Sebagai penternak yang baru dalam bidang ini, aku juga tak dapat nak elak daripada menghadapi masalah penyakit puru. Tambahan pula kambing-kambing yang dibela berasal dari pelbagai daerah dan latar belakang. Jadi boleh dikatakan kandang aku ni dah jadi satu melting pot untuk cocktail bagi semua penyakit, kecuali FMD. Antara penyakit yang selalu ada ialah puru atau bahasa orang putihnya contagious ecthyma.
Ya,memang runsing aku dengan penyakit ni. Tapi tu masa mula-mula menternak dulu la. Tapi bila dah menghadap penyakit ni day in day out. Runsing tu dah hilang. Semua yang dipelajari dari brader JPV memang tak boleh pakai. Anti-mioline?buat habih duit je. Anti biotic? Boleh pakai, tapi later stage.
Dulu aku sibuk asingkan anak kambing yang dijangkiti puru, perah susu ibu kambing, bottle feed anak kambing, disinfect kandang etc. Huuiii..banyak betul kerja..
Sekarang dah jadi malas. Aku biarkan aje anak kambing bercampur..yang berpuru dan yang sihat. Lantak lah. Nak berjangkit ke apa ke. Kalau berjangkit lagi bagus. Paling kurang boleh develop immunity untuk 2 atau 3 tahun mendatang. Tapi yang pasti, anak kambing harus cukup susu dan kalau yang dah mula ruminate, pastikan diorang dapat sayur campur diorang dengan mencukupi.
Puru kat mulut tu biasa la..3 atau 4 minggu akan subside dan hilang terus. Aku letak juga la minyak baki gorengan, nak sedapkan hati, walaupun takde la nampak keberkesanan sangat. Tapi boleh lah. Mungkin effect dia lebih kepada ibu yang menyusu bila anak disapu dengan minyak gorengan di mulut, diorang akan pergi menyusu dan minyak akan kena pada puting si ibu. Puting si ibu yang dah inflamed mungkin akan rasa soothed dengan minyak tersebut..eh..kalau macam tu baik letak krim terus kat puting si ibu, kan?
Bila dah sembuh puru di mulut, dan masih ada lagi kutil yang berbaki di badan, kaki dan sekitar bontot kambing, baru aku gunakan amoxycillin 15% LA. 3 atau 4 hari akan luruh semua kutil tadi. Dosage rujuk kat botol lah.
Kena tengok dan perhatikan juga anak kambing yang ada puru ni, takut-takut jadi maggot infection, tapi kalau kandang bersih, lalat pun takde, tak perlu risau risiko maggot infection ni. Kandang aku tak bersih, tak standard Tesco, ada lalat merata. Biarlah dia, makhluk Allah jua. Nak cari makan juga dia. Tapi kalau dah bertelur lalat tu, kena la buat rawatan, aku biasa guna ivermectin seperti dalam post yang lepas.
Aku juga akan kutis dan buang kutil puru tu. Ada orang siap buang dalam plastik bag, katanya kutil tu ada virus cinta puru, nanti kalau buang merata senang berjangkit balik. Sebabnya virus cinta puru ni boleh hidup bertahun lamanya. Ah, aku campak je atas lantai kandang, biarlah nak berjangkit pun, lagi bagus, boleh develop immunity (again).
Puru bukan lagi faktor penyumbang kerisauan nombor satu. Segala kerisauan patut ditumpukan kepada usaha membiak. Macam mana nak singkatkan interval, nak tingkatkan rate, nak tingkatkan ADG dsb.
Bagi aku..lagi kita intervene untuk cuba merawat puru ni lagi parah dan kacau bilau keadaan ladang akan jadi. Setakat ni dah 10 ekor anak kambing yang mati akibat puru (ye ke sebab puru?) atau mungkin sebab aku yang sibuk nak mengurus anak kambing yang affected sampai dah jadi unnatural hidup diorang, tu sebab mati.
Tapi selepas aku biarkan diorang sebagaimana yang aku buat kat atas tu. Alhamdulillah, tiada lagi anak kambing yang mati. I must be doing something right. Kan?
Setuju, Bro. Kita patut tumpukan lebih masa dan tenaga untuk tingkatkan birthing rate dan camna nak singkatkan interval. Aku sedang hadapi masalah ni, khususnya dengan kambing Jamnapari yang aku beli kat Lenggeng, yang aku cross dengan Shami.Bro buat camno??
ReplyDeleteBro adil,
DeleteHamba tak banyak pengalaman dengan jamnapari ni. Yang penting, health condition kena bagus. Stamina kena tip top. Tapi hamba perhatikan libido kambing jamnapari ni tak sekuat kambing kampung. Hamba biasa campurkan diorang nak bagi evoke rasa cemburu antara pejantan. Baru lah jamnapari tadi cuba untuk buktikan title alpha dan mula ikut sama jadi in rut bersama pejantan kampung tu. Baru lah berebut nak panjat betina.
Begitu juga dengan pejantan saanen hamba. Kalau nak bagi dia go into rut sendiri, memang lambat. Hamba campurkan sekali dengan pejantan kampung. Mula terbit rasa cemburu dan cuba memanjat betina.
Mungkin bau hamis pejantan tu ada effect sebagaimana pheromones queen bee utk arahkan lebah jantan mating dgn nya. Science should be able to explain this. Bila bau hamis pejantan, tuan kambing pun jadi lain macam..eh..too much information already..hehe.
Puru@Orf ni kalu dgr pntrnak lama2 cito mcm menakutkan,bleh mati kmbing dbuatnya.Tapi in reality,xdola bhaya mana pun.Dulu rajin jgak sapu krim JPV bagi apa nama den xtau,last2 tanya Alwi(ada post khas berkaitan puru) dia kata kutil n biar jer.lama2 hilang sendiri..sampai sekarang den praktik yg tu jela.kutil n buang,pastu biar camtu jer..ubat pun xsapu.kira pemalas tahap gaban dah ni..
ReplyDeleteAlhamdulillah,mmg jrg dh brlaku kes puru kt kndg den.yg ada baru nipun biri baru beli 30 ekor pakej lengkap puru n sakit mata.kuti n biar je lama2 elok dah skrg ni.pnyakit mata pun spray jer dgn Pink eye spray..yg penting ubat cacing bagi dulu.hehe..
Boleh guna ubat ni tuan.. Mujarap. Saya guna untuk ayam belanda.. Kucing telinga berair pun baik. Lembu kambing pun boleh guna untuk puru, kudis, kurap & penyakit kulit..
ReplyDeletehttps://shopee.com.my/salehmaksud/2036806660?smtt=0.0.9