Tuesday 15 July 2014

Seminggu sudah

Hampir seminggu aku berada di New Delhi. Tujuan ke sana adalah untuk menemani ayahanda mendapatkan rawatan. Ikhtiar kami masih lagi belum menemui kejayaan. Ya Allah, sembuhkanlah penyakit ayah ku ini. Sesungguhnya dia adalah hambamu yang banyak berjasa, berikanlah peluang kepada kami, anak-anaknya untuk membalas jasanya. Maka Engkau sembuhkanlah penyakitnya.

Cerita pasal New Delhi. Cuaca sangat panas. 42° - 43° celcius. Panas bukan kepalang. Aku tak biasa dengan bahang panas macam tu. Tempoh berpuasa pun agak lama. Tambah 2 jam setengah dengan tempoh berpuasa di Malaysia. Alhamdulillah, boleh berpuasa dengan sempurna. Kami menyewa apartment dengan harga yang amat murah. Ada satu bilik tidur, ruang tamu dan dapur. Jadi semua makanan kami masak sendiri. Bab makanan paling best, sebab hari-hari makan beras basmathi. Selera sungguh. Tapi yang paling best, sebab hari-hari makan cabrito. Naik train metro ke pasar basah atau hypermarket untuk beli lauk basah. Kambing semestinya. Muda, murah dan halal.

Rutin aku ialah berada hospital pada siang hari. Balik ke apartment untuk berbuka, ke hospital sebelah malam dan balik lewat malam untuk bersahur. Dalam period ni, aku langsung tak ambil tahu pasal ladang. Tak sempat nak fikirlah. Berserah sahaja kepada yang Maha Besar.

Aku juga banyak bersembang dengan international patient liaison yang di assigned oleh pihak hospital kepada kami. Seorang muslim. Muda lagi, umur 26 tahun. Namanya Ali. Aku bertanya banyak hal pasal budaya, amalan, tatacara hidup di New Delhi dan Haryana. Satu perkara yang mengejutkan ialah mereka tak makan daging buffalo frozen yang Malaysia dok beria-ia import. Lembu memang la tak makan langsung sebab menjadi satu kesalahan untuk sembelih lembu kat sana. Kalau kat kampung mungkin boleh, tu pun sorok-sorok. Jadi yang mereka makan hanyalah ikan, ayam, itik, babi biri-biri dan kambing! Dan pemerhatian aku semasa pergi beli-belah kat pasar, jumlah gerai menjual daging kambing melebihi jumlah gerai yang menjual daging-daging lain. Ada juga produk hiliran yang menggunakan daging kambing seperti burger, meatball tapi yang terbaik adalah shishkabab. Terrrrbaik!!!

Harga daging kambing kat sana mengikut cuts. Paling mahal pun dalam Rupee 480 atau lebih kurang RM24 per kilogram.

Lepas seminggu kat sana aku balik ke KL. Sambung lagi seminggu jaga ayahanda kat KL. Langsung tak sentuh pasal ladang. Alhamdulillah sepanjang ketiadaan aku, ada juga induk yang beranak. So that's a good news.

InsyaAllah aku balik esok hari. Tapi maybe tak masuk ladang lagi. Ini tempoh paling lama aku tak masuk ladang semenjak jadi penternak. Masa isteri aku melahirkan anak aku pun aku hanya cuti 2 hari sahaja.

Ok layan gambar kambing dulu.

P/S: Terima kasih kepada En. Adil LRGF sebab sempat supply susu untuk di bawa ke India. Berjaya seludup masuk susu LRGF ke India. Dah dapat international standard dah tu. Hehe.









10 comments:

  1. Hahaha. I like the way you put it...'international standard'.

    Welcome back bro!!

    ReplyDelete
  2. Patutlah lamo mnyepi..den doakan semuga ayah bro ECH dikurniakan nikmat kesihatan kembali..xpa dah kiranya tu tnggal kndang lama2 kalu ada pekerja yg bagus..ada nmpak biri2 tak bro..biri Garole yg kecik molek tu.seludup masuk Malaysia sekor.hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. InysaAllah lain kali pergI akan intai2.nak tgk juga spesis bebiri yg mcm mana tu jenis garole.

      Delete
  3. semoga ayahanda tuan dilimpahi rahmat dan diberi keberkatan umur oleh Yang Maha Perkasa!

    ReplyDelete
  4. kami berdoa agar ayahanda tuan cepat sembuh. kawe balik kelantan hari raya ni. tolong beri alamat penuh demo kerana kawe nak melawat tempat demo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teri.a kasih pak lah. Saya mungkin beraya di KL memandangkan ayahanda ada disana dan tak balik ke kampung halaman. No tel saya 0192152599. Alamat lot 1112 kg tasek batu gual nering 17200 rantau panjang kelantan.

      Delete