Saturday 5 July 2014

Apa Yang Kecohnya?

Terbaca entry alwigoatfarm pasal bombardment dari importer yang bersepakat dengan kafir Australia.

Aku tak ada akaun FB, jadi pinjam isteri punya sebab nak tau juga apa yang puak-puak importer ni bercakap. Hmm..ok lah..semua orang ada mulut..jadi semua orang boleh bercakap tapi tak semua cakap pakai otak. Aku tidak terkecuali. Cuma ada satu argument yang aku rasa mungkin sesuai untuk budak yang belum masuk jawi, iaitu berkenaan kambing boer australia yang ada darah cross dengan feral. Katanya kambing boer cross pun tak boleh disembelih lah sebab ada darah cross dengan feral. Amboi..bijak nya!

Kita ini bercakap pada dasar kambing untuk sembelihan yang telah diternak, ditundukkan. Dah kalau boer tu bergenerasi dah dibiak, mestilah secara tidak langsung ianya juga diternak, ditundukkan. Isunya disini, mana ada feral yang dieksport ke Malaysia ini diternak atau ditundukkan. Kalau setakat duduk dalam holding yard sebelum dipunggah ke atas kapal, itu tidak dikira sebagai penternakan. Percayalah!

Aku dulu pun pernah ke Australia, mana ada orang mereka ternak kambing feral. Jangan la nak kelepet sangat. Cari kat youtube sekalipun takkan ada video pasal ladang yang ternak kambing feral ni.

Cakap pasal video, ada satu aku nak kongsi bawah ni. Terang jelas lagi bersuluh, kambing feral ini asalnya kambing liar. Dalam video ini ada scene di mana kambing tu kena manhandled, terpekik, terlolong sebab tak biasa. Kambing yang diternak, yang sudah ditundukkan tak akan ada masalah macam ni.


Salam hormat!!

2 comments:

  1. Mohon share,Bro!! (Es Emdi)

    ReplyDelete
  2. Buat la 1 account FB dummy bos. Saya pun guna acc FB bukan utk bersosial sgt tp hanya utk join group-group penting di FB termasuk group-group pasal kambing. Bagus utk tgk perkembangan semasa, utk perkongsian ilmu, utk tambah network dan juga utk baca komen-komen 'panas'. haha

    ReplyDelete