Monday, 20 May 2013

Perolehan Baru

So hari ni dapat satu phone call, orang kampung aku. Katanya nak pakai duit dengan urgent. Kena jual semua kambing dia. Aku pun pergilah tengok. Ok jugak kambing nya. Seekor jantan muda. Lagi setahun baru cukup umur kot. Ibu size besar dengan dara 6 bulan 3 ekor. Semua sekali RM1,550.00. Kira-kira duit dalam poket, cukup lagi. Lepas negotiate sikit lagi kitorang terus akad jual beli. Dia offer lagi 2 ekor. Yang ni mahal sikit. RM700.00 sepasang. Umur lebih kurang setahun. Negotiate nipis-nipis. Pastu kitorang akad jual beli.

Lepas habis jual beli, aku barter seekor anak jantan muda umur 5 bulan dari kandang sendiri dengan seekor dara bunting dengan kawan aku. Kira win-win lah sebab dia tengah cari pejantan. Aku pulak nak tambah bilangan induk.

Balik rumah, lepas solat maghrib, mengadap internet sambil nak merehatkan badan. Buka mudah.my ada sorang pakcik nak jual kambing 3 ekor RM850.00. Seekor jantan dah cukup umur dengan induk beranak satu. Ini dah cukup bagus. Terus call pakcik tu set appointment esok dengan dia. Rasanya boleh negotiate lagi tu. Kita tengok esok macam mana.

6 comments:

  1. perghh..byk tmbah stok bro.haha.den suka beli bnyak trus dr kndg yg sama sbb biasanya kmbing ni dia pyah cket nk brgaul mesra kalu group lain2.so sng cketla..tp xde mslh lma2 pun ok jgak nnti..brpa ekor dh skrg?

    ReplyDelete
  2. hahaha..ada lebih duit dari trading tuan..ingat tak nak tambah dah bilangan induk..cukup dengan yang ada dekat ladang..kawan sekampung tu urgent nak pakai duit,harga pulak murah dengan kualiti kambingnya..jadi hamba tolong lah. hamba amik dari pelbagai sumber bagi nak memantapkan lagi perkahwinan silang.harap2 menjadi la.bab pergaulan, memang susah mula2 semua nak gaduh je..lama2 ok jugak.

    sekarang bilangan ternakan semua sekali 76 ekor.alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. ECH dah biasa bab bela membela kan? Full time ke penternak kambing?

    ReplyDelete
  4. Salam prof.

    Bela membela dari kecik lagi.lepas tu kerja pun berkait dgn bela lembu.agak skrg lembu dah slow. Jadi penternak kambing pulak. InsyaAllah akan stick dgn profession (profession la sangat) ni.

    Skrg dah full time lah.awal2 dulu ada org bantu.skrg semua buat sendiri.

    ReplyDelete
  5. Much faster is not always a good thing.the learning curve is much too steep.

    ReplyDelete