Thursday 20 June 2013

Misi Menyelamat

Petang tadi masa nak halau semua kambing masuk kandang tiba-tiba ada seekor kambing sedang struggle. Rupanya dah tenggelam separuh badan dalan kolam najis. Terlalu fokus dengan aktiviti meragut sehingga tak sedar ia sudah berada dalam situasi bahaya. Rumput sedap sangat kot. Memang rumput kat situ segar-segar pun. Hijaunya lain macam walaupun cuaca sangat panas kebelakangan ini. Itu yang buatkan ianya irresistible buat kambing-kambing aku.

Aku nekad tak akan biarkan kambing ni terus tenggelam dalam kolam najis. Kolam najis ini ibarat pasir jerlus/quicksand macam dalam cerita Indiana Jones tu. Lagi kita bergerak sebab panik, lagi ke bawah kita jatuh. Samalah halnya dengan kambing ni. Bila saja ia melihat rakan yang lain berlari-lari nak naik kandang sedangkan dia pulak terlekat dalam bubur najis yang pekat tu, bertambahlah panik. Lagi cepatlah ia tenggelam.

Cepat-cepat aku pergi ke stor peralatan, ambil satu kayu panjang dan satu tali. Kembali ke kolam najis bukak baju dan seluar terus berjalan di atas rumput tebal di dalam kolam. Tak sangka rumput ini mampu menahan berat badan unggul aku ini. Unggul laa sangat kan..kambing dah bertempik dari tadi lagi. Aku tak boleh nak rapat lagi dah sebab kaki dah makin tenggelam. Kolam tu dah la dalam. Aku ingat lagi masa gali dulu, satu excavator gali sebanyak satu level. Selesai satu level, excavator masuk ke dalam kolam yang baru digali tu dan gali satu level lagi dari dalam kolam. Dalam tu woo..

Apa-apa pun aku berjaya lasso kepala kambing dengan menggunakan tali dan kayu yang aku bawa. Terus tarik tanpa belas kasihan. Melayang kambing tu keluar dari kolam najis. Alhamdulillah, selamat. Aku pun dapat keluar dengan selamat.

Tapi dia punya panik si kambing ni sekejap je. Terus dia lari ke atas kandang, siap gi masuk stor curi dedak lagi (aku lupa tutup pintu stor masa ambil tali dengan kayu sebab panik sangat). Cilakak punya kambing. Hehehe.

Aku happy sangat sebab dapat selamatkan satu nyawa. Walaupun hanya nyawa seekor kambing. Sorry takde gambar sebab panik dan penat.

4 comments:

  1. perghh..yg ni barula pntrnak kmbg sejati,snggup brkorban jiwa raga utk kmbing.hehe..detik2 cemas mcm niler kalu rakam mmg terbaik.haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak dah jadibhamba kambing dah macam ni kan...hahaha..

      Delete
  2. Replies
    1. We have to treat our animals with the same respect for people.adatnya semua makhluk Allah s.w.t. yg maha berkuasa.Tapi perasaan sayang dekat haiwan ternakan ni ada keberkatannya..tak gitu?

      Delete