Thursday, 28 August 2014

Bagaimana Melatih Anjing?

Sebelum kita mula, wajar juga bertanya kenapa perlukan anjing dalam penternakan kambing. Bagi aku, ianya atas preference individu. Aku punya kawasan yang luas dan terdedah kepada ancaman ular, biawak dan binatang lain. Bagi aku protection dari anjing amat perlu. Baik di kandang primary atau di Second Colony. This fact holds even truer at Second Colony kerana ianya ladang sawit di kawasan pedalam hutan Kuala Krai. Menurut penduduk setempat, pak belang pun ada di sana, termasuk babi, kucing hutan, harimau akar, kera, monyet, king cobra dan naga gaban. Ok yang last tu aku tipu je.

Pun begitu, aku tak harapkan sangat anjing ni untuk protect haiwan ternakan aku. Mereka ini aku anggap sebagai penggera kepada sesuatu perkara kecemasan. Jadi manusia boleh bertindak dalam masa terpantas.

Sebelum boleh merekrut anjing ni bekerja, amat penting bagi owner untuk melatih anjing bagi tujuan disiplin supaya sentiasa mengikut arahan. Barulah orang ramai yang datang ke ladang kita tidak di takutkan dengan stigma yang sentiasa ada dalam fikiran mereka.

Basic obedience training adalah termasuk mengikut arahan, datang bila di panggil,  duduk, bagun, baring, berhenti, menyalak dan sebagainya. Anjing boleh dilatih pada semua peringkat unur walaupun aku lebih suka melatih anjing yang masih kecil sekitar 7 hingga 8 minggu.

Aku sukakan anjing yang bersifat cool, tidak terlalu energetic, independent (tidak mengikut anjing lain), garang, attentive dan bagi aku biasanya anjing betina lebih mendengar kata dari jantan.

Cara aku melatih anjing adalah dengan memberi mereka insentif berbentuk makanan atau treats diselitkan dengan repetitions dan mengeluarkan elemen treat rewards itu secara beransur-ansur.

Biasanya aku akan beri makan sebelum melatih anjing dan akan bawa ia jalan pusing kawasan sehingga agak keletihan. Setelah itu baru lah sesi obedience training dimulakan. Dengan cara ini anjing lebih mudah menerima konsep baru dalam rutin hariannya.

Ada video dibawah ini dimana anak aku memberi arahan 'sit' dan 'up' kepada anak anjing yang telah dilatih. Anak anjing ini berumur 7 minggu dan berupaya untuk membezakan arahan dari individu berlainan termasuklah dari anak aku baru berusia lima tahun. Tadi aku dah upload..tapi kurang puas hati dengan kualiti videonya. Lantaklah. Aku ada video asal di instagram.





video

2nd Colony

Seperti yang diceritakan sebelum ini koloni baru kambing aku tidak kenal istilah manja. Tidak kenal apa itu dedak. Setakat ini, segala puji bagi Allah. Kambing dalam keadaan sihat, bulat dan berminyak. Pengecualian kepada diarrhea yang jarang-jarang berlaku. Biasanya kerana memakan pucuk yang baru. Juga serangan cacing.

Kambing ini dibawa keluar jam 9:30 pagi. Balik semula ke kandang jam 3:30 petang. Plenty of time to browse for the best of forages. Belum boleh keluarkan lagi statistik kelahiran sebab umur purata koloni ini ialah 9 bulan. Masih lagi belum melahirkan anak. Walaupun begitu sudah hampir kesemuanya bunting.

Sebolehnya aku nak tingkatkan lagi bilangan koloni baru ini. Tapi aku taknak keluarkan modal yang besar. 50% peratus dari koloni baru berasal dari kandang primary. Hanya 50% di beli dari luar. Untuk bilangan tambahan aku bercadang membawa kambing dari kandang primary di Rantau Panjang. Tapi itu lah, lambat sikit nak capai bilangan yang aku mahu dan kemungkinan aku juga kena stop jualan sementara waktu sebab nak increase population. Jalan mudah untuk beli sahaja, tapi tak terbukti lah nanti kehebatan anak kandang sendiri. Dilema. Kena weigh out benefit and risk on both options. Both are viable, by the way.




Edited: pada 25/08/2014, 2nd koloni menyambut kelahiran pertama iaitu seekor anak jantan. Alhamdulillah. Sebenarnya entry ini sudah lama terperap sebagai draft. Dan banyak lagi draft yabg aku belum post. InsyaAllah akan diusahakan satu persatu. Sebelum ini tiada masa dan tiada mood untuk berblogging. Aku harap semangat tak akan luntur.


Wednesday, 27 August 2014

Innalillahi Wainnailaihirojiun

Ayahanda aku telah pulang ke tempat asal kita semua menemui Sang Pencipta. Allahuakbar. Engkau lebih menyayanginya.

Pada 14hb Ogos 2014, aku bersama adik aku menemani arwah ayahanda menaiki penerbangan MH376 ke Guangzhou, China. Setibanya di sana, ayahanda nampak sedikit keletihan akibat perjalanan yang agak lama.

Kami tiba di Modern Cancer Hospital Guangzhou lebih kurang jam 4.00 pm. Aku dan adik mengemas barang-barang yang dibawa sambil menguruskan ayahanda supaya dia berasa lebih selesa. Seluruh tubuhnya dipicit untuk memberi kelegaan pada otot dan urat yang telah sekian lama sakit.

Pada keesokan harinya doktor memberitahu aku bahawa ayahanda layak untuk menjalani Immunotherapy tetapi sumber darah untuk terapi itu perlu diambil dari aku kerana bimbang ayahanda akan menjadi semakin lemah setelah diambil darahnya. Aku bersetuju sahaja. Apa sahaja untuk ayahanda aku. Bahkan kami adik beradik telah pun bersetuju untuk menderma sebahagian dari hati kami jika diperlukan. Cuma keadaan tumor atau kanser ayahanda aku tidak melayakkan dia untuk menjadi seorang penerima organ. Profile tumor nya adalah terlalu kompleks diikuti dengan thrombosis pada portal vein atau nadi utama pada hati. Saranan oleh pakar onkologi dari Singapura juga mengatakan ayahanda aku tidak sesuai untuk menjalani transplant mahu pun resection. Chemotherapy juga tidak menjadi pilihan. Hanya Sorafenib, iaitu chemotherapy dalam bentuk pil yang nyata terlalu rendah dosnya untuk menyembuhkan penyakit ayahanda aku. Sorafenib hanya mampu mengecilkan dan melambatkan tumor dari merebak.

Dari 15hb hingga 16hb Ogos 2014, ayahanda bersifat seperti biasa. Seleranya tetap tiada seperti sebelum ini. Ayahanda tidak boleh makan terlalu banyak kerana ascites (pengumpulan cecair di dalam abdomen). Jika terlalu banyak food or fluid intake,  ayahanda akan merasa sekak dan muntah. Kami hanya beri ayahanda makan sedikit-sedikit menggunakan sudu. Pada pagi 17hb Ogos 2014, ayahanda mula tidur dengan nyenyak sekali. Berbeza dengan hari-hari sebelumnya bila dia sering mengejutkan kami ditengah-tengah malam untuk memicit betis, belakang dan mengusap perutnya kerana kesakitan. Tetapi pada hari itu ayahanda tidur senyenyaknya. Hanya bangun apabila dikejut untuk mengerjakan 5 waktu. Pada waktu maghrib ayahanda memberitahu kami yang dia sudah 4 bulan tidak merasai nikmat tidur yang begitu asyik kerana sering sahaja terganggu dengan sakit otot dan fikiran yang tidak tenang.

Pada keesokan harinya, ayahanda masih lagi terasa mengantuk. Pada hemat kami, ini tidak lagi normal, mana boleh ayahanda merasa sebegitu letih sehingga tidur lebih dari sehari suntuk. Pada tengahari 18hb Ogos 2014 doktor memanggil aku untuk berbincang berkenaan kesihatan ayahanda aku. Mengikut keputusan ujian darah terkini, buah pinggang ayahanda tidak lagi berfungsi dengan efficient. Ammonia build up dalam sistem tubuhnya yang menyebabkan perasaan mengantuk yang melampau. Aku juga mengambil bau air kencing ayahanda, nyata tidak ada bau hancing. Ini bermakna tiada ammonia yang ditukarkan kepada urea di dalam air kencing ayahanda. Aku semakin bimbang. Doktor memberitahu akan melakukan immunotherapy pada keesokan hari (selasa 19hb Ogos 2014) dan pusingan kedua pada selasa 20hb Ogos 2014 rabu.

Pada 19hb. Ogos 2014, dos pertama immunotherapy diberikan, respon awal terhadap terapi ini sangat memberangsangkan. Kulit dan wajah ayahnada segera menjadi kemerahan dan terasa hangat tidak lagi sejuk dan pucat. Tetapi keadaan ini hanya bertahan selama beberapa jam. Kemudian ayahanda kembali kepada keadaan asal iaitu mengantuk dan semakin tenat apabila percakapannya mula menjadi incoherent dan gerak-gerinya seperti jerking. Tanda isyarat dari otak kepada anggota badan semakin bercelaru.

Pada jam 11pm 19hb. Ogos 2014, ayahanda mengadu sakit seluruh tubuh. Sakit sendi. Tidak senang duduk seperti orang sakit nak melahirkan anak. Keadaan berterusan selama sejam. Selepas itu keadaan kembali tenang. Aku juga mengambil masa untuk berehat kerana terlalu keletihan. Jam 2am 20hb. Ogos 2014 aku dikejutkan dengan suara ayahanda mendengus kesakitan, kali ini katanya sakit pada bahagian bawah pusat dan tulang sulbi. Aku beristighfar sambil berzikir pada telinga ayahanda. Juga tidak putus berselawat pada junjungan besar manusia paling mulia, Muhammad s.a.w. Aku mengejutkan adik aku dan yang lain. Aku dapat rasa kan ayahanda tidak punya banyak masa berdasarkan pengalaman aku menjaga arwah bonda dahulu sehingga nafasnya yang terakhir.

Kami segera berwudhuk dan membaca surah Yaasin pada telinga ayahanda. Aku melakukan solat hajat agar dipermudahkan segala urusan jika terjadi sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan. Setelah itu, ayahanda mengatakan kesakitan tadi sudah hilang, tetapi terasa sakit pada bahagian dada pula. Ayahanda beritahu kami kesakitan dirasai seperti tertusuk sebatang kayu dari depan hingga ke belakang. Kami memanggil doktor dan jururawat. Mereka juga tidak dapat berbuat apa-apa melainkan beri subtikan painkiller dan cuba menstabilkan vitals ayahanda.

Setelah lebih sejam menanggung kesakitan di bahagian dada, ayahanda mula reda. Tetapi kali ini kesakitan beralih ke bahagian lehernya. Dia meminta air dari adik aku. Adik aku segera memberi ayahanda minum segelas air zamzam yang kami bawa dari Malaysia. Setelah diminum, dia katakan bahawa tidak hilang perasaan dahaganya itu. Kami tidak berhenti mengalunkan zikir, selawat dan istighfar. Sesungguhnya aku tak sampai hati nak ajar ayahanda mengucapkan kalimah syahadah pada masa itu. Kerana dia kelihatan seperti menanggung sakit yang normal dan sedar sepanjang masa akan keadaan sekeliling nya. Sehinggalah ayahanda membuka matanya, merenung ke atas. Aku tahu sekarang ayahanda sedang menghadapi sakaratul maut. Tiada lagi kata-kata dari mulutnya. Maka kami bisikkan kalimah syahadah pada kedua-dua belah telinganya. Tidak putus-putus kami ucapkan kalimah syahadah pada kedua-dua brlah telinganya. Kami usap dada ayahanda yang semakin lemah menarik nafas. Semakin jauh jarak antara dua nafasnya.

Doktor menasihatkan kami agar dibawa ayahanda ke ICU. Kami berbelah bahagi kerana keadaannya sangat tenat. Akhirnya kami akur bahawa yang terbaik adalah untuk bawa ayahanda ke ICU. Disana terdapat lebih banyak peralatan bantuan kecemasan dari bilik wad. Aku dan adik mengambil sedikit masa ketika ini untuk mengerjakan solat subuh. Setelah itu kami cepat-cepat pergi kw ICU.

Doktor dan jururawat bertungkus lumus untuk menyelamatkan ayahanda. Tapi aku tahu, perkara yang paling kami bimbangkan tidak dapat dielakkan lagi. Denyutan nadi pada paparan skrin semakin lemah. Tahap pernafasan sudah jatuh dibawah angka 10 setiap minit. Tekanan darahnya juga terlalu rendah. Doktor melakukan CPR pada ayahanda. Dan selepas beberapa ketika aku mengarahkan doktor supaya berhenti kerana aku tahu ayahanda sudah tiada lagi. Aku hampiri ayahanda pada sisinya dan menutup kedua belah matanya. Ya Allah. Kau lebih menyayanginya. Jam tepat menunjukkan 5.45am. Ini adalah kali kedua aku mengarahkan doktor untuk berhenti dari melakukan CPR. Kali pertama adalah pada 2005 bila doktor melakukan CPR pada arwah bonda aku dahulu. It took a lot in me just to hold up my hand in gesture to stop the doctor from continuing the CPR. Twice nonetheless.

Aku mengarahkan yang lain agar membaca surah Yaasin kerana ayahanda sudah tiada lagi. Aku dan adik balik dan bersiap menghimpunkan segala kelengkapan untuk menguruskan jenazah. Aku sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab ini. Namun ianya tidak mudah kerana kerenah birokrasi yang amat kuat di negara China. Jenazah telah dibawa ke rumah mayat milik majlis perbandaran. Mereka mempunyai kakitangan khas dan kami tidak dibenarkan untuk menguruskan jenazah sendiri. Pelbagai syarat dikenakan untuk membawa jenazah pulang ke Malaysia. Perlu diawet, segala dokumentasi mesti lengkap, perlukan agen untuk menguruskan penghantaran dan ini semua perlukan belanja yang tinggi. Kami amat berterima kasih kepada rakan-rakan arwah ayahanda yang banyak membantu mempercepatkan proses penghantaran jenazah. Adik-beradik ayahanda yang sanggup menolong.  Kakitangan kedutaan Malaysia di Beijing dan Pejabat Konsul Malaysia di Guangzhou kerana tidak jemu menolong kami. Special mention, En. Razak ( Consulate General), En. Nagandran ( Vice Consul), En. Suresh ( staff Matrade).

Syukur kepada Allah s.w.t., jenazah tiba di KLIA pada jam 7.10pm 22hb. Ogos dengan penerbangan MH377. Jenazah dibawa ke Pengkalan Udara TUDM Subang dan diterbangkan ke Kota Bharu dengan pesawat TUDM C-130 Charlie. Terima kasih kepada juruterbang Mejar Mardiana dan Pembantu Juruterbang Kapten Irwan.

Jenazah selamat dikebumikan pada jam 11.30pm setelah disolatkan sekali lagi di rumah keluarga kami di pasir pekan.

Al-fatihah

Hj. Noor Zahidi Bin Hj. Omar
12/11/1957 - 20/08/2014



Monday, 11 August 2014

Sumber Air Dan Kecacingan

Sumber air minuman utama untuk kambing aku adalah dari sebuah kolam sebelah kandang aku. Tak sampai 15 meter pun. Kolam ini pula bersambung dengan paya yang menjadi sempadan semulajadi kawasan ladang aku.

Kolam ini akan terputus hubungan dengan paya jika kemarau panjang berlaku. Ianya mempunyai mata air sendiri, tetapi tidak terlalu besar. Setahun sekali kolam ini akan dipenuhi air banjir dan menyebabkannya bersambung dengan kolam najis utama selain dari paya yang sedia ada.

Jika dilihat pada kualiti airnya, tiada sebarang masalah. Seperti air kolam yang lain. Tetapi aku telah mendapat pengajaran yang amat bermakna dari pemerhatian yang kurang bijak ini.

Pertama: kumpulan betina keluar pada awal pagi, jam 9:30 ke 10:00. Kawasan ragutan mereka adalah lebih luas sehingga ke hujung kawasan ladang. Sumber utama air minuman mereka adalah dari kolah air yang aku letakkan di tempat-tempat strategik. Aku isikan air di dalam kolah ini selain dari air hujan. Kumpulan kambing ini juga akan buat pit stop dekat satu kolah air sebelum memasuki kandang. Jarang mereka kelihatan minum air(dari kolam) di dalam kandang. Ringkasnya, sumber utama air minuman adalah dari air paip dan air hujan.

Kedua: kumpulan kambing jantan yang digemukkan dilepas meragut jam 3:00 petang. Kawasan ragutan hanya di sekitar kandang. Di sebelah pagi telah diberi dedak. Mereka meragut sambil bermain. Di kawasan ragutan berdekatan kandang tiada kolah air seperti yang diceritakan tadi. Sumber air minuman utama adalah dari kolam bila mereka minum dari drinker di dalam kandang.

Pemerhatian: kumpulan kambing jantan bagi tujuan penggemukan mengalami masalah kecacingan serius semasa aku balik bercuti 2 hari dari menjaga ayahanda aku. Kecacingan erius sehingga 4-5 ekor yang anemic.

Ini semakin pelik, kerana kumpulan jantan ini dilepaskan pada waktu petang, risiko kecacingan dari rumput dan tumbuhan sepatutnya hampir tiada kerana keadaan yang kering. Kumpulan betina yang dilepaskan pada waktu pagi mempunyai risiko yang lebih tinggi tetapi tidak mengalami kecacingan yang serius.

Pemerhatian lanjut: sejak 2 bulan lepas cuaca kering melampau. Kolam air utama surut sehingga menyebabkan terputus dengan paya. Mata air di dasar kolam yang kecil tidak mampu mengeluarkan air secukupnya. Paras air kelihatan lebih rendah dari kebiasaan. Setelah kemarau panjang selama 2 minggu atau lebih akan ada suatu hari di mana hujan akan turun dengan lebatnya untuk sehari. Hujan membasahi kawasan kandang dari atas menyebabkan air mengalir membawa najis ke dalam kolam. Air kolam bertukar menjadi hitam.

Penjelasan yang paling logik ialah kolam air utama sekarang sedang sarat dengan parasit.

Penyelesaian: aku menukar sumber air kepada air perigi/boring. Sepatutnya aku lakukan dari awal usaha penternakan. Bukannya tunggu bila dah jadi macam ni. Tapi aku hanya manusia biasa dengan attitude biasa. I learnt my lesson the hard way. Sudah terhantuk.

Rakan-rakan, aku nasihatkan supaya invest dalam perigi/boring atau rain harvesting. Pastikan air minuman untuk kambing adalah dari sumber yang anda sendiri sanggup minum dan beri pada keluarga anda.

Salam hormat!!


Sunday, 10 August 2014

Kehebatan Air Zam Zam

Salam sejahtera. Aku dah balik ke Malaysia. Masih belum berjumpa penyelesaian yang dicari. Jadi usaha ikhtiar harus diteruskan.

Dalam mencari-cari kaedah perubatan terbaik untuk ayahanda aku banyak meluangkan masa membaca artikel berkaitan kesihatan.

Pengenalan: Menurut Dr. Warburg(1931) sel kanser menjadi semakin aktif di dalam persekitaran yang acidic dan rendah oksigen. Keadaan di dalam tubuh pesakit kanser biasanya mempunyai kadar acidity yang lebih tinggi dan bilangan hemoglobin yang rendah. Keadaan ini menyebabkan sel kanser menjadi semakin aktif dan akan merebak dengan cepat. Kebanyakan makanan seperti daging merah, ayam, makanan yang telah diproses, mempunyai bahan pengawet, pewarna tiruan, yang tercemar oleh radiasi bersifat lebih acidic.

Demi Tuhan yang Maha Besar, penawar dan pencegah penyakit seperti yang di atas adalah air zam-zam. Air zam-zam secara semula jadi adalah bersifat alkali dan kaya dengan oksigen.

Permukaan kulit manusia adalah semulajadi acidic. Ramai pengilang produk penjagaan kulit mengesyorkan product yang mempunyai pH 5.5 untuk penjagaan kulit yang sempurna. Keadaan kulit yang berasid ini menjadi 1st defence mechanism bagi manusia untuk melawan bakteria merbahaya. Bakteria akan mati bila persekitaran terlalu berasid. Berwuduhuk dengan air zam-zam pula akan meneutralkan pH kulit. Memberi keseimbangan cas, menjadikan fikiran lebih focus (baca:khusyuk)

Sesungguhnya ilmu Allah itu tidak terjangkau oleh fikiran manusia.

Salam hormat!!



Monday, 4 August 2014

Selamat Hari Raya!!

Belated sebenarnya ni. Sebabnya raya tahun ni tak semeriah sebelum ni. Fikiran runsing memikirkan kesihatan ayahanda aku. Ada hari dia sihat. Ada hari dia kurang bermaya. Selawat syifa'. Solat hajat. Doa.

Esok aku kena berangkat ke India sekali lagi. Untuk bawa ayahanda aku berikhtiar. Belum tahu berapa hari akan berada di sana.

Operasi kambing aku diletakkan di bawah auto pilot. Tak sempat nak fikir secara kritikal tentang kambing aku. Too pre-occupied. Serahkan pada staff aku. Tawakkal sahaja.

Hari raya lepas pun ada induk yang melahirkan anak. Alhamdulillah.

Edited**



Aku berada di india dah masuk hari ketiga. Cuaca kurang panas berbanding lawatan sebelum ini. Hujan turun pada sebelah petang.

Salam hormat!!