bengkak susu rentetan episod mastitis yang lalu.

Biasanya induk yang mengalami mastitis, selagi ianya bukan Black Mastitis, masih boleh diselamatkan. Keadaannya akan pulih bila bunting untuk kali yang seterusnya atau kebuntingan kali yang kedua. Jadi jangan risau sangat jika kambing tuan puan mengalami mastitis. Masih ada harapan. Selagi ianya bukan Black Mastitis yang menyebabkan gangrene dan udder sejuk ( tiada aliran darah ke udder).

Wednesday, 11 June 2014

Wattle on Kids

Semasa berlaku pertukaran pejantan tempoh hari, pejantan Saanen yang aku sangkakan tidak sehebat pejantan lain telah mengambil kesempatan untuk membuntingkan hampir kesemuanya induk kambing aku.

Selepas 5 bulan aku telah nampak hasilnya. Banyak kelahiran kali ini adalah baka Saanen kacukan. Warna putih, telinga terpacak dan ada wattles di leher. Ada yang sebiji dan ada yang dua biji. Aku tak tau orang kita panggil apa. Kekacang kot.

Wattles ni memang sinonim dengan kambing tenusu khususnya baka Saanen. Ada yang berpendapat wattles ni tiada kegunaan. Lebihan dari evolusi. Ada sesetengah pihak berpendapat wattles adalah satu self defense mechanism yang sangat berguna didalam situasi kambing diserang oleh pemangsa dan akan menggigit wattles menyebabkannya terputus dan membolehkan kambing melarikan diri. Almost lizard like.




Dalam pertandingan kambing di Amerika wattles adalah satu ciri yang tidak diingini. Maka tuan punya kambing akan mengikat wattles tadi sehingga menyekat aliran darah ke tisu tersebut. Lama-kelamaan ianya akan terputus dengan sendiri.

Bagi aku, wattles adalah satu daya penarik. Boleh juga dijadikan tanda pengecaman untuk kambing tersebut dan hari ini aku dianugerahkan seekor anak kambing betina yang mempunyai wattle di telinganya. Macam subang tapi hanya disebelah telinga sahaja. Satu lagi berada di leher, lokasi biasa.

Wattles sebenarnya boleh tumbuh di mana-mana. Leher, bawah rahang, atas bahu, atas leher tetapi di telinga adalah jarang-jarang. So this one is definitely a keeper.

Salam hormat!!





Monday, 9 June 2014

Kelahiran Anak Betina

Di tempat aku konsentrasi parasit adalah sangat tinggi. Sangat tinggi sehingga aku terpaksa deworm anak bermula dari umur 3 - 4 minggu hanya supaya anak-anak kambing dapat membesar.

Disebabkan konsentrasi parasit yang sangat tinggi ini juga aku merasakan ianya ada kaitan dengan kadar kelahiran anak betina yang lebih tinggi dari biasa.

Jika pada tahun 2013, taburan hujan adalah kurang berbanding tahun-tahun sebelumnya. Bulan Februari sehingga September adalah sangat panas dengan cuaca kemarau yang kuat.

Pada tahun 2014, dari Februari sehingga minggu pertama Jun. Walaupun suhu panas pada tengah hari, hujan lebat berserta ribut kencang turun membasahi bumi hampir setiap minggu. Kecuali pada Mac dan April lepas.

Akibat dari ini, kambing aku lebih terdedah kepada serangan parasit kerana tanah yang lebih lembap.

Aku perhatikan secara perbandingan tahun ini dan tahun lepas, kadar kelahiran anak betina melebihi kadar kelahiran anak jantan dengan nisbah 1:1.5. Ini sangat bersesuaian dengan teori bahawa apabila satu spesis diancam oleh parasit atau faktor lain yang boleh menganggu kelangsungan spesisnya maka ianya akan melahirkan lebih ramai betina bagi mengekalkan kelangsungan spesisnya tadi.

Bagi aku selaku pembiak, setiap kelahiram adalah bernilai tinggi. Dan bagi aku juga selaku pembiak setahun jagung, kelahiran anak betina yang lebih banyak berbanding jantan adalah double the excitement. Ini akan memudahkan aku untuk meningkatkan populasi induk dengan lebih cepat dan jimat tanpa perlu mengeluarkan belanja lebih untuk menambah bilangan induk. Terima kasih Allah.

Tinggal satu perkara sahaja..iaitu untuk memastikan anak-anak kambing ini tidak terdedah dengan serangan parasit yang melampau dan dapat membesar dengan baik.

Salam hormat!!

Ancaman Terbaru

Semalam seekor anak kambing perempuan..betina tak balik dari meragut. Berumur lebih kurang 4 bulan. Bersaiz sederhana.

Dua sebab utama, jatuh kolam atau di baham haiwan pemangsa. Kemungkinan jatuh kolam amat tipis kerana aku atau staf aku mesti perasaan dan tiada bunyi kambing dalam keadaan panik atau sebagainya.

Kemungkinan dibaham pemangsa adalah besar. Seminggu dua ini kawasan ragutan aku di kunjungi beberapa ekor biawak bersaiz luarbiasa besar. Besar macam komodo. Orang kampung panggil boyan atau biawak riyƩ. Memang pernah ada kejadian biawak makan anak kambing ni. Tapi bukan tempat aku.

Kemunculan biawak-biawak besar ini, 4 ekor individu berlainan, adalah disebabkan orang kampung sebelah menebang pokok di seberang paya yang menjadi sempadan kawasan ladang aku. Aku rasa biawak ni dah terhimpit dengan kehadiran manusia di sebelah sana paya maka mereka lari ke kawasan aku. Selain biawak, sekumpulan babi hutan juga sering kelihatan sejak orang meneroka kawasan sebelah sana paya tu.

Aku juga merasakan ini adalah salah aku kerana sebelum ini membuang bangkai anak kambing yang mati ke dalam semak paya untuk melupuskan bangkai tadi. Perkara yang sepatutnya dilakukan ialah menanam bangkai tersebut. Sekarang biawak ini dah merasa kesedapan daging anak kambing, maka apabila terhimpit dengan kehadiran manusia biawak ini bertukar dari lifestyle as a scavenger to a hunter. Biawak ini boleh kelihatan berjemur di bahawa sinaran matahari pagi berdekatan semak di mana kawanan kambing aku asyik meragut.

Aku dah minta seorang staff aku untuk menembak biawak yang bersaiz super ini. Setakat hari ni masih belum berhasil lagi. Mungkin kena berjaga sehingga seminggu lebih baru nampak hasil agaknya.

Aku harap pesalah akan dapat dihukum dengan segera untuk mengelakkan kejadian yang tak diingini berulang. Semoga ada berita gembira nanti.

Salam hormat!!

Friday, 6 June 2014

Brand New Colony

Tajuk macam lagu dari kumpulan Postal Service. Hahaha!

Telah diberitakan sebelum ini, aku dalam proses untuk set up satu lagi colony baru kambing di dalam sebuah ladang kelapa sawit. Saiz kawanan adalah 25 ekor induk dengan 1 pejantan. Cara pemeliharaan: gembala sepenuhnya!

Aku tak tahu nak panggil semi intensif atau tidak kerana tiada langsung penggunaan dedak bagi colony baru ini from day 1 till now. Diet utama adalah meragut, browsing, makan buah sawit dan minum air sungai yang keruh serta lopak air. Betul-betul gaya hidup spartan (pinjam dari prof Alwi)

And surprisingly kawanan baru ini menunjukkan prestasi yang sangat memuaskan. Setakat ini tiada lagi mortality dan pertambahan berat juga amat memberansangkan. Aku tak dapat selalu hadir untuk lakukan pemerhatian. Tetapi aku melakukan pemantauan dan khidmat nasihat melalui telefon. Setakat ini syukur kepada Tuhan usaha ternak yang baru ini masih lagi tidak menghadapi sebarang masalah baik dari segi kesihatan kawanan, ancaman binatang liar, serangan parasit dan sebagainya.

Oh ya, gambar kambing jantan dalam post sebelum ini adalah pejantan primer bagi colony baru ini. Aku kira seekor pejangan yang hebat, darah katjang mungkin ada sedikit kacukan, tapi aku tak dapat pastikan. Tiada kacukan pedaging seperti Boer atau Kalahari di dalam darahnya, itu aku pasti!

Boleh dianggap satu eksperimentasi. Aku mendapat ilham untuk memulakan projek ini bila timbul peluang untuk melawat ladang sawit + getah di Kuala Krai ini. Di dalam ladang itu telah tersedia sebuah kandang kambing usang lengkap dengan 3 rumah pekerja. Setelah worked out deal yang aku kira beneficial to all parties involved(no rental; is it fair?), aku menghantar staff no. 2 paling dipercayai untuk menjadi extensions of my limbs, eyes and ears.

Kandang usang ini dibaiki dengan minimal cost. Extremely minimal. Total saving. Hanya paku, gergaji, tukul dan 10 batang kayu bersaiz 2x5 yang dibeli. Other materials were derived from the surrounding area. Buluh, batang kayu dari pokok, kayu saiz terbuang dan zink terpakai.

Terrain kawasan browsing pula amat mencabar. Steep climb in excess of 45°. Parit yang dalam dan tidak ubah seperti sebuah gaung. Aku pasti ianya memberi suatu bentuk cabaran dan senaman yang 'menyeronokkan" kepada kawanan baru ini termasuklah pengembalanya. Hehe.

Dikelilingi oleh hutan tropikal yang tebal, tahap kelembapan yang tinggi dan cuaca yang panas. Perkara ini sahaja mampu buat semua makhluk lemas dan rimas. Itu belum masuk aksi tampar menampar berbillion nyamuk sebesar ibu ayam (exaggeration! Jumlah dan saiz).

Setakat ini dahulu.

Salam hormat!!





Thursday, 5 June 2014

A Rare Sighting

Pada suatu petang di dalam sebuah ladang kelapa sawit di daerah Kuala Krai.


Wednesday, 4 June 2014

Current Opex

1. RM200 belanja untuk dedak bagi 180 ekor kambing untuk sebulan dan aku memang strict dalam hal ini. Jika ada shortage period 3 atau 4 hari aku tak akan beli awal dedak ni. Peruntukan hanya RM200 sebulan dan tiada kompromi. Kedekut punya tuan kambing.

2. Consumption garam jilat aku buat guesstimation lebih kurang 10 gram sehari untuk setiap kambing. Harga sekilogram ialah RM3 (mahal nih! Ada yang lebih murah).

3. Air dari kolam pakai pam diesel. Aku buat very conservative estimation iaitu RM100 per month. Musim sekarang hujan. Sepatutnya lagi jimat diesel. Tapi tak apa, letak RM100 dulu.

3 items di atas adalah basic requirements bagi operasi aku. Lain-lain hal yang tidak termasuk ialah gaji, ubatan, tag telinga dan lain-lain(depreciation etc).

Untuk item (1) kos per unit adalah RM0.037 dibundarkan jadi RM0.04 per hari per ekor.

Item (2) kos per unit adalah RM0.03 per hari per ekor.

Item (3) ialah RM0.018 atau lebih senang jadikan RM0.02 per hari per ekor.

Jadi secara purata aku mengeluarkan belanja sebanyak RM0.09 per hari per ekor. Atau nak senang 10 sen seekor sehari.

Pada umur 300 hari kambing-kambing telah bernilai RM30.00 per ekor.

Boleh murah lagi jika aku keluarkan kos concentrate dan hanya gemukkan kambing dengan rumput dan dedaun. Juga akan lebih murah lagi jika bertambah bilangan kambing dengan kos tetap yang sama.

Log Hari Ini

Hari ni aku tak mengembala sebab isteri dan anak-anak aku datang melawat. Anak sulung aku mula-mula beria sangat nak menolong aku bawa balik/masuk kambing dalam ladang. Last-last dia hilang pergi main-main dengan Bubba the Black Sheep.

Semua kambing dah masuk, aku mulakan operasi untuk deworm semua anak kambing yang berumur 4, 6 dan 8 minggu. Kumpulan 4 minggu adalah kali pertama deworm. Kumpulan 6 minggu untuk kali kedua dan kumpulan 8 minggu untuk kali ketiga. Kumpulan 8 minggu dah habis regime deworm maka masuk observation period sehinggalah diceraikan susu pada umur 3 hingga 4 bulan. Sebelum ceraikan susu aku akan deworm sekali lagi bagi preparation supaya cacing tak akan terlalu ambil kesempatan atas elevated stress factor in weaning kids.

Tadi juga aku asingkan anak jantan yang berumur 3 hingga 4 bulan untuk tujuan penggemukan. These kids mostly dah capai 12kg to 16kg. Not bad for katjang crosses and they have no proper concentrates in their diet. Of course ada some slackers. Kena improve genetic atau pun buat singkiran induk yang bersaiz kecil. Boleh tahan bising anak-anak ini mencari ibu masing-masing.

Aku juga tak menang tangan nak perah susu induk yang dipisahkan dengan anaknya. Kawanan kambing aku tak pernah di handle untuk perah susu. Jadi kerja memerah susu ni memang memakan kudrat dan masa. Tapi tak jadi masalah sebab aku paling suka perah susu kambing. Very satisfying job. Sama juga dengan potong kuku kambing. Tapi itu cerita lain kali. Oh ya..pam basikal tak boleh digunakan untuk induk yang buas lagi liar ni.

Lepas buat deworming dan perah susu. Aku buat observation mana yang patut dan buat follow up treatment untuk kambing yang anemic. Buat suntikan iron dan juga hematofos B12. Lama aku tunggu hematofos ni. Lazuli dah tak jual dah, bertahun dah lamanya. Ini pun dapat dari kawan atas kawan atas kawan. Harga jangan tanya. Tapi efficacy ubat ni memang buat aku puas hati. Boleh nampak kambing berubah dalam masa 48 hours.

Aku siapkan kerja awal hari ni sebab nak gi beli barang keperluan keluarga. So that's it for today.

Salam hormat!!

Tuesday, 3 June 2014

Induk Keguguran

Sepanjang menternak kambing kali ini yang ketiga aku menghadapi kes keguguran. Yang pertama adalah induk dewasa, kembar dua. Gugur disebabkan jantan yang aggressive. Keguguran yang kedua adalah induk dara. Single. Juga disebabkan pejantan yang aggressive. Kali yang ketiga ini juga adalah induk yang pertama kali bunting. Tapi kali ini aku rasa ianya disebabkan oleh induk lain yang aggressive. Suka menanduk dan menolak induk yang lain.

Mungkin ruang petak tidak lagi mencukupi untuk kambing-kambing yang ada. Takkan nak tambah kandang lagi? Adoii..

Aku kesiankan induk kambing yang mengalami keguguran ini. Tercari-cari anaknya. Mengembek tak henti-henti. Harap semuanya akan okay.

Janin kambing yang keguguran tu. Umur aku agak lebih kurang 3 hingga 4 bulan. Dah cukup sifat semuanya. Jantina ialah betina.

Monday, 2 June 2014

Browsing is Serious Business

Gambar ni dari minggu lepas. Tak sampai 10 minit masuk kandang dan ini adalah pemandangan biasa. Terus lentok dan tidur. Ada yang terlentang. Ada juga yang tertiarap.



Hari ni juga pejantan secondary kembali ke dalam rut. Nasib dia baiklah sebab ada seekor induk dara yang tengah subur. Seharian berkhalwat. Dua-dua tak sempat makan. Apa sajalah.
Pasangan khalwat sebelum serbuan dilakukan.