Tak sempat nak menulis apa-apa 5, 6 hari ni. Ada majlis kahwin adik aku, lagi selection lembu baka dan juga kelahiran anak kedua aku. Jadi kelam kabut juga la. Kalau kira hari ni, dah 5 hari aku tak masuk ladang. Bad..bad..bad..
Seperti jangkaan ada kematian anak kambing. Yang hairannya, kambing umur 5 bulan pun mati. Tiap kali ada kematian biasanya conincidence dengan ketiadaan aku di ladang. Kalau aku masuk ladang hari-hari tak ada pulak kambing yang mati. Pekerja hanya boleh diharap untuk mengembala dan memberi makan. Dari segi observation and treatment semuanya dibuat oleh aku dan juga adik aku. Macam mana nak berjaya ni kalau tak commit 120%?
Hari ni juga aku akan sembelih pejantan yang dah retire untuk akikah anak aku esok. Kata nenek bidan yang jaga anak aku, tak boleh buat akikah lagi sebab pusat anak aku tak luruh lagi. Aku cakap dia aku pakai unjuran 7 hari sunat dilakukan akikah dan beri nama, belah mulut bagai. Budak-budak sekarang semua mana ada luruh pusat 7 hari. Anak sulung aku dekat 2 minggu kot. Anak kambing aku lagi lama..ada yang sebulan lebih masih tergantung tali pusat tu.
Jadi petang ni, akan tamatlah riwayat pejantan primer tu..takpelah..dah tinggalkan legacy dia sendiri. Anak berusia 2 bulan diberi nama Negro bakal menggantikan ayahnya kalau dari pemerhatian tahap libido, body structure, growth rate, muscle to bone ratio etc. Tapi Negro ni 100% katjang. Kalau nak lawan kacukan pedaging dari segi weight, muscle susah sikit kot. Tapi dari segi resistance aku berani guarantee. Sebab diumur 1 bulan sudah turun kandang belajar meragut dan tidak diberikan sebarang ubat cacing. Sihat sokmo. Tak ada tanda worm infestation langsung setakat ini. Tak macam anak-anak kambing yang sebaya atau lagi tua darinya. Sudah kena deworm pasal bulu dah jadi macam carpet second hand. Berak macam serati. Negro ni tahap kecergasannya pula amat bagus pasal selalu berlari, panjat dinding, lompat parit dan kejar betina.hahaha..
Tahniah,Bro.
ReplyDeleteTerima kasih.
DeleteTahniah dapat anak lagi.
ReplyDeleteAku pun serupa lah, bila takde kat ladang, ada aje kambing mati. aiii...