Wednesday 18 March 2015

The Merging

Sebagaimana yang diberitakan sebelum ni. 1t colony akan disatukan dengan 2nd colony atas faktor yang tidak dapat di elakkan. Hari ini, 18/03/2015 kumpulan pertama sebanyak 65 ekor dari 1st colony telah bertolak ke ladang Kuala Krai untuk bersatu disana.

Kandang yang roboh disebabkan banjir tempoh hari sudah pun siap dibina. Penghuni asal atau survivors sebanyak 33 ekor menjadi penghuni pertama ditemani rakan dari Rantau Panjang.

Fasa 2 perpindahan akan melibatkan pembinaan semula kandang dari Rantau Panjang yang dipindahkan ke Kuala Krai. Jumlah maksimum induk di dalam perancangan ialah 250 ekor. Bermula dari hari ini keseluruhan kawanan akan bergantung hanya pada makanan yang diperolehi semasa gembala. Tiada dedak yang akan diberikan. Baik untuk ibu menyusu dan sebagainya. Yup, hidup ala kambing jalanan. Bonusnya hanyalah buah sawit dan pisang hutan.

Semoga perancangan ini menjadi kenyataan dan segala usaha mendapat keberkatan dari Nya.

Salam hormat!!

Friday 6 March 2015

Accidental Discovery

Ini pasal perubatan kambing. Baru ni kambing aku ada yang sakitmata. Pink eye. Tak teruk pun. Beberapa ekor je. Sebab tak teruk la aku malas nak restock ubat paste Terramycin yang selalu aku gunakan untuk merawat sakit mata. Aku dah lama tak gunakan semburan Pink Eye sejak ianya naik harga dengan melampau. Terus aje boikot kerana tidak mahu membazir. Aku beralih kepada paste Terramycin. Harga dulu RM3.50 untuk satu tiub 10gm kalau tak silap. Sikit je. Tapi berkesan juga la. Selepas beberapa lama, Terramycin ni pun naik harga juga. Jadi RM4.50. Bagi aku ini oun mahal.

Jadi aku beralih kepada Oxytetracycline untuk suntikan. Aku titiskan ke dalam mata. Ini style orang Thailand. Tapi aku perasaan kaedah ini macan gamble. Ada yang sembuh dan ada yang tak sembuh dan semakin teruk. Pekerja aku dah sound suruh belikan ubat yang pernah digunakan sebelum ini dan terbukti berkesan. Aku buat tak tahu saja sebab nak stick dengan budget harian pengurusan kambing aku iaitu tidak melebihi 10 sen sehari seekor.

Bila dah beberapa lama aku masih buat tak tahu dan seekor induk kambing ini telahpun buta, dengan penuh rasa tanggungjawab pekerja aku menyelongkar bekas tempat meyimpan ubatan. Dia terjumpa sebuah bekas kecil produk petroleum gel iaitu Vaseline. Pekerja aku ni tak pandai membaca, tapi dia tengok petroleum gel ni consistency nya sama seperti Terramycin gel yang pernah digunakan sebelum ini. Tanpa bertanyakan soalam kepada aku, terus sahaja dia menggunakan Vaseline ni sebagai ubat mata.

Selang 3 ke 4 hari, induk yang buta ini menunjukkan perubahan yang positif. Hanya selepas seminggu induk ini kembali mempunyai penglihatan seperti biasam tiada lagi selaput putih di atas matanya. Tiada lagi discharge dekat matanya. Sihat walafiat seperti biasa.

Bukan induk itu sahaja, anak-anak kecil yang sakit mata pun semua kembali sihat setelah dirawat dengan Vaseline ni. Aku pun tak tahu apa kaitan Vaseline dengan penyembuhan penyakit pink eye ni. Yang aku tahu Vaseline ni sangat murah, dan tidak akan naik harga seperti mana Terramycin pink eye spray atau paste. Product petroleum gel juga banyak gantian di farmasi. Mungkin petroleum gel ini mempunyai anti bacterial properties yang kita tak tahu. Aku cuba tanyakan pada Doc Zul pun dia tak tahu. Aku search online pun tak jumpa. Takpe la, asalkan kambing kembali sihat dan tiada side effects pada mereka. Bukankah itu objective utama? Dan paling penting kos rawatan is at minimum. Kan gua dah cakap gua penternak kedekut(havoc).

Jadi inilah accidental discovery yang aku maksud kan. Harap perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama. Jangan risau, no charge for the knowledge. I am here not to sell my knowledge but rather breed and sell my goats.

Salam hormat!!

Thursday 5 March 2015

Screw Worm

Agak nya dah musim barangkali. 5 ekor induk aku didapati terkena serangan cacing skru ni. Ianya bukan mcm cacing internal parasit. Sebenarnya ulat berengga la senang cakap.

5 induk semuanya kena serang pada bahagian kelangkang kaki depan. Bahagian dada atau rusuk.

Tak susah pun untuk buat rawatan. Aku flush kawasan yang dijangkitit ulat berengga dengan ivermectin. Dalam masa beberapa minit sahaja semua ulat mati. Lalu aku bersihkan luka dari bangkai-bangkai ulat. Ini penting untuk elakkan secondary infection. Agak dah semua ulat dapat dibuang aku flush kawasan luka dengan hydrogen peroxide. Bila dah nampak lapisan daging atau darah baru aku letakkan iodin. Spray juga dengan gentian violet.

Sebagai langkah berjaga-jaga aku beri suntikan antibiotik(sama ada oxytetracycline atau enrofloxacin) setakat ni enrofloxacin menunjukkan prestasi yang baik bagi menentang secondary bacterial infection. Cepat kering kawasan luka tu. Ni baru beli brand generic dengan harga murah. Kalau beli yang original pasti lagi cepat berkesan dan pastinya habis duit lebih banyak.

Aku ulangi proses mencuci luka sehingga 2 kali sehari. Luka yang terdedah amat perlu dijaga dan dibersihkan setiap hari. Biasanya dalam masa seminggu luka akan pulih semula seperti sediakala.

Macam mana nak prevent serangan cacing skru? Pastikan kawasan kandang atau ragutan bebas dari terlalu banyak bilangan lalat.

Salam hormat!!