Friday 21 June 2013

Sesi Gembala Lembu




Selain dari mengembala kambing, aku juga suka mengembala lembu. Ini adalah lebihan lembu dari keseluruhan 9 tahun operasi kandang kami. Terdapat 112 ekor buat masa sekarang. Lebihan lembu bermaksud lembu yang kami bawa masuk dari Thailand tetapi tidak dapat dijual kerana cedera, sakit, cacat dan sebagainya. Setelah melalui rawatan, lembu ini kembali normal dan membiak. Ada juga beberapa ekor lembu yang buta kerana tidak diberikan secukupnya susu awal oleh ibu mereka. Lembu ni hidupnya cuma dengan meragut. Kebanyakan baka dari Brahman Thai, Charolais, Thai Black, Angus, Brangus, Draughtmaster, Jersey, Holstein, Myanmar Zebu dan juga K-K. Senang cakap lembu company la. Anak-anak dari lembu ni ada yang dibuat bayar zakat, korban, diberi percuma untuk kenduri sedara-mara, bonus kakitangan, sembelih untuk dibahagikan daging dan lain-lain. Senang cakap lembu untuk welfare la.

Bulan lepas sahaja ada 8 kelahiran. Alhamdulillah semuanya hidup sihat. Rutin harian lembu ni pukul 8am dah bergerak ke pasture. Sampai la pukul 7pm baru balik ke kandang. Kadang-kadang je aku gembala lembu ni. Kalau takde kerja sangat. Sebab gembala lembu ni boring sikit. Kurang aksi mereka berbanding kambing. Takde kelincahan melompat atas busut anai-anai, memanjat pokok,  melompat lincah. Lembu dia makan sahaja, menunduk tawadduk menghadap rumput. Pergerakan pun kurang. Kalau dah panas sangat ia mula mencari tempat berteduh, especially baka-baka tenusu.

Apa-apa pun, gembala kambing lebih interesting dan memenatkan. Aku lagi suka yang tu. Hari ni kat kandang kambing tidak eventful sangat. Aku rawat mana yang patut sahaja. Bagi makan sedikit. Bagi susu pada anak yang kematian ibu dan terus lepaskan mereka ke padang.

5 comments:

  1. waa..byak jgak lembu tu.dsbbkn bro tlah lma mntrnak lmbu pelbgai baka (den tau baka KK n Brahman je).Den nk tnya lembu baka mana paling cpat knaikan berat bdan,daging cpat matang/padu,carcass tinggi,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde la banyak mana pun.dah la lembu2 reject semuanya.ada satu baka yg hamba lupa nak mention dlm kawanan lembu diatas.namanya Kampheng Saen. Asal lembu ni dari daerah Kampheng Saen.Antara beef breed yg dibangunkan oleh Thailand selain Ponyangkam yg lebih kepada ciri2 Wagyu.ianya hasil dari campuran charolais, brahman dan lembu kampung thai.dari segi karkas ianya adalah terbaik.malah lebih baik dari charolais.ACC, brahman dan beefmaster US.cumanya baka ini tak diiktiraf sebab population kurang dan mungkin juga mat saleh taknak mengaku kalah dgn teknologi thai.standard carcass boleh capai sehingga 69% peratus.ini pengalaman hamba sendiri masa sembelih lembu di thailand.

      Dari segi senang nak bela tentunya brahman.lasak.dan jinak.tapi karkasnya paling tinggi saya pernah tengok 57%.walaupun rendah sedikit saya masih rasa brahman lembu terbaik utk bela sebab senang nak handle.senang nak source.senang segalanya.jadi walaupun % karkas rendah.tapi dari segi kesenangan yg lain hamba rasa ianya outgrow faktor lain.tapi pandangan ini betul2 personal opinion hamba.tidak berkait dengan research mana2 pihak.tq

      Delete
    2. teknologi Thailand ni mmg maju dr Malaysia.Kamphaeng Saen(KS) yo nmo eh.. bro ada x smpan baka ni?bgus jgak bt pejantan baka ni,den xmnat sgt dgn baka original ni byk mslah.kalu dh kacuk okla..Brahman karkass mmg xtinggi kalu kira dgn baka kambing samala dgn Jamnapari kot,tinggi kurus rangka bsar.mmg kalu tokey2 daging ni diorg akn cari baka KK atau KK cross..

      den mnat dkat baka2 pedaging saiz sderhana,ssuaila utk dkacuk dgn KK den ni.hehe..

      Delete
    3. Baka brahman ni ok sebenarnya..tapi ada org yg tertukar dgn indo brazil.indo brazil ni mmg sebijik mcm jamnapari.tulang besar.warna sama macam brahman cross.tinggi.panjang.telinga panjang lebih sehasta.baka ni memang tak boleh buat daging.karkas yield sangat rendah.nak gain weight pun makan masa.

      Saya ada simpan kampheng saen ni.nanti saya boleh amik gambar dan buat entry khas sementara tu.tuan isal boleh tanya lebai google kalau nak tau dgn lebih lanjut..hahaha

      Delete
    4. a'ah bro,yg tlinga pnjang tuler.mmg fail karkass n daging dia.dlu ada geng2 pntrnak area Jengka try bt feedlot lmbu ni.mmg hancur bro,xde org nk beli.huhu..

      dh try google bro,mmg xde cter sgt psal KS ni.tp tgk gaya mmg ada rupa Charolais dr sgi wrna.den dpt info ttg kndgn darah Brahman 25%.Charolais 25% dan Thai native 50%,saiz dlm 200-300kg 24-36bulan kira okla utk baka akikah n smbelihan dging..kalu ada pnjntan dia den nak bro.hehe

      Delete