Selamat hari raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Semoga kita dipertemukan lagi dengan bulan mulia Ramadhan penuh barokah.
Sebulan ramadhan lepas prestasi kandang agak mengecewakan. Ini kerana ada 6 kes keguguran berlaku. Tak pernah aku alami kadar keguguran yang begitu tinggi. Kebanyakannya adalah induk dara yang pertama kali bunting. Dari segi cuaca, pemakanan dan faktor-faktor lain semuanya sama tiada perubahan. Induk yang keguguran ini pula semuanya sihat-sihat sahaja. Gemuk. Bulu berkilat, berminyak. Aku perhatikan juga tiada pergaduhan, tanduk-menanduk antara mereka.
Ini mesti ada sesuatu yang tak kena ni. Hubungan aku dengan Maha Pecipta. Hubungan aku sesama manusia. Tanggungjawab aku melaksanakan kewajipan sebagai pemilik ternakan. Aku rasa ini adalah warning sign untuk aku menyemak balik kelakuan aku sendiri. Kena muhasabah diri sendiri.
Hmmm....
Salam hormat!!
Monday, 28 July 2014
Tuesday, 15 July 2014
Seminggu sudah
Hampir seminggu aku berada di New Delhi. Tujuan ke sana adalah untuk menemani ayahanda mendapatkan rawatan. Ikhtiar kami masih lagi belum menemui kejayaan. Ya Allah, sembuhkanlah penyakit ayah ku ini. Sesungguhnya dia adalah hambamu yang banyak berjasa, berikanlah peluang kepada kami, anak-anaknya untuk membalas jasanya. Maka Engkau sembuhkanlah penyakitnya.
Cerita pasal New Delhi. Cuaca sangat panas. 42° - 43° celcius. Panas bukan kepalang. Aku tak biasa dengan bahang panas macam tu. Tempoh berpuasa pun agak lama. Tambah 2 jam setengah dengan tempoh berpuasa di Malaysia. Alhamdulillah, boleh berpuasa dengan sempurna. Kami menyewa apartment dengan harga yang amat murah. Ada satu bilik tidur, ruang tamu dan dapur. Jadi semua makanan kami masak sendiri. Bab makanan paling best, sebab hari-hari makan beras basmathi. Selera sungguh. Tapi yang paling best, sebab hari-hari makan cabrito. Naik train metro ke pasar basah atau hypermarket untuk beli lauk basah. Kambing semestinya. Muda, murah dan halal.
Rutin aku ialah berada hospital pada siang hari. Balik ke apartment untuk berbuka, ke hospital sebelah malam dan balik lewat malam untuk bersahur. Dalam period ni, aku langsung tak ambil tahu pasal ladang. Tak sempat nak fikirlah. Berserah sahaja kepada yang Maha Besar.
Aku juga banyak bersembang dengan international patient liaison yang di assigned oleh pihak hospital kepada kami. Seorang muslim. Muda lagi, umur 26 tahun. Namanya Ali. Aku bertanya banyak hal pasal budaya, amalan, tatacara hidup di New Delhi dan Haryana. Satu perkara yang mengejutkan ialah mereka tak makan daging buffalo frozen yang Malaysia dok beria-ia import. Lembu memang la tak makan langsung sebab menjadi satu kesalahan untuk sembelih lembu kat sana. Kalau kat kampung mungkin boleh, tu pun sorok-sorok. Jadi yang mereka makan hanyalah ikan, ayam, itik, babi biri-biri dan kambing! Dan pemerhatian aku semasa pergi beli-belah kat pasar, jumlah gerai menjual daging kambing melebihi jumlah gerai yang menjual daging-daging lain. Ada juga produk hiliran yang menggunakan daging kambing seperti burger, meatball tapi yang terbaik adalah shishkabab. Terrrrbaik!!!
Harga daging kambing kat sana mengikut cuts. Paling mahal pun dalam Rupee 480 atau lebih kurang RM24 per kilogram.
Lepas seminggu kat sana aku balik ke KL. Sambung lagi seminggu jaga ayahanda kat KL. Langsung tak sentuh pasal ladang. Alhamdulillah sepanjang ketiadaan aku, ada juga induk yang beranak. So that's a good news.
InsyaAllah aku balik esok hari. Tapi maybe tak masuk ladang lagi. Ini tempoh paling lama aku tak masuk ladang semenjak jadi penternak. Masa isteri aku melahirkan anak aku pun aku hanya cuti 2 hari sahaja.
Ok layan gambar kambing dulu.
P/S: Terima kasih kepada En. Adil LRGF sebab sempat supply susu untuk di bawa ke India. Berjaya seludup masuk susu LRGF ke India. Dah dapat international standard dah tu. Hehe.

Saturday, 5 July 2014
Apa Yang Kecohnya?
Terbaca entry alwigoatfarm pasal bombardment dari importer yang bersepakat dengan kafir Australia.
Aku tak ada akaun FB, jadi pinjam isteri punya sebab nak tau juga apa yang puak-puak importer ni bercakap. Hmm..ok lah..semua orang ada mulut..jadi semua orang boleh bercakap tapi tak semua cakap pakai otak. Aku tidak terkecuali. Cuma ada satu argument yang aku rasa mungkin sesuai untuk budak yang belum masuk jawi, iaitu berkenaan kambing boer australia yang ada darah cross dengan feral. Katanya kambing boer cross pun tak boleh disembelih lah sebab ada darah cross dengan feral. Amboi..bijak nya!
Kita ini bercakap pada dasar kambing untuk sembelihan yang telah diternak, ditundukkan. Dah kalau boer tu bergenerasi dah dibiak, mestilah secara tidak langsung ianya juga diternak, ditundukkan. Isunya disini, mana ada feral yang dieksport ke Malaysia ini diternak atau ditundukkan. Kalau setakat duduk dalam holding yard sebelum dipunggah ke atas kapal, itu tidak dikira sebagai penternakan. Percayalah!
Aku dulu pun pernah ke Australia, mana ada orang mereka ternak kambing feral. Jangan la nak kelepet sangat. Cari kat youtube sekalipun takkan ada video pasal ladang yang ternak kambing feral ni.
Cakap pasal video, ada satu aku nak kongsi bawah ni. Terang jelas lagi bersuluh, kambing feral ini asalnya kambing liar. Dalam video ini ada scene di mana kambing tu kena manhandled, terpekik, terlolong sebab tak biasa. Kambing yang diternak, yang sudah ditundukkan tak akan ada masalah macam ni.

National Committee on El Nino Phenomenon
Everyone knows what El Nino is and all the fuss associated with it. So there's no need for me to provide a background information on the sebject matter.
Beberapa hari, laporan Astro Awani mengatakan Timbalan Perdana mempengerusikan sebuah mesyuarat jawatankuasa seperti yang di atas. Segalanya berkaitan langkah-langkah short term dan long term yang perlu diambil bagi menghadapi fenomena El Nino dan juga demi memastikan bekalan makanan untuk rakyat Malaysia sentiasa akan mencukupi.
Ini termasuklah menumpukan kepada tanaman dengan keberhasilan tinggi (high yield), merancang jadual pengairan tanah sawah dengan kaedah yang lebih efficient, mempelbagaikan hasil dan pendapatan nelayan, menjalankan kempen kesedaran dan pembangunan simulasi ramalan berkenaan fenomena ini.
Tapi aku tak nampak satu apa benda yang berkaitan dengan penternakan. Tak tahu lah sama ada tidak dimasukkan di dalam laporan. Tetapi kalau hanya nak bersandarkan laporan tu bagi aku warga penternak, pembiak sekali lagi dipinggirkan dan dinafikan peranannya di dalam menjamin keselamatan makanan negara.
Muhyiddin, walaubagaimanapun ada menyebut golongan petani dan pembiak ternakan (livestock breeders) dan golongan usahawan akan diberikan bantuan melalui Tabung Bantuan Bencana Agromakanan. What is it? Seriously I don't have the slightest idea what it is all about. Apa bentuk bantuan pun aku tak tahu. Ini esok kena gi Agrobank tanya. Biasa bantuan macam ni sama ada disalurkan melalui Agrobank atau Jabatan berkaitan, juga melalui Agrobank.
Cuma yang lebih menarik perhatian aku adalah kenyataan Muhyiddin yang mengatakan bahawa lebih banyak produk makanan diimport atau di bawa esok dari negara luar jika stok makanan di dalam negara berkurang secara serious. Bagus? Tepuk dada, tanya pengalaman lepas. Food security adalah kebergantungan kita terhadap tahap pengeluaran dan sara diri kita sendiri. Bukan kebergantungan atau kemampuan kita mengimport dari negara luar. El Nino ni bukan di Malaysia sahaj, tapi seluruh dunia. Dan kita bukan mengimport dari Marikh, Jupiter atau Pluto. Faham tak?
Sekarang, aku lebih yakin bahawa satu cara sahaja yang boleh menjamin food security ini, iaitu dengan mengamalkan prinsip "every man for himself". Kalau ada lebih baru boleh beri kepada orang lain. Sebabnya? Polisi yang diketengahkan hanyalah bersifat short term (import). Semakin hari semakin aku yakin bahawa untuk meningkat SSL negara tercinta ini semakin sukar. Jadi jalan terbaik adalah untuk meningkatkan SSL sendiri.
Unpolished sebenarnya entry ini. Lain kali sambung lagi.

Subscribe to:
Posts (Atom)