Saturday 1 June 2013

Cukup Setahun

Alhamdulillah. Hari ni 1 hb. Jun 2013, genaplah setahun aku jadi penternak kambing. Pelbagai kisah aku lalui sepanjang setahun ni. Kadar kematian anak kambing yang tinggi ada jugak kadang-kadang buat aku patah hati dan bersedih. Tapi bila minum susu kambing terus jadi happy. Ada euphoric effect juga ke susu kambing ni?

Kidding rate aku stays the same at 1.6, ada 6 ekor dara yang sedang sarat bunting sedang dalam pemerhatian nak melahirkan anak. But they have past the threshold. Paling awal aku rasa dalam dua minggu lagi. Aku tak expect twin birth sebab semuanya dara dan nampak gaya tubuh badan pun kecil.

Sebagaimana dalam post sebelum ini, kambing-kambing yang ada di ladang semuanya datang dari pelbagai kawasan dan dalam pelbagai keadaan semasa ketibaan di kandang. Ada yang sehat, ada yang kecacingan, ada yang berkutu, ada yang tak pandai meragut, ada yang anemic, ada yang bunting dan lain-lain lagi. Satu cabaran juga bila berhadapan dengan keadaan macam ni. Padan muka aku, siapa suruh beli kambing borong.

Yang paling seronok bila dapat anak. Paling tak seronok bila ada kematian dan tambah lagi bila aku tak dapat buat apa-apa sebelum kematian berlaku i.e. rawatan, prevention dan sebagainya. Ya, masalah ular sawa masih belum selesai lagi.

Cuaca hari ni sangat redup, seronok tengok kandang kosong, semua kambing dengan anak-anak sekali turun meragut. Suka betul kambing-kambing ni. Siap guling-guling, lompat-lompat bagai. Harapnya esok pun cuaca macam hari ni. Gambar kat bawah ni group terbaru yang masuk ladang aku, tak berapa nak kenal dengan kambing lama. Meragut sama-sama mereka



Tadi masa keluar ke pekan,  aku tengok ramai orang kahwin, tak cukup jari kaki tangan nak kira. Jalan jem teruk. Nanti tunggu lah lagi 9 - 12 bulan. Hospital pulak jem. Ok time tu memang market kambing akan melambung naik. Wahaha..capitalizing on  breeding factors of others..hahaha..macam apa daa..

Step seterusnya untuk kemajuan kambing ni aku ingat nak incorporate darah boer. Am gonna try out as what other breeders do. Aku dah ada sekor induk boer, adik aku punya. Dia beli sepasang dulu, tapi yang jantan hilang entah ke mana. Aku suspect jatuh dalam kolam najis masa meragut. Adik aku rasa kena baham dengan ular. Whatever it is, boer jantan tu agak slow,  I dont think he'd make a good sire anyways. Jadi target aku nak dapatkan seekor pejantan boer, tak kisahlah gred apa pun, janji ada darah boer. Adat penternak kecil-kecilan, macam ni lah.

Hari ni jugak pejantan primer aku kembali ke dalam rut. Habis induk dia kejar. Habis induk dia kerjakan. Harap-harap by October or November akan dapat sambut anak-anak kambing lagi lah. Tapi time tu hujan, kidding dalam musim hujan bukanlah favorite aku sangat sebab banyak masalah nak kena hadapi.

Apa-apa pun syukur Alhamdulillah setahun yang amat bermakna untuk diri aku..

Adios..


5 comments:

  1. alang2 nak masuk boer, cari boer yang tiptop tuan. sy pun nak masuk boer, tapi jadi terminal sire je. hehehe. perjalanan saya pun jauh lagi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang harga meletup2.yg fullblood mau sampai 3000 sekor.nak amik yg anak takut risiko tinggi.harga dah la mahal.tapi semestinya nak dapatkan yang local birth.

      Sama la kita.perjalanan masing2 semua jauh2 lagi.tak tahu apa masalah yg kena hadapi di masa depan.

      Delete
    2. crossbreeding je amigos. jenuh kalo nak buat fullblood. kita buat crossbreeding, kita buat selection, makan masa tapi berbaloi.

      Delete
  2. yaa market kambing semakin baik akan datang.

    target market sememangnya upacara keagamaan, jauh lebih lucrative dan mudah berbanding daging proses.

    well, keep crossing!

    n you have past a year in operation, good luck!

    ReplyDelete
  3. happy goatfarming anniversary bro ECH...biasola tu pntrnak bru mcm den dlu kidding rate xda mslh cma mortality la tnggi.tp lma2 okla.bro dh ada resepi kjyaan dah semi-intensif,pengembala,kmbg kacukn kmpg..insyaAllah akn brjya dgn pntrnkn kmbg nnti..keep on posting bro..:-)

    ReplyDelete