Tuesday 25 August 2015

Kiddding Season Bermula Lagi

Yup, di kandang aku kidding season bermula lagi. Boleh katakan setiap hari ada kelahiran sehinga 2 atau 3 induk sehari melahirkan anak. Kali ini banyak induk yang telah recover dari anemia jadi kualiti anak dan induk amat memuaskan. Penghasilan susu lebih dari mencukupi untuk kembar 2 ke atas walaupun tanpa penggunaan konsentrat atau dedak. Anak pula sihat-sihat semuanya. Alhamdulillah. Belum ada yang lahir tak cukup umur.

Sempena kidding season ni mari kota recap balik SOP kelahiran anak kambing di kandang aku. SOP merangkumi penjagaan induk dan anak untuk 7 hari pertama bagi memastikan anak dan induk sihat dan terus hidup melepasi tempoh kritikal.

Stok ubatan yang sentiasa ada dalam simpanan bagi menghadapi kidding season adalah seperti berikut:

1. Iodine
2. Oxytocin
3. Antibiotik
4. Mamimune
5. Molasses

Kegunaan adalah seperti berikut;

Iodine digunakan untuk mencuci tali pusat anak kambing atau lebih tepat istilahnya adalah untuk cauterize.

Oxytocin diberikan secara suntikan IM kepada induk selepas kelahiran bagi membantu proses pengeluaran uri dan susu. Juga digunakan sebelum kelahiran untuk membuka saluran peranakan bagi membantu induk melahirkan anak dengan lebih mudah terutamanya induk dara.

Antiobiotik disuntik apabila ada intervention dari manusia seperti bila keadaan memerlukan kami menyeluk dan menarik keluar anak dari rahim induk. Antibiotik digunakan untuk mengelakkan sebarang jangkitan atau infection yang boleh disebabkan proses seluk dan tarik tadi.

Mamimune, ini yang terbaru aku sertakan di dalam SOP kelahiran, ianya diberikan kepada anak kambing yang baru lahir 2 kali sehari pagi dan petang untuk 3 hari pertama kelahiran. Perlu diingat ianya bukan gantian kepada colostrum. Hanya high protein/energy supplemen untuk membantu anak kambing menjadi lebih cergas.

Molasses, walaupun amat jarang digunakan, kami perlu juga meyimpannya. Ianya diperlukan bila induk yang dapam proses kelahiran mengalami keletihan, biasanya kami akan bancuh molasses dengan air dan memberi minum secara drenching bagi memberi tenaga kepada induk secara instant untuk membolehkannya menghadapi proses kelahiran.

Itulah sedikit sebanyak SOP yang diamalkan di kandang kami. Sekarang mari kita layan beberapa gambar kelahiran terbaru di kandang House of Goats








Salam hormat!!

2 comments:

  1. come imran.....semuga maju jaya dan sihat walafiat ternakan dan tuan kandang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih..doa yg sama dipanjangkan ke pihak tuan. Aminn

      Delete