Wednesday 29 May 2013

DIY Goat Milker

Assalamualaikum...

Entry kali ini bertujuan nak bagi simple instruction macam mana nak convert pam basikal kepada vacuum pump supaya boleh digunakan untuk memerah susu kambing kita semua.

Bahan atau alat yang diperlukan ialah sebuah pam basikal. Model lama yang old school lagi bagus sebab aku tak sure pam model baru ni boleh convert atau tak. High pressure hose sepanjang satu meter. Inner diameter at 1/2 inch. Hos dapur gas pun boleh. Saje nak kasi bunyi fancy sikit. Satu check valve. Check valve ni lah benda yang paking mahal aku rasa. Aku beli dalam RM15.00 sebiji. Stainless steel. Check valve ni fungsi dia untuk menjadikan pergerakan bendalir sehala. Try cari kat kedai spare part kereta atau traktor atau kedai hardware. Kalau ada yang plastik lagi bagus. Beberapa klip hos dapur gas. Sebiji balang kaca dengan penutup plastik kedap udara. Saiz balang bergantung kepada tuan-tuan. Besar sangat pun tak guna jugak sebab lambat nak create vacuum nanti. Satu valve tiub motor. Syringe 20cc. Cari yang belum karat la sebolehnya. Hos udara untuk aquarium lebih kurang 1 meter panjang. Connector 1 to 1 untuk hos udara aquarium. Power drill dengan bit bersaiz sama dengan connector 1 to 1 dan valve tiub motor. Pita putih untuk kerja paip. Sedikit ketekunan dan banyak kesabaran. Ok, nampak macam banyak je barang yang nak kena beli. Tak pun. Tak sampai RM50.00 semuanya.

Sekarang cara nak membuatnya. Ambil pam basikal dan buka bahagian batang pam. Tarik keluar batang pam dan tuan-tuan akan dapat lihat assembly asal pam tersebut seperti gambar di bawah ni.


Sekarang buka nat, injap dan washer yang ada pada batang pam tersebut. Pasang semula item-item tadi seperti gambar di bawah ini. Tujuannya adalah untuk menterbalikkan fungsi pam ini supaya menjadi sebuah pam vacuum. Pasang kembali batang pam tadi ke dalam batang pam.



Perhatikan betul-betul gambar kat bawah ini, yang saya bulatkan ini adalah check valve asal(bukan yang kita beli yer) yang ada pada pam ini. Funsginya adalah untuk menyekat angin yang telah di pam ke dalam tayar dari masuk semula ke dalam pam. Guna spanar untuk buka check valve ini dan guna drill untuk tebuk melalui check valve ini. Tujuannya adalah supaya kita merosakkan fungsi check valve ini. Buang bebola besi dan juga pemegang bebola besi yang terdapat di dalam check valve ini. Tuan-tuan boleh besarkan diameter lubang dalam check valve ini untuk memberi laluan kepada angin supaya lebih lancar. Setelah selesai, pasang kembali check valve ini pada pam dan proceed kepada step seterusnya iaitu memasang check valve.



Rujuk gambar di bawah ini untuk cara-cara pasang check valve. Pastikan check valve menghalakan aliran angin ke dalam batang pam, ini bertujuan supaya aliran angin dapat mengalir keluar semasa di pam. Potong hos gas dapur kepada 2 bahagian. satu bahagian sepanjang lebih kurang 2 setengah inci dan satu lagi panjang ikut suka tuan-tuan. Gunakan klip untuk mengemaskan lagi sambungan antara check valve dan hos. Juga tuan-tuan boleh gunakan pita putih untuk paip bagi mengelakkan kebocoran.



Balang kaca ini aku beli dari pasaraya dengan harga RM5.90. Macam-macam saiz ada, pilihlah yang mana berkenan di hati. Tujuan aku pakai kaca ini kerana ianya dapat menahan tekanan vacuum yang lebih tinggi. Aku dah guna 2 balang plastik. Dua-dua failed sebab tak dapat tahan tekanan yang kuat dari pam ini. Drill 2 lubang untuk lekatkan valve dari tiub motor dan juga 1 to 1 connector untuk hos aquarium. Dihujung hos aquarium ni tuan-tuan boleh sambung terus kepada syringe 20cc.



Ok itu sahajalah rasanya cara-cara nak buat mende alah ni. Tak susah pun. Tapi hasilnya sangat memuaskan hati. Kalau ada sebarang pertanyaan dan idea untuk penambaikan boleh tinggalkan komen kat ruangan komen..kat mana lagi ye dak??

Oh ya, semasa mengepam, eloklah kiranya tuan-tuan mengepam sedikit demi sedikit dan setelah susu mengalir berhenti mengepam dan sambung semula apabila aliran semakin perlahan. Bukan apa, kalau kuat sangat nanti tercabut pulak tetek kambing tu..hahaha..

3 comments:

  1. owh.. terbalikkan fungsi pam, dari daya menolak jadi daya menarik. interesting. valve tu nak kena study lagi, sebab benda takda depan mata. part paling susah untuk saya adalah valve tu. nak kena beli pam satu ni. hos akuarium boleh cari rasanya. nice la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila ust don dah beli..buang dulu hos anhin asal pam tu.dan boleh study check valve yg ada pada pam itu.fungsi valve tu utk halang udara yg dah di pam ke dalam tayar dari masuk balik ke dalam pam.

      Kita beli satu lagi check valve dan pasang secara terbalik untuk halang udara yang dah di pam keluar dari balang dari masuk kembali ke dalam balang..dengan itu wujudlah tekanan vacuum kat dalam balang.

      Delete
  2. Perghh..mmg kreatif bro.nnti den nk cuba apply kt kmbg saanen den.brpa byk susu dpt.hehe..tq ats ilmunya...

    ReplyDelete