Musim hujan masih lagi berlangsung. Banjir sana-sini. Kawasan ladang dah mengalami banjir round pertama. Air naik sehingga tinggal 2 kaki je lagi nak cecah lantai kandang. Cuci jugak lah lantai bawah kandang, najis di bawa arus air. Bawa bersama baja organik bagi menyuburkan kembali kawasan ragutan. Jadi tak perlu intervention dari manusia untuk membaja.
Kolam air pun dah replenish dengan stok ikan air tawar dek limpahan dari paya berhampiran. Haruan, Puyu, Tembakang, Keli, Toman dan lain-lain spesis. Tunggu masa je nak pasang kail.
Okay, satu lagi perk musim hujan adalah lambakan kambing yang terpaksa dijual oleh kebanyakan penternak kecil. Alasan jualan adalah kerana musim hujan ni susah nak cari dedaun, rumput kering nak diberi makan kambing. Nak bagi makan dedak tak ekonomik dah. Jadi jalan pintas adalah jual!. Pun begitu, harga murah kambing musim hujan ni tidak lah murah sangat jika factor in penyakit yang dihidapi oleh kambing yang kena reject tuan ni. Hahaha. Tapi jika ingin invest dalam kambing yang sakit-sakit ni, by all means, get the purchase done. Lagipun, takde penyakit yang tak boleh ubat. Mati je yang tak ada ubat. Tapi tu lah. Kambing musim hujan ni memang tinggi sikit mortality rate.
Banyak yang selsema sebab hujan dan menjurus kepada pneumonia. Aku admit. Aku sendiri on a buying spree now. Sebab banyak kambing yang nak ditolak murah-murah. Lepas je hujan, gerenti boleh buat untung. Ya, trading bukanlah trait utama seorang pembiak. Tetapi untuk survive kena lakukan juga. Nak dapat income sebelum boleh reap benfit from breeding. Lagipun nak sedapkan hati sendiri aku anggap aku ni menolong owners yg menghadapi masalah tadi. Dari kambing kebuluran, baik jual murah-murah. At least kambing tu terjaga makan minumnya. Hehehe.
No comments:
Post a Comment