She's showing some good progress on her ailment. She's spending more time standing on her feet rather than just sitting down. She gets up to eat and drink and nurse her kid. So that's good. By now, I could safely say that she is safe from the blood thirsty killer knife.
Bila tengok gambar ni masa nak upload. Baru perasaan tag telinga dah tercabut. Koyak dah telinga si ibu. Esok kena pasang yang baru lah. Ok enough of good news. Now we go to the not so good news.
Hari ni masa punch card untuk mengembala sesi lepas lunch hour aku tengok ada satu ekor ibu dalam labor. Memang dah perasan induk ni nak beranak dari minggu lepas lagi. So aku tarik ia balik masuk kandang dan prepare apa yang patut. Apa yang patut maksud aku ialah tincture iodine untuk pusat anak kambing, kain lusuh untuk lap cairan dan kotoran yang keluar, surgical glove, syringe 50cc untuk menghisap keluar amniotic fluid dari hidung dan mulut anak dan sebaldi air. Oh ya aku standby satu syringe 20cc dengan campuran molasses, garam dan bikarbonat sebagai booster untuk instant energy supaya induk dapat recover strength untuk push anak keluar.
Selang 10 minit, air ketuban pecah dan terus nampak keluar hujung kaki depan dan hidung anak kambing. Si induk push dengan mudah dan keluarlah seekor anak kambing betina. Aku sambut dan lap badan dengan kain. Bahagian mulut dan hidung serta muka aku berikan kepada ibunya untuk stimulate. Selang beberapa saat, anak kambing ini menghirup udara buat pertama kali. Letak iodine kat pusat yang telah dipotong oleh ibunya sendiri. Aku suakan mukanya ke puting induk dan perah sedikit colostrum ke dalam mulut. Alhamdulillah response sangat bagus, terus menyusu dan tak berapa lama terus berdiri. Ini semua berlaku dalam tempoh 20 minit. I kept the time using my watch, just so that I that I could get a better timing on the whole kidding process. Selalu tak sempat nak rekod apa-apa sebab masuk kandang pagi-pagi dah ada anak kambing dengan ibu kambing.
Tapi aku masih lagi perasan induk ini gelisah. Memang betul, induk ini nak melahirkan seekor anak lagi. Kalau ikutkan history, first kidding about 8 months and 9 days ago, induk ini telah melahirkan sepasang anak. Aku tak menolak kemungkinan untuk dapat twins lagi this time. Tapi kali ini agak susah, aku lihat induk ini dalam kesakitan yang amat, teran-teran tak keluar jugak, hanya sikit je benjolan yang keluar, aku pun tak pasti sama ada ape benda yang nak keluar tu. Dah agak lama sehingga bulu anak yang first pun dah kering, belum dapat keluar lagi yang second.
On my initial inspection, I noticed that the kid inside was in a breach position, kaki belakang keluar dulu. I decided I had to go in, put on my glove and in I went. Tarik sambil berselang dengan induk yang meneran, aku berjaya keluarkan anak kambing yang kedua, jantan. Tapi tubuhya terlalu lemah, mata hanya terbuka sedikit dan anak mata tidak terkesan dengan cahaya yang terang. Aku tunggang-terbalikkan anak kambing dan sedut hidung dan mulut guna syringe 50cc, palpate ribcage, lurut tekak, korek mulut, hayun ke atas dan ke bawah tapi tiada response langsung. He's a goner. Aku beri induk jilat as a farewell gesture and put him in a sack for burial. Sedih jugak sebab dalam 5 kelahiran sejak awal Julai 2013, this is the only male kid. Lain semua betina. I did my best in my capacity, but still couldn't save the poor kid. Terlalu lama ia di dalam ibunya. Takpelah, at least I did save the mother, kalau ia beranak seekor diri tengah-tengah malam, mau mati sebab anak tersepit tak dapat keluar. Hopefully, anak yang satu ni akan membesar dengan sihat.
alamak. sayangnya. tak dapat diselamatkan. ibu ni lepas keluar tak? mungkin ibu ni tak cukup energy untuk push. sayangnya. you almost save him! pity her.
ReplyDeletetapi ibu yang patah kaki tu memang hardcore la, walaupun injurt masih dapat melahirkan anak. well done girl!
Ibu ni memang full time grazing. Mungkin dah kehabisan tenaga utk push. Stamina wise, rasanya on par dengan yg lain.cuma saiznya agak kecil dan bertubuh renek.anaknya pula lebih besar dari first kidding. Mungkin sebab tu juga.
Deletebro, kali ni your post cukup dramatic, intense with a climactic ending. Dengar gambar last kali tuh. Sedih sungguh.
ReplyDeleteKudos to your methods and treatment knowledge. Very impressive lah tuan. Bos macam ada background vet ke? I was lost on all the jargons.
Thank you tuan adil. Glad that you enjoyed reading.
DeleteItxs an ongoing learning experience tuan..i do not know everything and most probably will never. Banyak pengalaman from treating cattle. And from my reading too. I too have made friends with a lot of doctors from the DVS. And there's only one way to command their respect.