Saturday 25 May 2013

Susu Kambing

Aku memang peminat susu kambing. Isteri aku dari tak suka, kena paksa jadi suka. Anak aku pulak dari kecil dah diajar minum susu kambing. Dia lagi prefer susu kambing dari susu lembu atau formula yang kami beli untuk dia.

Minum memang sedap tapi nak memerah tu agak memenatkan juga. Tapi taklah sepenat perah susu lembu. Lambat nak habis woo. Susu kambing pulak disebabkan kambing ni kecik jadi  kena mencangkung, mau tercabut jugakla skru pinggang. Dah la aku mengalami back injury tahun 90-an dulu masa terbabit dengan gejala BMX extreme. Lompat longkang bagai.

Jadi bagi mengatasi masalah bercangkung dalam tempoh yang panjang dan jugak menghilangkan lenguh jari nak memicit susu kambing ni, I have come up with my own milking machine. I don't think it's an original concept or design. I am sure some one out there must have been in a desperate situation like I am now and come up with the same solution. Aku ambil inspirasi design ini pun dari sukan BMX yang aku pernah ceburi dengan menggunakan pam basikal sebagai penggerak utama.

Aku convert pam basikal ni jadi manual vacuum pump. Sambung dengan satu check valve. Then sambung dengan satu bekas yang boleh act as a pressure vessel as well as a container to hold the milk. Bagi suction cup pulak aku gunakan syring 20cc. Aku try guna 50cc at first but it proved to be too big.

Aku dah beberapa kali gunakan pam ini untuk memerah susu induk kambing yang dah tak menyusu anak tapi masih lagi produce susu. Dalam gambar kat bawah ni induk ini masih lagi produce susu at a rate of approximately a liter a day. Last kidding was on 23rd January this year.  Bagus jugak lactation period induk ni.



Design pam ni banyak jugak flaw awal-awal percubaan. Mostly getting it to be airtight. But with some silicone adhesive everything has been fixed.

Sekarang kalau nak perah susu akan ambil masa tak sampai 5 minit untuk seekor kambing on average. Kalau dulu more than 10 minutes per animal. Bagi dia dedak, ikat leher sikit dan mulakan aktiviti memerah susu. Kambing tu terlalu happy dapat dedak. Tak kisah pun orang buat apa kat dia.

My next step would be to construct a stanchion. Alat ini dwi guna. Boleh guna untuk perah susu dan juga untuk keep the animal stationary for treatment purposes. Plan untuk build this stanchion ada kat internet. Boleh google je.

Oh ya, bila dah dapat banyak susu, aku selalu juga buat cheese. Makan dengan biskut tawar cap ping-pong. Perghh..sarapan yang sangat mengenyangkan atau snack sambil mengadap komputer/tv malam-malam. Banyak tutorial yang ada kat youtube. Tapi biasanya soft cheese je la. Kalau nak buat mozzarella etc. kena pakai rennet dan kat Malaysia ni aku tak tahu mana nak cari yang halal. Mungkin kena sembelih anak kambing seekor untuk dapatkan rennet halal.

Got milk?

12 comments:

  1. Perghh..kreatif sngguh tuan blog ni.paling murah pun den rasa EZ Hand Milker dlm rm300-400 satu..yg ni pkai pam beskal ja.haha..susu kambing untuk kgunaan sndiri ja ka bro?market susu kambing akt sana cmna ok ka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini sebab tak dapat beli ez milker yg jadi reka benda ni sendiri.

      Setakat ni susu hanya utk kegunaan sendiri.ada org kamoung dtg nak beli.tapi bagi free je la.sbb production pun tak konsisten sgt.time ada, adalah.time takde, I'm sorry..kalau ikut permintaan memang ramai yg nak minum susu kambing ni.

      Delete
  2. pergh... terbaik la.. kreatif2.. boleh try idea ni nanti. penternak kambing memang kreatif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila cuba dan try..mungkin boleh guna pam kaki tu ke.lagi senang kot.

      Kos nak buat pun tak sampai 50ringgit.pam beskal baru 10 ringgit.cuma nak cari check valve tu yg susah.bukan semua kedai yg ada.last2 jumpa kat kedai spare part traktor/backhoe.

      Selamat mencuba

      Delete
    2. draft ada tak? hehehe. saya bab tiru meniru ni boleh gagah gak. tapi untuk kegunaan masa depan la. kambing pun ada sejemput je. hehehe.

      Delete
    3. Ok ust. Don.beri saya masa utk update post ni dgn draft design alat ini.mungkin saya boleh include gambar.tak reti nak explain sgt.

      Delete
    4. hehehe.. bg gambo close up pun ok dh. sambungan2 dia. saya ada la sket skill2 nak buat benda macam ni.

      Delete
  3. kreatif.. kreatif

    semoga kehadiran tuan memeriahkan industri pembiakan kambing di malaysia!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih prof..

      Kambing kena banyak mcm prof..ilmu kena mantap mcm prof..baru boleh meriah..hehe.

      Delete
  4. Another goat breeding blog interesting to follow nih. Keep it up tuan El Cabras. Looking foward draft design tuh:)

    Wasalam,

    Silent blog reader
    Novice dairy goat breeder &
    Addicted goat milk drinker. Bekkkkk....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you sir..very flattered..

      Hamba pun novice jugak..baru je bermula..jauh lagi nak kena daki ni..banyak ilmu nak pelajari...sama2 kita semua nanti..

      Delete
  5. Asssalamualaikum bos....

    Pam susu ni tamau buat byk2 pastu jual ke?

    Kalau buat extra nak beli satu... :)

    Tq.

    ReplyDelete