Friday 31 May 2013

XXL XL L M S XS

Makhluk ciptaan Allah s.w.t. yang kita panggil kambing ni wujud dalam pelbagai bentuk dan saiz. Perkara ini sahaja menunjukkan ilmu penciptaan Allah s.w.t. yang tidak terbatas dalam mempelbagaikan satu spesis.

Aku tak tahu banyak baka kambing, yang aku tahu yang ada kat Malaysia dan adalah beberapa spesis yang hanya pernah tengok gambar melalui internet dan TV. Kambing yang biasa dibela di Malaysia pula ada la aku ingat dalam 6 atau 7 varieties. Pelbagai saiz jugak, dari yang sebesar lembu sehingga sebesar kucing (sebab inbreeding).

Sebagai pembiak/penternak, sebolehnya aku nak pelbagaikan saiz kambing yang ada diladang.  Biar senua saiz ada XXL, XL, L, M , S, XS dan seterusnya. Mesti meriah suasana kat ladang. Sebab utama aku nak pelbagaikan saiz kambing ini kerana aku mahu cuba sebolehnya untuk penuhi permintaan pelanggan yang berbeza-beza dari seorang ke seorang.

Cuba bayangkan tuan-tuan sebagai operator sebuah warung/kedai kopi. Kita tak boleh nak hidang Milo Ais je. Mesti kena ada menu yang sarat dengan pelbagai minuman. Teh O Ais, Horlicks, Sirap, Asam Boi, Kopi, Air Berkabonat, Nescafe, Tongkat Ali even ais kosong pun kena hidang jugak. Kita harus ingat bahawa tak semua yang datang ke kedai kita mempunyai kemampuan nak beli air yang mahal-mahal je, kan? Begitu jugalah halnya dengan pelanggan yang datang ke kandang kita tuan-tuan. Dari analogi inilah aku nak pelbagaikan menu diladang aku ni. Kita tahu, semua orang nak makan kambing, tapi tak semua orang boleh bayar RM600-RM700 untuk seekor kambing. Ada orang yang budgetnya mungkin dalam lingkungan RM400-RM500 untuk seekor kambing. Jadi kalau takde kambing yang 'berik' atau kecil ini, pelanggan berpotensi mungkin tidak dapat menunaikan hajat nak beli kambing dan hilanglah peluang urusniaga. Jadi ada insentifnya juga menyimpan anak-anak kambing yang underperform ni.

Satu lagi kelebihan mempunyai kambing pelbagai saiz ni bila mana ada pelanggan yang nak menunaikan aqiqah untuk anak lelaki. Diorang nak pakai 2 ekor kambing tapi dengan budget yang limited. Dengan adanya kepelbagaian produk di ladang aku, aku dapat memenuhi permintaan mereka dengan menggabungkan seekor kambing yang besar dan seekor lagi yang kecil dengan satu harga yang menarik. Harga kedua-dua kambing ini berlainan tetapi masih di dalam lingkungan budget pembeli tadi.

Dari segi kos pembangungan untuk seekor kambing, aku belum lagi menghadapi masalah kerana ladang aku secara prinsipnya mengamalkan sistem semi-intensif. Tambahan pula sejak 3 bulan yang lalu dengan kurniaan-Nya, cuaca panas terik, matahari terbenam lewat maka kambing-kambing aku dibiarkan meragut sebarapa banyak dan seberapa lama yang boleh. Biasanya kambing-kambing aku pulang dengan perut macam tong dram sekor-sekor. Alhamdulillah. Sebelum mausk kandang minum kat kolah dulu. Bila dah kat dalam kandang, semua terus duduk keletihan dan kekenyangan. Kambing-kambing semua buat tempoh sekarang tak diberi makan dedak langsung kecuali jika hari hujan. Buat masa ni, seminggu pun tak habis seguni 25kg. Jadi kos untuk menternak hanya pada kudrat pengembala, air minuman serta pembersihan kandang. Aku tahu weight gain kambing-kambing agak slow sikit sebab kurangnya sumber protein yang tinggi dalam diet mereka, tapi I am not in a hurry. Asalkan kambing-kambing sihat dan ceria, aku pun turut sama sihat dan ceria. Kalau nak gemukkan rasanya InsyaAllah boleh buat dalam masa 1 bulan. Atau 1 bulan setengah paling lama. Ini pun aku dah cuba dengan menggunakan secret feed mix yang aku guna semasa fidlot lembu dulu tetapi of course lah sudah disesuaikan untuk kegunaan kambing. But then again, it all depends on the animals. Kalau trait bagus, cepatlah naik berat badannya. Itu dari pengalaman aku lah.

Jadi tuan-tuan, harap janganlah cull atau buang atau lupus anak-anak kambing yang kita rasa tak boleh perform sebab kecil sangat atau langsung tak ada harapan. Simpan lah mereka. Didik dan asuh mereka supaya menjadi kawanan kambing yang boleh memberi pulangan kepada kita.

3 comments:

  1. well written amigos. bestnya 25kg dedak seminggu pun tak habis, sy 50kg seminggu kena bagi. sebab adik yang jaga tak rajin nak gembala lama2. saya sedang plan nak buat projek di Felda kampung saya. Memang akan tebang beberapa pokok buat kandang, lepas tu buat semi intensif je. kowtim dengan tuan tanah yang berjiran, kalo meracun or membaja kena bagi bagitau. takda la keracunan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time panas mcm ni je la dapat jimat sikit dedak. Lagipun rumput masih banyak.

      Wah projek baru..menarik..semoga dapat update dari mula sampai finishing..

      Bab kautim tu saya ingat takde masalah selagi kawasan sawit..kalau getah mungkin susah sikit. Kat tempat saya laa..sebab tuan tanah takut nanti mangkuk getah terbalik kena sendeng dengan kambing..hehe..dah perangai dia mcm tu..

      Delete
    2. time panas memang syok. tapi time hujan tu yang garu kepala. nasib baik kambing ada darah local, tahan hujan sket.

      projek baru belum start lagi, mega punya tu, dah start nanti mesti update punya.

      saya ada tengok video, dia balut pokok getah dengan guni, tapi tu dia bela biri2 la. hehehe.

      Delete