Kalau dikira, ini kejadian pertama kawanan kambing aku diserang oleh sekumpulan anjing liar.
Kejadian berlaku pada jam 12 tengahari. Lebih kurang sejam selepas mula meragut. Aku nampak 3 ekor individu jahat yang terlibat.
Serangan pertama berlaku dengan amat pantas. Aku mendengar ada kambing yang berteriak dan seluruh kumpulan lari berpecah kepada beberapa kumpulan kecil. Ada satu kumpulan kecil lebih kurang 7 ekor kambing dapat diasingkan oleh kumpulan anjing tadi, lari ke ke bahagian hutan yang lebih tebal.
Ketika ini Frankie dan PayPay sudah mula gelisah dan cuba mengesan kehadiran penyerang dengan deria bau mereka. Mereka mengejar menembusi hutan. Aku terpaksa keluar dan ikut guna jalan biasa.
Setiba di pintu pagar hadapan kawasan ladang, aku lihat PayPay melarikan diri dan berlindung di belakang pagar kandang. Tubuhnya yang kecil membolehkan ia menyusup masuk melalui jeriji pagar. Frankie yang agak besar tidak dapat buat macam tu. Anjing liar 3 ekor tu memang ganas. Frankie diasak sehingga tubuhnya rapat ke pagar. Saiz anjing liar tu pun 2 kali lebih besar dari Frankie. Tapi Frankie agak berani juga la untuk jejak dan lawan mereka. Cuma bila dihimpit 3 lawan 1, Frankie terpaksa mengalah.
Aku terus menjerkah kesemua mereka bila aku lihat Frankie diasak macam tu. Sambil jerit sambil menghayun tongkat aku. Ketiga-tiga budak jahat tu terkejut dan Frankie pun tahu aku datang nak menolong. Dia kembali menjadi berani. Dikejarnya ketiga-tiga anjing tu. PayPay pun turut sama. Di bahagian tepi pagar aku lihat seekor induk rebah terbaring di atas rusuk kanannya. Mendengus kesakitan. Ketika ini Frankie dan PayPay sedang berjaga dan seolah membuat benteng pertahanan jika budak jahat 3 ekor itu datang kembali. Aku segera mendapatkan kambing itu. Cuba membalikkan badannya dengan penuh perasaan gerun kalau-kalau badan sebelah kanannya luka teruk digigit anjing liar. Aku tak nampak kesan darah yang banyak. Hanya ada kesan luka tebukan taring tajam. Tapi kambing itu seolah rebah dan lemah. Mungkin trauma diserang anjing. Aku segera mengangkatnya dan ia dapat berdiri dengan baik. Cuba kembali bernafas dengan normal dan berjalan. Aku menuntunnya untuk kembali ke dalam kawasan kandang. Langkahnya lemah dan terketar-ketar.
Ketika ini Frankie dan PayPay masih lagi bertahan dan cuba menjejaki penjahat itu. Syukur kambing tu tak ada apa-apa. Cuma luka akibat taring pada bahagian peha, perut dan leher. Aku cucuk kambing tu dengan antibiotik kerana suhu badan nya naik mendadak. Demam. Aku juga risau jika ada jangkitan kuman atau apa-apa lah. Kesan luka kulit terkoyat dirawat seperti biasa. Sepatutnya dijahit. Tapi kesian pula. Mesti tambah sakit lagi. Luka yang paling besar berukuran lebih kurang 1 inci.
Apa-apa pun aku bersyukur ada Frankie dan PayPay yang berjaya selamatkan keadaan. Mereka masih muda. Umur tak sampai setahun lagi. Saiz badan masih sederhana tetapi semangat keberanian yang mereka ada sememangnya lebih besar dari ketiga-tiga anjing lahanat tu. Sekarang kalau lah aku ada 4 ke 5 ekor anjing gembala, mungkin akan rasa lebih bersedia nak hadapi serangan anjing ni. Mungkin juga baka baik yang bersaiz lebih besar sesuai di recruit sebagai bantuan??
Salam hormat!!