Sunday 30 June 2013

Patah Kaki

Pagi ini bila aku masuk kandang nak check kambing aku tengok seekor induk duduk bersimpuh tak nak bangun. Bila dekat sikit baru aku perasan yang kaki belakangnya telah patah. Atas sikit buku lali. Patah terus, bukan retak atau patah separuh. Tempat patah tu pun dah membengkak. Aku rasa agak lama juga dah ia mengalami kecederaan. Kecederaan ini berpunca dari ruang lantai yang agak besar. Sepatutnya tak ada masalah. Mungkin dah nasib. Sebab sebelum ni tak pernah berlaku. Ini kali yang pertama. Salah satu tanduknya juga patah. Mungkin dari struggle nak melepaskan dirinya.


Aku terus keluar pergi ke kedai beli apa yang patut. Apa yang patut maksud aku ialah lengkuas, halia dan kunyit. Ini petua orang lama. Kalau ikut modern method sepatutnya aku cast saja kaki kambing tu. Tapi aku tak dapat beli plaster of Paris. Hari ni cuti sebab Kelantan menang bola. Satu cuti yang tak patut aku rasa. Reduced productivity.




Aku cincang ketiga-tiga bahan tadi. Takde blender dan lesung. Kemudian aku baringkan kambing tu dan cuba pulas kakinya yang terkehel kembali ke kedudukan asal. Aku gunakan kayu yang doktor guna untuk jolok tekak kita masa kita demam tu sebagai support/splint. Tampal plaster untuk mengekalkan kedudukan kayu supaya ianya betul-betul straight. Letak bahan yang tiga tadi tu dan balut guna bandage. Agak dah kemas. Aku bagi sebiji aspirin 100mg untuk hilangkan kesakitan. Aku taktau sama ada ianya berkesan. Tapi aku sanggup lakukan apa sahaja supaya kambing itu mendapat sedikit keselesaan. Aku ingat nak suntik penicillin.  Tapi kambing dalan keadaan bunting lewat. Takut pula affect anak dalam kandungan. Aku kena refer balik kat google tentang penggunaan bahan tadi.



Mungkin esok aku akan dapatkan plaster dan simen kaki kambing tu. Kalau ia tak bunting. Aku memang sembelih dah. Kambing ni pun dah dalam tempoh bunting lewat dan akan melahirkan anak tak lama lagi. Aku masih nak cuba selamatkan kandungannya. Mungkin kalau ia melahirkan anak dalam masa terdekat aku akan sembelih juga setelah anaknya mendapat susu awal. Kesian ianya mengalami sakit yang sangat.

Untuk masa sekarang, aku bagi sedikit dedak dan rumput segar. Letak ia dalam petak berasingan dan bagi sedikit anti stress. Harap esok lebih baik.

2 comments:

  1. Salam ECH. Kalau nak kurangkan sakit, boleh guna NSAID macam flunixin.

    Aku tak rasa perlu sembelih induk bunting tu, walau dah beranak. She can recover, and will recover, walau nampak teruk sangat kepatahannya itu. Cuma kita penat sikit nak observe dan bagi rawatan kerap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya tak sembelih kot.hari ni nampak ada improvement. Tq for the tips prof.

      Delete