Sunday 12 May 2013

Hmmm....sawa lagi.

Pagi ni terjadi lagi episod serangan ular sawa. Betul-betul menguji kesabaran hati aku. Memang sedih dan sakit hati sebab seekor anak dan induk telah menjadi mangsa korban. Anak hilang tak dapat dikesan, tanpa jejak. Ibunya pula mati dibelit dan dibiarkan saja. Aku buat post mortem. Takut-takutla mati sebab lain walaupun tanda-tanda fizikal memang sah disebabkan perbuatan ular. Organ dalaman tiada yg rosak kecuali paru-paru yang flooded dengan darah. Kesan lebam di leher. Tanduk patah. Mati celik dengan urat mata menjadi merah. Lidah terjelir keluar. Tanda-tanda asphyxiation.

Aku perlu, harus dan mesti berbuat sesuatu. Kawasan semak akan dibersihkan. Mungkin akan mula tidur di dalam kandang bersama-sama kambing kesayangan dalam masa 2 minggu(aku bajet ular tu takkan menyerang dalam 2 minggu ni). Letih la encik ular. Tolong la jangan serang kambing aku lagi. Total fatality sekarang dan meningkat 4 ekor due to the attack.

Hairan juga sebab pukat yang di pasang tak dapat menghalang ular tu. Tapi yang lagi hairankesabn koyak pun takde kat pukat tu.

Apa-apa pun induk ni ada meninggalkan seekor lagi anak jantan. Kesian anak kambing ni. Tercari-cari ibunya. Meraung sampai serak, tak keluar suara. Ibu tumpangan pula tak nak berkongsi. Terpaksa bottle feed dulu buat sementara ni. Harapan hanya yang terbaik untuk semuanya.

4 comments:

  1. salam..

    dasyat jgk serangan ular ni.stakat ni xde lg kes srangan ular sawa kt kndg den.mgkin sbb ldg sawit xde ular sawa kalu ular kecik biasa jmpe..elok bela anjing utk halau ular n buat bising cket kalu ade pnceroboh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg dlm planning nak bela anjing.skrg tengah pikir nak adopt atau nak beli.thank u.

      Delete
  2. Salam.bro try tabur belerang kuning n garam kasar keliling kndang.ni ikut petua org tua2

    ReplyDelete
  3. Bro naxz.thank u atas cadangan.dah dicuba pagi tadi.kita tengok hasilnya.tengah caro maklumat mcm mana ular ni boleh allergic dengan belerang.

    ReplyDelete