Bila dah lama sangat tinggal ladang, rasa rindu kat kambing memang ada. Yelah, few pregnant does that are about to give birth anytime soon. Rosak program mengembala. Treatment untuk kambing yang sakit pun dah lari jadual. Susu pun dah berapa hari tak perah. But then again, a man's gotta do a what a man's gotta do. Time raya korban la nak cari duit lebih sikit. Orang kata kerja sekali makan setahun.
Esok dah janji dengan diri sendiri nak inject kambing induk yang anemic. Maybe bagi double injection iron dengan B12 untuk tambah selera. Bebanan cacing dah tak nampak sangat. Bulu dah cantik, selera makan dah bertambah. InsyaAllah akan selamat. Seekor je pun. Tapi asset juga walaupun seekor.
Berbalik kepada Thailand, kandang yang aku dengan adik aku pergi ni kira dekat je, dalam 5 jam perjalanan. Nama tempat Ratthapum. 30km dari Hatyai. Best jugak kandang ni sebab banyak binatang ada kat dalam. Ayam, biri-biri, rusa, kerbau Murrah dan Cherokee (bahasa Thai) atau buaya.
Maybe trip yang ke depan ni aku hantar adik aku seorang je pegi. Banyak kerja kat ladang ni. Biar la dia, belum kahwin lagi. Lepas tu dia speaking Thai lagi terer dari aku. Tapi aku lagi terer speaking Myanmar dari dia..hahaha. Lagipun dia lagi pandai pilih lembu dari aku. Satu Thailand dia dah travel. Season korban lepas dia pegi sana selama 21 hari. 8000km distance traveled. Driving. Perghh..tak larat aku. He's seen more of Thailand than the Thai natives I presume.
Koloni kambing macam biasa sihat walafiat. Alhamdulillah. Cuaca sekarang amat panas. Tapi ribut petir sebelah petang. So waktu lepas meragut kena awal sikit lah. Kambing pun dah pandai untuk maximize waktu meragut. Balik kandang semua perut boyot-boyot. Ngeri jugak tengok. I need to do an observation on the kidding rate of the does where the body weight of the does are above normal to obese. Kalau lembu susu, too fat is not a good thing. Hard to conceive. But I don't know if it is the same with domestic goats. Kalau induk Prof Alwi nampak dalam gambar slim-melim, athletic with excellent kidding rate (for me at least). Mungkin the abundance of Napier, rumput bulu, rumput sarang burung tempua (aku taktau nama), pokok petai belalang, pokok senduduk and few other vegetation that make them really fat. Aku tak bagi dedak pun, tapi memang kambing ni meragut tak ingat dunia. Makan sampai nak pecah perut, sebab malam dah takde dedak. Hanya air sahaja dan salt lick.
Few pictures from my trip. Aku suka dengan biri-biri tu. Comel. Tapi hati jahat/kejam aku buat fikiran aku imagine macam mana kalau aku campak biri-biri tu dalam kolam buaya. Mahu tuan dia campak aku pulak dalam kolam tu. Semua sekali ada 15 ekor. Yang paling besar kat bawah ni goes on sale for Baht 40,000 lebih kurang RM4000 la. Tapi aku rasa dia bela buaya bukan nak jual la. Aku rasa dia bela ni kalau ada any customers yang tak bayar hutang lembu, I think you know what the owner will do to those people. Hehehe.
Border crossing dengan feri.