Monday 28 July 2014

Ada Sesuatu Yang Tak Kena..

Selamat hari raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Semoga kita dipertemukan lagi dengan bulan mulia Ramadhan penuh barokah.

Sebulan ramadhan lepas prestasi kandang agak mengecewakan. Ini kerana ada 6 kes keguguran berlaku. Tak pernah aku alami kadar keguguran yang begitu tinggi. Kebanyakannya adalah induk dara yang pertama kali bunting. Dari segi cuaca, pemakanan dan faktor-faktor lain semuanya sama tiada perubahan. Induk yang keguguran ini pula semuanya sihat-sihat sahaja. Gemuk. Bulu berkilat, berminyak. Aku perhatikan juga tiada pergaduhan, tanduk-menanduk antara mereka.

Ini mesti ada sesuatu yang tak kena ni. Hubungan aku dengan Maha Pecipta. Hubungan aku sesama manusia. Tanggungjawab aku melaksanakan kewajipan sebagai pemilik ternakan. Aku rasa ini adalah warning sign untuk aku menyemak balik kelakuan aku sendiri. Kena muhasabah diri sendiri.

Hmmm....

Salam hormat!!


4 comments:

  1. Selamat hari raya bro imran. Maaf zahir dan batin. Terima kasih diatas semua tunjuk ajar selama ni. Wish you all the best!

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin..
    Bagi saya, perkara ini adalah 'normal' berlaku pada permulaan sistem yg digunapakai. Kalau gembala, dalam 3 tahun pertama mesti ada masalah. Masalah kurang dalam sistem intensif (dengan syarat kuantiti dan kualiti makanan mencukupi).
    Bertukar dari sistem intensif kepada sistem semi atau gembala, juga akan berlaku perkara yg sama dalam tempoh tertentu.

    ReplyDelete