Monday 24 June 2013

Apa Benda Merepek

2-3 hari ini banyak artikel dalam surat khabar bercerita tentang kelesuan industri ruminan daging kambing dan tenusu negara. Semuanya berkisarkan kekurangan SSL negara dalam membekalkan hasil tani tersebut kepada rakyat.

Bagi aku senang saja perkara ini. JPV dan MOA selaku badan yang meluluskan permit import daging dari negara luar perlu memikirkan satu mekanisme bagi mengurangkan kebergantungan kepada produk import. Aku melihat Indonesia dan Thailand sebagai contoh yang terbaik. Kedua-dua negara mengenakan sekatan ke atas daging dari luar negara, kecuali high end products untuk niche market yang mana mereka tak boleh nak produce dengan kualiti yang sama.

Indonesia berjaya mengurangkan eksport dari 500,000 ekor lembu setahun kepada 150,000 lembu ekor setahun. Malah Santori sudahpun memasuki fasa kedua dalam program pembiakan di mana mereka sekarang menjual anak lembu hasil pembiakan kepada negara China untuk program pembiakan di sana.

Sama halnya juga dengan produk tenusu, aku pernah ke Thailand dan pergi ke pasaraya di sana. Hampir keseluruhan produk tenusu diasaskan di dalam negara. Dan pengecualian sekali lagi hanya diberi kepada niche products yang tidak dapat dihasilkan oleh mereka.

Jadi kunci disini adalah mengurangkan atau menghentikan import supaya pengusaha mendapat insentif dari segi ekonomi. Malas dah aku nak cerita panjang-panjang. Cerita panjang-panjang pun tak guna , bukan ada pihak yang nak dengar pun. Sebab kekurangan macam inilah yang menjadi lubuk duit bagi sesetengah pihak kerana apabila ada kekurangan ternakan kerajaan akan terus melaksanakan projek mega bagi memperkasakan kembali industri. Dan setiap kali projek sebegini dilaksanakan,kita semua tahu  apa kesudahannya. Hanya pihak yang membekalkan ternakan yang buat untung. Cukup.


5 comments:

  1. Salam tuan rumah,
    apa yg aku buat senang je..aku taknak habiskan masa dgn berbincang dgn MOA sebab aku banyak kerja lain.
    what I do is I send a memorandum straight to MOA Putrajaya. Depa nak laksanakan itu hal depa. aku cerita hal sebenar. kerajaan nak dengar atau tidak, kita tahu setiap 5 tahun sekali, apa kita nak buat..
    buat sementara tu, kita 'lobi' je la untuk kepentingan penternak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin satu memorandum tak cukup. InsyaAllah saya akan tambah.

      Delete
  2. Salam jugak buat tuan rumah..hehe

    dari segi pndgan mata kasar den,pnca sbnarnya con-sultan yg brtndak sbgi advisor dasar jbtn trtentu ni smua dri pihak brkpentingan.JPV amik importer sbgai advisor dia,habis cmner la nk bt dasar yg memihak kpd pembiak local.kdang2 lucu jgk tgok suasana pntrnkan di Malaysia ni.last2 penternak yg independent je yg bleh survive..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan isal.

      Itu dari segi pelaksanaan projek ternakan.dan saya setuju dgn pendapat tuan isal.

      Tapi yg saya maksudkan, utk membuatkan industry kita sustainable dan viable. Adalah perlu utk eliminate saingan dari bahan import luar negara.semacam sekatan ke atas kereta import utk pelihara proton.

      Kenapa tidak lakukan perkara sama dgn industry ternakan. Alasannya cuma satu. Import daging, tak kira kambing lembu kerbau semuanya lumayan. Annual value is almost RM1 billion. Now u know mana politicians dpt duit berkempen. Dan masalahnya hanya beberapa syarikat yg terlibat.tak sampai pun 10 sykt.just imagine the profit.would they give up their business just so that we can grow to be successful farmers and have a proper industry? I think not. Bagi importer daging atau ternakan hidup, the poorer our industry performs the better sebab org akan pergi kpd mereka.and as for jabatan pendidikan vokasional, as long as they receive proper funding utk hari sukan staff dan juga puspanita mereka akan senyap.


      kita yang menentang ni silap2 sampai peluru dalam peti surat. business 1 billion tu. Sapa mau give up?

      Delete
  3. Jpv lebih banyak mendengar suara importer dalam bab polisi kambing negara. Tahun demi tahun, suara dan campurtangan para importer semakin kuat. Habih tenggelam suara pembiak.

    Except bermula tahun sudah, importer dah mula sedar kewujudan persatuan pembiak, yang sidestep jpv dan berjaya merekrut central agencies sebagai rakan persekutuan.

    we are not a force to be ignored, we do have strength, and the necessary influence to effect changes.

    ReplyDelete