Wednesday 3 July 2013

Zakat

Ini mungkin entry yang pendek kerana update hanya pakai handphone.

4 hingga 5 kali sepanjang aku datang ke KL aku menaiki teksi yang dipandu oleh saudara baru atau muallaf. Setiap kali jugalah aku merasakan perasaan yang amat malu..malu yang teramat sangat menjadi orang Islam di Malaysia ini.

Sebabnya saudara baru yang aku jumpa seramai 4 atau 5 orang ni sering bertanyakan hukum zakat dan pengagihannya. Zakat dibahagikan kepada dua. Yang pertama wajib dibayar ialah zakat firah dan yang kedua adalah zakat harta. Sebagai penternak, kita bertanggungjawab mengeluarkan zakat ternakan, iaitu sebahagian dari zakat harta sekiranya cukup haul dan nisabnya. Penerima pula tidak lain dan tidak bukan adalah asnaf yang 8.

Sangat mudah bagi memberi jawapan kepada soalan yang ditanyakan itu. Walaubagaimanapun, aku masih merasa malu kerana 4 atau 5 orang saudara baru ini tidak pernah menerima zakat dari PPZ. Salah seorang dari mereka tidak pernah menerima apa-apa bantuan selama 21 tahun menjadi seorang Islam. Ini yang buat aku sangat-sangat malu. Tiada jalan penyelesaian, aku hulurkan namecard aku dan aku berpesan sekiranya beliau sampai ke Kelantan, jangan lupa untuk hubungi aku kerana aku ingin cuba untuk melunaskan apa yang PPZ terhutang dengannya.

Dengan kutipan zakat tahunan sehingga beratus juta, masih ada lagi golongan yang tidak pernah menerima zakat walaupun sudah berpuluh tahun menjadi seorang Islam. Malu. Malu yang amat.

Personally,  I demand that PPZ not only announce the amount of money that they successfully accumulate from zakat payers every year but also make available the information on how they spend the money. How much is given to the 8 asnaf. How much is used for operation expenses and what not. I demand for more transparency.

In the meantime, I ask my fellow goat breeder friends, please pay your zakat. Find new converts, welcome them into Islam, help them with the kindness that Islam teaches us about. There's nothing wrong with giving alms to the same person more than once. We ought to help them until they're able to stand on their own. Make them feel welcome.

~Tak pendek jugak entry ni

12 comments:

  1. Very unfortunate. http://tinyurl.com/mwk7fhv

    ReplyDelete
    Replies
    1. Read it..very unfortunate..the very best is to change the staff mind set..give empowerment..boost morale and motivate..if everything else failed..sack and replace..no excuses.

      Delete
  2. Ada mintak no akaun dia x? kita bayar zakat direct kat asnaf boleh x tanpa melalui amil?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hamba dh bertanya pd yg arif berkenaan hal ini. Dibolehkan bayar direct kpd asnaf.

      Pasal no akaun hamba tak tanya. Tak terfikir sebab hamba berniat nak bayar zakat ternakan pada beliau.

      Delete
    2. Nilai seekor kmbg kita bleh gntikn dgn RM. Kalo kmbing tu rm800,so kita byr je duit tunai RM800 kpd mualaf tu.

      Delete
    3. Hamba bertanyakan juga kpd yg arif berkenaan hal ini. Seeloknya diberikan dalam bentuk ternakan itu.supaya ada konsep penyucian harta itu sendiri.kalau kambing.diberi zakat dalam bentuk kambing hidup.maka ada penyucian di dalam ternakan yg dimiliki.dan penyucian disini membawa banyak maksud.kita semua boleh memikirkan nya.

      Sebelum ini hamba cuba mengelak dari menggantikan ternakan dgn wang ringgit. Ianya bukan seperti zakat fitrah.ianya khusus zakat harta.bertujuan menyuci harta milikan kita. Cuma kadang2 berhadapan masalah mencari penerima yg sanggup.tak ramai yg nak terima lembu atau kambing.alasan biasa hamba terima.ialah taktau nak bela dan lebih suka terima wang tunai.

      Delete
    4. Bukan apa,mslh jgak nk antar kmbing kt amil.tu yg sy nilaikn ternakan dgn rm. Kalo begitu,next zakat saya bg seekor kmbg.insyaAllah

      Delete
  3. Bila membiak, kita dikategorikan menternak, dan afdalnya zakat ternakan lebih kepada pemberian ternakan berbanding tunai.

    Bila kita trading atau import kambing, itu bukan ternakan tapi perniagaan. Jadi dikenakan zakat perniagaan. Tunai.

    Fidlot tak jatuh kewajipan zakat.

    Semi intensif dan ekstensif jatuh wajip zakat. Berdasarkan bilangan kambing yang cukup umur. Bukannya berdasarkan bilangan kambing semata mata.

    Boleh rujuk penerangan UAI berkaitan zakat ternakan.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Salam prof..

    Dari apa yang hamba belajar dari guru di kampung.zakat ternakan wajib di keluarkan bilamana ternakan milik kita sudah cukup haul dan nisabnya.

    Haul adalah tempoh selama setahun. Nisab adalah 40 ekor minima.tidak kira jika ianya cukup umur atau tidak. Selagi ianya menjadi milikan kita selama setahun.maka wajib kita keluarkan zakat ke atasnya.

    InsyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cth kita mula ternk kmbing 30ekor pd 1ramadhan.pda ramadhan tahun depan, kmbing dh jd 50ekor.mknanye dia dh ckup nisab.tapi dlm 50ekor tu,20ekor masih blum ckup umur setahun.mknanye xkene zakat sbb xckup haul.tahun berikutnya bru kne zakat bila ank2 tadi dh umur setahun.

      Delete
    2. Mengikut penerangan tadi.dan pemahaman saya.betul lah kiraan tuan tu.tahun yg depan tu baru wajib keluarkan zakat.

      Delete