Thursday, 7 May 2015

Pak Dogol vs. Hang Tanduk

Pak Dogol atau Polled Dude adalah pejantan yang tidak mempunyai tanduk. Tu definisi kamus dewan versi aku la. Apa kelebihan mempunyai pejantan Pak Dogol ni? Bagi aku, dengan sistem semi intensif, dengan sistem breeding secara natural selection, susah nak memikirkan pros daripada cons nya. Mungkin ada satu kelebihannya iaitu; senang nak handle. Takde la pengembala takut nak approach pejantan tu. Selain tu aku tak nampak kelebihan pejantan dogol ni.

Pejantan dalam sistem semi intensif dan natural selection amat memerlukan tanduknya. Ibarat Hang Tuah memerlukan kerisnya, ibarat Hang Kebun memerlukan cangkulnya, ibarat Hang nak habaq apa sebenarnya??

Pejantan perlu kepada tanduk untuk mengait dedahan anak pokok untuk makan, untuk memberi makan kepada kekasih pilihan hatinya. Pejantan juga perlu kepada tanduk untuk bersaing dengan pejantan lain bagi merebut takhta untuk mengawan dengan betina dalam kawanannya. Pemerhatian aku, walaupun bersaiz besar, pejantan yang tidak bertanduk akan kalah kepada Hang Tanduk. Pernah terjadi pejantan aku yang tidak bertanduk kalah kepada pejantan yang bersaiz lebih kecil dan mengalami kecederaan akibat pergaduhan.



Mungkin kaedah ini tidak boleh diguna pakai bagi penternak yang mengamalkan sistem fully intensive dan juga controlled/selective breeding. Kambing yang berada di dalam sistem fully intensive tak perlukan kepada tanduk untuk mengait dedahan pokok kerana makanan dihidang oleh tuannya. Bila tiba waktu mengawan pula, pejantan akan diasingkan bersama betina pilihan di dalam petak mengawan. Pejantan tidak perlu bersaing dengan yang lain untuk menenggek si betina.

Dan sememangnya ciri-ciri utama nenek moyak kambing adalah bertanduk. Kambing yang survivalnya begantung kepada pemakanan dari alam sekitar amat memerlukan tanduk ni.

Variasi di dalam genetik setelah beribu-ribu tahun membiak mewujudkan gen polled tadi. Ada juga perbuatan pemilik kambing yang dehorn kambing ketika kecil.

Sekali lagi aku tekankan, jika ingin mengembala kambing anda, carilah pejantan yang bertanduk.

Salam hormat!!

No comments:

Post a Comment