Monday, 29 April 2013

Self Sufficiency Part II

Ok sambung balik..

Aku selalu travel ke Thailand masa terlibat dengan lembu dulu. Aku selalu bawa customer untuk buat selection kat sana. Rata-rata customer yang belum pernah ke bahagian kampung dan interior Thailand semua berpendapat bahawa Thailand adalah sebuah negara yang lagi inferior dari Malaysia.

Aku suka bawa orang yang macam ni ke Thailand. Bagi dia orang jalan-jalan dan buka mata masing-masing. Setelah 3-4 hari pusing kampung cari lembu. Alhamdulillah..persepsi mereka berubah. Tiada lagi feel good factor terhadap negara sendiri. Bukannya tak nak berbangga dengan negara sendiri. Tetapi kalau kita sentiasa berada dalam comfort zone. Alamat memang tak kemana lah kita.

Aku suka dengan satu konsep yang diperkenalkan oleh raja siam kepada rakyatnya yang berada di kampung. Raja dia orang cakap, kepada siapa yang ada sawah, dia tidak perlu berbelanja lagi untuk makanannya. Mereka hanya perlu pastikan di dalam petak sawah mereka ada padi, dalam petak sawah juga ada ikan dan kerbau@lembu. Itu dah cukup untuk menjamin ketidakbergantungan mereka terhadap orang lain. Dan raja siam juga bukan main cakap saja. Dia lead by example. Dia sendiri ada sawah padi kat dalam kawasan istana di Bangkok. Dalam sawah ada kerbau dan ikan. Sumber makanan semua tu. Tak percaya? Sila pergi tengok.

Berbalik kepada cadangan untuk membawa masuk baka-baka pedaging menarik dari luar negara tadi. Personally bagi aku, tak perlulah nak import baka-baka lembu nih dari luar negara. Banyakkan populasi lembu tempatan dan kacukan tempatan.  Kita nak buat baka cantik-cantik pun bukan boleh export luar negara ke high value market. Negara kita masih belum bebas FMD. Macam mana nak export. Baik fikir macam mana nak penuhkan perut rakyat jelata dulu.

Satu lagi pendapat aku. Kalaulah NFC tu dibuat dengan sebetulnya sekalipun (i.e. tiada hanky-panky and all). Aku masih merasakan NFC ini tak akan berjaya atas beberapa sebab. Sebab yang paling utama ialah saingan yang wujud dari imported beef.  Memang tak ke manalah industri kita selagi ada imported beef kat pasaran. Contoh empirical lihat tahun 80-an. The biggest livestock player in Malaysia that time was Lazuli, headed by Dr. Rosli Mai Lam. Dia berjaya feedlot lembu dari Australia sehingga 5,000 ekor pada satu masa. Kenapa dia berjaya time tu?Kenapa feedlot yang ada sekarang macam hidup segan mati tak mahu? Satu sebab sahaja...sebab masa tu import daging tak dibenarkan...hanya daging special cuts sahaja dibenarkan.

Kes ini sama jugak bagi industri tenusu. Aku ambil contoh di Thailand juga. Harga maksimum jualan susu segar di kepada kilang dan koperasi di Thailand adalah lebih kurang Baht 17 atau RM 1.90 per liter. Manakala, harga maksimum jualan susu segar bagi kilang-kilang di Malaysia lebih kurang RM2.20 hingga RM2.50 per liter. Tapi tak banyak jugak orang yang berjaya buat tenusu ni walaupun harga jualan kita lebih mahal. Kenapa? Sebab penternak tenusu kita perlu bersaing dengan barang import yang ada di pasaran. Di Suphan Buri sahaja ada lebih 4,000 orang penternak lembu tenusu dengan pegangan minimum 20 ekor lembu seorang. Kenapa macam tu sekali? Satu sahaja beza, di pasaraya Thailand reconstituted milk tidak dijual. Imported milk hanya dibenarkan dalam bentuk fresh milk. Imported fresh milk ni agak mahal. Macam daging high value juga. Jadi orang kebanyakan akan pilih produk tempatan over imported ones. Macam hukum ekonomi lah..people always think on the margin.

Betul jika ditutup semua pintu-pintu import ni, harga komoditi akan melambung naik. Tapi itu hanyalah temporary effect. In time, the supply will adjust to the demand accordingly. Harga akan stabil dan yang paling penting supply akan jadi stabil. Bagi aku senang je, barang-barang import ni khususnya food based lah. Kalau dibenarkan import secara berleluasa, it will not only kill the players, it will kill the existing industry as well.

Ok dah malas nak tulis...dah melalut masuk bab lain.

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment