Saturday 10 January 2015

Pasca Banjir

Ya..ya aku tahu. Bila bercakap pasal pasca banjir, sepatutnya diselitkan juga dengan gambar-gambar berlumuran lumpur, pegang paip air, waterjet, penyapu, penyodok, usung sampah dan sebagainya. Tapi tu kita reserve untuk golongan pemerintah, bangsawan dan ahli politik sahaja.

Salute kepada the unsung heroes iaitu para sukarelawan yang berusaha keras dengan hanya bermotivasikan semangat membantu sesama insan. Bukan untuk meraih sokongan atau untuk terus kekal relevan dalam senario pemerintahan negara. Ok cukup.

Sebenarnya aku nak cerita pasal kejadian banjir tempoh hari. Bila mana banyak tempat-tempat terputus hubungan, terputus bekalan air dan elektrik, terputus bekalan makanan. Sesetengah tempat boleh dianggap menjadi pulau. Kegiatan looting atau pecah masuk premis perniagaan atas dasar terdesak untuk mencari makanan berlaku secara berleluasa. Harga barangan naik mendadak. Petrol naik sehingga RM5 seliter. Jualan pula dalam botol. Diseludup dari negara jiran. Juga dibeli dari kawasan yang tidak terkena banjir. Bahan makanan pun naik harga gila-gila. Telur sehingga RM1 sebiji, ikan selayang RM14 sekilo, lilin RM8 sekotak. Manusia berebut makanan di pusat-pusat pemindahan banjir. Banyaklah kalau nak cerita. Tapi tak boleh silap cerita, nanti kena tangkap atas tuduhan menyebarkan khabar angin.

Cuma satu yang aku dapat teladan bila berlakunya bencana sebegini. Self sustainability. Ya. Self sustainability. Dalam pada kekecohan yang berlaku. Dalam pada punya wang, tapi tak boleh nak dibelanjakan; sebab barang kat kedai dah habis. Para pastoralists, masih lagi tidak diserang oleh panic attack. Sempat lagi berjalan mundar-mandir melihat keadaan genting dan berfikir secara kritis. Tenang. Dan yang paling penting...kenyang.

Dalam pada kekecohan disebabkan kekurangan makanan, pastoralists masih boleh menyediakan santapan enak kepada ahli keluarga, jiran-jiran dan mereka yang memerlukan.

Pekerja aku di Kuala Krai memberitahu orang kampung sebelah dah 2 hari tak makan ketika fenomena bah besar tempoh hari. Mereka meminta izin untuk menyembelih 2 ekor kambing yang terselamat dari arus deras untuk dijadikan santapan. Kalau ada gajah sekalipun aku akan minta pekerja aku sembelihkan. Kasihan. 2 hari tak makan. Minum air hujan bersama pisang hutan sahaja. Ketika itu ringgit sudah tiada nilai. Semuanya kembali back to basics. Sistem barter. Tukar daging kambing dengan barangan keperluan lain.

Aku juga sempat memberi makan kepada adik-beradik dan ahli keluarga yang lain ketika semua pasar, kedai runcit, pasar segar telah dinaiki air. Sup anak kambing yang lembut lagi empuk sememangnya lebih sedap dari makanan di pusat pemindahan. Maaf. Bukan niat nak mengecilkan keadaan mangsa di pusat pemindahan. Tapi sekadar nak bagi tahu manfaat yang diperoleh jika kita focus dalam bidang pengeluaran makanan. Jangan ada kebergantungan pada pihak lain.

Dan sesungguhnya kos makanan tadi adalah jauh lebih murah jika dibandingkan dengan kos makanan di pusat pemindahan. Kena buat pembelian, kos cukai, kos pengangkutan udara dan sebagainya.

Sekadar berkongsi pengalaman sewaktu bencana dan bagaimana seorang pastoralist boleh survive waktu bencana walaupun ketika duit dah tiada nilai.

Salam hormat!!

3 comments:

  1. ok setiap tahun kat kandang tu memang banjir kan. tahun ni memang luar biasa, tak terjangka kesan sampai macam ni..

    orang dok canang sebab teroka balak, betul ka? satu lagi, kambing yang selamat tinggal berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kandang tu tak pernah banjir. Air sungai setakat limpah.tapi tak pernah cecah kawasan kandang. Tahun ni paling teruk sbb tenggelam terus kandang. Kampung sebelah sungai yg berumah kat tebing paras lagi bawah dari kandang dah 40 tahun tak pernah tenggelam. Tahun ni ranap tinggal tapak rumah je.

      Pandangan saya sebab balak dan penerokaan tanah utk kelapa sawit. Hutan tropika umur berjuta tahun dengan sistem akar jauh ke dalam perut bumi digantikan dengan pokok sawit yg berakar serabut. Tanah pula dibaja dengan baja kimia yg mengeraskan struktur tanah.

      Kambing yg selamat 33 ekor.

      Delete
  2. Ambo tok pernah ambil mudah ngan banjir,sentiasa siap siaga ngan makanan dan apa keperluan pabila November tiba.Cuma banjir ni agak mencemaskan kerana ada kambing.Itu laa tahun ni ambo kena beli bodi bot fibre 14 kaki pjg.Senang nok cari dedaun .3inci lagi nok tenggelam tempat kambing duduk.Oooooo! cemas.

    ReplyDelete