Pejantan primer dah disembelih tempoh hari. Aku dah carikan gantian. Baka zon arid. Baka pedaging. Fullblood. Upon selection the other day, the dude was very impressive. Size, weight, muscle to bone ratio, sex drive, all were up to my expectation. Exceeded dare I say.
Tapi masalahnya bila aku bawa balik, aku berbelah bagi nak lepaskan meragut atau nak kurung atas kandang. Kalau lepaskan, boleh boost vitality, fitness, drive dan boleh dijadikan alpha bagi herd aku. Kalau dikurung, tentu jadi lembik, tak bernafsu dan sebagainya. Asal kambing ini dari ladang semi intensif. Tapi tuannya terlebih manjakan, mandi hari-hari, makan dedak mahal, turun kandang hanya untuk mengawan kejar betina. Bukan untuk meragut cari makan - sounds more like intensive sytem. Kawasan belaan pun tak challenging macam aku punya kawasan. Tanah belakang rumah, anak pokok kecil, rumput biasa-biasa.
Jadi telahan aku kambing ni walaupun nampak segak, bergaya dan mempunyai potensi tetapi ianya tidak akan dapat bertahan di ladang aku. Aku dalam dilema semasa bawa ianya balik. Tapi excitement melebihi dari kerisauan. Seminggu kat atas kandang, selepas regime deworming sebagai 1st line of defense aku lepaskan ke pasture. Sampai lah semalam, kira-kira dah sebulan lebih di kandang, kambing jantan ini tewas. Aku terpaksa sembelih sebab bebanan cacing yang amat tinggi dan tubuhnya tidak dapat menyesuaikan dengan elemen yang terdapat di ladang. Sempat panjat induk-induk semua. Lekat atau tak lain cerita.
Sekarang aku dah tak ada pejantan. Hanya tinggal Negro, tapi perjalanan masih jauh untuk dia. Oh jantan Saanen tu tak boleh pakai sangat. Aku tak mahu gene tenusu dalam herd aku. Sekarang aku aku dah jadi fobia sikit nak amik pejantan yang high value ni. Tapi aku tahu aku mesti incorporate darah pedaging untuk mengatur langkah seterusnya dalam operasi perkambingan ni. Atau mungkin aku pinjam pejantan dari rakan-rakan untuk sebulan dua dan tidak lepaskan ke pasture. Hanya untuk mengawan dan hantar balik ke tuannya.
Itulah dilemanya...kalau kurung atas kandang, I risk of losing vitality, fitness, sex drive and potential. Kalau lepas ke tanah, I risk facing the parasites attacks. Ini khas untuk kambing yang dibawa dari luar sahaja. Indigenous herd yang kat ladang takde masalah pun. Carefree diorang tu.
Always same dilemma...nak kurung ke atau bebaskan meragut?? Kambing pedaging ker atau tenusu??...atau dua-dua sekali, boleh tak??
ReplyDelete