Thursday 16 May 2013

Kambing Jantan

First round of kidding dah lepas. Untuk kandang kecil aku ni kidding rate 1.6, agak rendah, memang rendah. Tapi kebanyakan induk yang melahirkan anak adalah induk dara yang tak pernah dapat anak lagi. Induk yang berumur memang semua dapat anak dua. Jadi aku kira untuk first time around ni merendahkan mortality rate di kalangan anak kambing adalah lebih penting. Apart from serangan ular sawa, ada juga anak yang mati disebabkan penyakit puru. Selain dari itu, takde anak kambing yang mati. Semua survive. Oh ye, still born seekor.

Masalah yang dihadapi oleh aku selaku penternak baru ni bila anak-anak kambing jantan dan cecah umur 4-5 bulan, umur cerai susu. Mulalah diorang menggatal. Habis anak dara orang nak dipanjat. Mak orang pun nak panjat. Honestly, aku takde pengalaman nak membiak kambing ni. Aku tahu dan faham maksud line breeding,  cross breeding dan in breeding. Time baca memang senang, cara nak galakkan line breeding atau cross breeding.  Cara nak elak in breeding. Sekarang bila berhadapan situasi ini, mati akal sekejap. Mana nak fikir grazing schedule diorang, grazing area and what not. Itu yang susah buat kerja sorang2 nih. Takkan nak recruit anak aku pulak, mati kena marah kat mak dia ajak anak main tengah-tengah panas.

Takkan nak tambah kandang baru? Yang ni belum pun setahun. Mungkin perlu banyakkan lagi melawat ladang-ladang rakan penternak yang lain. Tengok macam mana diorang buat. Mendengar dan melihat tu adalah dua pengalaman yang berbeza.

Kalau di Kelantan ni, kebanyakan penternak kecil-kecilan take pride in their bucks. Sebolehnya bucks diorang tu akan maintain in service sampailah tua hangguk. Tapi bila dah sampai tua hangguk senua anak-anak dah jadi macam ayam katik. Atau bahsa lokalnya 'berik'. Mulalah disalahkan induk tua dan sebagainya.

Ramai-ramai (tak ramai pun) anak jantan yang aku ada, ada satu ekor yang nampak outstanding. Cerai susu paling awal dari orang lain. Birth weight dan berat masa cerai susu pun dia paling champion. Aku agak nak buat dia sebagai penjantan primer starting end of this year. Tuan diri pun agak handsome. So bab mengurat  kambing betina aku rasa anak jantan ni takkan ada masalah. Cuma dia belum pandai control dia punya libido.  Basically anything that moves akan kena dry humping dengan dia. Anak aku pun dikejarnya. Sangap punya kambing.

Ibunya seekor kambing kampung dengan berat badan 35kg, ayahnya pula aku suspect Jamnapari full blood. Jangan tanya macam mana diorang buat. Aku tak tengok. Jamnapari ni yang boss aku punya dia tumpang parking dia punya pejantan kat kandang ni. Entah macam mana boleh keluar dating pulak dua ekor tu sampai terberanak. Betullah teori hybrid vigor tu. Campuran kedua darah ini telah menghasilkan anak kambing yang sangat handsome.

Ini gambar budak baru nak up tu.

Harap-harap jadilah ayah kambing yang bertanggungjawab. Berkenaan masalah anak-anak jantan lain aku mungkin akan buat fencing untuk designated area bagi diorang grazing. Apa-apa pun harapan yang sangat tinggi dari tuan-tuan sekalian tentang bagaimana tuan-tuan mengatasi masalah inbreeding dan anak kambing gatal ni.

Sekian. Assalamualaikum.



6 comments:

  1. salam tuan blog..

    utk pntrnak baru 1.6 kidding rate dh ok.cma mortality rate kne jgala.slalunya klahiran ok cuma anak tu byk mati,mcm den la.hehe..tp tahun ni alhamdulillah anak yg lahir hidup smua mmbesar dgn baik tnpa kmatian lg stakat ni.seiiring dgn ilmu n pnglmn yg sntiasa di ceduk dr rkan2 pntrnk lain trutama alwigoatfarm..

    ttg mslh anak jntan tu.stakat ni den asingkn kurungn dia.tp bila lepas mragut skali.mslh gak tu.kalu ikut kaedah alwi kndg ank jntn crai susu diasingkn dan masa mragut jga xsma dgn induk btina kndg breeding.tp yela dsbbkn limitation pntrnk baru cm kita kndg cket n kecik bleh dh rsanya stkat asing krungn dlu.haha

    ReplyDelete
  2. Salam bro.

    Terima kasih atas comment yg membakar semangat dari bro. Kambing saya lepas meragut. Hanya malam dok kat kandang. Makan pun tidak. Memang diorang akan utilize sepenuhnya waktu meragut.pelet pun pakai satu beg seminggu.sekadar nak add variety dalam diet.

    Yang jadi problem sikit bila meragut.nak fokus anak2 jantan muda atau induk2. Sekarang hamba fokus lebih kpd anak2 jantan muda sebab diorg masih belum ada pengalaman sesat dalam rumput tinggi dsb.

    Tapi rasanya kena gi melawatlah kandang2 rakan blogger ni.rata2 saya tengok tak kurang 3 tahun pengalaman semuanya.banyak ilmu yang boleh dipelajari tu. InsyaAllah ada kesempatan akan pergi melawat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mragut spenuhnya mmg cntik.den pun dlu xguna dedak lgsung.tp ada mlsh cket dr sgi sumber mknan di ldg sawit ni agk trbatas wlaupun luas.cni byk rmput yg mna ssuai utk lembu n biri,sbb tu den prhatikn lmbu n biri mmg sihat2 gmuk2 wlaupun mkn rmput shj.tp kmbg kurg mnjadi.skrg den guna sma mcm bro 1guni dedak 50kg Biopalma utk 1mnggu untuk 55ekor kmbg.oklah skadar utk mknn tmbahan..pagi bagi dedak n plepah sawit petang lepas mragut..Alhamdulillah ok cketlah dr sgi tumbesaran..

      elokla mlwat kndg2 shbtt2 lain,byk ilmu n pnglmn bleh dkongsi brsma..hehe

      Delete
    2. Kat tempat saya Alhamdulillah sumber makanan memang banyak.pokok ada pelbagai.rumput pun pelbagai.cuma bila musim hujan je hampir 50% tempat meragut akan ditenggelami air.

      Sistem cut and carry dahan2 pokok pelbagai pulak kalau angin rajin datang lah.

      Setakat ni kambing gemuk2 belaka. Alhamdulillah.

      Bro patut update banyak2 lagi blog bro.sebagai ganti sebelum penternak baru mcm saya pergi melawat.hehehe

      Delete
    3. Saya dulu pernah alami problem yg sama dgn saudara. anak jantan miang nk mengawan. kalo kt dlm kandang kita bleh control, kalo masa lepas meragut yg jd masalahnye. saya pernah ilang sabar dengan anak2 jantan yg bujang2 ni, saya smack down, flying kick, tak jalan.lepas kene blasah, masih nk mgawan lagi. last choice sya mandulkan bujang2 jantan yg kita xnak ni. alhamdulillah, masalah settle n sy dpt mengelakkan inbreeding

      Delete
    4. Bagus juga cadangan tu.cuma bila dikasi.value sebagai pejantan dan juga binatang utk aqiqah akan hilang.kat tempat saya pelanggan sangat cerewet.ternakan yg dikasi taknak diorang buat aqiqah.walau dah ditunjukkan hadis dan dalil masih diorang was-was.utk pedaging dan anak jantan yang tak ada potensi sebagai pejantan mungkin saya boleh consider kaedah bro naxz ni.thanks!

      Delete